Jumaat, 10 Mei 2013

Kunci Surga Itu Bernama Kesetiaan


jika anda ada 100 orang kenalan mungkin 50 orang sahaja yang boleh dipanggil kawan sebab bila buat kenduri dia pasti datang. dari 50 orang kawan ini mungkin 20 orang sahaja yang layak dipanggil teman sebab sanggup diajak menemani anda minum bersama di kedai mamak atau bercuti atau memancing atau memburu atau melancung. dari 20 orang teman ini mungkin 5 orang sahaja yang layak dipanggil sahabat sebab sanggup berkongsi susah senang dan suka tolong menolong. dari 5 orang sahabat ini mungkin seorang sahaja yang layak dipanggil kekasih dan adik-beradik walaupun mak dan ayah lain-lain kerana sanggup berkorban apa sahaja untuk anda....siapa dia? siapa lagi jika bukan pasangan hidup anda.

Pada suatu hari, Fathimah Radhiyallahu ‘anha (RA) bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, siapakah perempuan yang akan masuk surga pertama kali. Rasulullah menjawab, ”Seorang wanita yang bernama Mutiah.”

Tentu saja Fathimah terkejut. Ternyata bukan dirinya, seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, padahal dia adalah putri Nabi?

Timbullah keinginan untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apa gerangan yang diperbuatnya sampai mendapat kehormatan yang begitu tinggi?

Sesudah meminta izin kepada suaminya, Ali bin Abi Thalib RA, Fathimah berangkat mencari rumah Mutiah. Putranya yang masih kecil, Hasan, menangis ingin ikut. Maka digandengnya Hasan.

Tiba di depan rumah yang dituju, Fathimah mengetuk pintu, “Assalaamu’alaikum…!”

“Wa’alaikumsalaam. Siapa di luar?” terdengar jawaban dari dalam rumah. Suaranya cerah dan merdu.

“Saya Fathimah, putri Rasulullah.”

“Alhamdulillah, alangkah bahagia saya hari ini. Fathimah sudi berkunjung ke gubug saya,” terdengar kembali jawaban dari dalam, terdengar lebih gembira, dan makin mendekat ke pintu.

“Sendirian Fathimah?” tanya Mutiah.

“Aku ditemani Hasan.”

“Aduh, maaf ya,” suara itu seperti menyesal. “Saya belum mendapat izin untuk menemui tamu laki-laki.”

“Tapi Hasan masih kecil.”

“Meski kecil, Hasan laki-laki. Besok saja datang lagi, saya akan minta izin kepada suami saya.”

Sambil menggeleng-nggelengkan kepala, Fathimah akhirnya minta permisi.

Besoknya ia datang lagi. Kali ini Husain, adik Hasan, diajak juga. Bertiga dengan anak-anak yang masih kecil itu, Fathimah mendatangi rumah Mutiah.

Setelah memberi salam dan dijawab gembira, Mutiah bertanya dari dalam, “Jadi dengan Hasan? Suami saya sudah memberi izin.”

“Ya, dengan Hasan dan Husain.”

“Ha! Mengapa tidak bilang dari kemarin? Yang dapat izin cuma Hasan, Husain belum. Terpaksa saya tidak bisa menerima juga.”

Lagi-lagi Fathimah gagal bertemu.

Esok harinya barulah mereka disambut baik-baik oleh Mutiah. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah, namun semuanya teratur rapi.

Ada tempat tidur yang terbuat dari kayu kasar namun tampak bersih. Alasnya putih, agaknya baru dicuci. Bau di dalam sangat segar. Membuat orang betah tinggal berlama-lama.

Fathimah kagum melihat suasana yang sangat menyenangkan itu. Hasan dan Husain pun yang biasanya kurang begitu senang berada di rumah orang, kali ini tampak asyik bermain-main.

“Maaf, saya tidak bisa menemani Fathimah duduk, sebab saya sedang menyiapkan makan buat suami saya,“ kata Muthiah sambil sibuk di dapur.

Mendekati tengah hari, masakan itu sudah rampung. Mutiah menatanya di atas nampan. Juga, menaruh cambuk.

Fathimah bertanya, ”Suamimu kerja di mana?”

“Di ladang.”

“Penggembala?”

“Bukan. Bercocok tanam.”

“Tapi mengapa kau bawakan cambuk, untuk apa?”

“Oh, itu,” Mutiah tersenyum. “Cambuk itu saya sediakan untuk keperluan lain.”

Fathimah penasaran.

“Maksud saya begini. Kalau suami saya sedang makan, maka akan saya tanyakan apakah cocok atau tidak. Kalau dia bilang cocok, tak akan terjadi apa-apa. Tetapi kalau bilang tidak cocok, cambuk itu akan saya berikan kepadanya agar punggung saya dicambuk sebab tidak bisa menyenangkan hati suami.”

“Atas kehendak suamimukah kau bawa cambuk itu?”

“Oh, sama sekali tidak. Suami saya adalah orang yang lembut dan pengasih. Ini semua semata-mata kehendak saya agar jangan sampai saya menjadi istri yang durhaka kepada suami.”

Usai mendengar penjelasan ini, Fathimah minta permisi. Dalam hati ia berkata, pantas ia wanita penghuni surga untuk pertama kali. Baktinya kepada suami begitu besar dan tulus.

Subhanalah...

Jika Anda tersentuh dengan cerita di atas, tolong “lshare” cerita ini ke teman-teman yang lain agar mereka juga dapat memetik hikmah yang ada pada cerita di atas. Semoga dapat bermanfaat bagi kehidupan kita, terimakasih.

Ahad, 5 Mei 2013

MAK, ABAH & ANAK

Mak abah, abg nak kahwin.. 
janganlah bersusah hati kalau abg ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.


Mak abah, abg nak kahwin. janganlah dihalang keinginan abg nie, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.



Mak abah, abg nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.



Mak abah, abg nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin. (walaupown sdah ad pinjaman ptptn).



Mak abah, abg nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.



Mak abah, abg nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.



Mak abah, abg nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.



Mak abah, abg nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.



Mak abah, abg nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.



Mak abah, abg nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.



Mak abah, abg nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.



Mak abah, abg nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.



Mak abah, abg nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.



Mak abah, abg nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.



Mak abah, abg nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan abah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan abah ini, amin... .


ANAK-KU ;

1. suami yg baik adalah suami yg bersedia utk menerima kekurangan yg ad pd isterinya utk diperbaiki dgn membimbing nya ke arah kebaikan. dan dan mengajak serta mengajak isteri nya ke arah mendapatkan redha allah s.w.t dan rasul nya s.a.w.. bukan lah diredhai dan dibiarkan kesilapan yg ad pd isteri nya..

2.. sesungguhnya utk dilihat dari sudut agama bg memilih calon pasangan yg diredhai addin islam itu sendiri, perlu nya kte mengetahu bahawa bukan lah dilihat semata2 dari sudut calon itu sendiri yg perlu kpd agama, malahan perlu nya ad kewajiban dlam mertarbiyah diri kte dahulu iaitu memperbaiki kelemahan2 yg ad di dlam diri dan bersedia utk mengisi ilmu berkenaan hal2 yg berkaitan dgn bab2 pernikahan serta rumah tangga, supaya kita bersedia utk menempuhi ke arah rumah tangga iaitu baitul muslim yg sgt2 dituntut syarak.. 

3. bler mne seorang isteri itu tlah mengakui akan jasa2 dan pengorbanan yg dilakukan oleh suami nya dlam mentarbiyah dirinya supaya menjadi muslimah sejati, isteri yg solehah, dan ibu yg mithali kpd ahli keluarga nya, serta menghargai akan pengorbanan2 tersebut, mk yakin dan percayalah bahawa si isteri itu sdg meluahkan perasaan yg lahir melalui hati nya yg luluh itu, dan si dye tdak bercakap kosong semata2.. ad mksd tersirat yg sdg disampaikan isteri itu.. 

4. isteri yg solehah adalah isteri yg mampu utk meransang suaminya yg dicintai dan dikasihi utk terus beribadah dan taat kpd allah s.w.t. dan melaksanakan tanggungjawab yg diamanahkan semata2 mau mencari kerdhaan ilahi..:) dan berusaha utk membantu suami nya dlam membentuk sebuah baitul muslim yg diredhai allah s.w.t..

5.. suami yg soleh adalah suami yg bersedia utk memikul tanggung jawab sbg ketua keluarga di dlam rumah tangga dan berusaha utk membawa rumah tangga nya ke arah baitul muslim yg diredhai ilahi dan rasul nya.. dgn berusaha utk membawa diri nya serta ahli keluarga nya kearah mawaddah dan kerahmatan, serta kebahagian di dunia dan di akhirat, dan berusaha utk menghidarkan diri dan ahli keluarga nya drpd terjerumus ke dlam neraka allah azza wajalla.. nauzubillahi min zalik.. itu lah tanda2 seoarng suami yg bnar2 mencintai rumah tangga nya.. 

HAI ANAK-KU ; "korang kena ingat....kenapa banyak sangat pasangan muda bercerai??...adalah apabila ditanya : sebab tak tahan, sebab nak cegah zina.......tapi bila dah bernikah kenapa bercerai??? sebab tak sehaluan, sebab tak sepoting.....pasal itu je ??? " - fikir le dgn mata hati yang beriman dan disuluh ilmu.....

Khamis, 2 Mei 2013

JIKA ANDA BERCITA-CITA MENJADI JUTAWAN, JADILAH JUTAWAN BERTAQWA


ALLAHU AKBAR !!!

Ini gambar seorang lelaki bernama Rachid Nekkaz, usahawan kacukan Perancis-Algeria yang tinggal di Perancis

Beliau mendengar tentang pengharaman pemakaian Niqab di Perancis. Kemudian beliau beritahu yang, beliau akan bayar semua SAMAN yang dikenakan kerana memakai niqab - bukan di Perancis sahaja, tetapi di mana-mana negara yang mengharamkan pemakaian tersebut.

Beliau mulakan dengan dana 1 Juta Euro (RM4.02 Juta). Kemudian beliau berkata, "Saudariku, pergilah ke mana sahaja yang kamu nak, dan saya akan bayar semua SAMAN yang dikenakan ke atas kamu itu"

Semoga Allah memberkati beliau.

Sebab itulah semua USAHAWAN MUSLIM perlu KAYA JIDDAN ! (Kaya Sangat-sangat). Supaya, apabila ISLAM memerlukan kita, kita akan bersedia !!!

Allahu Akbar !!!
Allahu Akbar !!!
ALLAHU AKBAR !!!
.........................
Akhir sudut pandang : Jutawan & Milioner Muslim Malaysia pula apa perkara yang dibelanya ??

Najib bakal menjadi Ketua Pembangkang digeruni?


Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) berpendapat ketua kerajaan sementara Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak cukup terdesak dengan menghantar perutusan khas sempena Pilihan Raya Umum ke-13 kepada semua pengundi masyarakat India, diseru menyokong calon BN dan memberi mandat kepada Barisan Nasional pada PRU13 nanti.

Dalam perutusannya, beliau memohon maaf kepada pengundi masyarakat India di atas kelemahan dan kesilapan pimpinan lepas dan meminta diberi satu peluang. Perutusan ini menimbulkan lima persoalan penting.

Persoalan Pertama: Mengapa mesej ini dipanggil perutusan? Biasanya Perutusan hanya diberikan kepada sambutan-sambutan yang penting. Apakah Najib anggap PRU13 sebagai satu sambutan yang rakyat akan tari-menari dan meriah? Tetapi, PRU13 adalah merupakan satu peristiwa penting dan serius yang mana rakyat akan menentukan masa depan negara yang cemerlang.

Persoalan Kedua: Mengapa perutusan ini hanya ditujukan kepada masyarakat India?  Kenapa masyarakat Melayu dan Cina tidak menerima perutusan ini? Atau, apakah mereka akan menerima perutusan lain yang kandungannya mungkin lain? Tapi, apa yang hairan ialah Bapa 1Malaysia yang setiap hari melaung-laungkan slogan 1Malaysia bertindak rasis. Kalau nak hantar, biarlah hantar mesej yang sama kepada semua rakyat. Mengapa perlu ada ‘double standard’. Ia nampak seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

Persoalan Ketiga: Dalam perutusannya, Najib meminta maaf atas kelemahan pimpinan lepas. Tetapi, Najib gagal menyatakan dengan jelas pimpinan yang mana satu? Adakah pimpinan Abdullah Ahmad Badwi atau Mahatir Mohamad? Jika Najib kata Abdullah, maka dia adalah penderhaka. Abdullah cuba membawa perubahan dalam sistem pemerintahan. Ianya tidak disukai oleh pimpinan UMNO yang lain termasuk Najib yang merasakan kedudukan UMNO akan tergugat. Maka, Abdullah diberikan tekanan demi tekanan sehingga terpaksa letak jawatan dan serahkan kepada Najib yang memang tunggu-tunggu. Jika pimpinan lepas itu merujuk kepada Mahathir, maka sekurang-kurangnaya jujur sedikit dalam perutusannnya. Memang tidak dapat dinafikan, segala  kebinasaan yang berlaku adalah disebabkan Mahathir. Selama 22 tahun Mahathir dengan pentadbiran kuku besinya memecah belahkan perpaduan kaum. Dasar pecah dan perintah amalan British yang satu ketika ditentang hebat oleh Mahathir, telah digunakan dengan sebaik-baiknya. Masa inilah, ramai warga asing menjadi warganegara Malaysia, satu pengkhianatan yang tidak dapat dimaafkan. Ianya dilakukan demi survival politik Mahathir dan UMNO. Maka, Najib perlu menjelaskan pimpinan yang mana satu?

Persoalan Keempat: Andaikan pimpinan lepas yang Najib maksudkan adalah pimpinan Mahathir, maka jelas Najib mengakui bahawa pimpinan mentornya itu mempunyai banyak kelemahan dan kesilapan yang membawa negara kita ke tahap ini. Ia juga membawa keadaan sehingga Najib terpaksa memohon maaf. Jika sudah mengakui, mengapa Mahathir masih diberi ruang yang cukup besar dalam pentadbiran sekarang. Mahathir bermaharajalela dengan komen-komennya yang jelas memjejaskan perpaduan kaum. Mempunyai pengaruh dalam menentukan calon-calon rasis yang memang ditolak oleh semua lapisan masyarakat. Gambaran berlaku di mana Perdana Menteri sekarang ialah Mahathir dan bukannya Najib. Maka, apakah ikhlas Najib memohon maaf di satu sudut, di sudut lain pula memberi pengiktirafan sepenuhnya kepada pimpinan lepas yang menolak sehingga keadaan terdesak sekarang. Najib perlu memperjelaskan ini sebelum menghantar perutusan.

Persoalan Kelima: Jika benar Najib memohan maaf secara jujur berhubung “Kesilapan” pimpinan lepas, adakah Najib sudah lupa bahawa dia juga adalah sebahagian daripada pimpinan lepas yang membawa kepada keadaan teruk. Najib telah berama lama dalam kerajaan sejak Mahathir, memegang jawatan-jawatan penting seperti Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pelajaran, Menteri Pertahanan dan jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan Abdullah. Maka, mana perginya rasa tanggungjawab Najib kepada masyarakat India? Sekolah-sekolah Tamil tidak diberikan perhatian langsung oleh Menteri Pelajaran Najib. Belia-belia India diabaikan Menteri Belia dan Sukan Najib. Mengapa Najib yang sama sekarang beria-ia hantar perutusan minta maaf, beri itu dan beri ini. Ada yang mengatakan Najib sekarang sudah berubah? Kalau itu soalnya, mengapa Najib menuduh Anwar Ibrahim dengan mengatakan Anwar Ibrahim tidak membuat apa-apa untuk masyarakat India semasa dalam kerajaan dan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Mengapa isu Anwar yang mengatakan tidak akan benarkan bunyi loceng di kuil-kuil Hindu ditimbulkan? Najib pernah mengeluarkan keris dan menciumnya dan mengatakan kerisnya tidak akan diletakkan selagi tidak melihat darah dalam perhimpunan Pemuda semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO. Siapa yang lebih bahaya Najib atau Anwar? Jika Najib dikatakan sudah berubah sekarang dengan slogannya 1Malaysia, apakah salah jika Anwar juga diberi peluang dan boleh dianggap sebagai sudah berubah juga dengan slogan ‘Harapan Rakyat’?

Kesimpulannya, Najib bukan berubah, Najib yang kita lihat dulu, masih ada dan wujud. Najib hanya memakai “TOPENG 1MALAYSIA” yang akan dibuangnya sebaik sahaja Barisan Nasional menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Maka, Najib yang asal muncul kembali. Jika BN kalah pun, Najib yang asal akan kembali dengan unsur rasisnya. Jika ditanya mana satu Najib yang bahaya kepada masyarakat dan negara, jawapannya sudah tentu Najib yang menang. Jika menang sudah tentu negara akan kembali kepada zaman Mahathir. Jika Najib kalah, maka negara akan mendapat satu pentadbiran baru yang sekian lama rakyat menanti-nantikan. Ia akan membawa satu “Puthiya Nambikei” (Harapan Baru) kepada rakyat Malaysia. Tapi, kita tidak akan tinggalkan Najib begitu sahaja atau tidak menghormati pengorbanan yang sekian lama. Maka itu, kita akan menjadikan Ketua Pembangkang yang digeruni kerajaan Pakatan seperti mana kini Ketua Pembangkang Anwar digeruni oleh kerajaan Barisan Nasional. Najib dengan pengalaman yang begitu lama dalam kerajaan pasti akan menjadi Ketua Pembangkang yang sangat kuat dan disegani oleh semua. Jika rakyat berjaya melakukan ini, maka yang pasti menang adalah bukan Najib atau Anwar, tetapi RAKYAT, Inilah yang perlu menjadi BALASAN PERUTUSAN RAKYAT YANG PENTING KEPADA NAJIB.

Penulis ialah Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS).