Stokis Jualan Emas Fizikal 999.9 / 916, & Agen PengIKLANan - Tel/Whatsapp; 011-2429 2621
Isnin, 22 Ogos 2011
Doa tunggu berbuka mustajab
BICARA BUAT PENGUSAHA URUSAN HAJI DAN UMRAH
BICARA BUAT PENGUSAHA URUSAN HAJI DAN UMRAH
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)
Saya pernah menulis beberapa artikel yang ada kaitan langsung dengan haji dan umrah. Sesiapa yang berminat, dia boleh membaca tulisan saya yang bertajuk: “Kembara Menuju Ka’abah”, juga artikel bertajuk “Haji: Antara Falsafah, Tokok Tambah dan Nas”. Dalam artikel-artikel itu, saya banyak tumpukan kepada mereka yang menunaikan haji dan umrah. Saya dapati ada satu pihak lagi yang patut diingatkan yang mempunyai kaitan langsung dengan urusan haji dan umrah, iaitu syarikat-syarikat travel agensi yang membuat keuntungan hasil dari mereka yang menunaikan haji dan umrah.
Saya tahu, ramai yang telah menjadikan sumber pendapatan mereka hasil dari pengurusan umat Islam yang menuju ke tanah suci Mekah, juga Madinah. Tidak salah. Ia satu urusan peniagaan yang halal jika diuruskan dengan betul. Namun, ada beberapa perkara yang perlu untuk saling mengingati.
Ilmu
Antaranya; dalam keghairahan mempromosi syarikat masing-masing, kadang-kadang tidak diberikan perhatian kepada kefahaman dan pegangan jamaah umrah atau haji mereka. Ramai yang kali pertama pergi umrah, kadang-kala masih tidak faham dalam banyak perkara. Para penceramah umrah atau haji, perlulah membekalkan mereka dengan maklumat yang sahih. Elakkan unsur khurafat, perkara-perkara yang diada-adakan tanpa teladan dari sunnah Nabi s.a.w, ataupun amalan tanpa berasaskan dalil.
Sebagai contoh, ada jemaah yang apabila masuk ke dalam Masjid Haram tidak menunaikan solat tahiyyatul masjid atas alasan Nabi s.a.w bersabda: “Tahiyyah BaitulLah (Kaabah) adalah tawaf”. Jadi, apabila mereka tidak mampu untuk tawaf untuk setiap kali masuk masjid, ada yang hanya terus duduk. Padahal, hadis yang dibaca itu tidak sahih. Tiada sumber sanad yang boleh dipegang. Para ulama hadis menghukumnya sebagai palsu, ataupun tiada sumber yang asal (lihat: Silsilah al-Ahadith al-Da’ifah).
Walaupun, sebahagian mereka menyebut hadis tidak sahih tetapi maknanya sahih, namun andaian itu jika dilihat kepada mereka yang masuk untuk melakukan rukun umrah atau haji, maka apabila sampai ke BaitulLah, perkara yang pertama dilakukan tentulah tawaf. Kemudian, dia bersolat dua rakaat di Maqam Ibrahim. Adapun, mereka yang masuk ke dalam Masjidil Haram sahaja, maka hukumnya sama dengan masjid lain seperti sabda Nabi s.a.w:
“Apabila seseorang kamu memasuki masjid maka hendaklah dia menunaikan solat dua rakaat sebelum dia duduk” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Itu hanya satu contoh yang kecil. Di sana ada lagi dakwaan yang tidak berasaskan hadis yang sahih seperti doa khusus ketika berada di bawah pancur (al-Mizab) emas di Kaa’bah. Bahkan ada yang mendakwa jika hujan mandi dari air yang keluar dari pancur emas itu mendapat banyak kelebihan. Padahal tiada satu hadis yang sahih pun tentang itu semua. Demikian doa khusus bagi setiap pusingan tawaf atau sa’i. Lebih daripada itu, ada syarikat yang menjual alatan khas untuk dipakai oleh jemaah haji dan umrah bagi mengingat mereka doa khas bagi setiap pusingan.
Rasulullah s.a.w hanya menyuruh berdoa secara umum tanpa ditentukan doa khas, kecuali pada beberapa tempat sahaja seperti antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad. Selain itu, seseorang berdoa hajat yang diingini, tanpa terikat. Namun, oleh kerana ada pihak yang ingin membuat keuntungan perniagaan, mereka menekan hal ini agar buku dan alatan mereka dibeli oleh jemaah. Atau agar mutawwif akan dapat upah untuk membawa jemaah mengelilingi Ka’abah bagi melaungkan doa-doa khas yang jemaah belum sempat hafal maka terpaksa mengikut mereka. Padahal, jika mereka bersendirian, lebih khusyuk dan lebih dapat menghubungkan jiwa dengan Allah. Hajat setiap insan tidak sama.
Itu belum lagi kita cerita tentang penceramah-penceramah Indonesia yang diupah yang akan berceramah dalam bas-bas jemaah umrah dan haji, yang sebahagian penceramah itu akan membawa pelbagai kisah yang tiada asal yang sahih, atau ada kepentingan dengan perniagaan khurafat mereka seperti kayu kokka dan seumpamanya. Justeru, para pembimbing umrah dan haji, tidak boleh hanya berfikir tentang bisness mereka sahaja, tanpa memerhatikan kefahaman yang diberikan kepada jemaah. Bahkan, sebahagian pembimbing itu perlulah merujuk kepada sumber-sumber yang diyakini, bukan bahan-bahan yang tidak berwibawa. Jika jemaah tersalah kerana mereka, mereka dibimbangi akan termasuk dalam hadis Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti dosa orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun”. (Riwayat Muslim).
Tipu
Antara perkara yang sering berlaku dalam pengurusan umrah dan haji ini ialah penipuan. Janji lain, apabila sampai di sana lain. Jemaah membayar wang atas janji yang diberikan. Ada yang janji tempat dekat dengan masjid, sampai di sana jauh. Ada yang kata cantik tempat tinggal, sampai di sana buruk. Ada yang kata penerbangan terus, tiba-tiba transit berjam-jam, bahkan sehari dua. Ada yang janji sepuluh hari, tiba-tiba jadi sembilan hari. Wang tidak dikembalikan, atau dibuat gantian lain yang diredhai oleh jemaah. Untuk mengelak dari tuntutan, mereka akan kata “kita kena sabar, ini ujian Allah”. Lebih buruk lagi: “Ini mungkin menebus dosa-dosa kita dulu, maka Allah susahkan kita di sini”.
Menggunakan nama Allah Yang Suci untuk mengambil wang orang secara haram di tanah suci adalah perbuatan yang maha keji. Lebih jelek lagi mereka ini sebahagiannya bergelar ‘ustaz’. Menggunakan agama untuk menjustifikasikan dosa penipuan atau mungkir janji mereka, amatlah terkutuk. Sedangkan Nabi s.a.w bersabda kepada para peniaga:
“Sesiapa yang menipu kita, dia bukan dalam kalangan kita” (Riwayat Muslim).
Itu ungkapan Nabi s.a.w kepada peniaga yang menipu dengan menampakkan makanan yang elok dan menyembunyikan yang kurang elok. Bagaimanalah kiranya jika baginda melihat peniagaan umrah yang mengiklan yang baik, tetapi diberikan yang kurang baik apabila sampai ke tanah suci?. Betapa ramai pengusaha umrah yang bercirikan nifaq atau ada sifat munafik, kerana memenuhi apa Nabi s.a.w sabdakan:
“Ciri munafik itu tiga: apabila bercakap dia bohong, bila diberikan amanah dia khianat dan apabila berjanji dia mungkir” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kadang-kala urusan peniagaan seperti umrah ini boleh mengundang semua perkara ini; bohong, khianat atas amanah wang yang diberikan dan mungkir janji manis yang diucapkan.
Ada yang kata, mereka rela sebab itu mereka pergi dengan kami. Duit dah bayar takkan hendak dikembalikan semula. Saya katakan awas jika hal itu kerana mereka termakan janji dan promosi yang diberikan. Jika wang diambil, sekalipun dari segi undang-undang memang mereka tidak tuntut atau tidak mampu menuntut, tetapi Nabi s.a.w menyebut perkara yang seperti ini dalam hadis baginda:
“Kamu mengangkat perbalahan kamu kepadaku. Boleh jadi sesetengah kamu lebih petah hujahnya daripada yang lain. Lalu aku berikan untuknya berdasarkan apa yang aku dengar. Sesiapa yang aku berikan sesuatu hak saudaranya janganlah dia ambil, kerana sesungguhnya aku memotong untuknya potongan api neraka (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hal-hal yang seperti ini perlu dingat oleh para pengusaha pakej haji dan umrah. Berilah kepada jemaah seperti yang dijanjikan kerana mereka telah membayar wang kerana itu. Atau, kembalikan wang dengan kadarnya, atau gantian yang mereka setujui. Urusan umrah boleh menjadi jalan membawa pahala yang banyak, kerana membantu manusia melakukan ibadah. Boleh juga membawa dosa jika menipu mereka.
Apabila Ulama Disifat Bagaikan Anjing
** Artikel lama, dicadangkan untuk pembacaan.
Ibn Taimiyyah (661-728H) atau dikenali dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah merupakan cahaya indah yang menghiasi sejarah para ulama gemilang. Beliau ilmuwan terbilang yang tiada tolok bandingnya, lagi pejuang yang berperang menentang menaklukan Tatar ke atas wilayah Islam. Berjihad dengan pena, suara dan pedang.
Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.
Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan: “Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan.”
Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar itu bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?”.
Jawab Ibn Taimiyyah: “Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orangramai!”.
Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”.
Kata Ibn Taimiyyah: “Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”.
Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka: “Mengapa kamu semua mengangkat jubah?”.
Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”.
Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi”. Jawab: “Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadang-kala betapa ramai mereka yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementingkan jubahnya agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah.
Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang ‘sebat semacam’ dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin kini disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan itu lalu mereka juga akan ‘sebat semacam’ jamuan mewah yang melampaui batas yang patut menggunakan harta rakyat.
Saya menulis tajuk ini bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri, bukan untuk orang lain. Ia boleh dibaca sebagai iktibar.
Hari ini mungkin sesetengah ulama sudah tidak bimbang jubah putih mereka tercemar lagi, kerana mereka memiliki koleksi pakaian yang cukup banyak hasil dari kemewahan memakai gelaran rasmi agama. Sehingga ada yang jumlah gajinya mengejutkan parlimen dan rakyat.
Namun di zaman moden ini, mereka mungkin bimbang habuan yang dijanji tidak diberi, kontrak mereka tidak disambung, atau pangkat mereka tidak dinaikkan, atau bisnes yang mereka menjadi ‘duta produk’ atau juru larisnya terjejas, atau perlantikan mereka di institusi-institusi yang menghasilkan elaun bulanan itu terganggu.
Atau ada pula yang menjaga kepentingan parti mereka melebihi daripada membela kebenaran dan fakta. Sehingga ada yang sanggup mengubah-ubah fatwa, hanya kerana partinya sudah berubah. Lalu mereka akan menjauhkan diri dari sesiapa yang cuba mengikuti semangat Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah.
Kalau pada zaman Ibn Taimiyyah, untuk mengelakkan mereka terpaksa berjuang bersama Ibn Taimiyyah dan rakyat menentang penjajahan Tatar, para ulama berkepentingan tersebut menulis atau menyebarkan fitnah untuk memburukkan Ibn Taimiyyah. Tujuannya, untuk menutup kelemahan diri dan menjaga kepentingan sendiri. Sebelum dan selepas zaman Ibn Taimiyyah pun, gelagat ulama jenis ini tetap sama.
Apabila ulama mengutamakan kepentingan sendiri, maka umat akan kehilangan garis panduan terutama pada waktu gawat dan getir. Pandangan dan pendapat yang benar disembunyikan sedangkan umat kehausan bimbingan. Jika diberikan pandangan pun hanya tajuk-tajuk yang dipersetujui oleh panaja.
Kadang-kala kita rasa tidak padan tajuk yang dicakapkan dengan jawatan yang dipegang. Maka amatlah buruk golongan yang menamakan diri mereka ulama jika hanya kelihatan ketika majlis-majlis rasmi untuk hadir hanya sebagai pembaca doa semata. Lebih menyedihkan lagi, dalam doa itu ‘ada udang di sebalik mee’, untuk dimakan sendiri. Sehingga kita yang mendengar pun terasa seram sejuk dengan pujian kepada pihak tertentu yang ‘lebih daripada yang patut’.
Atau golongan ini hanya kelihatan dalam majlis jamuan rasmi untuk memenuhi kerusi VIP yang dikhaskan untuk mereka. Hanya mampu makan jamuan yang diambil daripada peruntukan rakyat, namun tidak mampu bersuara jujur membela rakyat. Ada pula ulama-ulama rasmi yang minatnya adalah lawatan atas nama jawatannya ke sana-sini. Kononnya, untuk mengiringi orang itu dan ini.
Mereka kelihatan sibuk, namun umat tidak pula tahu apakah hasil dan sumbangan mereka untuk kepentingan rakyat. Apa yang disibukkan itu? Apakah kesibukan itu bersesuaian dengan peranan mereka yang sepatutnya? Atau sekadar sibuk menjadi pengiring atau sebagai panel memenuhi kerusi jamuan?. Atau sibuk untuk harta dan pangkat sendiri.
Ulama jenis ini, tidak mereka berjuang dengan suara, tidak juga dengan pena. Tentu jauh sekali dengan darah dan airmata. Walaupun pena atau komputer mereka mungkin berjenama mahal, tetapi kita tidak tahu apa yang mereka tulis dan sumbangkan untuk umat. Suara mereka tentu lebih mahal. Bak kata perpatah ‘suara emas’, sebab itu ia amat sukar untuk dikeluarkan walaupun keadaan amat memerlukan.
Bicara mereka bicara ‘ranggi’. Cerita mereka tentang kereta baru, perabut baru, lawatan keluar negara, lantikan baru, anugerah gelaran tambahan dan yang sewaktu dengannya. Wajah mereka berseri-seri jika bergambar di samping orang besar atau ‘pak menteri’.
Malangnya, sebahagian wajah yang berseri-seri itu tidak mampu untuk hadir mengajar atau memberikan pandangan untuk kepentingan orang awam. Kalau pun diberi, pandangan yang amat tidak berkualiti, atau dalam perkara yang kurang diperlukan. Mereka mungkin berfatwa tentang ‘haram kanak-kanak bermain mercun’ pada musim hari raya. Kerana itu kata mereka ‘pembaziran’.
Tetapi tidaklah pula mereka berfatwa tentang bunga api yang dibakar di sambutan-sambutan rasmi yang memakan belanja puluhan bahkan mungkin ratusan ribu. Padahal pembazirannya lebih jelas dan wangnya adalah wang orangramai.
Maka tidak hairanlah jika ada yang berjawatan tinggi dalam agama, tetapi tidak dikenali oleh rakyatnya. Jika dikenali pun, tidak pula diketahui apakah peranannya dalam membela kemaslahatan umat yang menjadi tuntutan agama?
Ulama yang seperti inilah yang menjual fatwa untuk kepentingan kedudukan, pangkat dan harta. Umat akan keliru, bahkan mungkin akan tersesat. Justeru, janganlah hairan jika al-Quran tidak pernah mensifatkan mana-mana golongan seperti anjing melainkan golongan ulama yang menjual agamanya untuk mendapatkan habuan dunia.
Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).
Ayat ini menceritakan perihal kisah seorang ilmuwan agama yang meninggalkan ajaran Allah semata-mata kerana keinginannya kepada dunia. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang tidak sahih menyebut nama orang tersebut ialah Bal’am. Kita tidak menerima periwayatan tanpa sokongan yang seperti itu.
Apa yang penting, ayat ini telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya sama seperti anjing. Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat kemuliaan. Namun, dia gopoh dengan silauan tawaran dunia. Samalah dia seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah. Anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badannya, atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya. Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang lain.
Maka Allah menjanjikan bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran balasan yang dahsyat. Allah berfirman: (maksudnya) “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (Surah al-Baqarah: ayat 174).
Bagi ulama yang telah menyembunyikan kebenaran dan menyelewengkan fakta yang sebenar tiada jalan untuknya mendapat keampunan melainkan taubat dan menerangkan semula kebenaran yang disembunyikan atau fakta yang diselewengkan.
Firman Allah (maksudnya): “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).
Ya! ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa. Namun walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah S.W.T.
Mereka juga boleh menjaga kaya dan berharta, tetapi tanpa menggadaikan kebenaran. Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia. Jika seseorang memakai pakaian ulama, atau menduduki jawatan ulama, atau memakai gelaran ulama tetapi dia kontang ilmu, dia sebenarnya bukan ulama walaupun diletakkan berbagai gelaran dan bintang.
Perkataan ulama itu berkait dengan ilmu dan peranan mereka menyampai dan menyatakan kebenaran. Bukan kerja ulama menjadi pembela setia sesebuah kerajaan ataupun parti atau individu. Ulama membela kebenaran ajaran Allah dan RasulNya. Tiada kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan fakta sekalipun terpaksa menghadapi teman yang rapat, atau pihak berjasa lagi dikasihi.
Sebab itu, seseorang apabila ingin menjadi penuntut ilmu-ilmu Islam, wajib baginya membetulkan niatnya. Jangan dia, atau ibubapa yang menghantarnya berfikir tujuan mempelajari ilmu-ilmu Islam untuk mendapatkan jawatan, atau menjadi penceramah yang lumayan, atau kerana ruang pekerjaan dalam bidang agama luas, atau melariskan bisnes.
Jika itu berlaku dari awal, maka lahirlah ulama-ulama ‘kakak tua’ yang akan memperkatakan apa yang digemari oleh orangramai, atau apa yang diminati di pasaran, atau apa yang dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak tertentu. Maka Nabi s.a.w mengingatkan: “Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dicari keredhaan Allah Azza wa Jalla dengannya, tetapi dia tidak mempelarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Nawawi mensahihkannya dalam Riyadh al-Salihin).
Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat. Kita memerlukan ilmuwan seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a., bukan ulama yang menjaga jubah dari percikan darah pengorbanan dan kebenaran.
WARKAH BUAT SAUDARAKU ANGGOTA POLIS
WARKAH BUAT SAUDARAKU ANGGOTA POLIS
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)
Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,
Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.
Tugas Mulia
Saudaraku anggota polis,
Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.
Saudaraku anggota polis,
Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu ‘Mencegah Kemungkaran’. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):
“Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).
Nabi s.a.w pula bersabda:
“Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).
Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.
Bahaya Kuasa
Saudaraku anggota polis,
Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.
Saudaraku anggota polis,
Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.
Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Dalam riwayat Ahmad yang lain:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Allah Tidak Lupa
Saudaraku anggota polis,
Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya ‘apakah salah saya?’. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.
Dunia Sementara
Saudaraku anggota polis,
Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya):
“Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).
Saudaraku anggota polis,
Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya. Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w:
“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).
Sabda baginda juga :
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).
Nasihati Hasan al-Basri
Saudaraku anggota polis,
Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan ‘atasan’. Maka, mungkin ada yang berkata ‘kami hanya menjalankan tugas’. Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata ‘Umar bin Hubairah:
“Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama? Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.
Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit. Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.
Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat. Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai ‘Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor ‘Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa ‘Ibrah al-Yaqzan)
Saudaraku anggota polis,
Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.
Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.
Saudaraku anggota polis,
Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak. Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!
Mohd Asri Zainul Abidin
Polis tembak mati askar dalam cubaan merompak
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Oleh: amkns
"Makin pelik jenayah sekarang ini. Di Sungai Buloh sepasukan polis telah menembak mati seorang askar berpangkat staf sarjan dalam satu cubaan rompakan di sebuah kafe siber. Askar tadi bersenjatakan pistol semi otomotik jenis Glock, sementara rakannya juga seorang tentera dari Renjer yang cedera telah ditahan. Minggu sudah sepasukan anggota polis telah ditahan dalam satu ke rompakan berkumpulan. Semua ini berlaku di bulan Ramadhan.
SOLDIER SHOT DEAD IN ROBBERY BID
New Straits Times 2011/08/22
PETALING JAYA: Police shot dead a soldier and wounded another when they tried to rob an illegal cyber cafe in Kampung Baru Sungai Buloh here yesterday.
The soldiers, who were armed with a Glock semi-automatic pistol and a 'kerambit', had gone into the shop, unaware that there were two policemen posing as customers inside.
Selangor police chief Datuk Tun Hisan Tun Hamzah said the two men knocked on the cafe's back door before they were let in by its operator about 6.45am.
"Soon after they entered the cyber cafe, one of the men took out a Glock pistol and ordered the operator to hand over all the money.
"The undercover police officers, who were in the middle of an operation, confronted the suspects and a shootout ensued."
He said the man with the pistol was shot dead, while his accomplice, who was wounded, ran away. The two policemen were unhurt.
"About an hour after the shootout, police received information that the second suspect had gone to Damansara Damai and he was arrested there.
"We believe that the robbers might have had another accomplice, who drove the wounded suspect in a black Naza Citra to Damansara Damai."
Meanwhile, a military spokesman confirmed that the two men were attached to the Military Police Training Centre (Pulapol) -- the dead man was a staff sergeant and his wounded accomplice was a ranger.
http://www.nst.com.my/nst/articles/14drew/Article
POLIS GAGALKAN SAMUN KAFE SIBER
KUALA LUMPUR 21 Ogos2011 - Dua lelaki yang cuba menyamun sebuah kafe siber di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini menerima padah apabila terserempak dengan beberapa anggota polis sedang menjalankan operasi di premis berkenaan awal pagi ini.
Akibatnya, dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, seorang daripada suspek mati setelah berbalas tembakan dengan polis, manakala rakannya yang cedera dipercayai anggota keselamatan ditangkap.
Pihaknya menemui pistol dan kerambit yang digunakan dalam jenayah itu serta sedang mengesan saki-baki kumpulan penjenayah terbabit.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0822&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_03.htm
LIMA ANGGOTA POLIS JADI PEROMPAK20 Ogos 2011, KUALA LUMPUR - Lima anggota polis berpangkat konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 16 dakwaan merompak secara berkumpulan 16 warga Bangladesh pada 8 Ogos lalu.
Mohd. Afizi Mohd. Nasir, 27; Muhammad Hairey Muhammad Puzi, 21; Azrin Adha Abdullah, 25; Mohd. Faiz Muhammad, 25; dan Mohammad Firdaus Jamaludin, 20, didakwa melakukan rompakan ke atas kesemua mangsa yang berumur antara 20 dan 40 tahun di rumah No. 52, Jalan Nagasari, Dang Wangi di sini pada pukul 12.01 pagi 8 Ogos lalu.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
POLIS 'DURJANA' DALAM PROSES DITAHAN KERJA
KUALA LUMPUR 19 Ogos 2011 - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengesahkan memang benar ada seorang anggota trafik terlibat menerima rasuah daripada pasangan warga Singapura semasa sekatan di lebuh raya, baru-baru ini.
Beliau berkata, berdasarkan rakaman kejadian yang tersebar melalui video itu, pihaknya sudah berjaya mengenal pasti anggota berkenaan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_09.htm
Diskusi buku Negara Berkebajikan seluruh negara
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyahut gesaan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar buku Konsep Asas Negara Berkebajikan terus dipercambahkan perbincangannya di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Setiausahanya, Dr. Khairuddin Aman Razali menegaskan komitmen Dewan Ulamak PAS Pusat untuk merealisasikan hasrat Presiden PAS itu. "Insya Allah kita akan memastikan agar seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan pandangan dan agama memahami hasrat PAS untuk mewujudkan sebuah Negara Berkebajikan yang lebin mapan dan jitu serta berbeza sekali dengan Negara Kebajikan bawaan barat," tambah beliau lagi. Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh menegaskan bahawa menjadi keutamaan Dewan Ulamak untuk mempelopori usaha penerangan tentang Negara Berkebajikan. "Kita, insya Allah akan berusaha memastikan agar buku Tuan Guru Presiden ini akan didiskusikan di seluruh negara, insya Allah kita akan menggerakkan Dewan Ulamak setiap negeri untuk merealisasikan hasrat ini," ujar beliau lagi. Pihak web DUPP dimaklumkan bahawa Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu telah mendahului usaha itu dengan menganjurkan Nadwah Ulamak baru-baru ini dalam usaha memberikan penjelasan berkenaan gagasan Negara Berkebajikan. |
Saya tidak minta maaf, jumpa di mahkamah - Mustafa
Harakahdaily |
MAKKAH, 22 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mendedahkan segala bukti penglibatan Umno di belakang isu pemeriksaan Jais ke atas gereja methodist Damansara Utama apabila beliau di saman oleh Umno nanti.
|
Pengemis dan zakat salah siapa
Dr Rajiee Hadi
|
DALAM nota pendek ini saya mahu merujuk bicara tentang aspek wang zakat.Dan saya hanya menumpukan sumber zakat fitrah sahaja sebagai sumber ekonomi bagi membantu golongan lslam daif. Walaupun kita ketahui pendapatan daripada zakat terus mengalir saban waktu bagi meningkatkan ekonomi ummah banyak daripada pelbagai termasuk dana bersumberkan zakat pendapatan, zakat perniagaan,haiwan,wang,harta,barangan kemas dan lain-lain namun ini belum lagi termasuk sumbangan dana dan peruntukan kerajaan, derma dan sedekah daripada orang ramai,NGO dan organisasi tertentu. Hasil pendapatan ini biasanya akan diamanahkan atau diwakafkan ataupun diselenggarakan oleh jabatan-jabatan agama negeri masing-masing sama ada di bawah pengurusan Majlis Agama lslam negeri dan juga Baitulmal. Sekilas pandang betapa cantiknya susun atur carta organisasi aliran pendapatan dan dana untuk membantu umat lslam agar tidak hidup merempat yang mana boleh menghampiri atau menjurus ke arah kekufuran. Soalnya, jika di Malaysia kita ambil contoh titik tolak bermulanya pada hari kemerdekaan negara, 31 0gos 1957 hingga kini; anehnya masih kita 'dihebahhebohkan' dengan sang pengemis yang berkeliaran di sana sini, sang fakir yang merempat 'Bersamamu' hidup dalam kemiskinan, keluarga daif,dan orang kurang upaya (OKU),saudara baru dan seumpamanya yang miskin lara, mengemis dan mendamba berjurai air mata hiba hinggakan ironisnya mengharapkan bantuan di pihak gereja katolik atau mana-mana badan bagi menagih simpati.Apa sudah jadi wang zakat itu? Kepada para pemegang amanah yang alim warak di jabatan atau majlis-majlis agama atau baitulmal apakah sudah jadi dengan wang zakat? Adakah membina kolej universiti,premis dan wisma yang didirikan atas logo lslam boleh mengeringkan derita air mata sang peminta? Amat memalukan jika yang menjadi keutamaan dikebelakangkan manakala yang tidak wajib dimercukan.Biarlah tanggungjawab kerajaan persekutuan dan negeri yang telah sedia ada peruntukan untuk agama lslam selaras dengan Perlembagaan Negara membangunkan masjid,sekolah,kolej dan sebagainya melaksanakan tanggung jawabnya. Dalam erti kata lain usah diusik wang zakat selagi ada kemiskinan dan kelaparan umat lslam. Bayangkan andainya pada tahun 1957 zakat fitrah yang dikenakan setiap individu lslam sekitar seringgit. Sekiranya umat lslam ketika itu 12 juta anggarannya kita mengumpulkan RM12 juta! Masakan sang fakir miskin papa kedana berjumlah 10-15 juta ketika itu/ Tidak mungkin. Rasa-rasanya sekitar 10% penduduk lslam yang dalam kategori fakir dalam lingkungan 1.2 juta pada masa itu. Kerana semiskin-miskin orang Melayu pada zaman itu ada punya rumah sendiri,tanah dan dusun warisan sendiri yang boleh diusahakan untuk bercucuk tanam.Saya percaya wang zakat fitrah yang terkumpul dalam satu tahun sahaja,RM12juta PADA TAHUN 1957 boleh menyelesaikan isu sang fakir dalam negara Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. lngat ini hanya anggaran kasar sahaja. Justeru bagaimana pada era kini wang zakat fitrah RM6-7 setiap individu manakala penduduk lslam berjumlah hampir 20 juta? Dengan kiraan yang mudah anda boleh gambarkan berapakah wang yang terkumpul. ltu belum lagi merangkumi hasil mahsul zakat dan sumber-sumber yang lain. Alangkah beruntung dan bertuahnya umat lslam.Nota ini cuma mahu mencetuskan minda kritis pembaca secara permukaan dan dasarnya sahaja. Dan alangkah indahnya umat lslam daripada semua lapisan masyarakat,latar kepakaran dan kemahiran berganding usaha dan memfokuskan kebajikan ummah tanpa tertipu dek kebendaan semasa.Dan masa inilah kita memikirkan sebuah negara impian yang berkebajikan untuk kesejahteraan rakyatnya! Presiden Persatuan Pengamal Pendikan, Kuala Lumpur. |
Wanita dakwa dicabul 11 polis
........ Laporan : malaysiakini
JK khas terbatal jika parlimen dibubarkan
Jika ahli parlimen pada sidang baru menentang cadangan yang disyorkan sebelum ini, semua usaha meminda undang-undang pilihan raya di negara ini akan juga terbatal, kata Wan Junaidi dipetik akhbar Oriental Daily News.
Dalam wawancara dengan harian berbahasa Cina itu yang diterbitkan hari ini, beliau menjelaskan bahawa jawatankuasa khas berkenaan akan terbubar jika Dewan Rakyat dibubarkan supaya pilihan raya umum ke-13 diadakan sebelum panel tersebut menyelesaikan tugasnya.
Dalam erti kata lain, cadangan yang dibuat oleh jawatankuasa itu akan terbatal jika ia tidak diterima pakai oleh kerajaan sebelum pilihan raya umum.
Bagaimanapun, Wan Junaidi berkata, Parlimen dan kerajaan baru yang dibentuk selepas pilihan raya akan memutuskan sama ada untuk meneruskan dengan kerja yang dilakukan oleh jawatankuasa itu.
Sekiranya kerajaan baru menyokong inisiatif pembaharuan pilihan raya, ia boleh membentangkan usul baru untuk membentuk sebuah jawatankuasa khas parlimen baru bagi meneruskan kerja-kerja jawatankuasa sebelumnya.
Sebaliknya, jika sebahagian besar daripada ahli parlimen yang baru dilantik menentang reformasi pilihan raya, maka rancangan itu akan diketepikan.
-------------- Laporan : malaysiakini
Umno lebih bahaya daripada Wahabi
Keghairahan Umno melalui agensi Majis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.
Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', bukan soal penafian prinsip Islam. Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain.
Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara.
Umno dalam sejarahnya pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin Umno pernah menanggap politik suku agama suku.
Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia.
Bukankah ini bukti fahaman Umno yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?
Tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam.
Cuma yang agak menghairankan bilamana ulama muda Umno juga tergolong senarai pengganas?
Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan Darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong BERSIH 2.0?
Kerana kalau benar ulama muda Umno ini ada kaitan dengan pengganas, bukankah ia sudah pasti menjadi ancaman kepada keselamatan negara?
Sehubungan itu, saya bersetuju dengan pandangan bekas mufti, Dr Asri Zainul Abidin agar 40 ulama muda Umno ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam Umno.
Tidak terfikirkah bahawa apabila ulama Umno pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?
Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja membunuh kerjaya politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga.
|
PAS gesa Najib, Nazri henti menghina Parlimen
"Kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah menghina Dewan yang mulia ini," kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Katanya, kenyataan Najib dianggap biadap kerana mengisytiharkan bahawa kerajaan tidak terikat untuk menunggu jawatankuasa itu menyelesaikan tugas-tugas mereka sebelum pilihan raya umum akan datang.
"Jika mereka membentuk suatu jawatankuasa, yang menjadi sebahagian daripada Parlimen, mereka harus menyelesaikannya mengikut proses Parlimen. Atau tidak, mengapa perlu mesia-siakan usaha itu,” kata Mahfuz pada sidang akhbar di ibu PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Malah, bagi beliau kenyataan Najib itu hanyalah semata-mata untuk menurunkan suhu politik dan tekanan terhadap pentadbiran BN.
"Bila kata kerajaan tidak terikat maknanya beliau (Najib) tubuhkan PSC (jawatankuasa khas parlimen) hanya untuk turunkan suhu politik akibat tuntutan rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil. Bagi saya ia penghinaan kepada parlimen," kata Mahfuz.
Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan dolak dalih Najib selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno itu merupakan respon beliau terhadap masalah dalaman parti berkenaan.
"Saya tidak tahu adakah kenyataan Najib itu dibuat selepas mesyuarat MT Umno kerana tekanan dari musuh beliau dalam Umno... sehingga beliau terpaksa buat tindakan.... Apakah ini maksudnya pilihan raya boleh dilakukan bila-bila masa," kata Mahfuz.
Naib presiden PAS itu juga membidas tindakan Nazri yang 'mendahului' parlimen dalam satu sidang media kelmarin apabila menetapkan kuota, kriteria pengerusi dan perkara lain berkenaan jawatankuasa khas itu tanpa langsung dibincangkan atau dirujuk di Parlimen terlebih dahulu.
"Dia tak boleh mendahului parlimen. Bagaimana ini berlaku, hanya Parlimen sahaja boleh tentukan perkara itu. Menteri hina parlimen dan tak tunggu keputusan parlimen," katanya.
Menurutnya, ketika mengumumkan komposisi jawatankuasa berkenaan dan menuntut supaya seorang menteri mengetuainya, Nazri secara terangan telah mengabaikan hak dan keistimewaan parlimen untuk menentukan skop dan bentuk jawatankuasa yang bakal dipilih itu.
"Hanya parlimen boleh dan patut membuat keputusan mengenai perkara ini...
"Kalau tubuhkan jawatankuasa khas kita seharusnya menghormati dan menunggu keputusan dan cadangan mereka. Kerana mereka di bawah kuasa parlimen. Kenapa nak tubuh lepas itu bubar sedangkan ia ditubuh untuk selesaikan masalah besar negara," katanya.
Bagi Mahfuz, penubuhan Suruhanjaya Diraja adalah langkah terbaik untuk membaik pulih sistem pilihan raya di Malaysia.
Beliau berkata, berbanding jawatankuasa Khas yang dicadangkan kerajaan baru-baru ini, Suruhanjaya Diraja boleh disertai oleh banyak pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO).
"Kalau Suruhanjaya Diraja ditubuhkan, ia boleh membabitkan pelbagai pihak, bukan hanya ahli Parlimen sahaja.
"Jawatankuasa Khas terhad kepada ahli parlimen sahaja, NGO seperti Bersih tak boleh sertai, tak boleh bawa pakar-pakar perlembagaan," katanya.
................... Laporan : Malaysiakini
Rejim Gaddafi akhirnya tumbang
Selepas lebih enam bulan berlaku pemberontakan di Libya, rejim Muammar Gaddafi akhirnya tumbang setelah kumpulan pemberontak berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli.
Bagaimanapun nasib pemimpin Libya itu masih menjadi tanda tanya.
Menurut AFP, anak lelaki bongsu Gaddafi, Seif al-Islam ditangkap oleh pemberontak, manakala anak lelaki sulungnya, Mohammed Al-Gaddafi yang diwawancara oleh televisyen Al-Jazeera di kediamannya dilaporkan menyerah diri, tetapi nasib anak-anaknya yang lain masih tidak diketahui.
Awal pagi ini, Sky News melaporkan pemberontak Libya tiba di Dataran Hijau di tengah Tripoli.Ramai pemuda mengibarkan bendera merah, hitam dan hijau milik pasukan anti-kerajaan dan bersorak dan menari sambil bertakbir dan melepaskan tembakan ke udara.
Ramai yang menunjuk isyarat jari keamanan sambil menjerit "beritahu Muammar dan anak lelakinya bahawa Libya mempunyai anak jantan".
Sementara itu, Reuters yang memetik televisyen al-Jazeera melaporkan anak lelaki sulung pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, Mohammad, memberitahu awal hari ini bahawa beliau ditahan pemberontak dan dikenakan tahanan di rumah di Tripoli.
“Anggota bersenjata mengepung rumah saya dan saya masih berada di dalam dan mereka di luar. Mereka berkata akan menjamin keselamatan saya. Mereka mengepung rumah saya," katanya menerusi panggilan telefon dari Tripoli.
Bunyi tembakan boleh didengar semasa perbualan itu.
"Ya, tembakan itu dalam rumah saya," katanya sebelum talian tiba-tiba terputus.
AP pula melaporkan harga minyak global dijangka mula mencatatkan penurunan sekiranya pemberontak Libya berjaya menggulingkan Gaddafi; namun kesan keseluruhannya tidak akan dirasai untuk tempoh beberapa bulan.
Malam Ahad (waktu tempatan), pasukan pemberontak bergerak ke Tripoli tanpa berdepan dengan tentangan, ia selepas beberapa jam pangkalan tentera yang mempertahankan ibu kota negara itu dimusnahkan.
Penganalisis bebas, Lipow Andrew, berkata pasaran minyak dijangka akan bertindak balas hari ini dengan mengunjurkan harga yang lebih rendah dalam "tanda lega selepas konflik semakin berakhir."
Namun, Lipow berkata, ia akan mengambil masa untuk pasaran kembali stabil selepas kenaikan harga yang besar terhasil dari penggantungan eksport minyak Libya sejak pemberontakan bermula pada Februari lalu.
Susulan pemberontakan itu, minyak diniagakan pada sekitar AS$84 setong dan menokok di atas AS$93 dan terus meningkat tinggi melebihi AS$110 pada akhir April. Permintaan dari pasaran baru muncul termasuk China juga mendorong harga yang semakin meningkat.
Harga minyak jatuh baru-baru ini bersama stok susulan kebimbangan mengenai ekonomi global.
.............. Laporan : malaysiakini
Majlis Syura dibentuk kaji pemeriksaan Jais di gereja
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 22 Ogos: Kerajaan Selangor akan menubuhkan Majlis Syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu.
|