LUAHAN HATI SEORANG SUAMI yang saya terserempak kat Facebook...yang
membuatkan saya secara tiba2 mahu menangis..
ISTERI YANG TERBAIK....
SETIAP SUAMI MESTI BACA !!!!!!!!!!!!
*********************************************************************************
Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya
mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya
hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz
mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz
tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan
lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..
Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan
setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang
dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk
membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya
tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang
yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung
labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz
perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya
masih belum bersedia.
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman
wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara
satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan
tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya
menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada
anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya
cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk
menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan
dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang
penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan
membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu
saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan
bertanya:“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya
pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu
tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina
bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.saya
ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan
melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa
sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang
berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin
menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama
nasi goreng yang digoreng khas untuk saya., dengan linangan air mata dia
mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan
berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit
hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga
saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan
dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan
khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang
tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah
diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya
terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya
tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak
berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak
kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi
mahupun geli.
Dialah yang memandikan
saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang
sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah
yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup
tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat
penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak
tidur hingga ke pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang
menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya
kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera
saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun
dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan
apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan
dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta
hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..
Sekarang baru dia kata saya suami
orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk
membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan
dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada
isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh
berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh
sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak
bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu
letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah
puncanya.
Ustaz kesihatan isteri saya makin
teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya
memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia
hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama
maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati
saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di
masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai
rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.
”Jangan menangis bang….bukan
salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”
Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi
sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang
memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata
pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada
berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya
kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu
kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti
akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh
lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia
mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah
dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya
selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini
saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak
tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan
kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan
Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..
Mungkin ini hukuman yang patut saya
terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah
diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada
Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya
sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya
menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu
untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya
tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu
dia harapkan dari saya….
Di dalam nota itu dia menulis
“Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa
menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama
abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan
bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin
tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."
Ustaz..saya harap ustaz tak marah
saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri
saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah
apa nak buat utk tenangkan abang…
Ustaz….saya harap cerita saya ini
dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama
mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan
yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….
Terima kasih ustaz….doakan
saya…….
*********************************************************************************
Sedih dan sebak bila baca luahan
perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan
mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang
paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan
isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak
boleh upload lagu tu dibawah copyright..
P/s dr saya: kita cuma
akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara
masih ada....
Semoga roh isterinya ditempatkan
dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut
kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan
sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)
AMBIL IKTIBAR, SAYANGI ISTERI2
ANDA..