Khamis, 25 Julai 2013

KEAJAIBAN MATEMATIK

ARTIKAL NI DI AMBIL DARIPADA ADMIN : TV PRU13 
(Rajin sangat orang yang mengira ni hehe....berape hari le dia memikirkan Formula Cinta ni apa pun semoga bermanafaat).

" PERTAMA :
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

" KEDUA :
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 + 10 = 1111111111

" KETIGA :
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Hebatkan?

Cuba lihat simetri ini :
" KEEMPAT :
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Kurang hebat ?
Sekarang lihat ini :
Jika 101% dilihat dari sudut pandangan Matematik, apakah ia
sama dengan 100%, atau ia LEBIH dari 100% ?

Kita selalu mendengar orang berkata dia boleh memberi lebih
dari 100%, atau kita selalu dalam situasi dimana seseorang ingin
kita memberi 100% sepenuhnya.

Bagaimana bila ingin mencapai 101% ?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik dibawah ini dapat
membantu memberi jawapannya.

Jika
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ Disamakan sebagai 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

Maka, kata KERJA KERAS bernilai :
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1 = 99%
H-A-R-D-W-O-R-K
8 + 1 + 18 + 4 + 23 + !5 + 18 + 11 = 99%
K-N-O-W-L-E-D-G-E
11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5 + 4 + 7 + 5 = 96%
A-T-T-I-T-U-D-E
1 + 20 + 20 + 9 + 20 + 21 + 4 + 5 = 100%

Sikap diri atau ATTITUDE adalah perkara utama untuk mencapai
100% dalam hidup kita.

Jika kita kerja keras sekalipun tapi tidak ada ATTITUDE yang
positif didalam diri, kita masih belum mencapai 100%.

Tapi, LOVE OF GOD
12 + 15 + 22 + 5 + 15 + 6 + 7 + 15 + 4 = 101%
atau, SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%
( ertinya, Cinta & Kasih Sayang ALLAH melampaui Segalanya...)

TAZKIRAH RAMADHAN - Siri Santapan Rohani


Oleh : 
Al-Fadhil Ustaz Haji Mokhtar bin Haji Senik
(Pengerusi Rangkaian Pendidikan Islam An-Nuur)

KAJIAN : JANGAN BAZIRKAN USIA & REZEKI ANDA !!!


BERHENTILAH .......
JANGAN BAZIRKAN USIA & REZEKI ANDA DENGAN 
BUDAYA MENGHISAP ROKOK
YANG TIADA FAEDAH & BANYAK KEBURUKKANNYA

SAYANGI DIRI MU & KELUARGA MU
INGATLAH ORANG TERSAYANG DI SISI MU

Disebalik senyuman anda : Tak tau nak kabo ape.....korang tgok le sendiri...

ALLAH AKAN MENAHAN REZEKI ORANG YANG MENAHAN SEDEKAH

Diriwayatkan dari Asma binti Abu Bakar ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, "jangan kau tahan hartamu (untuk bersedekah sebab bila kau lakukan itu), Allah akan menahan Anugerah-Nya darimu".

Ini sahaja yang mampu ku titipkan untuk sama-sama kita bermuhasabah....

wallahu'alam...

TAUBAT - Siapa yang terlebih Utama ??

ANAK & IBU-BAPA
Jika kita melihat anak-anak melakukan kesalahan dan kesilapan.
bukan sahaja anak-anaknya yang perlu bertaubat kepada Allah,
bahkan Ibu-bapanya lebih-lebihlah lagi....

SUAMI & ISTERI
Jika kita melihat si isteri melakukan kesilapan dan kesalahan.
bukan sahaja si isterinya yang perlu bertaubat kepada Allah,
bahkan si suaminya juga terlebih utama...

GURU & ANAK MURID
Jika kita melihat si anak didik melakukan kesilapan dan kesalahan.
bukan sahaja si anak didiknya yang perlu bertaubat,
bahkan si gurunya juga yang terlebih utama....

PEMIMPIN & RAKYAT
Jika kita melihat si rakyat jelata melakukan kesilapan dan kesalahan.
bukan sahaja si rakyat jelata yang perlu bertaubat,
bahkan pemimpinnya itu yang terlebih utama....

Kesimpulan : Mungkin pada kesilapan dan kesalahan yang mereka lakukan itu, ada juga bahagiannya untuk kita. boleh jadi ujian yang tertanggung ke atas dirinya itu adalah kafarah dosa kita yang telah lalu....setiap kita melakukan kesilapan...jadi sebagai ketua diwajibkan bersifat berlapang dada (salamatun sadrin) dan jangan suka cepat melatah atau melenting......kadangkala jenuh kita melihat di manakah teknik teknik yang perlu di aplikasikan...untuk memperbaiki situasi dengan anak anak....tetapi....sebelum kita melihat kesilapan di luar..sama samalah kita cuba untuk melihat di manakah yang perlu kita perbaiki dalam diri kita......

TRAGEDI TERMARAH ANAK BERULANG KALI. 
Bukan sedikit tragedi yang tidak diingini ini berlaku. Malah, ia langsung tidak dipinta oleh ibubapa. Tetapi ia sering mematikan kreativiti ibubapa dalam mendidik.

=>Merawat keadaan ini memerlukan kita membuat refleksi tentang cara kita mengelola emosi .Emosi yang diuruskan secara positif boleh membantu ibu bapa menjadi lebih tenang sekaligus meransang tindakan tindakan positif terhadap anak.

=>Cuba bayangkan .. sekiranya kita membiasakan memarahi yang melampau dan sedikit demi sedikit kita menyumbang kepada pembentukan karekter negatif anak kita apabila mereka dewasa nanti.. sudah bersediakah kita untuk menghadapinya? Mudahkan kita untuk memperbetulkan keadaan? Manakah yang lebih baik, membentuk tingkahlaku mereka semasa kecil atau memperbaiki tingkahlaku mereka apabila dewasa kelak?

=>Sungguh, semua ini bukanlah sesuatu yang akan berlaku sekilip mata, tetapi ia PELUANG untuk kita, menjadi ibu bapa yang jauh lebih hebat. Ibu bapa boleh menambahkan ilmu dalam hal-hal yang berkaitan dengan permasalah ini sebagai ikhtiar untuk kita. Hadiri, seminar ceramah, diskusi, dan memperbanyakkan membaca...

Akhirnya ; walaupun istilah yang digunakan dan ditujukan adalah ibu bapa tetapi yang sebenarnya adalah untuk semua ketua-ketua kepala pendidik seperti yang telah disebutkan pada awal (di atas) artikal ini. Ingatlah apa yang penting sesuatu yang dilakukan bermula dengan ikhlas akan datang semula kepada kita kadangkala ia datang (Allah bagi) dengan cara tidak kita duga.

wallahu'alam...
barakallahu fikum..
tenangkan minda, senyum & zikir.

USUL FIQH (siri 1) : KEDUDUKAN MAQASHID SYAR’IYAH DALAM PENETAPAN HUKUM ISLAM


Seperti yang telah banyak dibahas di dalam kitab-kitab ulama'-ulama' muktabar bahawa bentuk maslahah yang dijadikan sebagai dasar dalam melakar Maqashid Syari’ah terdiri dari dua bentuk, yaitu: 

(a). Mewujudkan manfaat, kebaikan, dan kesenangan untuk manusia, yang disebut dengan ”jalb al-manafi’/ al-mashalih”.

(b). Menghindarkan manusia dari kerosakan dan keburukan, yang disebut dengan ”daf’u al-mafasid”. Untuk menentukan baik-buruknya (manfaat atau mafasadah) suatu perbuatan dan guna mewujudkan tujuan utama pembentukan dan pembinaan hukum, maka tolak ukurnya adalah apa yang menjadi keperluan dasar bagi kehidupan manusia. Tuntutan keperluan tersebut mempunyai tingkatan-tingkatan sehingga secara berurutan, ulama pengagas maqashid membuat peringkat keperluan tersebut menjadi tiga tingkatan iaitu: dharuriyyat (primer), hajiyyat (skunder) dan tahsinat (tertier) :

A. MAQASHID DHURURIYAT (primer): adalah sesuatu yang mutlak adanya demi terwujudnya (menjaga) kemaslahatan agama dan dunia. Apabila hal ini tidak ada, maka akan menimbulkan kerosakkan bahkan hilangnya hidup dan kehidupan seperti makan, minum, solat, puasa, zakat dan ibadah-ibadah lainnya (al-Syathibi: 2/8). Yang termasuk maqashid dharuriyat ini ada lima yaitu: menjaga agama (hifzh al-din), menjaga jiwa (hifzh al-nafs), menjaga keturunan (hifzh an-nasl), menjaga harta (hifzh al-mal) dan menjaga aqal (hifzh al-’aql) (Al-Syatibi: 2/10). 

Untuk melestarikan ke lima keperluan dharuriyat tersebut dapat dilakukan dengan dua cara iaitu (Al-Syatibi: 2/8): 
1) dari segi keberadaannya (min nahiyati al-wujud) yaitu dilakukan dengan cara manjaga dan memelihara hal-hal yang dapat melanggengkan keberadaannya.

2) dari segi ketidak-adaannya (min nahiyyati al- ‘adam) yaitu dilakukan dengan cara mencegah hal-hal yang menyebabkan ketidak-adaannya.

Tujuan yang bersifat dharuriyat merupakan tujuan utama dalam pembinaan hukum yang mutlak harus dicapai dan segala tuntutan (perintah) yang berkaitan dengan hal tersebut bersifat mutlak dan pasti, serta hukum syara’ yang berlatar belakang pemenuhan keperluan dharuriyat menjadi wajib. Demikian sebaliknya, larangan yang berkaitan dengan dengan dharuriyat juga tegas dan mutlak dan hukum yang ditimbulkan menjadi haram (haram dzatiy). (Amir Syarifuddin: 213). 

Contoh:
- Menjaga agama dari segi keberadaannya (min nahiyat al-wujud) iaitu dengan menegakkan syiar-syiar keagamaan (solat, puasa zakat dan sebagainya), melakukan dakwah islamiyah; berjihad di jalan Allah; dan menjaga agama dari segi ketidak-adanya (min nahiyat al-‘adam) iaitu menjaga dari sedaya-upaya penyimpangan ajaran agama dan memberikan sanksi hukuman bagi orang yang murtad; (Al-Yubi: 195)

- Menjaga jiwa dari segi keberadaannya (min nahiyat al-wujud) iaitu dengan memberi nutrisi berupa makanan dan minuman; dan menjaga jiwa dari segi segi ketidak-adanya (min nahiyat al-‘adam) menjalankan sanksi qisas dan diyat terhadap hukuman pembunuhan; (Al-Yubi: 211)

- Menjaga akal dari segi keberadaannya (min nahiyat al-wujud) iaitu dengan menuntut ilmu dan melatih berikir positif; dan menjaga akal dari segi segi ketidak-adanya (min nahiyat al-‘adam) iaitu dengan memberikan had al-syurb (sanksi hukuman) bagi yang mengkonsumsi meminuman keras dan narkoba; (Al-Yubi: 235)

- Menjaga keturunan/harga diri dari segi keberadaannya (min nahiyat al-wujud) iaitu dengan menganjurkan untuk melakukan pernikahan; dan menjaga keturunan / harga diri dari segi ketidak-adanya (min nahiyat al-‘adam) iaitu dengan memberikan sanksi had al-zina (sanksi perzinaan) bagi yang melakukan hubungan intim di luar pernikahan; (Al-Yubi: 245)

- Menjaga harta dari segi keberadaannya (min nahiyat al-wujud) iaitu dengan menganjurkan untuk bekerja dan mencari rezeki yang halal; dan menjaga harta dari segi segi ketidak-adanya (min nahiyat al-‘adam) iaitu dengan melarang untuk melakukan kencurian dan penipuan terhadap harta orang lain dan memberi sanksi had al-sariqah (sanksi pencurian dan penipuan) bagi yang melakukannya; (Al-Yubi: 283)

B. MAQASHID HAJIYAT (sekunder) : adalah sesuatu yang sebaiknya ada agar dalam leluasa melaksanakannya dan terhindar dari kesulitan. Kalau hal tidak ada, maka ia tidak akan meniadakan, merosak kehidupan atau menimbulkan kematian hanya saja akan mengakibatkan kesulitan dan kesempitan (al-masyaqqah wa al-jarah). (Al-Syathibi:2/10).

Tujuan hajiyat jika ditinjau dari segi petapan hukum dapat dikelompokkan pada tiga bagian:
1) Hal yang disuruh syara’ melakukan untuk dapat melaksanakan suatu kewajian secara baik yang disebut sebagai ”muqaddimah wajib”. Contohnya: membangun pusat pendidikan seperti sekolah sesuatu yang disuruh oleh agama sebagai tempat menuntut ilmu untuk meningkatkan kualiti akal. Namun tidak bererti bahawa jika sekolah tidak ada maka tidak dapat menuntut ilmu karena masih dapat dilakukan di luar sekolah, sehingga keperluan akan sekolah masuk sebagai hal yang hajiyat.

2) Hal yang dilarang syara’ untuk dilakukan guna menghindarkan pelanggaran pada salah satu unsur dharuryat. Perbuatan zina berada pada larangan tingkat dharuriyat, namun segala hal yang menjurus pada terjadinya perzinaan juga dilarang seperti berdua-duaan dengan lawan jenis, sekalipun tidak secara langsung merusak keturunan akan tetapi dilarang guna menutup pintu pelanggaran terhadap larangan yang bersifat dharuriyat .

3) Segala bentuk kemudahan dan keringanan (rukhshah) yang diberikan karana adanya kesukaran dan kesulitan sebagai pengecualian dari hukum azimah, sama halnya masalah ibadah (kebolehan meng-qashar dan menjama’ shalat; bolehnya berbuka puasa pada siang hari ramadhan bagi yang musafir atau sakit); masalah masalah muamalat (ijarah (sewa menyewa, jual salam; transaksi mudharabah dan sebagainya).

C. MAQASHID TAHSINIYAT : adalah sesuatu yang sebaiknya ada untuk memperindah kehidupan, namun jika tidak dipenuhi, kehidupan tidak akan rosak dan juga tidak akan menimbulkan kesulitan, hanya boleh dinilai kurang baik dan tidak layak menurut ukuran tata-krama dan kesopanan (Al-Syathibi: 2/11).

Tujuan syariah pada tingkatan tahsiniyat menurut asalnya tidak menimbulkan hukum wajib pada perbuatan yang diperintahkan untuk dilakukan dan juga tidak menimbulkan hukum haram pada perbuatan yang dilarang untuk dilakukan, akan tetapi hanya menimbulkan ”hukum sunat” bagi yang melakukan dan ”hukum makruh” bagi yang mengabaikan. 

Maqashid Tahsiniyat berlaku pada bidang ibadah (membersih diri dan berpakaian rapi pada waktu ingin mengerjakan salat dan mahu ke masjid); pada bidang muamalat (jual beli syuf’ah) pada bidang adat kebiasaan (makan dan minum dengan tangan kanan) dan sebagainya. 

Untuk memperjelas tingkatan Maqashid Syari’ah berdasarkan klasifikasi dharuriyat, hajiyat dan tahsiniyat, maka keterkaitan satu sama lain sebagaimana berikut ini:

1. Memelihara Agama
Menjaga dan memelihara agama berdasarkan tingkat kepentingannya dapat dibedakan menjadi tiga peringkat:
a. Memelihara agama dalam peringkat “dharuriyat”, yaitu memelihara dan melaksanakan kewajiban keagamaan yang termasuk peringkat primer, seperti: melaksanakan solat fardhu (lima waktu). Apabila kewajiban solat diabaikan, maka eksistensi agama akan terancam.

b. Memelihara agama dalam peringkat “hajiyat”, yaitu melaksanakan ketentuan agama, dengan maksud menghindari kesulitan, seperti: melakukan solat jama’ dan qasar ketika musafir. Kalau ketentuan ini tidak dilaksanakan, tidak akan mengancam eksistensi agama, namun dapat mempersulit pelaksanaannya.

c. Memelihara agama dalam peringkat “tahsiniyat”, yaitu mengikuti petunjuk agama guna menjunjung tinggi martabat manusia, sekaligus melengkapi pelaksanaan kewajibannya kepada Tuhan, seperti: menutup aurat baik dilakukan pada waktu solat ataupun di luar solat dan juga membersihkan badan, pakaian, dan tempat. Kegiatan ini erat kaitannya dengan akhlak terpuji. Apabila semua itu tidak dilakukan karena tidak memungkinkan, maka tidak mengamcam eksistensi agama. Namun demikian, tidak berarti tahsiniyat itu dianggap tidak perlu, sebab peringkat ini akan menguatkan dharuriyat dan hajiyat.

2. Memelihara Jiwa
Memelihara jiwa berdasarkan tingkat kepentingannya dapat dibezakan menjadi tiga peringkat:
a. Memelihara jiwa pada peringkat “dhururiyat” adalah memenuhi keperluan utama berupa makanan, minuman untuk mempertahankan keberlangsungan hidup. Kalau keperluan utama tersebut diabaikan akan mengancam eksistensi jiwa manusia.

b. Memelihara jiwa pada peringkat “hajiyat” adalah dianjurkan untuk berusaha guna memperoleh makanan yang halal dan lazat. Kalau kegiatan ini diabaikan tidak akan mengancam eksistensi kehidupan manusia, melainkan hanya dapat mempersulit hidupnya.

c. Memelihara jiwa pada peringkat “tahsiniyat” seperti ditetapkannya tata cara makan dan minum. Kegiatan ini hanya berhubungan dengan kesopanan dan etika. Sama sekali tidak akan mengancam eksistensi jiwa manusia atau mempersulitnya.

3. Memelihara Akal
Memelihara akal, dilihat dari tingkat kepentingannya dapat dibahagi menjadi tiga peringkat:
a. Memelihara akal pada peringkat “dharuriyat”, seperti diharamkan mengkonsumsi minuman keras dan sejenisnya. Apabila ketentuan ini diabaikan akan mengancam eksistensi akal manusia.

b. Memelihara akal pada peringkat “hajiyat”, seperti dianjurkan untuk menuntut ilmu pengetahuan. Sekirannya ketentuan itu diabaikan tidak akan merusak eksistensi akal, akan tetapi dapat mempersulit seseorang terkait dengan pengembangan ilmu pengetahuan dan akhirnya berimbas pada kesulitan dalam hidupnya.

c. Memelihar akal pada peringkat “tahsiniyat”, menghindarkan diri dari kegiatan menghayal dan mendengarkan atau melihat sesuatu yang tidak berfaedah. Kegiatan itu semua tidak secara langsung mengancam eksistensi akal manusia.

4. Memelihara Keturunan
Memelihara “keturunan/harga diri, ditinjau dari peringkat kebutuhannya dapat dibahagi menjadi tiga:
a. Memelihara keturunan pada peringkat “dharuriyat”, seperti anjuran untuk melakukan pernikahan dan larangan perzinaan. Apabila hal ini diabaikan dapat mengancam eksistensi keturunan dan harga diri manusia.

b. Memelihara keturunan pada peringkat “hajiyat”, seperti ditetapkan Talak sebagai penyelesaian ikatan suami isteri. Apabila Talak tidak boleh dilakukan maka akan mempersulit rumahtangga yang tidak boleh dipertahankan lagi.

c. Memelihara keturunan pada peringkat “tahsiniyat”, seperti disyariatkannya khitbah (peminangan) dan walimah (resepsi) dalam pernikahan. Hal ini dilakukan untuk melengkapi acara siremoni pernikahan. apabila tidak dilakukan tidak mengancam eksistensi keturunan atau harga diri manusia dan tidak pula mempersulit kehidupannya.

5. Memelihara Harta
Memelihara harta, ditinjau dari peringkat kepentingannya dapat dibahagi menjadi tiga peringkat:
a. Memelihara harta pada peringkat “dharuriyat”, seperti disyariatkan oleh agama untuk mendapatkan kepemilikan melalui transaksi jual beli dan dilarang mengambil harta orang lain dengan cara tidak benar seperti mencuri, merampok dan sebagainya. Apabila aturan tersebut dilanggar akan mengancam eksistensi harta.

b. Memelihara harta pada peringkat “hajiyat”, seperti dibolehkan transaksi “jual-beli “salam”, istishna’ (jual beli order) dan sebagainya. Apabila ketentuan tersebut diabaikan tidak akan mengancam eksistensi harta, namun akan menimbulkan kesulitan bagi pemiliknya untuk melakukan pengembangannya.

c. Memelihara harta pada peringkat “tahsiniyat”, seperti perintah menghindarkan diri dari penipuan dan spekulatif. Hal tersebut hanya berupa etika bermuamalah dan sama sekali tidak mengancam kepemilikan harta apabila diabaikan. (Al-Ayubi: 192-303)

- wallahu'alam...barakallahu fikum...

PETUA ISLAM UNTUK KECANTIKAN DIRI

1. Untuk mendapatkan wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota , biarkannya kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dgn Allah SWT melalui zikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tetapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- (DOA TENGOK CERMIN)

4. Untuk mempunya bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Untuk mendapatkan tubuh langsing, amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, berpuasa seperti Nabi Daud A.S. yakni selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


- senyum & zikir

PANDUAN MENGIKUTI PENGAJIAN ILMIAH :

Sabda Nabi s.a.w ; "(Al-Ulama' warastul-anbiya') Ulama' pewaris Nabi"..

Syariat adalah mengikut Al Quran Dan Hadis secara mutlak. Mengikut atau menuruti langkah Ulama' (dalam hal Fiqh) adalah bermakna mengikut Al Quran Dan Hadis selagi mana :
1. Ulama' berfatwa dengan mengikut Dalil zahir Al Quran Dan Hadis
2. Ulama' berfatwa dengan mengikut semangat dan gagasan Al Quran dan Hadis
3. Ulama' berfatwa tidak bercanggah dengan Dalil Al Quran dan Hadis
4. Ulama' berfatwa tidak bercanggah dengan semangat dan maqasid Al Quran dan Hadis.

Nota : Betapa inginnya mereka (barat dan agennya) membina generasi yang lebih taksub kepada ideologi sesat (seperti syi'ah dan muktazilah moden) melalui pelbagai program sekular dan pemusahan agama dengan kehidupan masyarakat atas nama program agama!! ideologi moden bukan lagi berbincang perkara metafizik. Sekular moden tidak lagi berminat dengan metafizik untuk mencari hakikat ketuhanan. Mereka ingin lari dari tuhan.

Dr Said Ramadhan al Buti berkata; “hanya Imu Kalam itulah ilmu yang memeprtahankan aqidah Islam dengan hujah aqliyah di dalam menentang pembawa-pembawa syubhat dan kesesatan walau siapa pun mereka itu”.

Jelasnya ilmu kalam bukan tujuan aqidah tetapi adalah alat mempertahankan aqidah. Tiada salahnya mempelajarinya. Jika bidaah, mengapa dibenarkan ilmu critical thinking (warisan aristotle) diguna pakai dalam kampus-kampus pengajian? Bidaahnya hanya apabila ilmu ini mendominasi dan menghapuskan teras aqidah. Pendakwah seperti Ahmad Deedat ( Almarhum) dan Harun Yahya juga menggunakan elemen aqliyah dan dielektik hujah cara ilmu kalam tradisi untuk berdakwah. Menggunakan sains dalam penulisan aqidah itulah dianggap menggunakan falsafah dan ilmu kalam dalam membela aqidah Islam. Bukankah itu tindakan yang kreatif dan sesuai?

Semoga kita bersama sederap dan sekata dalam usaha menangkis dakyah ideologi moden walau bagaimana cara yang kita mampu. Cangkupan praktikal dakwah perlu diperluaskan dengan segala cara yang ada. - wallahu'alam

KERAP BERGADUH ADAKAH ITU SAKA ?? hehe (Wajib buang bisikan kurafat dalam minda dan hati anda)


"Ustaz, rumahtangga saya selalu tak tenang, saya dengan isteri kerap bergaduh, pasal hal yang kecil pun boleh bergaduh, kadang-kadang hal yang tak masuk akal, pun boleh bergaduh. Saya dah pening, saya dah jumpa ramai USTAZ, semua kata saya ADA SAKA, saya dah jumpa dengan ramai orang, untuk buang saka saya nie, dah buang sana sini, tapi rumahtangga macam tu juga, jiwa selalu tak tenang, degil betul ya saka saya nie ye ustaz? Ustaz boleh tolong buang tak saka saya?"

Soalan dari sang faqir (ustaz) kepada kedua-dua mereka (suami isteri): 

SUAMI
1) Bilakah kali terakhir mandi bersama?
3) Bilakah kali terakhir Mengaji Al Quran bersama isteri?
4) Bilakah kali terakhir memeluk isteri dari belakang sewaktu isteri membuat kerja rumah?
5) Bilakah kali terakhir menyuap isteri makan?
6) Bilakah kali terakhir mengusap belakang isteri?
7) Bilakah kali terakhir memegang tangan isteri? Bilakah kali terakhir mengucapkan I Miss You pada isteri?
9) Bilakah kali terakhir memberi hadiah kepada isteri?

ISTERI
1) Bilakah kali terakhir 'iron' baju suami tanpa diminta suami?
2) Bilakah kali terakhir mengurut kaki suami tanpa permintaannya?
3) Bilakah kali terakhir makan bekasan suami?
5) Bilakah kali terakhir memohon maaf kepada suami walau tidak buat salah?
6) Bilakah kali terakhir memandang wajah dan.mata suami dengan senyuman manis?
7) Bilakah kali terakhir mengucapkan I Love You pada suami? Bilakah kali terakhir menerima hadiah dari suami?
9) Bilakah kali terakhir meng'Aamiin'kan doa yang keluar dari mulut suami?

p/s ; Apa itu saka? 

saka adalah merupakan kepercayaan amalan batin yang berkawan dgn jin peninggalan si orang tua. sebenarnya adakah bernar itu SAKA atau SAKAI ??....
Sebenarnya tak tenteram sebab jauh dengan Allah dan kurang mengikuti sunnah Rasulullah sepenuhnya....cepat sangat melatah....jangan cari pasal suka menuduh orang tua kita yang telah meninggal dunia dengan tuduhan itu ini !!! kenyataan "saka" inilah punca untuk mencari gaduh dan memaki hamun si arwah...jika hal ini timbul, jadi mana perginya doa anak yg soleh??? binalah keluarga bahagia dengan mengikuti sunnah Rasulullah dengan sepenuh keyakinan.

- rehatkan minda, senyum dan zikrullah.

UJI MINDA 1 ; APA YANG ANDA FAHAM DARI KISAH INI ???


Alkisahnya..hebohlah satu kampung..Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Halim Othman dlm pagi di era..,

walaupun hanya kelas ekonomi..tapi bagi pak pandir..itu sudah cukup mengembirakanya..dipendekkan cerita..hari dijanji telah tiba..pak pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..kapal terbang sampai..pak pandir pun naiklah..masuk jer kapal terbang.. pak pandir terus ambik tempat. sebelum kapal terbang berlepas.. pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas..sekali pramugari nampak pak pandir duduk kat kerusi bisnes klass.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes klass hari tu..

Dengan budi bahasa pramugari tu tegur."Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk dibelakang..
Kata pak pandir ; ""eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii (pramugari).. takpalah nak.. pak cik selesa dah kat sini.."
*mana tak selesanya.. bisnes klass.. mati akal pramugari tu.. semua pramugari dan pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti..sakit kepala..pilot yang menunggu lama nak berlepas..bengong kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..dia pun keluar tengok..pramugari sorang tu cerita..
Pilot tu pun pi lah kat pak pandir.."pak cik.. boleh tengok tiket?" dan pak pandir kasi tiket..
Kata Pilot ; "oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?"
Jawab pak pandir ; "yer nak..."
Kata Pilot itu lagi ; "taapi pak cik.. kerusi nii pi johor bahru pakcik.., kerusi belakang baru pi KL!"
Jawab pak pandir ; "yerker nak.. nasib baiklah nak bagitau.."

- senyum 

FIQH IBADAH – BAB SUJUD SYUKUR

Pengertian Sujud Syukur
Sujud syukur dari segi syarak ialah suatu sujud (sujud terima kasih) yang dilakukan oleh seseorang ketika mendapat nikmat atau terhindar dari bencana. Perkataan syukur merupakan kata terbitan yang bernaksud pengakuan ke atas kebaikan yang diberikan kepada seseorang. Terjemahan dalam Bahasa Melayu ialah ucapan terina kasih. 

Hukum dan Waktunya
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya.

Dalil Sujud Syukur
Firman Allah Taala ; “……Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur (tidak bersyukur) (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12) 

Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila okum kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a)

Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat
1. Suci dari hadath besar dan kecil 
2. Suci dari najis sama ada di badan, pakaian dan tempat.
3. Menghadap ke kiblat.
4. Menutup aurat.

Rukun-rukun sujud syukur 
1. Takbiratulihram beserta Niat : Ketika mengangkat takbiratulihram ‘Sahaja aku sujud syukur sunat kerana Allah Taala’.
2. Takbir Intiqalat (takbir untuk turun terus ke sujud)
3. Sujud : 7 anggota sujud seperti dalam solat
4. Memberi salam : selepas bangkit dari sujud seperti dalam solat
5. Tertib : Melakukan semua rukun Sujud mengikut tertib

Bacaan dalam sujud syukur
1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR WALAHAULA WALAQUWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL ‘AZIM – 3 kali 

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut) :

YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN. YA ALLAH JAUHILAH DIRI DAN TEMPAT BELAJAR KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU.

Pandangan Ulama' Muktabar
Dalam hal ini okum sujud syukur menurut mazhab Syafii dan Hanbali adalah sunat, sama ada nikmat yang diperolehi atau bencana yang dialami itu khas bagi dirinya atau am bagi semua umat Islam, seperti kemenangan ke atas musuh, hilangnya wabak yang merbahaya dan sebagainya. Tetapi terdapat suatu pandangan dikalangan mazhab Hanbali bahawa sujud syukur hanya dilakukan bagi nikmat yang sifatnya umum untuk semua umat Islam dan bukan untuk nikmat yang khas. Menurut mazhab Syafi’e dan Hanbali bahawa sujud syukur tidak dibenarkan dilakukan di dalm solat kerana ianya termasuk dalam katogeri sujud di luar solat. Apabila dikerjakan maka solatnya dianggap batal kecuali dalam keadaan jahil atau lupa. Makruh hukumnya mengerjakan sujud Syukur pada waktu-waktu yang dilarang mengerjakan solat sunat seperti selepas solat Subuh atau selepas solat Asar. Meskipun pada ketika itu berlaku sebab-sebab yang membolehkan mengerjakan solat sunat. Begitu juga tidak dibenarkan mengerjakan sujud syukur ketika mendengar khutbah Jumaat.

Wallahu'alam...semoga bermanafaat...barakallahu fikum.

Senyum

SOAL JAWAB: MANHAJ MUTAQADDIMIN DALAM PENILAIAN HADIS?


Manuskrip-Kitab-al-Muwaththa-susunan-Imam-Malik

Mohon penjelasan tentang manhaj sekumpulan ustaz dan sahabat salafi yang menyeru supaya kembali kepada penilaian hadis oleh Ulama Mutaqaddimin, dalam ertikata perlu menolak penilaian hadis oleh Ulama yang datang kemudian seperti Imam Albani dan lain-lain. Mereka mengatakan jika dalam hal lain perlu kembali kepada Salaf, mengapa tidak dalam bidang hadis (menilai kedudukan hadis)?

JAWAPAN:
Kenyataan ini jelas bukan daripada mereka yang faham Salaf dengan benar. Hakikatnya kenyataan mereka lebih bertujuan supaya kita jumud dan bertaklid buta kepada ulama-ulama tertentu seperti mana halnya mereka bertaklid buta dalam ulama mazhab fikah.

Ilmu Hadis seperti Ilmu Fekah, tidak boleh jumud dan tidak boleh sekadar bertaklid. Seperti mana dalam fekah kita perlu kembali kepada dalil dan hujjah begitu juga dalam hadis. Cuma dalam Fekah dalilnya lebih menjurus kepada dalil daripada Al-Quran dan Sunnah serta amalan Salaf. Adapun Hadis, ia lebih menjurus kepada penjelasan-penjelasan Ulama hadis sepanjang zaman daripada zaman awal Islam sehinggalah ke hari ini tentang perawi-perawi dan hadis-hadis Nabi.

Akhirnya, kita bertanya kepada mereka, siapakah Ulama Mutaqaddimin di sisi mereka? Tidak ada jawapan yang jelas dalam hal ini. Ada suara mengatakan Imam Al-Daraqutni (wafat 385H).

Kita bertanya lagi, bagaimana pula Ulama hadis yang datang sesudah mereka? Adakah ilmu hadis mereka tiada nilainya sama sekali? Bagaimana pula dengan Imam Ibnu Taimiyyah (wafat 728H), Imam Al-Zahabi (748H) dan Imam Ibnu Hajar (Wafat 852H) yang diberi gelaran Amirul Mukminin dalam Ilmu Hadis?? Bagaimana pula dengan puluhan kalau bukan ratusan ulama hadis yang lain yang sebelum dan selepas mereka sehinggalah datangnya Imam Albani rahimahullah? Adakah ilmu mereka tidak boleh dimanfaatkan sama sekali dalam bidang hadis?

Akhirnya, hakikatnya mereka yang berkata sebegini tidak memahami Ilmu Hadis itu sendiri. Mereka tidak memahami disiplin dan kaedah yang digunakan untuk menghukum sesuatu hadis itu sahih atau tidak, dan perawinya dipercayai atau tidak. Akibat kejahilan mereka dalam ilmu ini, mereka bersikap taksub dan jumud menolak kenyataan dan penjelasan yang dibawa oleh ulama-ulama yang mereka istilahkan sebagai ‘Muta’akhirin’ ini.

Walaupun secara peribadinya, ana melihat bahawa ia semua akibat daripada penolakan mereka terhadap Dakwah Salaf secara amnya dan Imam Albani secara khasnya. Tetapi akibat ketidak mampuan mereka untuk menolak hujjah Imam Albani secara ilmiah mereka akhirnya memilih jalan pintas dan mudah dengan membawa kaedah ‘Memilih Manhaj Mutaqaddimin daripada Manhaj Muta’akhiriin’.

Wallahu'alam....barakallahu fikum..

RAMADHAN, AL-QURAN DAN KITA : NUZUL AL-QURAN KE ARAH MENTADABBUR AL-QURAN

MUQADDIMAH
Ramadan dan al-Quran satu ikatan yang tersimpul mati. Apabila disebut Ramadan, di samping puasa, kita akan teringatkan penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran). Bulan Ramadan bulan yang diturunkan dalamnya al-Quran.

Apa itu al-Quran ? 
Al-Quran merupakan kalam Allah berupa Mukjizat yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Bahasa Arab dan ditulis dalam beberapa mushaf bermula surah al-Fatehah dan berakhir dengan surah al-Nas dan diriwayatkan secara mutawattir serta membacanya merupakan ibadat.

Nama-nama al-Quran (Hakiki) :
1. Al-Quran (Al-Baqarah ayat 185 / Qaf ayat 1 / Al-Qiyamah ayat 17-18)
2. Al-Furqan (Al-Baqarah ayat 185)
3. Al-Kitab (Al-Baqarah ayat 2)
4. Al-Dzikr (Al-Hijr ayat 9)
5. Al-Tanzil (Asy-Syuara ayat 192)
6. Al-Ruh (Al-Qadr ayat 4)
7. Dll...

Nama-nama al-Quran (Sifat) :
1. Nur (Al-Taghobun ayat 8).
2. Huda (Al-Baqarah ayat 2).
3. Syifa' (Yunus ayat 57).
4. Rahmah (Al-'Araf ayat 203).
5. Basyir (Al-Fushilat ayat 4).
  
 Di mana anda ???
Bangun dari tidur anda cari yang mana ???
6. Nadzir (Al-Furqan ayat 1).
7. Mau'izhah (Ali 'Imran ayat 138).
8. Mubarak (Al-Anbiya' ayat 50).
9. Mubin (Al-Naml ayat 1).
10. Dll...

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:  "Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia".

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:  “Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya. Daripada Ibnu Umar r.a berkata: “Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

SEJARAH RINGKAS PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
1. Dari Allah ke Al-Lauh Al-Mahfuz
Firman Allah Taala ; “Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (Al-Buruj : 21-22).

2. Dari Al-Lauh Al-Mahfuz ke Bait Al-‘Izzah (di langit dunia)
Firman Allah Taala ; (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185)

Firman Allah Taala ; “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (Ad-Dukhan : 3)

Firman Allah Taala ; “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Al-Qadr : 1)

3. Dari Bait Al-‘Izzah kepada Rasulullas s.a.w (selama 22 tahun, 2 bulan 22 hari).
Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah s.a.w, (bermula daripada 17hb. Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah. Dalam tempoh tersebut al-Quran dihafal oleh Rasulullah dan para sahabat serta dicatat oleh panitia penulis al-Quran kemudian dikumpulkan pada zaman Sayidina Abu Bakr r.a. dan disempurnakan pada masa Sayidina ‘Uthman r.a.) dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh 23 tahun. 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah al-Munawwarah. dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian.

Firman Allah Taala ; “Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin (Jibril a.s) ke dalam hatimu (Muhammad saw) supaya kamu menjadi salah seorang di antara orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas.” (As-Syura ; 192-195).

Firman Allah Taala ; “……mengapakah Al Quran tidak diturunkan kepadanya sekaligus….?” (Kemudian dijawab di dalam ayat itu sendiri) : “….Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu..”. (Al-Furqaan ; 32).

Penurunan secara berperingkat atau beransur-ansur adalah :
1. Untuk menguatkan hati Rasulullah s.a.w.
2. Untuk membantu menyelesaikan masalah umat Islam.
3. Untuk memudahkan umat Islam menghafalnya.

HIKMAH AL-QURAN : DI MANA KITA ?
Allah mewahyukan al-Quran dengan hikmah agar ia menjadi panduan kepada umat manusia dan jin (Islam). Panduan ini akan dapat diperolehi jika kita dapat menghayati al-Quran. Untuk menghayati al-Quran, proses utamanya adalah dengan mentadabbur al-Quran.

(Sumber ; Hadith dari Ibnu Mas'ud r.a dari Nabi s.a.w) ;
1. Al-Quran itu hidangan (hidayah) Allah, maka terimalah hidangan (hidayah) ini dengan kesemampuan kamu.
2. Al-Quran ini tali Allah yang cukup teguh (iaitu memberi apa saja petunjuk).
3. Al-Quran merupakan cahaya Allah yang cukup nyata (tidak ada keraguan padanya).
4. Al-Quran merupakan ubat penyembuh yang amat berguna kepada manusia.
5. Al-Quran merupakan pelindung atau penjaga bagi mereka yang berpegang kepada hukum al-Quran.
6. Al-Quran merupakan mukjizat dan ia suatu perkara yang melepaskan manusia dari kesengsaraan.
7. Pembaca dan pengamalnya akan beroleh pahala.

Jika bicara pahala membacanya :
1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf seratus kebajikan.
2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan.

Cadangan untuk mengkhatam al-Quran 1 juzuk dalam sehari :
1. Sebelum solat subuh - baca 2 muka.
2. Selepas solat subuh - baca 2 muka.
3. Sebelum solat zohor - baca 2 muka.
4. Selepas solat zohot - baca 2 muka.
5. Sebelum solat asar - baca 2 muka.
6. Selepas solat asar - baca 2 muka.
7. Sebelum solat maghrib - baca 2 muka.
8. Selepas solat maghrib - baca 2 muka.
9. Sebelum solat isyak - baca 2 muka.
10. Selepas solat isyak - baca 2 muka.

Cadangan untuk mentadabbur isi kandungan al-Quran :
Ambil masa 5 minit ke 10 minit sehari untuk mendalami ilmu-ilmu yang tersurat dan tersirat dari tiap-tiap ayat yang ditalaqqi.

PENUTUP
Melalui risalah kecil lagi ringkas ini, insyaallah para hadirin yang hadir dan para pembaca yang dihormati semoga sentiasa dalam rahmat Allah adalah diharapkan insyaallah akan dapat menerobos hala tuju yang perlu diberi fokus utama. Sekadar contoh, kisah Luqman al-Hakim dalam surah Luqman ialah surah yang baik untuk ditadabbur, di sana terdapat wasiat yang amat bermakna dan lunak dalam pendidikan anak. 

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi : "Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya".

Kebanyakkan umat Islam hari ini hanya membaca al-Quran hanya dengan lidah sahaja, tidak lebih dari itu. Tidak salah kea rah itu, namun apa yang lebih penting ialah pengambilan dari sudut manafaat daripada isi kandungan al-Quran yang merupakan sebesar-besar rahmat dan nikmat yang Allah berikan kepada umat manusia.

Daripada Uthman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi : "Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain".

Berkata Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin bahawa membaca al-Quran itu sebenarnya dengan penyertaan lidah, akal dan hati. 

Peranan lidah ialah membetulkan sebutan huruf dengan tartil.
Peranan akal pula ialah dengan pemahaman makna ayat.
Peranan hati ialah untuk mengambil iktibar dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian.

Kesimpulannya ; membaca al-Quran dengan penyertaan lidah, akal dan hati inilah yang dikatakan juga sebagai tadabbur al-Quran. Marilah kita semua keluar dari kepompong gelagat masyarakat terhadap al-Quran. Justeru itu, dalam membaca al-Quran ini perlulah juga menjaga akan tatatertib adab-adabnya. 

Kita juga tahu ramadhan itu penuh dengan pelbagai keindahan, namum jangan jadikan ramadhan seperti pinggan cantik yang hanya menghiasi almari barangan cantik anda, sedangkan anda tidak dapat merasai apa yang terdapat di dalam pinggan yang cantik itu. jangan jadikan ramadhan kali ini sebagai sebagai Pusat Serenti, anggaplah ramadhan kali ini sebagai ramadhan yang terakhir buat diri kita...semoga kita semua beroleh manafaatnya....amin.

Wallahu’alam (senyuman minda berzikir)