Isnin, 2 November 2009

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG :

Pengambilan Pelajar Baru sessi 2009/2010 .

Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al-Abrar
,
No. 21 (Atas) Persiaran PM 3/2, Pusat Bandar Seri Manjung, Seksyen 3, 32040 Seri Manjung Perak.


Terhad Kepada 40 orang Pelajar Sahaja :


20 Orang Pelajar Lelaki Sahaja.
20 Orang Pelajar Perempuan Sahaja.


Bayaran :

Pendaftaran RM150 (Seumur Hidup)
Yuran Bulanan RM250 (Penempatan, Pengajian, Makan Minum, Dobi & Peralatan Pengajian).


Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi :


Pejabat MTD : 05-6883659
Pengetua MTD : 019-2627636 (Us. Ibrahim).
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar : 016-9303773 (Us. Farids).
Ketua Pentadbiran MTD : 019-4208990 (Us. Baha).

...Jadikanlah Anak-Mu, Anak yang Soleh & Solehah...

Selasa, 18 Ogos 2009

Enam perkara yg Allah sembunyikan.....

Posted: 14 Aug 2009 07:12 PM PDT

Amin Fadzlan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.' Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikansyurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...' Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ' Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan..... .' Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan.... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S..W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan

Posted: 14 Aug 2009 09:56 PM PDT

Oleh : Shah Bundy

Assalamualaikum ,

Kepada semua kenalan yang dihormati dan dikasihi,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah Kita
Bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat Dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah Dan para sahabat , Dan dilakukan pada Hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya Ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga Kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati Dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

SELAMAT BERPUASA ..........................

CORETAN UNTUK DUN PERMATANG PASIR

SELAMAT MEMBANGUN MENUJU KEMENANGAN BERSAMA ISLAM

Islam yang telah berkembang,
Laksana bunga yang indah,
yang berkembang mekar harum mewangi,
harumnya mengahrumi bumi...

Namun jangan hairan pula kita,
Kenapa Manusia yang bernama Islam,
Yang beragama Islam,
Yang mengaku Islam
Tapi hakikatnya mereka hina Islam...

Bukankah Rasul telah bersabda,
Islam akan jadi hina oleh kerna sifat umat Islam itu yang telah menutup pintu kehebatan Islam,
Akibatnya rasuah terjadi,
Korupsi menjadi-jadi,
Jual dara hari-hari,
Judi sarapan pagi,
Arak minuman kopi,
Membunuh cita-cita tertinggi

Bahasa Ibunda Negera boleh dinafikan
Orang di bawah dikena tahanan,
Orang besar diberi kebebasan,
Ikut Suka Aku nak buat apa,
Asalkan aku jadi kaya-raya..

Berkata P. Ramle dalam felemnya,
Eja dikau Alif, Min, Nun, Wau (UMNO)
Maka jawabnya Sarkas,
Apakah puak-puak ini SARKAS ZOO

sedih......

Tutup aurat tak boleh masuk kolam

Posted: 16 Aug 2009 09:34 PM PDT

Oleh : mohd naim mohd zain

SEORANG model, Meccaa Laalaa menunjukkan pakaian mandi burqini dilarang pengendali kolam renang di Paris.

Mualaf Perancis cabar di mahkamah

PARIS: Pengendali sebuah kolam renang di Paris enggan membenarkan seorang wanita muda Muslim yang memakai 'burqini' daripada memasuki kolam itu kerana pakaian mandi yang dipakainya menutup hampir keseluruhan tubuh.

Larangan itu dilakukan ketika ahli Parlimen Perancis berdebat sama ada akan melarang burqa selepas Presiden Nicolas Sarkozy menyifatkan pakaian yang menutup bahagian kepala hingga kaki 'tidak dialu-alukan' di negara sekular seperti Perancis.

Pegawai di Emerainville, sebuah kawasan luar bandar Paris, berkata mereka membenarkan wanita berkenaan memasuki kolam renang itu bulan lalu dengan memakai 'burqini' yang direka khusus bagi wanita Muslim yang ingin ke kolam renang tanpa mendedahkan tubuh mereka.

Namun, apabila dia kembali bulan ini, mereka memberitahunya dia tidak boleh memasuki kolam jika berpakaian sedemikian atas alasan mereka memutuskan untuk menguat kuasakan peraturan kebersihan.

Kakitangan kolam renang 'mengingatkannya mengenai peraturan di semua kolam renang (awam) yang melarang berpakaian dalam kolam renang," kata Daniel Guillaume, pegawai pentadbiran kolam renang berkenaan.

Akhbar La Parisien berkata, wanita itu yang dikenali dengan nama Carole, adalah warga Perancis yang memeluk Islam dan berhasrat untuk mencabar keputusan itu di mahkamah.

"Ini adalah satu bentuk pemisahan. Saya akan lawan bagi mengubah keadaan. Jika saya kalah, saya tidak menolak kemungkinan meninggalkan Perancis," akhbar itu memetiknya. Akhbar juga menyiarkan gambar wanita itu memakai 'burqini' yang dibelinya ketika bercuti di Dubai baru-baru ini. - AFP

Tanda Anak Bijak

Posted: 17 Aug 2009 12:00 AM PDT

Oleh : siti sifir

Bismillah,

Sapelah yang tanak anak bijak ek? Tapi anak bijak ini dia tidak bijak sendiri. Mereka memerlukan tumpuan khusus daripada ibbapa untuk mengembangkan bakat mereka. Oleh itu, perlulah kita ketahui, kita perlu menjadi ibubapa yang penyabar dan penuh kasih sayang untuk membesarkan mereka. Kalau kita tidak mahu bersabar, ini akan menyebabkan kebijakkan mereka itu akan merudum begitu sahaja.

Kadang tu, kecerdikan diorang ni terselindung sbb ibubaoa anggap mereka ini sebagai anak yang pelik. Ingat, anggapan kita mungkin akan menjadi doa.

So, kat sini mari kita sama2 share mcm mana tandanya anak bijak itu :

* Dari bayi - selepas bbrp hari dilahirkan, dia dah menunjukkan sifat ingin berbual dan bila kita tinggalkan dia, dia akan menangis sebab bosan. Ha ha...ini tanda budak bijak okeh, jangan kata anak kecil ini mengada2 takleh nak tinggalkan. But still dia punya masa tidur lebih banyak (walaupun kurang berbanding bayi lain) dari berjaga jadi bersabarlah sementara dia tengah berjaga tu. Ini selalunya berlanjutan sehingga usia dua tahun.

# Perkembangan diri yang cepat seperti merangkak, berjalan, berlari, bercakap - apabila dia pandai bergerak sendiri semua benda akan dicapai dan disentuh. Malah mereka akan jadi mcm James Bond untuk menyiasat apakah benda yang dipegang itu.

# Kreatif - perhatikan cara mereka bermain, adakah mereka akan buat apa yang tidak kita ajarkan?

# Menonjolkan bakat kepimpinan - mereka selalu menjadi ketua dalam apa yang mereka main bersama rakan2 lain

# Cepat memahami - bila kita cakap dia mudah faham, malah bila diminta kita bacakan buku cerita, walaupun tanpa penerangan yang lebih lengkap mereka akan kata "Oooo...."

# Ingatan tajam - bila diajarkan doa, zikir dan lagu WonderPet mereka akan menghafalnya dengan cepat

* Sikap buruk - nobody is perfect but somebody is prefect . Kadangkala dia cepat membaca tapi bab menulis lambat pula. Jadi mungkin dia akan keliru dengan keadaan ini.

Peranan ibubapa

* Memberi sokongan - selalulah sokong anak anda dalam apa yang dia ingin pelajari setiap hari

* Sabar - owh, memang kena sabar sebab mereka ini kurang tidur dan ada-aja-yang- nak-dibuat- main. Jangan jadi Tarzan macam saya

* Beri lain jenis permainan setiap hari - permainan itu barangkali kotak kosong, kertas kosong, kertas surat khabar dan lain-lain, kita mesti lebih kreatif berbanding mereka.


*Contest saya sudah tamat...saya akan bagi tau pemenang sikit masa lagi no...

Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah,
siti sifir

ILMU YANG BAIK ADALAH LEBIH BAGUS DIKONGSI BERSAMA....

Posted: 17 Aug 2009 12:19 AM PDT

Oleh :

Keperluan di Jalan Allah

“..Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan..”; al-Baqarah:265

Ini memberi maksud harta yang seadanya itu perlulah dibelanjakan untuk mencari keredaan Allah di samping memperteguhkan kedudukan diri. Kita perlu merancang pendapatan yang sedikit itu untuk menunaikan keperluan-keperluan diri dengan membahagi-bahagikan keperluan-keperluan itu kepada kategori di bawah:

i. Wajib – Keperluan sangat perlu (makanan, pakaian, dan tempat tinggal – sekadar memenuhi)
ii. Sunat – Keperluan sangat perlu tetapi masih boleh ditangguhkan
iii. Harus – Keperluan yang ada atau tiada tidak memberi apa-apa makna (keperluan pelengkap)
iv. Makruh – Keperluan yang lebih baik tidak ada, atau membeli barangan branded walaupun ada yang murah
v. Haram – Keperluan yang kalau dimiliki akan menyusahkan dan membazir, membeli kenderaan dalam suasana tidak mengizinkan, atau membeli melalui pinjaman riba.

Kesemua di atas boleh kemudiannya ditimbangtara dengan kemampuan pendapatan berserta prinsip tidak sehingga boros dan juga tidak sehingga kedekut. Cthnya 1/3 perbelanjaan, 1/3 simpanan dan 1/3 kepada orang tua, kerabat, sedekah dsbnya. Kaedah lain ialah membahagikan perbelanjaan seperti di bawah:

i. Addhouruuriyaat – Keperluan asas yang semestinya dipenuhi

Ini tentunya seperti makanan, minimum, pakaian dan tempat tinggal yang dalam ertikata lain, tanpa semuanya itu, kita tidak boleh hidup. Bagi memenuhi keperluan ini, ianya mestilah mengikut keutamaan perbelanjaan, petunjuk agama dan suasana semasa serta setempat perlu diambilkira. Ini bermaksud apabila makan dan minum, ia mestilah diambil sekadar memenuhi keperluan diri, bukan untuk terlalui kenyang sehingga mendatangkan penyakit atau membazir.

ii. Haajiyaat – Keperluan yang berupa hajat semasa

Kategori ini adalah perbelanjaan sampingan tetapi amat perlu seperti rawatan kesihatan, membeli kenderaan untuk memudahkan pergi dan balik kerja.

iii. Tasiiniyaat/Kamaaliyaat – Keperluan yang menyempurnakan atau pelengkap

Kategori ini ialah pelengkap, iaitu segala yang menyempurnakan kehidupan harian seperti makanan tambahan, perabut, hiasa rumah dan sebagainya.

Pekerjaan di Jalan Allah

i. Wajib – Pekerjaan mencukupi menampung keperluan diri dan keluarga serta membayar hutang (sekadar mencukupi)
ii. Harus – Pekerjaan tambahan bagi memperelokkan dan kebaikan diri (tidak berlebihan)
iii. Sunat – Pekerjaan berlebihan kerana membantu fakir atau melakukan kebaikan kepada masyarakat
iv. Makruh – Pekerjaan bertujuan menghimpun harta kerana bermegah, berlumba banyak harta, berseronok dan bersombong
v. Haram – Pekerjaan yang mengarah kepada perkara dilarang agama, haram dan memudaratkan

Wallahu a‘lam bish-shawab.

Rekod penghinaan terhadap Islam oleh Umno-BN

Posted: 17 Aug 2009 05:49 AM PDT

Mat Zain Mat Isa

KOTA BHARU, 17 Ogos : Bukanlah suatu perkara sangat sukar bagi mana-mana pihak yang senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu sosio-politik negara untuk merasionalkan maksud sebenar penegasan Mursyidul Am PAS berkenaan sikap DAP terhadap Islam yang hangat diperkatakan kini.

Ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan negeri Kelantan di Kota Bharu pada Rabu (12 Ogos), Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan menganggap tindakan beberapa pemimpin DAP yang boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam tidak menghairankan. Baginya ia mungkin ekoran kefahaman mereka terhadap agama Persekutuan yang tidak begitu mendalam.

Tok Guru sebaliknya membandingkan tindakan pemimpin bukan Islam itu dengan penghinaan yang dibuat oleh sebilangan pemimpin Islam sendiri.

"DAP kalau hina Islam, pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,"ulasnya.

Meski pun tidak menyatakan pemimpin Islam mana yang beliau maksudkan, tidak sukar diakui kenyataan beliau itu lebih ditujukan kepada para pemimpin Umno.

Apatah lagi itu bukan kali pertama Tok Guru meluahkan kekecewaannya terhadap parti tua itu yang disifatkannya terang-terang menolak ajaran Islam dan memilih kebangsaan sebagai dasar perjuangannya. Perbuatan Umno itu menyebabkan Islam tercemar dan disalah-ertikan kesuciannya, terutama oleh mereka yang bukan Islam.

Tidak syak lagi senarai penghinaan oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Umno terhadap ajaran dan hukum Islam amat panjang. Ia boleh dikatakan berlaku saban tahun dan tidak terlepas dari perbahasan dalam masyarakat.

Kes paling banyak ialah percanggahan terbuka antara para pemimpin Umno dengan para ulama dan agamawan. Sebagai pengajaran apa kata kita tinjau kembali sebahagian daripada isu-isu dimaksudkan itu.

Pertama, isu rumah terbuka kongsi raya. Satu daripada 23 resolusi Muzakarah Ulama pada Jun 2006 menggesa kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Menurut kenyataan jawatankuasa muzakarah, resolusi itu bukan berniat memburukkan kepercayaan agama lain di negara ini. Sebaliknya ia merupakan perkara fikah bagi mempertahankan akidah umat Islam.

Ia dibuat ekoran keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebelumnya bahawa perbuatan merayakan perayaan agama lain boleh memesongkan akidah umat Islam dan membawa kepada kesyirikan (The Star, 16 Jun 2006).

Gesaan itu bagaimana pun disanggah secara terbuka oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau sebaliknya menegaskan kementeriannya akan meneruskan program rumah terbuka kongsi raya kerana ia acara sosial yang diterima baik pelbagai kaum dan bukan upacara keagamaan yang boleh menggugat keimanan.

Bukan itu saja, Rais malah dipetik akhbar sebagai menempelak para ulama seraya menyifatkan pandangan mereka itu sebagai �pemikiran sempit�.

"Mereka yang beranggapan sambutan itu tidak boleh diadakan saya anggap itu pemikiran sempit dan kami sedia bertelaah dengan mana-mana pihak berhubung isu itu," kata Rais (Berita Harian, 16 Oktober 2006).

Kedua, isu konsert hiburan keterlaluan. Mufti Perak, Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria menegaskan semua konsert serta rancangan hiburan yang keterlaluan, termasuk Akademi Fantasia, Audition, Malaysian Idol dan Karnival Sure Heboh TV3 jelas bertentangan dengan hukum syarak.

Selain menggalakkan budaya berhibur di kalangan remaja, program berkenaan jelas membelakangkan hukum agama seperti meninggalkan solat, menggalakkan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan menyelitkan unsur kebaratan.

"Adalah disyorkan karnival itu (Sure Heboh TV3) dihentikan sebagai merealisasikan konsep negara Islam Hadhari. Ini bukan masalah emosi tetapi kehormatan agama dan maruah bangsa. Budaya seperti ini terang-terang mencabuli budaya Melayu dan Islam,"kata Harussani (Berita Harian, 3 Ogos 2004).

Pengajuran Sure Heboh TV3

Keputusan itu bagaimana pun dipersoalkan Menteri Penerangan, Dato' Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir. "Saya tidak nampak penganjuran konsert TV3 Sure Heboh ini salah. Tiada salahnya mengadakan sedikit hiburan untuk keluarga selepas mereka penat bekerja,"katanya, sepertimana dipetik Berita Harian pada tarikh sama.

Beliau selanjutnya meminta pihak yang membuat kenyataan mengharamkan sesuatu perkara agar mengkaji terlebih dahulu kesannya supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat. Kenyataan itu boleh ditafsirkan sebagai menyindir golongan ulama, khususnya Mufti Perak.

Ketiga, konsep Islam Hadhari yang mengelirukan. Konsep itu diperkenalkan oleh Umno sejurus selepas Dato' Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih teraju negara daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 2003.

Sejak diperkenalkan, Islam Hadhari tidak pernah sunyi dari pertikaian, terutama dari kalangan ulama dan cendikiawan Islam sendiri. Ia antara lain dianggap seumpama mengada-adakan sesuatu yang dilabelkan kepada Islam dan menyalahi sifat Islam itu sendiri yang sudah sempurna.

"Kita tidak boleh dengan mudah menggunakan perkataan Islam sebagai label, sebab ia boleh menimbulkan kekeliruan. Sebab itu sejak mula diperkenalkan dulu, orang bertanya: Kenapa Islam Hadhari? Dan mereka bertanya lagi: Apakah Islam yang ada sekarang tidak betul?,"ulas bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (wawancara dengan Sinar Harian, 17 April 2008).

Menurutnya, ramai kalangan ulama yang tidak bersetuju dengan istilah Islam Hadhari."Mereka menyatakan pandangan mereka secara terbuka, tetapi mereka tidak didengar," sambungnya lagi.

Memang itulah sifat dan sikap Umno, dulu, kini dan selamanya. Ia memang sukar mendengar dan menerima pandangan pihak lain, termasuk dari ulama dalam perkara berkaitan Islam.

Keempat, wanita dibolehkan melacur jika terdesak. Itu kesimpulan yang dapat difahami dari pandangan Dato' Dr Mashitah Ibrahim. Bagi Umno beliau adalah seorang agama wanita dan dijulang menerusi forum perdana ehwal Islam serta diberikan tanggungjawab dalam kerajaan menerusi portfolio berkaitan Islam.

Namun bagi Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddeen Mohd Taib yang pernah bertanding menentang Dr Mashitah di situ, jelitawan Umno itu ialah seorang 'ratu cantik'.

Okay, kesnya ialah Dr Mashitah melalui kolumnya di Harian Metro 21 Jun 2005 memberikan respons kepada satu soalan mengenai wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.

Jawabnya, �mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu �terpaksa� membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya. Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan�.

Sambungnya lagi, �perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram. Tetapi jika terdesak dan darurat, ia dimaafkan�.

Kenyataan itu mendapat reaksi tidak menyenangkan sebahagian besar umat Islam negara ini. Malangnya, reaksi itu tidak langsung mendorong Dr Mashitah menariknya balik. Umno pula bukan setakat tidak menegur keterlanjuran itu, malah semakin memberikan keistimewaan kepada Dr Mashitah.

Ketika membuat kenyataan itu beliau hanyalah Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Kini beliau naik satu anak tangga ke jawatan timbalan menteri menjaga portfolio sama. Mungkinkah anugerah itu sebagai penghargaan Umno atas �fatwa�nya yang menghalalkan pelacuran itu?

Kelima, Kabinet menolak garis panduan hiburan berasaskan agama kerana bercanggah dengan Perlembagaan. Kes pada Mei 2005 ini satu lagi yang membabitkan Rais. Selaku Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, beliau berjaya meyakinkan Kabinet untuk menangguhkan pelaksanaan cadangan garis panduan hiburan yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Berbagai alasan diberikan bagi merasionalkan keputusan itu. Dikatakan perkara itu memerlukan kajian mendalam. Rais juga menyebutkan tentang adanya sebuah jawatankuasa dikenali sebagai Puspal, dibentuk pada 2001 di bawah kementeriannya. Baginya jawatankuasa itu telah melaksanakan tugasnya dengan baik memantau etika dan perlakuan pelakon, penyanyi dan anggota kumpulan muzik.

Difahamkan garis panduan hiburan itu antara lain melarang penyiaran atau persembahan hiburan ketika waktu solat. Ia juga melarang penggunaan istilah dan penulisan lirik yang bercanggah dengan Islam atau yang dianggap melalaikan pendengar. Penggubalan garis panduan itu turut melibatkan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Malangnya ia seakan ditolak mentah-mentah oleh kerajaan. Walau pun menggunakan istilah 'menangguhkan', tempoh penanggguhan itu tidak diketahui bila akan berakhir. Apa yang pasti setelah lebih empat tahun berlalu, rakyat belum diberitahu sejauh mana perkembangan �kajian mendalam� oleh Rais itu.

Mungkin hasrat sebenar beliau dapat difahami dari kata-katanya ketika itu.

"Sebarang usaha untuk melaksanakan undang-undang yang hakikatnya berkaitan agama terhadap industri muzik dan hiburan sebagai lebih daripada polis moral yang amat mengikuti undang-undang.

Umno tolak hukum Islam

"Melaksanakan peraturan keagamaan seperti 'apa yang boleh dan tidak boleh dibuat', bertentangan dengan Artikel 8(a) Perlembagaan Persekutuan berkaitan prinsip kesaksamaan semua rakyat dalam undang-undang,"katanya (Berita Harian, 28 Mei 2005).

Ya, mungkin bagi Umno, wasiat Raja-Raja Melayu bahawa Islam itu Agama Persekutuan akan dijunjung hanyalah selagi mana Islam itu tidak bercanggah dengan peruntukan lain dalam Perlembagaan?

Keenam, Kabinet April lalu memutuskan anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin walau pun ibu atau bapa memeluk Islam. Keputusan itu kemudiannya ditempelak para mufti dan agamawan sebagai membelakangkan kepentingan Islam. Mereka berpendapat Kabinet sepatutnya terlebih dahulu mendapatkan pandangan Islam sebelum membuat keputusan itu. Ia juga tidak diperkenankan Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang bulan lalu.

Ada banyak lagi contoh dalam senarai perkara yang boleh dikategorikan sebagai tindakan Umno yang bercanggah dan menghina Islam. Jika mahu dimuatkan kenyataan para pemimpin Umno yang menolak hukum Islam, khususnya hudud, ia akan menjadi terlalu panjang.

Ada sebuah buku bertajuk "Mahathir anti-Islam" diterbitkan Dewan Pemuda PAS Pusat (2002) memuatkan sebahagian kenyataan, terutama oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir mengenai perkara itu.

Sebagai kesimpulan, sudah tidak sukar diakui betapa sikap dan perbuatan sebilangan pemimpin Melayu-Islam sendiri sebenarnya yang menjadi punca penghinaan terhadap Islam, termasuk oleh bukan Islam. Sepertimana ditegaskan Tok Guru, apabila pemimpin Islam sendiri tidak menerima gagasan Islam dalam hidup atau sebagai dasar parti dan kerajaan yang mereka pimpin, apa peliknya bila bukan Islam mempertikaikan Islam?

Sumber : Harakahdaily/-

Petanda Kiamat Makin Hampir


Posted: 17 Aug 2009 07:47 PM PDT

Oleh : nurul azwaniza azwa

1. Penaklukan Baitulmuqaddis...Dari Auf b. Malik r.a. katanya,

Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah..
2. Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
- Sahih Muslim

~ dah nampak dah..
3. Bermaharajalela alat muzik.

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”
- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik..
4. Menghias masjid & membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”
- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah..
5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”
- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”
- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…
7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada..
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa…
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..
10. Bulan sabit kelihatan besar.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok..
11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”
- Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarang nie…
12. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”
- Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq..
13. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”
- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji.. Mina dah kene banjir..

Wallahu a’lam

Menuju Kesempurnaan Dalam Beribadah


Posted: 17 Aug 2009 08:20 PM PDT

Oleh : Muhamad Al Hafiz
Nawawi Bin Subandi
http://an-nawawi. blogspot. com/


Ramai dari kalangan kita atau masyarakat Islam hari ini yang berlumba-lumba untuk beramal ibadah dengan sebanyak yang mungkin. Ia tidak lain adalah sebagai suatu tujuan memperhambakan dirinya kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa yang kepada-Nya sahajalah kita beribadah. Supaya dengan amal-amal tersebut berupaya meraih keredhaan dan rahmat dari-Nya.

Secara umumnya, ia adalah suatu sikap yang sangat positif dan perlu dipandang tinggi. Di saat sebahagian kelompok manusia yang semakin mengabaikan amal-amal ibadah sama ada yang wajib, fardhu, atau sunnah, sikap sebahagian umat Islam lainnya yang berlumba-lumba dalam beramal kebaikan adalah wajar diikuti dan dicontohi.

Namun, dalam keghairahan kita beramal dan beribadah, adakalanya kita mungkin terlupa beberapa aspek utama yang menjadi tunjang diterimanya sesuatu amalan tersebut. Terlebih dahulu, yang dimaksudkan dengan ibadah itu sendiri adalah segala sesuatu yang meliputi apa yang dicintai dan diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala serta meninggalkan apa yang dilarang-Nya dengan berpandukan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Setelah itu, amat perlu untuk kita memahami setiap tunjang utamanya yang menjadi asas sama ada diterima atau sebaliknya sesuatu amalan itu iaitu perlunya dengan ilmu, dimulakan bersama aqidah yang benar, mengikuti panduan wahyu, dan disertakan niat yang benar-benar ikhlas kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala semata-mata.

Agama Yang Diterima Di Sisi Allah Hanyalah Islam

Aspek yang paling utama sebelum mula melaksanakan sebarang amal ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, terlebih dahulu dia mestilah Islam. Ini adalah kerana tiada agama lain yang diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala melainkan Islam sahaja iaitu sebagaimana firman-Nya,

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 19)

Dan firman-Nya lagi, “Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran, 3: 85)

Kerana itu jugalah Allah Subhanahu wa Ta’ala mengutuskan hamba dan Rasul-Nya, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang menjadi rahmat sekalian alam supaya mengajak Ahlul Kitab sama ada dari orang-orang Yahudi atau pun Nasrani (Kristian) serta golongan yang ummi dari kalangan orang-orang musyrik kepada jalan agama Allah iaitu Islam yang mengandungi petunjuk dan syari’at-Nya.

Sentiasa Berpegang Dengan Aqidah Yang Benar

Setelah berada di atas jalan Islam, prinsip yang paling utama dan perlu dijaga adalah supaya kita sentiasa berpegang teguh dengan prinsip aqidah yang benar dan sekaligus menjauhi segala bentuk kesyirikan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang beroleh petunjuk.” (Surah al-An’am, 6: 82)

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia mendidik anaknya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Surah Luqman, 31: 13)

Perbuatan syirik adalah suatu perbuatan yang menggugat kemurnian aqidah dan boleh mengakibatkan seseorang itu terkeluar dari landasan Islam yang sebenar. Akibat dari perbuatan syirik, amal-amal akan menjadi lenyap terhapus dan tidak lagi bermakna. Ini adalah sebagaimana firman-Nya,

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: “Demi sesungguhnya! Jika Engkau (dan pengikut-pengikutmu ) menyekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) sudah pasti segala amal-amalmu akan terhapus, dan engkau akan tetap menjadi orang-orang yang rugi.” (Surah az-Zumar, 39: 65)

“Dan sekiranya mereka melakukan kesyirikan nescaya gugurlah dari mereka apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).” (Surah al-An’am, 6: 88)

Dari itu, perlulah untuk kita agar sentiasa menitik-beratkan tentang peri pentingnya aqidah yang benar.. Kerana dengan aqidah yang benar ia akan menjauhkan kita dari lembah kesyirikan. Sekaligus, dengan murninya aqidah dan jauhnya kita dari lembah kesyirikan, maka Allah menjamin untuk menerima amal-amal yang kita usahakan dan memberikan ganjaran pahala yang besar.

“Sesiapa yang beramal soleh, sama ada dari lelaki atau perempuan, dan ia sentiasa di dalam keadaan yang beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, 16: 97)

“Dan barang siapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, dan ia sentiasa berada di dalam keadaan yang beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.” (Surah an-Nisa’, 4: 124)

Maka dengan itu, sewajarnyalah kita untuk sentiasa berusaha bersungguh-sungguh agar dijauhkan dari perbuatan-perbuatan yang menyimpang dari aqidah yang benar sekaligus menjauhi syirik. Semua itu adalah agar supaya setiap amal ibadah yang kita laksanakan tidak menjadi sia-sia dan sentiasa membuahkan ganjaran yang selayaknya di bawah keredhaan Allah Tuhan yang Maha Esa.

Keutamaan Ilmu

Aqidah yang benar berbanding dengan perbuatan yang membawa kepada kesyirikan hanya dapat dikenal pasti melalui ilmu yang benar. Tidak dapat tidak, untuk membina dasar-dasar aqidah yang murni di dalam diri-diri kita adalah perlu dengan ilmu. Begitu juga untuk mengenali batas-batas perbuatan yang boleh menjerumuskan kita kepada kesyirikan daripada kebenaran juga perlu dengan ilmu.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui”?” (Surah az-Zumar, 39: 9)

“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (Surah an-Nahl, 16: 43)

Begitu jugalah sehingga kepada persoalan amal ibadah itu sendiri. Untuk melaksanakannya perlu dengan ilmu dan pengetahuan yang jelas. Tidaklah amal ibadah itu dilakukan dengan mengikut hawa nafsu semata-mata tanpa melihat dan mengetahui bagaimanakah yang sebenarnya ditunjukkan oleh baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Kerana setiap apa yang kita lakukan, ia kelak akan dipertanggungjawabk an. Malah, Allah menegah kita daripada melakukan sesuatu tanpa ilmu yang jelas. Maka, sebelum kita dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna perlulah kita memulakannya dengan menuntut ilmu. Kerana Allah berfiman,

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggungjawab.” (Surah al-Isra’, 17: 36)

Beramal Dengan Petunjuk al-Qur’an dan as-Sunnah

Merupakan suatu perkara yang amat penting, adalah melakukan amal ibadah itu dengan berpandukan al-Qur’an dan as-Sunnah. Dan tidaklah diterima sesuatu amalan itu jika tidak terdapat contohnya (atau saranannya) daripada al-Qur’an dan as-Sunnah. Maka, jika sesuatu amalan yang dilakukan oleh manusia itu tidak terdapat saranannya daripada dua sumber tersebut, maka ianya bukanlah dari Islam walaupun ia diniatkan kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Dalam persoalan ini Allah menjelaskan melalui firman-Nya,

“Jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.” (Surah Thoha, 20: 123)

Daripada ayat ini Allah menjelaskan kepada kita bahawa sesiapa yang mengikuti petunjuk dari Allah, maka dia tidak akan sesat dan begitulah sebaliknya di mana sekiranya manusia itu mengikuti petunjuk selain dari apa yang diberikan oleh Allah Subahahu wa Ta’ala melalui Kitab-Nya dan Rasul-Nya, maka dia diancam dengan kesesatan dan azab sengsara. Di dalam ayat yang lain Allah juga menjelaskan bahawa jika benar kita mencintai Allah, maka hendaklah kita mengikuti apa jua yang ditunjukkan dan diajarkan oleh Nabi-Nya Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

“Demi sesungguhnya, adalah pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi mereka yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) di hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (sama ada di waktu susah mahu pun senang).” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”.” (Surah Ali Imran, 3: 31)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan di dalam tafsirnya dengan katanya, “Ayat yang mulia ini menghukumi setiap mereka yang mengaku menyintai Allah namun mereka tidak mengikuti petunjuk Muhammad Shallallahu ‘alahi wa Sallam.. Maka jelaslah bahawa pengakuannya itu adalah merupakan suatu pendustaan sehinggalah mereka mengikuti syari’at Muhammad dan agama nabawi di dalam setiap ucapan dan perbuatannya. Ini adalah sebagaimana sebuah hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Barangsiapa yang melakukan suatu amal yang tidak ada perintahnya dari kami, maka amalan tersebut tertolak (tidak diterima).” (Hadis Riwayat Muslim).” (Lihat: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Pustaka Ibnu Katsir, jil. 2, m/s. 149-151)

Di dalam hadis yang lain turut dijelaskan bahawa, “Sebaik-baik perkataan adalah kitabullah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad. Dan seburuk-buruk perkara adalah perkara yang baru (di alam urusan agama) dan setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.” (Hadis Riwayat Muslim)

Maka dengan itu, secara tidak langsung, ia turut menjelaskan kepada kita bahawa setiap amal yang dilakukan bukan sebagaimana yang diperintahkan dari dua sumber tersebut, maka ianya adalah tertolak dan sia-sia. Allah juga turut melarang sebarang tindakan dalam beramal agama yang dilakukan tanpa persetujuan dari-Nya dan Rasul-Nya. Ini adalah sebagimana yang dijelaskan melalui firman-Nya,

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan Rasul-Nya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” (Surah al-Hujurat, 49: 1)

Allah juga menjelaskan bahawa agama Islam ini telah sedia sempurna melalui Nabi-Nya sebagaimana firman-Nya yang berikut,

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagimu.” (Surah al-Ma’idah, 5: 3)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan berkenaan ayat ini dengan katanya, “Ini (Islam) adalah merupakan nikmat Allah yang terbesar yang diberikan kepada umat ini, di mana Allah menyempurnakan untuk mereka agama mereka sehingga mereka tidak memerlukan lagi kepada agama selainnya, dan tidak memerlukan pula kepada seorang Nabi pun selepas Nabi mereka (Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam). Maka atas sebab itu jugalah, Allah menjadikan Nabi mereka sebagai penutup para Nabi dan mengutusnya kepada manusia dan jin. Tiada kehalalan kecuali apa yang dihalalkannya, tiada yag diharamkan kecuali apa yang diharamkannya, dan tiada agama kecuali apa yang disyari’atkannya. Segala apa yang disampaikannya adalah kebenaran dan kejujuran. Tiada pendustaan dan pengkhianatan dalam dirinya, sebagimana firman-Nya, “Telah sempurnalah kalimat Rabb-mu (al-Qur’an) sebagai kalimat yang benar dan adil” (Surah al-An’am, 6: 115) Iaitu benar di dalam setiap penyampaiannya, dan adil di dalam perintah dan larangan. (Lihat: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Pustaka Ibnu Katsir, jil. 3, m/s. 26-27)

Beramal di Atas Keikhlasan Semata-mata Kerana Allah

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadah dan bawaanmu kepada-Nya. Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadah dan bawaan yang suci bersih (dari segala bentuk kesyirikan).” (Surah az-Zumar, 39: 2)

Maka, setelah kita melaksanakan amal-amal kita berdasarkan prinsip-prinsip ilmu yang benar dan sahih, wajib untuk kita mengiringinya dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala. Pengabdian dan peribadahan kita tidak boleh ditujukan kepada selain Allah Subhanahu wa Ta’ala yang mana jika berlaku pengabdian atau peribadahan yang selain kepada Allah, maka ianya akan menjerumuskan kita ke lembah kesyirikan yang sekaligus memusnahkan tauhid yang murni. Tanpa sifat ikhlas, amal-amal kita juga masih tetap tidak akan diterima dan menjadi tidak bermakna sedikit pun di sisi Allah.

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: “Demi sesungguhnya! Jika Engkau (dan pengikut-pengikutmu ) menyekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) sudah pasti segala amal-amalmu akan terhapus, dan engkau akan tetap menjadi orang-orang yang rugi”.” (Surah az-Zumar, 39: 65)

Dengan ini telah jelaslah bahawa setiap amalan ibadah yang hendak dikerjakan mestilah di atas landasan aqidah Islam yang suci murni dari segala bentuk kesyirikan, berpandukan ilmu yang jelas sebagaimana yang ditunjukkan oleh wahyu melalui apa yang dicontohkan oleh Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan dengan diiringi oleh sifat ikhlas semata-mata kerana Allah.

Sebagai motivasi dan dorongan, di dalam ayat-ayat-Nya yang lain, Allah turut menjelaskan kepada kita sebahagian janji-janji- Nya untuk mereka yang benar-benar beriman dan beramal soleh. Di antaranya adalah dengan,

1 – Kehidupan yang baik dan ganjaran pahala,
“Sesiapa yang beramal soleh, sama ada dari lelaki atau perempuan, dan ia sentiasa di dalam keadaan yang beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, 16: 97)

2 – Akan dimasukkan ke dalam Syurga,
“Dan barang siapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, dan ia sentiasa berada di dalam keadaan yang beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.” (Surah an-Nisa’, 4: 124)

3 – Limpahan berkah dari langit dan bumi,
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.” (Surah al-A’raaf, 7: 96)

4 – Menguasai muka bumi dengan penuh keamanan (jauh dari ketakutan),
“Dan Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa memegang kekuasaan di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka yang berkuasa, dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).. mereka terus beribadah kepada-Ku dengan tidak menyekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (Surah an-Nuur, 24: 55)

wallahu 'alam

BULAN RAMADAN


Posted: 17 Aug 2009 08:08 PM PDT

Oleh : syed abdul hamid syed sahibul bahri

Ramadhan Hampir Tiba
Tiada kata yang layak di ucapkan

Kecuali permohonan Maaf atas segala kesalahan yang telah terjadi


Dan Doa Ku


And


Have a Nice Ramadhan


Di Sebalik Tabir "Cermin Mata."


Posted: 17 Aug 2009 06:09 PM PDT

Oleh : Amin Fadzlan

Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana. Mereka bertolak semenjak subuh lagi. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak katakan. Sesampai mereka diperhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu. Si suami minum air “PowerRoot” dan si isteri pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu. Setelah berehat agak lama juga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB. Lebih kurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata,

Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!!

Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni.

Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala si isteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter. Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal. Tetapi tiba –tiba si suami memanggilnya semula.

Suami : Nak pergi mana?

Isteri : Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi!

Suami: Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu!

Isteri : @#%$*!?>/&$(%#@#@$%&^%*&^?>&%$#^!@~>

huhuhu.......

SHARING IS LOVING -NASIHAT KEHIDUPAN


Posted: 17 Aug 2009 06:19 PM PDT

Oleh : hazlan hj. mohammad

Segala yang baik dari ALLAH dan yang buruk dari saya sendiri.

Nasihat Kehidupan

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu .........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Panduan asas penulisan teks ucapan


Posted: 17 Aug 2009 11:22 PM PDT

Oleh : studioperintis@perintis.com.my

Dalam apa-apa juga penulisan, pasti ada cara dan formatnya. Begitulah juga dengan teks ucapan. Teks ucapan mempunyai formatnya yang tersendiri. Anda telah mengetahui bahawa kandungan teks ucapan terdiri daripada empat bahagian, iaitu:

1. Kata alu-aluan
2. Pendahuluan
3. Isi-isi
4. Penutup

Dalam menghuraikan panduan penulisan ini, saya akan menerangkannya mengikut bahagian teks ucapan.

1. Kata alu-aluan

Dalam bahagian kata alu-aluan, senarai panggilan mestilah mengikut protokol. Bahagian ini selalunya dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada saudara Pengacara Majlis dan kemudiannya tamu kehormat barulah diikuti senarai nama yang lain. Panggilan hormat bagi tamu kehormat bergantung pada gelaran atau pangkat individu tersebut. Jika tamu kehormat merupakan Perdana Menteri, maka panggilan hormat yang sesuai ialah Yang Amat Berhormat. Namun, jika tamu kehormat merupakan pegawai kerajaan yang berjawatan atau berpangkat, maka panggilan hormat yang sesuai ialah Yang Berbahagia. Begitu juga sekiranya majlis yang diadakan bertujuan meraikan pegawai bawahan, maka panggilan hormat yang digunakan ialah Yang Diraikan. Senarai panggilan hormat yang lain akan dibicarakan dengan lebih mendalam dalam Bab 3 buku ini.

2. Pendahuluan

Terdapat pelbagai cara untuk memulakan ucapan. Ucapan bukan sahaja boleh dimulakan dengan rasa kesyukuran, tetapi juga boleh dimulakan dengan imbasan pengalaman, kisah berunsur ringan, latar belakang sesebuah institusi dan pantun.

i. Pendahuluan dengan rasa kesyukuran

Banyak antara kita memulakan ucapan dengan memanjatkan rasa kesyukuran terhadap limpah kurnia Ilahi. Sebagai contohnya;

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul beramai-ramai pada malam ini bagi menjayakan program Makan Malam Negeri sempena Perhimpunan Perpaduan dan Integrasi Pemimpin Murid Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

ii. Pendahuluan dengan imbasan pengalaman

Pendahuluan dengan imbasan pengalaman selalunya dibuat oleh seseorang tokoh berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh beliau. Pendahuluan dengan imbasan pengalaman ini sebenarnya dapat mendekatkan diri seseorang dengan khalayak. Sebagai contohnya;

Apabila saya masuk ke dalam dewan ini dan melihat cikgu-cikgu, saya teringat pada zaman saya berkhidmat sebagai guru kira-kira 30 tahun yang lalu. Saya mula berkhidmat di SMK (P) Jalan Bunga. Pada ketika itu, saya diminta mengajarkan Sains sedangkan opsyen saya ialah Bahasa Malaysia. Namun, hal itu tidak melunturkan semangat saya. Saya sahut cabaran tersebut. Pada tahun pertama, saya memang macam budak baharu belajar, tetapi cabaran ini menjadikan saya lebih berusaha menjadi seorang guru.

iii. Pendahuluan dengan kisah berunsur ringan

Pendahuluan dengan kisah berunsur ringan pastinya amat menarik jika digunakan. Pendahuluan ini sebenarnya bertujuan untuk menarik perhatian khalayak agar mendengar ucapan yang akan disampaikan. Sebagai contohnya;

Saya berasa serba salah untuk berucap di hadapan ini kerana pada pagi ini, salah seorang tetamu kita merupakan pakar dalam bidang penampilan. Dari pagi tadi, saya membelek diri saya di hadapan cermin dan bertanya-tanya pada diri sendiri sama ada tudung yang saya pakai pada pagi ini sesuai atau tidak dengan baju yang saya kenakan. Takut juga saya ketika ini beliau sedang menilai penampilan saya di hadapan ini.

iv. Pendahuluan dengan latar belakang

Pendahuluan berbentuk latar belakang merupakan pendahuluan yang kerap digunakan apabila menulis teks ucapan bagi majlis perasmian bangunan, institusi dan pertubuhan, dan majlis perpisahan. Sebagai contohnya;

Kepada tetamu yang pertama kali menjejakkan kaki di Sekolah Perintis, selamat datang saya ucapkan. Untuk makluman semua, Sekolah Perintis ditubuhkan pada tahun 2000 yang pada mulanya hanya mempunyai 120 orang murid dan 12 orang guru. Pada ketika itu, Sekolah Perintis hanya mempunyai sebuah blok pentadbiran dan sebuah blok bilik darjah. Kelengkapan untuk proses pengajaran dan pembelajar-an juga tidak seberapa lengkap. Dalam keadaan yang serba terhad ini, Sekolah Perintis mula beroperasi untuk mendidik anak bangsa.

v. Pendahuluan dengan pantun

Pantun merupakan puisi Melayu tradisional yang boleh digunakan untuk memulakan sesuatu ucapan. Pantun yang biasa digunakan ialah pantun empat kerat. Sebagai contohnya;

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara;
Selamat datang kami ucapkan,
Awal bismilah pembuka bicara.

Maklumat lanjut berkenaan buku Koleksi Contoh Teks Ucapan Berserta Panduan Asas Penulisan Teks Ucapan ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my atau sila berhubung dengan Cik Nor di talian 03-9019 5303.

KISAH DI SEBALIK TELOR


Posted: 17 Aug 2009 07:32 PM PDT

Oleh : Zamri Keciks

Gambar diambil dari syarikat pengedar telur ayam, telur masin dan telur puyuh di Kg Melayu SubangDepa ni pemborong telur dimana telur-telur tersebut dibeli dari 'farm' dan dijual semula kepada pelanggan-pelanggan 'perniagaan' iaitu restoran-restoran dan kedai-kedai runcit.

Sebab tu lah bila beli telur kita kena basuh..tapi kalau dah jadi kes macam ni kena samak jawabnya...

Dulu aku sensitif pasal kes
1. Telur tak basuh bergelumang taik ayam,ada org yg jual roti canai, or roti telur, amik dari papan terus pecahkan kat roti.Tangan dah terkena tahi ayam kering lepas tu pap..pap henyak kat roti canai yang kita nak makan..ehhh geli aku!

2. Telur dibilas-rendam pakai air satu besen sahaja...(cara salah menyucikan najis menurut feqh) Kini tambah lagi satu...

3. Telur dijilat anjing dan bergelumang hama anjing...

Jurufoto ada menegur owner ni pasal anjing ni tak patut la melepak dengan telur-telur tu... Jawapan owner: Tarak!!! ini anjing tarak jilat itu telur, makan pun tarak... Memang la apek oi.....Masalahnya, aku nampak menatang anjing-anjing ni suka jalan hidu sana hidu sini dan moncong hidungnya yang basah tu menyentuh setiap objek yang dihidu....memang sedap sebagai penambah perisa masakan telur.

Moral of the story

Terpulang kepada diri masing-masing, tapi sila berhati-hati dan meneliti bila nak makan kat kedai makan.Aku fed up makin hari makin banyak isu taharah pasal kedai makan terserlah... no wonder umat Islam hari ni bukan main keras hatinya...disebabka n yang masuk ke dalam perut pun macam-macam jenis ingredient gamaknya.

Mungkin elok kita masak sendiri di rumah dengan telur-telur yang dibeli di pasaraya besar, sebab telur ni direct dari farm bukan dari pemborong.Itu pun kalau gudang depa tak guarded by canines.

AKU RASA DAH SAMPAI TAHAP SERUAN WAJIB NI, ORANG ISLAM MESTI MENGAMBIL TANGUNGJAWAB MENGELUARKAN DAN MEMPROSES MAKANAN UNTUK UMAT ISLAM, BUKAN MENGHARAPKAN ORANG LAIN PRODUCE DAN TEMPEK COP HALAL JAKIM. KITA NI SENSITIF SANGAT PASAL 'LOGO' HALAL..... KALAU YANG BUAT MAKANAN BUKAN ORANG ISLAM, APALAH HARAPANNYA.. ..

Ustaz Asraf b. Che Nor
Pemb. Hal Ehwal Islam


Berpikir Positif


Posted: 17 Aug 2009 08:44 PM PDT

By: agussyafii

Hidup berumah tangga bagaikan mengemudi bahtera di tengah samudera luas. Lautan kehidupan seperti tak bertepi, dan medan hamparan kehidupan sering tiba-tiba berubah. Memasuki lembaran baru hidup berkeluarga biasanya dipandang sebagai pintu kebahagiaan. Segala macam harapan kebahagiaan ditumpahkan pada lembaga keluarga. Akan tetapi setelah periode 'impian indah' terlampaui orang harus menghadapi realita kehidupan.

Sunnah kehidupan ternyata adalah 'problem'. Kehidupan manusia, tak terkecuali dalam lingkup keluarga adalah problem, problem sepanjang masa. Tidak ada seorangpun yang hidupnya terbebas dari problem, tetapi ukuran keberhasilan hidup justeru terletak pada kemampuan seseorang mengatasi problem. Sebaik-baik mukmin adalah orang yang selalu diuji tetapi lulus terus, khiyar al mu’min mufattanun tawwabun.(hadis) . Problem itu sendiri juga merupakan ujian dari Allah SWT, siapa diantara mereka yang berfikir positif, sehingga dari problem itu justeru lahir nilai kebaikan, liyabluwakum ayyukum ahsanu `amala (Q/67:2) liyabluwakum fi ma a ta kum (Q/6:165)

Menurut hadis Nabi, menemukan pasangan yang cocok (saleh/salihah) dalam hidup berumah tangga berarti sudah meraih separoh urusan agama, separoh yang lain tersebar di berbagai bidang kehidupan. Hadis ini mengambarkan bahwa 'rumah tangga' itu serius dan strategis. Kekeliruan orientasi, keliru jalan masuk, keliru persepsi, keliru problem solving dalam hidup rumah tangga akan membawa implikasi yang sangat luas. Oleh karena itu problem hidup berumah tanga adalah problem sepanjang zaman, dari sejak problem penyesuaian diri, problem aktualisasi diri, nanti meluas ke problem anak, problem mantu, cucu dan bahkan tak jarang suami isteri yang sudah berusia di atas 60 masih juga disibukkan oleh problem komunikasi suami isteri, hingga kakek dan nenek itu pisah ranjang.

Itulah sebabnya mengarungi kehidupan tak ubahnya mengarungi samudera, terkadang lautan tenang dan angin sumilir, tetapi terkadang tanpa diduga datang ombak besar. Bagi orang yang faham sunnatullah laut, maka ia bisa berhitung kapan musim ombak dan kapan musim tenang. Tetapi kehidupan juga sering diungkapkan sebagai 'tersandung di jalan rata', terpeleset oleh 'kerikil' kehidupan. mungkin kita sudah banyak makan asam dan garam kehidupan. Meski begitu tetap saja kita masih dihadang oleh banyak problem. Berpikir positif dan meluruskan orientasi bahwa pernikahan adalah mencari keberkahan dan keridhaan Allah SWT itulah kunci menghadapi berbagai masalah di dalam rumah tangga.

Wassalam,
agussyafii

Posisi tidur menurut Islam dan Sains

Posisi tidur menurut Islam dan Sains

Posted: dihantar oleh Cina Muslim ke email saya pada 17 Aug 2009 08:31 PM PDT

Oleh : Muhamad Al Hafiz

Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gump alan belakang badan yang besar yang mengh alan g dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara...
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Rujukan: Mausuah al-I'jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.

Moga ada manfaat,

Wallahuaqlam.

Jumaat, 24 Julai 2009

BONGKAR, MUHASABAH & BERTINDAK

Empayar Nestle dan Kejahilan Umat Islam

Posted: 24 Jul 2009 01:23 AM PDT

Oleh : Zamri Keciks

100 Tahun Yang Lalu

Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu.

boikot-nestle-sahabat-israelNestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company. Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia. Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.

Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.

Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.

Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.

Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.

Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ?

Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:

Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn’t sell Milo beverages.

Saya terjemahkan di sini:

Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.

Pingat Emas untuk Nestle, fakta memalukan rakyat Malaysia

Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan. Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada.

Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O’Carrol dalam akhbar TheStar Online baru-baru ini:

O’Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world’s largest consumers of Milo.

Saya terjemahkan di sini:

O’Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.

Sullivan akui rakyat Malaysia paling lahap meminum Milo.

Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini.Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.

Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.

Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat Islam

Sumber rujukan: InMinds.co.uk

Dato Shahrir menikmati darah umat Palestin Milo di hadapan Sullivan.

Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.R&D itu digunakan sebagai .pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut.

Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel.

Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu memboikotnya?

boikot-nescafe-darah-palestin Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!

Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu.

Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.

Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.

Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel. Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.

Apa Pendirian Kita?

Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.

* Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana ada produk lain?
* Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle je, mana ada produk lain?

Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita tidak mahu jenama Milo, Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain?

Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi menyuarakannya.

Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.

Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk Nestle?

Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa Palestin telah lama hancur!!

di petik dari blog : cina muslim