Sabtu, 27 April 2013

PRU-13 : Macam Mana Nak Turunkan Kos Sara Hidup???


Oleh : kelintingkuning

Ikut kata najib kita bagi BRIM 1.0, 2.0, 3.0. Ini dapat membantu rakyat, peniaga dan ekonomi. 

Sebaliknya beliau tak setuju turunkan harga minyak kerana yang dapat untung hanya orang kaya. Orang kaya pakai kereta besar. dialah yang isi minyak banyak. 


Mari kita nilai dan fikirkan taraf pemikiran menteri kewangan malaysia ini.

Yang dapat brim hanya mereka yang bergaji RM3 500 ke bawah. Macam mana dengan mereka yg bergaji lebih daripada itu.

Nilai brim RM500 setahun atau RM41.66 sebulan atau RM1.38 sehari ini dapat ke menurunkan kos sara hidup?

PR janji kalau menang PRU13.....harga minyak turun 40 sen. Kalau kita guna minyak 10 liter sehari maka kita sudah jimat dan dapat turunkankan kos sara hidup sebanyak RM4 sehari. Dengan kata lain kita ada lebihan wang sebanyak RM4 sehari. 

Sedangkan Brim hanya menurunkan kos sara hidup sebanyak RM1.38 sehari. Mana yg kita nak pilih?


Cara PR menurunkan kos sara hidup 

(1) Kesan harga minyak turun ; 

1. Kesan kepada pengguna 

Jika kita menggunakan minyak 10 liter sehari maka ada lebihan wang dalam saku kita sebanyak RM0.40 x 10 = RM4 sehari = RM120 sebulan = RM1440 setahun. Lebihan ini boleh ditabung untuk masa depan, beli insurans pendidikan anak, melancong, membeli lebih banyak barang dan sebagainya. 
kenaikan permintaan pengguna terhadap barang-barang tadi akan merancakkan lagi ekonomi. 


Penurunan harga minyak ini bukan hanya memberi manfaat kepada mereka yang berpendapatan RM3 500 sahaja tetapi memberi kesan kepada bayi yg baru lahir sehinggalah mereka yang uzur dan hampir mati!!!


2. Kesan kepada pengeluar/ peniaga/ pengilang 

a. Kenaikan permintaan pengguna ke atas barang dan perkhidmatan tadi akan memberikan keuntungan kepada pengeluar dan peniaga. 


b. Kos pengeluaran turun kerana minyak merupakan sebahagian daripada kos yg ditanggung oleh pengeluar. Penurunan kos pengeluaran akan meningkatkan keuntungan pengeluar. 


Kenaikan keuntungan yg dinikmati di atas akan menyebabkan pengeluar membesarkan lagi perniagaannya (misalnya membuka cawangan/ kilang baru) maka lebih banyak peluang pekerjaan tersedia. Ini dapat mengatasi pengangguran.


3. Kesan kepada kerajaan 

Kenaikan keuntungan pengeluar/ peniaga (syarikat) membolehkan kerajaan menikmati kenaikan dalam kutipan cukai pendapatan syarikat. Kenaikan kutipan cukai akan meningkatkan hasil kerajaan. Kenaikan hasil kerajaan membolehkan kerajaan; 

1. berbelanja lebih keatas projek-projek pembangunan 
2. mengurangkan defesit bajet negara. 
3. memberi bonus 
4. membayar hutang negara.


4. Kesan kepada ekonomi keseluruhan 

- kuasa beli pengguna meningkat 

- taraf hidup meningkat 
- untung firma meningkat 
- pengangguran berkurang 
- hasil kerajaan meningkat 
- pendapatan negara meningkat 
- belanjawan lebihan dapat dilaksanakan 
- hutang negara berkurang


Cara PR menurunkan kos sara hidup seterusnya
Disamping menurunkan harga minya PR juga berjanji akan melaksanakan beberapa langkah berikut untuk menurunkan kos sara hidup. 

(2) Menghapuskan tol 


Jika tol dihapuskan bukan hanya memberikan kesan positif kepada rakyat biasa tetapi juga golongan peniaga, pemandu teksi, pengusaha lori dsb. 


- penghapusan tol menarik minat kita untuk melakukan perjalanan jauh sama ada untuk pulang ke kampong mahupun untuk melancong. Semakin kerap kita pulang ke kampung semakin eratlah hubungan kita dengan ibu bapa dan sudara mara di kampong. 


Semakin banyak orang yg pergi melancong, semakin rancak industri pelancongan. Pengusaha hotel dan rumah-rumah penginapan mendapat untung lebih. 


Di samping itu penghapusan tol dan pengurangan minyak dapat mengurangkan tambang pengangukutan awam seperti bas dan teksi. Lebih ramai orang yg menaiki pengangkutan awam dan secara tak langsung dapat mengurangkan kesesakan di jalan raya.


(3) Pendidikan percuma dan menghapuskan PTPTN 

Pendidikan percuma diberikan dari peringkat rendah sampailah ke universiti. Bila ini dilaksanakan secara automatik PTPTN akan terhapus. Pemilik-pemilik IPTS yang kebanyakannya dimiliki oleh kroni BN susah nak cari makan. 


Sebelum ini manfaat PTPTN hanya dinikmati oleh pengusaha IPTS kerana setelah ditolak dengan yuran, kos makan minum dan tempat tinggal dsb bakinya mengalir ke tangan kroni. 


Tamat belajar, mereka sudah ada hutang yang perlu dijelaskan. Ijazah yg dikurniakan tidak menjamin peluang pekerjaan tersedia untuk mereka. Umur yg semakin semakin meningkat, peluang pekerjaan yg semakin terbatas memungkinkan mereka melupakan mencari pasangan hidup. Akhirnya ramailah kaum wanita dan juga peria yg akan membujang atau kahwin lambat. 


Dari segi ekonomi, pendidikan percuma akan menyebabkan pendapatan benar mahupun pendapatan boleh guna isi rumah meningkat. Ibu bapa tidak perlu mengeluh untuk memikirkan bayaran yuran anak-anak sama ada di sekolah atau di universiti. 


Keadaan pada hari ini, walaupun yuran sekolah rendah dan menengah dihapuskan tetapi pihak sekolah telah mengalihkan beban ini kepada bayaran-bayaran yg membebankan melalui sumbangan PIBG. Kalau dulu (contohnya anak aku) yuran sekolah RM34.50 tambah majalah sekolah RM10 dan yuran PIBG RM20 satu keluarga tetapi sekarang yg sekolah rendah PIBGnya RM160 dan yg di asrama RM450. Baru-baru ini yg sekolah rendah mintak lagi untuk kem motivasi UPSR RM80.


Macam ini.....kalau ada 5 anak yg berada di peringkat rendah dan menengah.....boleh botak kepada abah.


(4) Pemberian air percuma 20m3 kepada penduduk selangor 

Penduduk selangor sungguh bertuah kerana selama 5 tahun pemerintahan PR menikmati tambahan pendapatan boleh guna kesan dari pengurangan bil air sebanyak RM10.08 sebulan = RM120.96 setahun = RM604.8 selama 5 tahun. 


Disamping pemberian air percuma, PR juga berjanji tidak akan menaikkan tarif air seperti mana yg akan dilakukan oleh BN jika memerintah. 


Mengikut perjanjian dengan syabas, jika BN menang pada PRU12 dahulu, jumlah kenaikan tarif air ialah sebanyak 82 peratus. 


Pengurangan bil RM10.08 selama sebulan bagi sebuah isi rumah dan RM10.08 x 2 000 000 isi rumah = RM20 160 000 sebulan bagi negeri selangor!!!! Kenaikan jumlah pendapatan boleh guna rakyat selangor sebanyak ini dapat meningkatkan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan sebanyak beberapa kali ganda lagi melalui proses penggandaan dalam ekonomi.


Manifesto Pakatan Rakyat Lebih "Menguntungkan Keluarga Saya"

Dari kaca mata seorang Perancang Kewangan, saya dapati bahawa Manifesto Pakatan Rakyat lebih "Menguntungkan Keluarga Saya" dari segi; 


1-Penurunan Harga Minyak daripada RM1.90 kepada RM1.50 (Jimat sebanyak 21%). Sebulan kami membelanjakan sekurang-kurangnya RM 1,000.00 untuk petrol Ron95 bagi sebuah Persona, sebuah Hilux & sebuah motosikal untuk berulang alik Kajang-Somban/Kajang-PJ/Kajang-Melaka/Kajang/Perak. Ini bermakna kami akan jimat RM210.00 setiap bulan melalui minyak. 


2- Penghapusan Tol. Pada bulan Mac-13 sahaja kami telah membelanjakan RM600 untuk tol bagi perjalan di atas. Tetapi secara purata setiap bulan kami membelanjakan sebanyak RM400.00 untuk tol. Jika tol dihapuskan kami akan jimat lagi RM400.00 sebulan daripada Tol. 


3-Penghapusan Hutang PTPTN. Sebagai penerima bantuan PTPTN ketika belajar di UKM, saya membuat bayaran balik melalui potongan gaji sebanyak RM 150.00 sebulan. Jika Ketiga-tiga Penjimatan ini dijumlahkan, bermakna Keluarga Saya Mempunyai lebihan sebanyak RM 210+RM400+RM150 = RM760.00 sebulan. 


Jika lebihan ini kami simpan selama setahun, kami akan mempunyai simpanan tambahan sebanyak RM760 X 12 = RM9,120. Dengan jumlah bulan/tahunan sebanyak ini, macam-macam perkara berfaedah boleh kami lakukan. 


Bagaimana dengan anda? Sekarang, Kirakan berapa pula yang anda boleh jimat. 

Ini Kalilah!!!