Ahad, 5 Mei 2013

MAK, ABAH & ANAK

Mak abah, abg nak kahwin.. 
janganlah bersusah hati kalau abg ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.


Mak abah, abg nak kahwin. janganlah dihalang keinginan abg nie, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.



Mak abah, abg nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.



Mak abah, abg nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin. (walaupown sdah ad pinjaman ptptn).



Mak abah, abg nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.



Mak abah, abg nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.



Mak abah, abg nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.



Mak abah, abg nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.



Mak abah, abg nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.



Mak abah, abg nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.



Mak abah, abg nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.



Mak abah, abg nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.



Mak abah, abg nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.



Mak abah, abg nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.



Mak abah, abg nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan abah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan abah ini, amin... .


ANAK-KU ;

1. suami yg baik adalah suami yg bersedia utk menerima kekurangan yg ad pd isterinya utk diperbaiki dgn membimbing nya ke arah kebaikan. dan dan mengajak serta mengajak isteri nya ke arah mendapatkan redha allah s.w.t dan rasul nya s.a.w.. bukan lah diredhai dan dibiarkan kesilapan yg ad pd isteri nya..

2.. sesungguhnya utk dilihat dari sudut agama bg memilih calon pasangan yg diredhai addin islam itu sendiri, perlu nya kte mengetahu bahawa bukan lah dilihat semata2 dari sudut calon itu sendiri yg perlu kpd agama, malahan perlu nya ad kewajiban dlam mertarbiyah diri kte dahulu iaitu memperbaiki kelemahan2 yg ad di dlam diri dan bersedia utk mengisi ilmu berkenaan hal2 yg berkaitan dgn bab2 pernikahan serta rumah tangga, supaya kita bersedia utk menempuhi ke arah rumah tangga iaitu baitul muslim yg sgt2 dituntut syarak.. 

3. bler mne seorang isteri itu tlah mengakui akan jasa2 dan pengorbanan yg dilakukan oleh suami nya dlam mentarbiyah dirinya supaya menjadi muslimah sejati, isteri yg solehah, dan ibu yg mithali kpd ahli keluarga nya, serta menghargai akan pengorbanan2 tersebut, mk yakin dan percayalah bahawa si isteri itu sdg meluahkan perasaan yg lahir melalui hati nya yg luluh itu, dan si dye tdak bercakap kosong semata2.. ad mksd tersirat yg sdg disampaikan isteri itu.. 

4. isteri yg solehah adalah isteri yg mampu utk meransang suaminya yg dicintai dan dikasihi utk terus beribadah dan taat kpd allah s.w.t. dan melaksanakan tanggungjawab yg diamanahkan semata2 mau mencari kerdhaan ilahi..:) dan berusaha utk membantu suami nya dlam membentuk sebuah baitul muslim yg diredhai allah s.w.t..

5.. suami yg soleh adalah suami yg bersedia utk memikul tanggung jawab sbg ketua keluarga di dlam rumah tangga dan berusaha utk membawa rumah tangga nya ke arah baitul muslim yg diredhai ilahi dan rasul nya.. dgn berusaha utk membawa diri nya serta ahli keluarga nya kearah mawaddah dan kerahmatan, serta kebahagian di dunia dan di akhirat, dan berusaha utk menghidarkan diri dan ahli keluarga nya drpd terjerumus ke dlam neraka allah azza wajalla.. nauzubillahi min zalik.. itu lah tanda2 seoarng suami yg bnar2 mencintai rumah tangga nya.. 

HAI ANAK-KU ; "korang kena ingat....kenapa banyak sangat pasangan muda bercerai??...adalah apabila ditanya : sebab tak tahan, sebab nak cegah zina.......tapi bila dah bernikah kenapa bercerai??? sebab tak sehaluan, sebab tak sepoting.....pasal itu je ??? " - fikir le dgn mata hati yang beriman dan disuluh ilmu.....