Sabtu, 13 Mac 2010

KISAH PENGGALI KUBUR

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

wallahu 'alam.

KESIHATAN HATI – HATI TIDAK BAHAGIA

Kebahagiaan dan kesihatan seseorang bukan hanya terletak dan diukur berdasarkan kemewahan,kerjaya atau dari sudut material semata –mata ,malah lebih daripada itu,kebahagiaan hakiki turut dinilai pada kebahagiaan hati. Jika hati bahagia dan tenteram, maka kebahagiaan hakiki pasti terpancar diwajah.Hati boleh dikatakan sebagai tak bahagia apabila wujudnya sifat-sifat mazmumah dalam hati yang akan menghilangkan kebahagiaan didalam hati manusia.Sifat-sifat mazmumah ini juga boleh ditafsirkan ssebagai penyakit hati seperti:



· PEMARAH, suatu sifat yang paling mudah dikesan kewujudannya dalam hati manusia dan sifat ini dilihat paling banyak dalam diri makhluk bernama manusia.Orang yang dikuasai oleh sifat ini jarang mendapat kawan kerana sukar didekati dan hatinya semestinya tak tenang.


· PENDENDAM, suatu sifat yang tersembunyi.Orang yang dikuasai sifat ini sentiasa mencari peluang untuk membalas dendam walau dengan apa cara sekalipun.Dari,sudut kesihatan, orang seperti ini mudah terkena sakit jantung kerana didalam hatinya sentiasa tersimpan dendam yang tak pernah berkesudahan dan sukar untuk dijangkakan bila dendamnya akan dilepaskan.


· HASAD DENGKI ialah sifat yang dimiliki oleh satu golongan yang tak boleh melihat orang lain memiliki sesuatu yang lebih daripada apa yang dimilikinya.Semua amalannya akan hangus dan sia-sia kerana ada saja perbuatan yang akan dilakkukan untuk menidakkan kelebihan orang lain.


· BAKHIL ialah suatu sifat yang sentiasa merasakan orang lain inginkan hartanya,kesenangan , atau segala apa yang dimiliknya.Ingatlah,Allah SWT lebih menyayangi orang fasiq, tetapi pemurah dan benci orang yang abid tetapi bakhil. Ini kerana walaupun seseorang itu fasiq, namun sifat pemurah itu tetap memberi manfaat kepada orang lain.


· TAMAK. Orang yang dikuasai oleh sifat tamak ialah orang yang tidak pernah puas dengan yang sedikit dan nescaya tak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat air laut.Walau berapa banyak yang diminum,tetap tak cukup.Malah semakin dahaga.Perlu difahami disini, bahawa apa yang dikatakan sebagai harta atau rezeki kita ialah apabila ia digunakan / dipakai oleh kita.Selagi belum diguna atau disimpan maka , ia belum boleh dikatakan sebagai harta atau rezeki kita.Mungkin terdapat rezeki /hak orang lain disitu.Biarlah rezeki itu sedikit, tetapi mendapat keberkatan Allah SWT.


· TIDAK SABAR ialah penyakit yang apabila diuji dengan perkara yang kecil pun tak boleh bertahan /bersabar, apatah lagi dengan hal yang lebih besar. Seorang mukmin seharusnya bersabar ketika beerhadapan dengan pelbagai dugaan.


· EGO ialah suatu sifat yang boleh dianggap sebagai kepala bagi setiap sifat mazmumah.Apabila perasaan ini menguasai diri, maka ia akan membuat seseorang itu berada dalam keadaan yang paling tak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang dicabar atau tercabar dari sudut zahir ,mahupun batin yang akibatnya boleh merosakkan diri sendiri dan selagi Ego beraja dihati, selagi itulah hatinya tak akan bahagia.


· RIAK ialah perasaan yang hanya akan membuatkan diri teerseksa kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.Jika dipuji,amalnya akan ditambah dan jika dikeji,maka amalnya akan dikurangkan .Allah palinr tak suka akan sifat riak ,takbur dan bangga diri sehingga tiada sebarang keikhlasan dihati


· CINTA DUNIA ialah sifat yang sering dikejar oleh manusia.Seorang mukmin sewajarnya berharta dengan sekadarnya dan bantulah mereka yang memerlukan.Kawallah hati agar tidak berkiblatkan harta duniawi semata-mata.


BERSIHKAN HATI DARI SIFAT RIAK

Kebersihan hati menetukan kesahihan ibadah seseorang.Imam Al-Ghazali menetaokan unsur ibadah hati yang ditekankan ialah 5 perkara.(dalam konteks solat):


· Kehadiran hati yang bersih dan ikhlas(hati tak menerawang memikirkan perkara lain selain daripada solat.


· Pemahaman(memahami segala perkataan yang dilafazkan dalam solat)


· Pengagungan dan merasai kehebatan Allah swt (rasa takut terhadap Allah hasil daripada kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran-Nya)


· Harap(mengharap pahala daripada Allah swt kerana Dialah sahaja tempat pergantungan bagi manusia)


· Malu(berasa malu dengan ibadah yang dilakukan kerana pastinya teerdapat kekurangan padanya )


Imam Al-Hasan berkata: :Mereka yang tidak menghadirkan hati ketika melakukan solat,solat mereka akan mempercepatkan mereka kepada seksaan Allah”


wallahu 'alam..


APA ITU ASMA?

Asma atau lelah adalah penyakit saluran pernafasan kronik yang melibatkan saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar daripada paru-paru.
Ia boleh menyebabkan kekejangan dada dan sesak nafas yang dikenali sebagai serangan atau episod asma.

Gejala-gejala asma adalah batuk, kesukaran bernafas dan bunyi ronkus daripada dada.
Daripada kajian, wanita dewasa lebih ramai menghidap asma daripada lelaki sementara kanak-kanak lelaki lebih mudah mendapat asma berbanding budak perempuan.

* Diskripsi
Asma adalah gangguan keradangan kronik yang melibatkan saluran udara. Saluran udara ini merupakan laluan udara yang disedut untuk memasuki paru-paru.
Bagi penyakit ini, saluran udara yang mengalami keradangan itu sangat sensitif bila terdedah kepada pelbagai rangsangan atau pencetus.
Akibatnya ia menjadi sempit dan menyebabkan kesukaran untuk bernafas.
Terdapat dua jenis asma, iaitu asma alahan dan bukan alahan. Seseorang itu berkemungkinan untuk mendapat kedua-dua jenis asma ini.

* Asma alahan
Asma alahan juga dikenali sebagai asma ekstrinsik (luaran) atau asma atopik.
Ia terhasil apabila berlaku penyedutan bahan-bahan tertentu yang pada biasanya tidak membahayakan individu yang sihat.
Hanya mereka yang alah atau alergik kepada bahan-bahan tertentu akan mendapat asma ini.
Misalnya alah kepada debunga, habuk, spora kulat, bulu haiwan dan bahan-bahan makanan.

* Asma bukan alahan
Asma bukan alahan juga dikenali sebagai asma intrinsik (dalaman).
Wanita merupakan golongan paling mudah mendapat penyakit ini berbanding lelaki dan ia lebih kronik.
Cuaca sejuk, asap rokok, bau cat, gasolin, infeksi atau jangkitan serta tekanan psikologi adalah antara faktor yang boleh mencetuskan keadaan asma ini.
Serangannya boleh berlaku dalam bentuk ringan kepada lebih teruk dan boleh berterusan untuk beberapa hari atau berulang-ulang setiap beberapa jam.

* Keterukan asma
Bagi serangan ringan dan berterusan gejalanya bila seseorang itu tertelan alergen seperti ubat-ubatan dan bahan makanan.
Namun begitu bagi yang bukan alahan, pencetusnya tiada kaitan dengan alahan tetapi masih mampu menimbulkan perubahan pada laluan udara misalnya wap, asap dapur atau luar rumah, asap kenderaan atau daripada cat aerosol.
Selain itu, jangkitan sistem pernafasan akibat selesema dan demam boleh menjadikan asma lebih serius.
Ini kerana, virus menyerang pengalas saluran dengan merangsang hujung saraf, kemudiannya menyebabkan saluran udara semakin tercerut.

* Berapa ramai menghidap asma?
Menurut Laporan Mengenai Beban Asma, tahun lalu, sekitar 300 juta orang di seluruh dunia kini menghidap asma - bukti jelas bahawa asma kini merupakan masalah kesihatan yang tidak boleh dipinggirkan.
Secara global asma boleh `menyerang' siapa sahaja yang terdiri daripada semua kumpulan etnik, taraf sosioekonomi dan usia. Bagaimanapun asma kerap kali terjadi di peringkat kanak-kanak.
Sememangnya, asma adalah penyakit kronik yang biasa membuatkan kanak-kanak tidak hadir ke sekolah.
Penyakit ini semakin meningkat di seluruh dunia dan kadarnya meningkat seiring dengan komuniti yang kini memilih gaya hidup barat dan menjadi lebih `bandar' atau urban.
Di Malaysia sehingga tahun 1999, sebanyak lima peratus daripada orang dewasa dan 10 peratus kanak-kanak menghidap asma.

* Bagaimana asma didiagnosis?
Ia boleh dilakukan dengan melihat sejarah perubatan yang teliti.
Pemeriksaan fizikal terperinci serta ujian-ujian fungsi paru-paru yang menyediakan maklumat yang diperlukan untuk mengesan asma.
Ukuran fungsi paru-paru cukup berguna untuk diagnosis asma dan juga untuk memerhati perjalanan penyakit itu.
X-ray dada juga digunakan untuk mengesan asma selain kiraan sel darah untuk mengesan paras eosinofil yang tinggi.
Peningkatan sel darah putih juga menandakan kehadiran jangkitan yang mampu mencetuskan serangan asma.
Ujian alahan kulit bagi memastikan kehadiran alahan pada seseorang individu.

* Merawat asma
Gunakan Excel Pack (Spirulina, Jeli Gamat, ExTar-C dan Vitaluxor). Ia mampu merawat asma. Spirulina mengandungi 5 zat utama: Protein, Karbohidrat, Lemak, Vitamin dan Mineral. Ia juga mengandungi Serat, Selenium, Vitamin B1, B2, B3, B12, E, Zat Besi dan Kalsium. Pigmen semulajadi yang terdapat dalam spirulina: Beta Karotena (anti barah), Klorofil (pembuangan toksin), Xantofil (anti barah) & Fikosainin (anti barah). Khasiatnya amat meluas, antaranya memberi khasiat keperluan harian, meningkatkan sistem imun dan pertahanan badan, meningkatkan kadar metabolisma badan dan membantu mengurangkan kolestrol, membaiki sistem pencernaan, keasidan tubuh badan dan peredaran darah, membantu meningkatkan IQ kanak-kanak, dan amat sesuai untuk pesakit asma dan gastrik.

Jeli Gamat atau Oral Jelly pula mampu merangsang kecantikan kulit, meningkatkan peredaran darah, menguatkan struktur dan meningkatkan kelembutan kulit sambil memperlahankan pembentukan kedutan pd kulit. Baik utk wanita selepas bersalin, membantu penyembuhan luka pembedahan & memulihkan fungsi sistem peranakan. Membantu penyembuhan ulser, gastrik dan pendarahan usus. Baik utk paru-paru dan mengurangkan simptom resdung. Membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan. Mengurangkan simptom penyakit asma, sembelit, buasir dan pendarahan. Mengurangkan sakit urat, kesakitan otot badan, sendi dan osteoarthritis. Membantu mencegah pembekuan darah dan meningkatkan insulin utk kencing manis. Serta membantu melindungi jantung dan menurunkan paras kolestrol.
Amalkan pemakanan kesihatan Excel Pack, ia mampu meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.

wallahu 'alam...

BAU MULUT

PETUA

Bau mulut yang juga dikenali sebagai halitosis sangat mengganggu individu yang mengalami masalah ini terutamanya ketika berkomunikasi dengan orang lain. Masalah bau mulut ini antara lain disebabkan oleh factor –faktor seperti berikut:

  • Bakteria yang menempel pada plak yang terbentuk dipermukaan gigi.
  • Puasa dan keadaan mulut yang kering. Hal ini terjadi kerana kekurangan air liur yang berfungsi sebagai pembersih semulajadi dalam mulut.
  • Rokok yang juga merupakan punca bau mulut.Bau mulut khas yang hanya dimiliki oleh perokok diakibatkan oleh tar dan nikotin yang menempel pada gigi dan jaringan saraf pada mulut.
  • Peyakit seperti resdung , buah pinggang , penyakit gusi diabetes(kencing manis), jangkitan peparu dan penyakit gusi.
  • Gigi berlubang yang mana sisa makanan terkumpul didalamnya dan seterusnya menjadi habitat ,tempat berkembang biaknya bacteria.

TIPS MENGATASI BAU MULUT

  • Banyakkan minum air suam bagi mengelakkan kekeringan mulut.
  • Jadikan memberus gigi setiap kali selepas selesai makan sebagai rutin harian untuk membersihkan sisa makanan. Penggunaan dental floss juga cukup efektif bagi membersihkan celah-celah gigi.Gunakan dental floss tanpa pengharum. Periksa dahulu baunya ,jika berbau kuat,beruslah gigi sekali lagi.
  • Jangan lupa berus lidah anda menggunakan berus gigi setiap kali anda mandi atau memberus gigi.
  • Cuba elakkan diri dari mengambil makanan penyebab bau mulut seperti bawang, petai dan seumpamanya dan banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Jadikan kewajipan untuk berjumpa doktor gigi dalam selang waktu yang telah ditetapkan(setiap 6 bulan) bagi mendapatkan rawatan pergigian.

selamat mencuba