Ahad, 18 Januari 2009

Tiga Golongan Perosak Muslim



Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat banyak pengajaran daripada kisah-kisah yang telah diceritakan dan terdapat cerita yang diulang-ulang. Pengulangan kisah ini bukan bermaksud Allah kekurangan `modal`. Akan tetapi pengulangannya itu mengandungi pengajaran untuk kita semua menghayatinya. Seperti ayat 13 surah Ali Imran yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam kisah-kisah itu terdapat ibrah, pengajaran bagi orang-orang yang berfikir

Melalui peristiwa-peristiwa yang terdapat di dalam Al Quran, Allah ingin menunjukkan tiga sifat perosak kepada manusia ataupun jin.

Pertama ialah sikap sombong seperti kisah penciptaan Nabi Adam a.s yang mana Iblis tidak mahu menyembah Adam lalu berkata:

"Aku lebih baik daripada dia, aku diciptakan daripada api, sedangkan dia diciptakan daripada tanah

Sifat sombong adalah kerana menolak kebenaran dan memandang rendah kepada orng lain. Dosa sifat ini tidak akan diampunkan oleh Allah sehngga kita bertaubat. Rasullullah pernah bersabda yang bermaksud:

"Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan

Sebagai contoh, negara akan kacau jika penguasanya merasa lebih terhormat dan mulia berbanding dengan rakyat yang dipimpinnya. Jika penguasa berasa diri mereka hebat sehingga merasakan tidak perlu saranan apa lagi kritikan maka perasaan inilah yang membinasakan Firaun dan Namrud seperti yang dikisahkan di dalam Al-Quran. Penguasa yang bengis dan sombong, di telunjuknya adalah hukuman dan di mulutnya pula adalah undang-undang. Ertinya tanpa ada pilihan lain, rakyat terpaksa tunduk dan patuh kepada penguasa yang zalim. Sehinggalah penguasa yang tidak melaksanakan perintah Allah ini akan dihancurkan oleh kerana perbuatan diri sendiri. Di dalam surah Al Nahl ayat 23 pula:

"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong

Sifat perosak kedua pula adalah serakah. Sifat ini menjadikan manusia sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada pada dirinya. Di dalam Al-Quran telah dinyatakan kisah Nabi Adam dan Hawa yang mana Allah telah memberikan pelbagai kemudahan, kesenangan dan kenikmatan yang tiada tandingan di syurga kecuali janganlah mereka memakan buah kuldi. Larangan ini dilanggar yang akhirnya mendatangkan kemurkaan Allah. Apa yang hendak disampaikan di sini bukanlah keburukan Adam akan tetapi adalah sifat serakah yang mengheret Adam dan Hawa dari singahsana syurga.

Sifat ketiga adalah hasad. Di dalam quran, diceritakan kisah Qabil membunuh saudaranya Habil kerana hasad dengkinya terhadap Habil yang mempunyai seorang isteri yang lebih cantik. Sifat hasad menyebabkan seseorang memandang apa yang dimiliki orang lain sentiasa lebih menarik daripada yang dimilikinya.Sebagai contoh, ketika jirannya memiliki sebuah kereta baru, maka tergelegaklah hatinya. Pertama-tamanya ia akan mengembangkan sifat su’uzannya,dengan penuh selidik ia menyangka bahawa ianya dari usaha yang tidak halal. Seterusnya orang yang bersifat hasad merasakan tidak suka orang lain mendapat nikmat dan rezeki, sehinggakan ada yang sanggup untuk memusnahkan nikmat itu.

Rasulullah bersabda:

"Waspadalah terhadap hasad, sesungguhnya hasad mengikis pahala-pahala seperti api memakan kayu

Penyakit hati amat berbahaya. apabila hati sentiasa gelisah jika orang lain mendapat kebahagian. Orang yang bersifat hasad juga amat berbahaya kerana dia akan melakukan apa-apa jenayah untuk melenyapkan nikmat yang diberikan Allah kepada orang lain. Setiap negara dan bangsa mengandungi tiga golongan terbabit,iaitu penguasa,pengusaha dan rakyat jelata. Jika penguasanya sombong, pengusahanya serakah, dan rakyatnya iri hati maka hancurlah negara tersebut.

PUASA SUNAT HARI AS-SYURA

PUASA SUNAT HARI AS-SYURA
10 Muharram 1430 hijrah bersamaan 7 Januari 2009…


BERPUASA SUNAT PADA HARI ASSYURA. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padaNya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut.

Perkara Sunat Hari As-Syura

Hari ini merupakan hari As-syura. Harap-harap semua berpuasa sunat 10 Muharram yang mulia ini.

Berikut perkara-perkara tersebut sekali dengan ganjarannya:

  1. Lapangkan masa belanja keluarga - Allah akan lapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin - Allah akan lapangkan kuburnya nanti.
  3. Menahan marah - Allah akan masukkannya ke dalam golongan redha.
  4. Menunjukkan jalan kepada orang yang sedang sesat - Allah akan penuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Usap kepala anak yatim - Allah akan kurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang diusapnya.
  6. Bersedekah - Allah akan jauhkannya dari api neraka dengan kadar jauh seekor burung gagak terbang tanpa henti dari kecil hingga ia mati. Dan diberi pahala seperti sedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Pelihara kehormatan diri - Allah akan terangi cahaya keimanannya.
  8. Mandi sunat - Allah akan lindunginya dari sakit-sakit yang berat tahun ini. Niatnya begini, “Sahaja aku mandi sunat pada hari As-syura kerana Allah ta’ala.”
  9. Bercelak - Allah akan lindunginya dari sakit mata tahun ini.
  10. Baca surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad…) 1000 kali - Allah akan pandangnya dengan rahmat di akhirat nanti.
  11. Solat sunat 4 rakaat - Allah akan ampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun. Niatnya begini: “Sahaja aku solat sunat hari As-syura 4 rakaat kerana Allah ta’ala.” Rakaat pertama dan kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa - Allah akan beri pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa - yang ni dah bincang semalam dalam post “Jom Puasa Esok - Hari Assyura!“.

Demikianlah betapa banyaknya perkara yang sunat dilakukan pada hari ini (As-syura). Dengan ganjarannya pun yang hebat-hebat belaka.

Istimewanya Hari Assyura

BANYAK peristiwa penting berlaku pada 10 Muharam yang menunjukkan kebesaran Allah.

Antara peristiwa itu adalah Allah menerima taubat Nabi Adam, Allah menyelamatkan Nabi Musa daripada tenggelam di laut apabila dikejar Firaun dan tenteranya serta Allah selamatkan Nabi Ibrahim daripada dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud.

Pada tarikh itu juga Allah menyelamatkan Nabi Nuh dan pengikutnya daripada ombak besar yang melanda bumi dan Allah menyelamatkan Nabi Yunus yang tidak henti berzikir selama 40 hari dalam perut ikan nun.

Justeru, hari yang dinamakan Hari Asyura itu sewajarnya dijadikan permulaan baik untuk menempuh tahun baru 1428 Hijrah dengan memperbanyakkan amalan sunat yang dianjurkan seperti berpuasa dan bersedekah.

Amalan baik dianjurkan pada 10 Muharam tidak terhad kepada puasa sunat dan memasak bubur Asyura.

Apa juga amalan baik boleh dilakukan pada hari itu dan hari seterusnya pada Muharam kerana banyak amalan dianjurkan Islam untuk dilaksanakan umatnya sepanjang bulan ini.

Masyarakat perlu faham keperluan atau apakah diharapkan daripada mereka apabila disarankan melaksanakan amalan sunat pada hari tertentu seperti dianjurkan Islam.

Amalan sunat boleh diibarat seperti aksesori tambahan pada kereta. Ada badan, tayar, enjin dan stereng, kereta boleh jalan. Tetapi apabila ditambah sport rim dan sarung kulit, maka kereta nampak lebih cantik dan menambah nilai kenderaan itu.

Begitu juga ibadat wajib seperti solat dan puasa, jika tidak ditambah dengan amalan sunat, bukan tidak elok tetapi tidak cantik. Untuk mencantikkan, kita banyakkan amalan sunat.

Walaupun peristiwa besar banyak berlaku pada 10 Muharam, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan sunat sepanjang bulan pertama kalendar Islam itu yang juga termasuk dalam empat bulan diharamkan Allah berperang.

Amalan puasa sunat 10 Muharam mengambil iktibar daripada puasa dilakukan Nabi Musa sebaik terselamat daripada dikejar Firaun dan tenteranya, juga puasa Nabi Nuh yang diselamatkan daripada banjir besar.

Biarpun sunat puasa pada 10 Muharam lebih elok jika berpuasa sama ada pada 9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharam bagi mengelakkan menyamai puasa orang Yahudi.

Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, Rasulullah melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura lalu bertanya kenapa mereka berpuasa pada hari itu?

Orang Yahudi menjawab, mereka berpuasa sebagai mengenang hari Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun dengan askarnya, maka Nabi Musa berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah pada hari itu.

Maka Rasulullah berkata: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Lalu Baginda berpuasa dan menyuruh sahabatnya agar berpuasa juga pada hari itu.

Kebetulan 10 Muharam tahun ini jatuh pada semalam, jadi sebaiknya kita berpuasa semalam dan hari ini atau hari ini dan esok. Ia bagi mengelakkan kita meniru puasa orang Yahudi.Tetapi jika hendak buat semalam saja pun tidak mengapa kerana niat kita lain dengan mereka.

Berpuasa pada Hari Asyura sangat besar pahala seperti hadis yang diriwayatkan Al-Imam Muslim daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Akan digantikan kejahatan pada tahun sebelumnya dengan kebaikan (dengan sebab puasanya itu).”

Selain puasa sunat, amalan baik yang dikerjakan ulama ialah solat sunat 10 Muharam yang dilakukan selepas solat fardu kecuali selepas Subuh dan Asar.

Selepas solat sunat, digalakkan membaca doa bermaksud: “Allah yang memelihara, sebaik-baik penolong, sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik memberi pertolongan” atau dengan membaca doa dianjurkan Saidina Ali yang memohon Allah menunjukkan jalan lurus, dijauhkan bala bencana dan dikabulkan hajat.

Begitu juga dengan amalan memasak bubur Asyura untuk disedekahkan, seeloknya tradisi itu diteruskan sebagai pengerat silaturahim antara saudara dan jiran tetangga.

Secara tidak langsung kegiatan seperti itu memupuk kemesraan dan menggalakkan orang kaya bersedekah kepada fakir miskin.

Masyarakat hari ini perlu peka dan meraikan Hari Asyura dengan amalan meningkatkan iman mereka.

Ayuh kita semarak esok dengan berpuasa beramai-ramai disamping kita berdoa kepada Allah agar kemenangan berpihak kepada umat Islam di PALESTIN…

Jadikan kehidupan kita ini penuh dengan nilai-nilai keislaman...


KEMANA PERGINYA SEKOLAH AGAMA YANG DULUNYA GAH BERKEMUNDANGAN???

SETIAP INSAN MENGHARAPKAN KASIH DAN SAYANG.. TETAPI KINI KASIH SAYANG SUDAH KOYAK RABAK DARI JIWA MANUSIA.. PERMUSUHAN NALURI & LIDAH ADALAH MUSUH YANG PALING JAHAT DARI JAHATNYA TINGKAH LAKU..KERNA TINGKAH LAKU TIDAK AKAN BERLAKU JIKA TIADA NALURI & LIDAH YANG MENGHASRATKANNYA....

Sudah beberapa hari tidak buka internet rasa macam berat je badan bila nak buke pulak.. bukan sebab malas tetapi di sebabkan jadual kerja padat untuk tahan 2009.. bila saya tinjau beberapa artikel dalam 2 blog para ulama di sebelah pantai timur yang menyebut "amat sukarnya untuk menghidupkan sekolah-sekolah agama"...dalam artikel ini menyatakan sekolah yang dulunya menjadi lambang kekuatan ruh-ruh ilmu Islam terpelihara dengan gaya hidup pelajarnya yang saling hormat menghormati di antara satu dengan yang lain...

Persoalan tersebut akan saya jawab sebagai muhasabah bersama... saya juga pemuda yang dilahirkan dari sekolah dan kolej tersebut akan tetapi kini hanya namanya saja yang jadi sebutan..bak kata pepatah melayu "harimau mati meninggalkan belang. manusia mati meninggalkan nama"..demikian jugalah yang telah terjadi pada Institusi agama kini..

Antara punca utama perpecahan antara guru, timbul konflik guru dengan para pelajar dan sehingga berlaku insiden penutupan operasi...

Jika dizaman dulu guru menjadi contoh tauladan kepada para pelajar, tetapi kini hilang sudah segalanya, bahkan berlaku bertambah lebih teruk dari apa yang telah terjadi...sebabnya adalah apabila ada para guru menceritakan aib guru itu dan ini kepada para pelajar dan akhirnya para guru itu ini bergaduh dan para pelajar bertepuk tangan suka..apataknya apabila guru sudah bergaduh sesama sendiri maka sudah hilang muafakat posisi amanah dalam pengurusan Institut tersebut.. jadi senang para pelajar membuat segenap operasi nafsu yang selama ini disekat oleh tindakan disiplin Institut tersebut...bila Institut hendak mengambil tindakan pada setiap pelanggar disiplin Institut, para pelajar akan memberontak dan ada yang sanggup bertumbuk dengan guru-guru.. hal ini juga timbul ada batu api di kalangan para pelajar yang bertalam dua muka yang berani bertemu guru ini tanya tentang guru itu dan bila jumpa guru itu dia akan ceritakan tetang guru ini pula...

Tidak ketinggalan juga ada Institut yang cube beroperasi secara golongan koprat.. tidak salah untuk menjadi infrastruktur yang gah tetapi biarlah berpijak dibumi yang nyata..maksudnya ada institut yang membangun di atas tapak sewa dan berangan untuk mendapat tanah & projek RM juta dan selalu disebut2 dihadapan perhimpunan pelajar...apabila ada para pelajar yang berani bangun dan bertanya "mengapa sudah 2 tahun projek jutaan itu masih tidak berjalan?" kabarnya masih dalam operasi, kekadang orang yang bertanya itu pula dimarahnya..sedangkan hairan juga projek tidak berjalan tetapi pengurusan projek itu berkereta, berbaju seakan akan seorang koprat vvip.. apabila para persatuan memohon bantuan kewangan untuk memperbaiki asrama, kebajikan pelajar dan program pelajar..aik? laju saja kabar tidak ada duit sedangkan baru semalam si koprat itu ganti sport rim kereta (maaf jika salah ejaan)...sehingga para pelajar muak dan berpakat berhenti secara mendadak tanpa diduga sedikit pun oleh pentadbiran koprat tadi dan akhirnya Institut tersebut terpaksa memberhentikan operasinya serta merta..di mana silapnya??.. usah berbicarakan lautan andai pantai tidak sekali dikau jejaki...

Ada juga dikalangan Institut yang mahu naikkan lagi mutu pendidikan..guru-guru yang boleh membuat kerja bekorban dari pagi hingga ke malam membimbing para pelajar sanggup dibuang dengan alasan tidak ada kelulusan sejajar dengan penaik taraf tersebut. maka di ambil para guru yang berkelulusan sejajar dengan kehendak pentadbiran tadi, maka akhirnya tiada pengorbanan untuk menghidupkan pendidikan dan pelajaran. kerna mereka ini tahunya mengajar dari jam sekian dan mesti habis dari jam sekian dan bila cukup bulan gaji aku mesti sekian. kalau tak aku saman Institut tersebut, maka berlakulah bibit2 kurang ajar dari kalangan guru dan pelajar..apabila guru berkelulusan itu tidak tahan dengan sikap pelajar maka berhentilah akhirnya dan berceritalah akanya pada masyarakat sekeliling..berlaku pulau memulau dan tertutup akhirnya kerna tiada sapot untuk hidup...

Nasib juga berlaku dikalangan para guru yang ada anak sakit kronik. minta cuti. tapi cuti tanpa gaji yang diberikan..yang sadisnya cuti itu pula bersyarat..hmmm. sudah la anak kena masuk hospital pembedahan, dirinya pula hilang punca kewangan, maka berlaku hutang keliling pinggang, akhirnya diri tidak tahan, cabut masuk mengajar sekolah kerajaan..

Terdapat juga di kalangan para Institut A dengan Institut B dan C... maksudnya Institut A sanggup buat2 cerita memburukkan Institut B dan C.maka terpengaruhlah si masyarakat akan kata-katanya. dan pihak C kempen tarik pelajar di pihak B suruh pelajar dalam pihak B berpindah kesekolah C sebab C kini akan membuka itu dan ini..maka terpengaruhlah si pelajar akan kata-katanya.. tapi yang hairannya apabila pihak B panggil pihak A dan C duduk semeja berbincang. aik?? banyaknya alasan kabenya sibuk itu dan ini. sedangkan nak kb ceramah malam tak juga. nak kata sibuk di program sana sini tak pernah nampak pun...

Sebenarnya banyak lagi...Apa pun kita kena bermuafakat.. hormat menghormati... hidupkan dalam diri para pendidik dan para pelajar akan hak aku adalah hak engkau dan hak engkau adalah hak aku..tetapi bukan semua hak engkau milik aku dan bukan semua milik aku adalah milik engkau...bermuhasabahlah untuk semua ketua kepala sekolah..jika kita kata "aku cari rezeki halal" tetapi cara kamu itu adalah HARAM...maka hasil yang kamu dapat itu kamu bagi anak bini kamu makan semuanya HARAM..habis kenapa jadi begini??? jawapanya kamu cari rezeki dan mendapat rezeki hasil orang percayakan fitnah-fitnah kamu, tipu daya kamu dan sebagainya...Fikirkanlah..

Wallahu 'alam...