Sabtu, 28 Mac 2009

BERTEMU KEMBALI & SALAM SENYUM SOKMO


Salam sejahtera buat semua pengunjung blog koi..hmmm lame dah tak wat pengisian kat sini rasa malas pun ada..tapi kuatkan juga badan untuk rujukan koi jugak pada masa akan datang, kenangan dan tatapan bersama untuk kengkawan2 koi sume hehe...

Aku dan kenangan :

Sunyi dan sepi

Tiada bintang yang berkelipan di langit yang biru

Tiada kawan untuk ku berkata-kata dan bersenda

Ku nanti dikau… dengan harapan yang penuh kasih yang tak ternilai rasa.

Akhirnya….yang ku nanti-nantikan tak kunjung tiba.

Tiada kata, tiada pesan untuk-ku yang engkau tinggalkan…sayang…

Menghilangkan diri tanpa pesan ku ditinggal

Pada siapa harus ku bertanya pada bulan atau angin lalu

Di manakah kini kau berada kasih

Tersenyum aku… sambil menitiskan air mata mengenangkan dikau

Yang tinggal hanya gambar duka, tanda mata dan kenangan

Tiada ku duga, yang ini harus akan terjadi…Di malam begini

Mungkinkah kita kan bersua lagi…

Setiap kata-kata mu…ku renung dan cuba memahami

Buat pedoman dan pengajaran, untuk ku harungi masa-masa hadapan…

Namum begitu…penantian juga yang dirindui…

Jumaat, 6 Mac 2009

AMACAM...ADA GAYA TAK TN. HJ. MOHD NAJIB AL-MONGGOLI Pakai Serban?????

Menteri Pasola Akan Mati Dengan Buluh Runcing Dari Monggolia



Ramai yang mengulas posting saya berkaitan Menteri Pasola yang huru harakan Perak yang disiarkan di Tranungkite.net.Ulasan paling menarik dan tepat ialah ,buluh runcing yang bakal menamatkan kekebalan Menteri Pasola (bekas Menteri Pertahanan) sedang berada di Monggolia.

Buluh runcing dari Monggolia ini pastinya menamatkan riwayat dan cita cita besar Menteri Pasola untuk menjadi Perdana Menteri.Soalnya siapakah yang akan menggunakan buluh runcing ini?Adakah Pakatan Rakyat atau Pak Lah sendiri yang akan menusuk kaki Menteri Pasola dengan buluh runcing dari Monggolia?
Gambar:Menteri Pasola & Merangkap Timb. Perdana Menteri Malaysia...