Isnin, 12 Januari 2009

APABILA KEBINATANGAN MENGHALAU KEMANUSIAAN

BINATANG YANG BUKAN DARI ZURIATNYA & SEPISIS DENGANNYA PUN MASIH ADA SIFAT MEMBELA KAUMNYA WALAUPUN MEREKA ADA YANG BERSIFAT GANAS DAN LEMBUT

Berdosalah pada sesiapa yang merestui kewujudan undang undang rimba ini. ISA Terus menerus meragut kasih sayang insan. Hanya orang yang berhati binatang sahaja akan mempertahankan undang undang zalim ini. Selepas keluarga ini mendapat 'hadiah' Barisan Nasional, bapa mereka dilanjutkan tahanan untuk dua tahun lagi (2+2+2+2). Hari ini satu lagi hadiah diberikan oleh sebuah kerajaan yang zalim, dinafikan hadir pada saat nazaknya anak tercinta. Ikutilah babak menyayat hati ini.


BABAK 1
Suasana di Wad Blok A Tingkat 3 Hospital Kajang cukup sayu dengan tangisan isteri tahanan ISA, Siti Fatma dan ahli keluarga tatkala anak perempuan kesayangannya, Aina Mardiah Shahrial terlantar koma dan nazak sejak semalam lagi.

Aina Mardiah dilaporkan terjatuh di rumahnya semalam hingga mengakibatkan beliau koma.

BABAK 2
kelihatan kira-kira 20 pelajar sekolah terdiri daripada rakan-rakan Aina Mardiah menziarahi beliau.
Keadaan bertambah sedih apabila rakan-rakan turut menangis teresak-esak sambil memeluk Aina yang terkapar dengan alat bantuan hayat serta bergantungan 'wire' di tangan serta hidungnya.

Kesedihan yang terpancar di wajah rakan-rakan Aina membayangkan hubungan akrab mereka lebih-lebih lagi Aina seorang insan yang dinafikan hak bapanya untuk hidup bebas seperti anak-anak yang lain.Anak yang telah lama tidak mendapat kasih sayang daripada bapanya sejak 7 tahun lalu kerana dipisahkan oleh akta zalim ISA sememangnya sentiasa mengharapkan ribaan kasih sayang bapa yang dirindui.

Sesiapa sahaja pasti luluh jiwa apabila melihat rakan-rakan saling berpelukan menangis teresak sementara si ibu yang kering sudah airmatanya hanya mampu melihat sambil sesekali memeluk dan mencium anaknya yang terkapar kaku.

BABAK 3
Sementara dua adik lelakinya yang setia menanti di hujung penjuru katil terus menerus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan Yaasin sambil menitiskan airmata.
Wajah muda dua adiknya ini begitu sayu sekali meratapi kakak yang terlantar sementara menantikan bapa tercinta tiba selepas satu 'penyiksaan' perasaan dihadapi mereka untuk mendapatkan pelepasan bapanya itu.

BABAK 4
6.25 petang di sisi ibunya, Aina Mardiah Shahrial menghembuskan nafas terakhir selepas terlantar koma dan nazak sejak semalam.

Lebih mendukacitakan, bapa kandung Allahyarhamah, Shahrial Sirin yang dilaporkan bertolak dari Kem Tahanan Kemunting selepas mendapat kelepasan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar masih belum tiba di hospital.

Shahrial dilaporkan dibawa keluar dari Kem Tahanan Kemunting sejak jam 1.00 tengahari tadi. Kegagalan pihak polis cawangan khas menemukan Sahrial dengan anaknya dikecam.

Perjalanan dari Kem Kamunting di Taiping ke Kajang takkan memakan masa lebih dari 5 jam. Jalan mana yang digunakan?

BABAK 5
Shahrial yang tiba kira-kira jam 9.40 malam dibawa dengan sebuah van dengan nombor pendaftaran WQV 4491 diiringi lebih kurang sepuluh anggota polis. Setibanya di pekarangan rumah tersebut beliau terus didakap anak keduanya, Ehsan Shahrial, 16 dan beberapa sahabat handai.

Dengan genangan air mata beliau terus mendukung anak bongsunya, Arfah Sharial, 9 yang kebetulan turut menyambutnya di situ untuk memasuki dalam rumah menatap janazah anaknya.

Beliau duduk di sisi isterinya, Siti Fatma Masirun, 38, dan terus menatap wajah anaknya yang terbaring kaku di situ.

Beliau mengucup dahi anaknya itu sepuas-puasnya seolah-olah enggan menerima perpisahan akibat 7 tahun keluarga ini dipisahkan oleh tempoh kem tahanan secara zalim.

insaflah...mati dah nak tibe...


Diana Danielle Danny Beeson vs Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi

Oleh : Ustaz Suhaimi Saad

Kes 1

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.
Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.

Kes 2

Pelakon Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini.

Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan.

Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana.

Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan.

Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.

PESERTA DEMO ANTI PERANG MEMBELA PALESTIN DI TANGKAP

ISLAM ITU HILANG SUDAH GAHNYA DISEBABKAN UMATNYA SENDIRI YANG MENUTUPNYA -al hadith

Gambar: Tentera Israel menahan Rakyat Palestin, dengan alasan untuk mengekang keganasan. Memang itulah tabiat Yahudi. Yang kat Malaysia ni pulak, apasal tiba-tiba je jadi sensitif pada demo menentang keganasan Israel.
Gambar atas: Polis bertindak menahan peserta demo anti perang.
Gambar bawah: Kak Laila, Puan Nashita di tahan dalam trak polis dan dibawa ke balai.

Saya menerima panggilan telefon dari Kak Laila sebaik sahaja selesai memberikan Kuliah Maghrib. Menurut beliau, beliau berada di balai polis ditahan bersama 21 peserta lain. semuanya kerana demo untuk membela rakyat Palestin yang dibunuh kejam oleh Israel. Tak sangka pulak demo mengutuk Israel, ada pulak yang terasa kat Malaysia ni, lalu mereka di tangkap. Mungkin mereka marah bila kita kutuk kroni dunia akhirat mereka.

Bacalah petikan yang diluahkan oleh Kak Laila.

Semua yang hadir sangat excited untuk memulakan majlis.Kami tidak mengesyaki sebarang tangkapn kerana Vigil kali ini bukanlah demo anti- ISA, tetapi adalah sebagai sokongan pada rakyat Palestine yang sedang dibantai oleh Israel. Disamping itu, kisah keganasan di Sri Lanka juga di tunjukkan melalui beberapa buah banner kecil

"Satu, dua ,tiga tangkap!!!" begitulah suara polis bertag nama SYDNEY. Arahannya macam budak-budak main Police and Chief. Saya tak pernah tengok perangai polis yang begitu agresif. Bila nampak muka Arutchelvan ,YB Dr Nasir dan YB Charles, polis lain terus menyerbu.

Saya hairan, kenapa mereka begitu cepat marah sedangkan sebelum ini, setiap kali GMI mengadakan Vigil anti-ISA, kami diberi 15 minit untuk menjalankan aktiviti itu.

Pada malam itu, Vigil telah dilakukan serentak di empat tempat diseluruh Malaysia iaitu di Penang, Ipoh dan Johor Bharu. Kami dimaklumkan, perhimpunan ditempat lain telah berjalan dengan tenang dan berlangsung berjam-jam lamanya. Vigil di selang seli dengan dengan ucapan-ucapan wakil gabungan NGO.

Persoalannya, kenapa Polis mengganggu Vigil di K.L begitu dahsyat sekali? Adakah kerana Vigil di K.L di ketuai oleh JERIT dan PSM yang telah di senaraihitamkan oleh polis, maka sebarang aktiviti yang mereka anjurkan, akan diganggu oleh polis? Sikap baran dan ganas yang ditunjukkan polis memang di luar dari kebiasaan. Mereka seolah-olah telah mabuk dan tidak mendengar sebarang rayuan atau kata-kata dari dua wakil rakyat yang mengajak polis berunding. Sikap SB yang biasanya suka menyorok dibelakang perempuan, juga sungguh luarbiasa. Dalam jumlah yang ramai mereka (SB) menjerit-jerit dan mengeluarkan kata-kata lucah kearah kami tanpa sebarang rasa malu.

LEMBU PUN TAK BUNUH KAWAN & LAWAN DIA !!! MANA PEGI AKAL KOME ???

wallahu 'alam

KALIAN JANGAN SESEKALI TERTIPU DENGAN PEMIMPIN & MEDIA ORENTALIS KUFFAR

SUBHANALLAH !!!

SUBHANALLAH !!! ALLAHU AKHBAR!! Saya terkejut melihat gambar yang dikirimkan kepada saya. Gambar Ali Ghufran @ Mukhlas dan Amrozi sebelum dikebumikan.

Berdasarkan gambar itu saya rasa ada cerita semasa hidup mereka yang disembunyikan dari pengetahuan kita. Namun selepas kematian mereka, wajah mereka bagaikan menceritakan segala-galanya kepada kita. Benarkah mereka pengganas. Wajah pengganaskah yg anda sedang lihat ini!!!???????

fikirkan dengan mata hati kalian.... jangan sesekali berfikir dengan cara sekularisme dan orentalis kuffar...

ZIONIS ISRAEIL BALAS DENDAM BAGI PIHAK BUSH

SEJARAH YANG SANGAT MEMALUKAN BUSH ITU TELAH MENJADI TITIK HITAM , MENUTUP TIRAI TAHUN 2008. SEBAGAI DENDAMNYA, BUSH MEMERINTAHKAN ZIONIS MENYINGKAP TIRAI 2009 DENGAN TUMPAHAN MERAH DARAH RAKYAT PALASTIN.




------------------------------------------------------------

Belum ada Presiden Amerika yang dimalukan sebagaimana Bush. Kehebatan pentadbiran Bush dengan dasar-dasar luarnya yang sangat memuaskan hati golongan Yahudi dan Zionis tiba-tiba hancur berderai dengan peristiwa balingan kasut yang sangat memalukan dan menghinakan. Seluruh dunia menyaksikan peristiwa yang gagal diramal oleh CIA itu. Peristiwa yang lebih mengaibkan berbanding rempuhan pesawat terbang komesial ke atas Pantagon ( jika rempuhan itu benar-benar berlaku).

Ummat Islam seluruh dunia yang cintakan Islam dan bencikan kezaliman Bush, mengadakan demonstrasi menyatakan kegembiraan atas insiden tersebut, sambil menjulang replika "kasut" sebagai lambang penghinaan terhadap keangkuhan Bush. Orang yang tentunya paling gembira dengan penghinaan itu ialah rakyat Palastin. Sudah berpuluh tahun mereka ditindas dan bumi mereka dijarah oleh regim Israeil atas permainan politik Amerika. Silih bergantinya Presiden Amerika tidak pernah merubah nasib rakyat Palastin. Belum ada mana-mana Presiden Amerika yang berjaya megurangkan cengkaman Israeil keatas Palastin. Sesungguhnya tiada apa yang dapat dibuat oleh Obama dalam Issu Palastin apabila beliau mengambil alih White House beberapa hari lagi.

Sebagai respon atas sokongan ummat Islam terhadap "penghinaan terhadap Bush" itu, maka satu gerakan terancang, membunuh ummat Islam di Gaza di lancarkan. Tujuannya ialah membalas keaiban Bush, dengan harapan dunia seluruhnya melupai insiden tersebut. Di samping itu mereka mahu dunia Islam seluruhnya sedar bahawa peristiwa balingan kasut kemuka bush, tidak pernah melumpuhkan kekuatan Amerika dalam usahanya memerangi "Penganas Islam" sebagaimana yang diwar-war kan sebelum ini. Tindakan ganas keatas rakyat Islam Palastin juga bertujuan mengheret Iran yang menjadi sekutu kuat Pejuang Palastin kemedan perang. Keberadaan Iran ditengah-tengah negara "Arab yang telah dikasi" itu tetap menjadi mimpi ngeri Israeil dan Amerika. Justeru itu mereka sangat bercita-cita menghapuskan Iran sebagaimana yang telah mereka lakukan keatas Iraq.

OIC dimana?..sesungguhnya yang mampu membela Islam ialah gerakan Islam sahaja. Walaupun mereka bukan sebuah kerajaan, namun kecintaan dan kesungguhan mereka memperjuangkan kedaulatan Islam, telah menjadi satu jaminan yang menyakinkan bahawa "masa depan Islam" berada ditangan mereka dengan izin Allah. Hanya gerakan Islam yang ikhlas bangun mempertahan Islam dari landaan kuffar. Inilah yang telah kita saksikan di Afghanistan dizaman serangan Soviet. Perkara yang sama berlaku di Iran,Iraq,Mesir, Lubnan, Palastin dan di Negara kita sendiri. Saksikan siapa yang benar-benar membela Islam? kerajaan sakular atau gerakan Islam?

aneh!! sekarang orang-orang Islam / kelompok / gerakan / kerajaan yang asas perjalanannya berlandaskan sekular amat beriya-iya menjadi HERO PERTAMA untuk mempertahankan maruah umat yang dicalarkan oleh golongan kuffar.. namun mereka masih belum sedar jalan mereka itulah yang menyebabkan umat & dunia Islam hancur...usah la hai golongan berfahaman sekular nak jadi JOHAN!!!!! dalam mempertahankan negara Islam..sebab kamu semua (golongan sekular) sebenarnya merupakan EGEN ZIONIS / YAHUDI / KRISTIAN & KUFFAR LAKNATULLAH 'ALAIHI AJ-MAIEN...kembalilah dikau kepangkuan ISLAM dengan bersatu memartabatkan perundangan Islam di seluruh pelusuk dunia.... AJAL YANG DATANG TIDAK SESEKALI MEMANDANG ENGKAU DARI GOLONGAN MANA!!!!

wallahu 'alam..

DOA MUHAMMAD WASI' MENGGERUNKAN IBLIS

DOA MUHAMMAD BIN WASI’
SELEPAS SOLAT SUBUH


اللهُمَّ إنَّكَ سَلَطْتَ عَلَيْنَا عَدُوًّ بَصِيْرًا بِعُيُوْنِنَا, يَرَانَا هُوَ وَقَبِيْلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا
نَرَاهُمْ...أَللهُمَّ فأَيِسَهُ مِنَّا كَمَا أَيَسَتْهُ مِنْ رَحْمَتِكَ ,وَقَنَّطْهُ مِنَّا كَمَا قَنَّطْتَهُ مِنْ عَفْوِكَ, وَبَاعِدْ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ رَحْمَتِكَ,
إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيْر

Maksudnya: Wahai Allah engkau telah mentakdirkan kepada kami menghadapi musuh yang sangat arif tentang kelemahan kami. Ia dan sekutu-sekutunya melihat kami dan kami tidak melihat mereka. Ya Allah engkau jadikanlah ia berputus asa untuk menggoda kami sepertimana ia berputus asa dari rahmatmu, haramkanlah ia bagi kami, sebagaimana engkau mengharamkan ia dari mendapat keampunanmu. Jauhkanlah kami darinya sebagaimana engkau jauhkan dia dari rahmatmu. Sesungguhnya engkau berkuasa melakukan apa sahaja.ا

Muhammad bin Wasi’ mengatakan bahawa pada suatu hari ketika beliau dalam perjalanan ke masjid, iblis muncul dihadapannya dan berkata “Wahai anak Wasi’ engkau kenalkah aku?” Beliau menjawab “ Siapa engkau ini?”Ujar iblis, “Aku iblis”.Engkau mahu apa?. Tanya Muhammad. Iblis menjawab sambil merayu “Engkau jangan ajarkan kepada sesiapa pun doa itu dan aku berjanji tidak akan menganggumu.

Muhammad bin Wasi’ menjawab dengan tegas “ Demi Allah aku tidak akan haling sesiapa pun untuk mempelajarinya dan engkau buatlah apa yang engkau hendak buat. ( Sumber dari Buku Falsafah Isra’ dan Mikraj hubungkaitnya dengan gerakan islam masa kini )

wallahu 'alam...

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

PESANAN UNTUK DIRIKU & ANAK-ANAK GENERASI KU


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah

Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
mencari penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah,
harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah....

wallahu 'alam...


Taubat wanita buta

Saleh Al-Muri bercerita, bahawa dia pernah melihat seorang perempuan tua memakai baju kasar di Mihrab Daud Alaihissalam. Perempuan yang telah buta matanya itu sedang mengerjakan sholat sambil menangis terisak-isak. Setelah selesai solat dia mengangkat wajahnya ke langit dan berdoa:




"Wahai Tuhan Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahasia, serta setiap getaran batin tidak ada Rabb bagiku selain Engkau yang kuharap dapat terhindar bencana yang dahsyat."


Saleh Al-Muri memberi salam kepada perempuan tersebut dan bertanya: "Wahai Ukhti! Apa yang menyebabkan hilangnya penglihatanmu?" "Tangisku yang disebabkan sedihnya hatiku kerana terlalu banyaknya maksiatku kepada-Nya, dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku kepada-Nya. Jika Dia mengampunkan aku dan menggantinya di akhirat nanti, adalah lebih baik dari kedua-dua mataku ini. Jika Dia tidak mengampunkan aku, buat apa mata di dunia tetapi akan dibakar di neraka nanti." Kata perempuan tua itu.


Saleh pun ikut menangis karena sangat terharu mendengar hujjah wanita yang mengharukan itu. "Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu dari ayat Al-Quran untukku. Kerana aku sudah sangat rindu kepadanya." Pinta perempuan itu.


Lalu Saleh membacakan ayat yang artinya:


"Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya." (Al-An'am: 91) "Wahai Saleh, siapakah yang berkhidmat kepada-Nya dengan sebenarnya?" Kata perempuan itu lalu menjerit kuat-kuat dengan jeritan yang boleh menggoncangkan hati orang yang mendengarnya. Dia jatuh ke bumi dan meninggal dunia seketika itu juga.


Pada suatu malam Saleh Al-Muri bermimpi berjumpa dengan perempuan tua itu dalam keadaan memakai baju yang sangat bagus. Dalam mimpi tersebut Saleh bertanya: "Bagaimana keadaanmu sekarang?"


Perempuan itu menjawab: "Alhamdulillah sangat baik, sebaik saat rohku dicabut, aku didudukkan di hadapan-Nya dan berkata: "Selamat datang wahai orang yang meninggal akibat terlalu sedih kerana merasa sedikitnya khidmatnya kepada-Ku."


WALLAHU ALAM

RAHSIA DI SEBALIK SOLAT LIMA WAKTU


Ali bin Abi Talib r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata,
'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'

Lalu Rasullullah saw bersabda,
'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi,
'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'



Sabda Rasullullah saw,
'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata,
'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'

Rasullullah saw bersabda,
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'


Sabda Rasullullah saw lagi,
'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud,
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah saw,
'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'

Sabda Rasullullah saw seterusnya,
'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:



1. Dibebaskan daripada api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'

Sabda Rasullullah saw,
'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'

Kata orang Yahudi lagi,
'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'

Sabda Rasullullah saw,

'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7

perkara:

1.Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.

3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.

5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).

6. Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.

7. Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi,

'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'

Sabda Rasullullah saw,

'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi,

'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'

Sedikit peringatan untuk kita semua:

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."

(Surah Al-Baqarah: ayat 155)

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."

(Surah Al-Baqarah: ayat 286)


wallahu 'alam

JANGAN SOMBONG DENGAN KELEBIHAN SEMENTARA

duit itu segala-agalanya..akan tetapi duit juga bukan segala-galanya

cthnya: hendak meliliki itu & ini semuanya menggunakan duit..akan tetapi kesihatan, kebahagian, ketenangan tidak boleh di beli dengan duit...


Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :
” Apa ni ?

Siapa awak ?

dan apa ke jadahnya awak berada disini ?

Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki Awak tau tak ?

Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;

” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali.

Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
" Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat".
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.


Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .


Pengajaran :Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.


p/s :Semoga menjadi iktibar dan renungan kita bersama…


SIAPAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN LELAKI SOLEH ??

setiap insan merindui kasih sayang, tetapi bila iman mula menipis kasih sayang mula koyak rabak & muncullah pula kebinasaan di seluruh alam..kembalilah hai saudara ke jalan Keredhooan Rabbul Jalil....

Lelaki soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong ke arah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.

Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan Rasul-Nya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.

TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.


KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS:

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling membetulkan sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah swt.
17. Berkasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.
Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas-tugas dan kewajipan lelaki soleh:

1. Mencari nafkah (belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

1. MENCARI NAFKAH

Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya.

Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.
Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; “Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.”

“Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”.

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt.dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:

1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.

2. BERJIHAD FISABILILLAH

Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.

3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

” Wahai lelaki soleh…! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”

Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI

Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri, suami yang soleh akan sentiasa menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah: “Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” ( HR Ibnu Majah )

Tauladan Rasulullah dalam kehidupan berkeluarga: Keadaan beliau sebagai suami dan ayah Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.

Wassalam.

MEMBURU SYAHID!!!

aku juga usaha berjuang seperti mu..tetapi aku gagal, gelisah tidak menentu, lagi ku lakukan ibadah lagi parah degupan jantung ku dalam kelalaian bahkan terasa amat lamah lagi tak bermaya DALAM MELAWAN HAWA NAFSU YANG KIAN MENGGANAS DALAM DIRI KU.. PELIHARALAH AKU YA ALLAH.. AGAR HATI KU SENTISA PENUH DENGAN KEIKHLASAN..suapaya Engkau menjaga hati ku ini....


Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan merekaYa Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu Ke atas mereka
Wahai Tuhan
Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan
yang penuh raksasa
Wahai tuhan
yang bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan
yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan
yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan
yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.

AMIN YA ALLAH...

KEDUDUKAN AURAT WANITA ISLAM


Salam Perjuangan…
Untuk membolehkan para pelawat blog sekalian memahami kedudukan aurat wanita Islam yang merdeka dinisbahkan kepada lelaki ajnabi (bukan muhrimnya), berikut adalah pendapat mazhab berhubung dengan aurat ;

Mazab Syafie
1.Qaul pertama - semua anggota tubuh adalah aurat tanpa kecuali. Demikian menurut qaul yang paling sahih atau muktamad.
2. Qaul kedua - semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun jika mendedahkannya boleh menimbulkan fitnah, maka wajib juga ditutup iaitu sebagai langkah menutup pintu fitnah.

Mazhab Hambali
1. Qaul pertama - semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun jika mendedahkannya boleh menimbulkan fitnah, maka wajib juga ditutup.
2. Qaul kedua - semua anggota tubuh adalah aurat tanpa kecuali menurut qaul yang paling sahih.

Mazhab Hanafi
1. Qaul pertama - semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Bagaimanapun jika mendedahkannya boleh mendatangkan fitnah, maka wajib juga ditutup dan dua tapak tangan itu.
2. Qaul kedua - semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka, dua tapak tangan dan dua tapak kaki hingga pergelanggannya.

Mazhab Maliki
Semua anggota tubuh wanita adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan.
Jika mendedahkannya ditakuti boleh mendatangkan fitnah, maka wajib juga ditutup.
Daripada pendapat mazhab-mazhab di atas menunjukkan bahawa masalah aurat wanita Islam adalah jelas tidak ada perselisihan yang ketara dipandang dari sudut hukum. Dengan itu tidak ada ruang untuk dipertikaikan tentang masalah aurat di mana ia telah menjadi peraturan syarak yang wajib dipatuhi oleh setiap wanita Islam.

wallau 'alam
Doa Akhir Tahun
Perlu dibaca pada waktu asar (sebelum maghrib) 30 Zulhijjah
(28 Disember 2008).
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan,

apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.

Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku,
tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan!
Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.
Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun
Perlu dibaca pada waktu selepas solat maghrib (28 Disember 2008)Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.




Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

SABAR : CABARAN BESAR BUAT-MU HAI KAUM HAWA

tiada siapa yang ingin bergini...tetapi siapa pula yang sudi menyelamatkan mereka..sudikah hai kaum ADAM untuk mu selamatkan mereka??.. hai kaum ADAM adakah dikau benar-benar sudah bersedia dapat membimbingnya lantaran membentunya??? fikirkan...

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:
I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama,
Membuka Bahagian Tangan Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua,
Membuka Leher dan Dada Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga,
Berpakaian Tapi Telanjang Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yea "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru. Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat,
Agak di Buka Sedikit Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah... . tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama,
Membuka Telapak Kaki dan Tumit Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh... ... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala... ... . orang tetap menamakannya dengan jilbab."Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua,
Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis." Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga,
Terbuka Seluruh Betis Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah... ... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.

"Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba.

Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia. Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

wallahu 'alam

RINTIHAN PELAESTIN & DUNIA ISLAM 1430 HIJRAH

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu Ke atas merekaWahai Tuhan
Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan
yang penuh raksasa
Wahai tuhan
yang bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan
yang menurunkan Kitab,Wahai Tuhan
yang mengarakkan awanWahai Tuhan
yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.
AMIN YA ALLAH...


Marilah kita doakan agar rakyat palestin dimerdekakan kembali dan sinar islam terus menerangibumi suci itu..

JANGAN BAKAR JAMBATAN PERSAHABATAN DALAM JAMAAH & AGAMA

engkau adalah aku & aku adalah engkau. akan tetapi bukan semua hak engkau adalah hak aku & bukan semua hak aku adalah hak engkau...



Kepentingan "ukhuwwah" dalam jamaah sudah disepakati umum, khususnya para penggerak gerakan Islam. Teorinya memang sudah dipersetujui sebulat suara. Kalau ada yang menyangkalnya, maka ia terkeluar dari pandangan umum, bahkan terkeluar daripada ketetapan syara'.

Tapi jika ditinjau pada perlaksanaan dan amalannya, kelihatan usaha-usaha kearah mempereratkan ukhuwwah kurang diberi perhatian. Bahkan kadang-kadang ukhuwwah semacam tidak dihiraukan sangat, kerana ada agenda-agenda lain yang lebih utama. Bukankah ukhuwwah itu "rahmat Allah"? Mengapa rahmat yang begitu berharga diabaikan begitu sahaja kerana diselimuti ke egoan yang mengunung. Ingatlah..persaudaraan atau ukhuwwah itu adalah akar yang menyokong kekuatan jamaah disamping akidah yang menjadi tunjangnya. Kekuatan apa lagi yang kita yakini untuk mengukuhkan pohon perjuangan ini selain akidah,iman, ukhuwwah dan jihad. Mahu dibina perjuangan ini bertunjangkan "wang" semata-mata". Bukankah disebabkan wang, Umno kehilangan nilai-nilai keluhuran perjuangannya disegenap peringkat. Kuasa semata-mata?. Bukankah kerana budaya bertuhankan kuasa yang telah menyebabkan umno kian kehilangan kuasa. Gerakan Islam memang sangat-sangat memerlukan kuasa dan wang. Tetapi wang dan kuasa itu hendaklah dibangunkan diatas kemurnian akidah, kejernihan iman, keeratan ukhuwwah dan kesungguhan jihad. Justeru itu jangan memandang ringan terhadap kepentingan "menghubungkan" persahabatan dan ukhuwwah.



Apa yang menjadi api yang membakar jambatan persahabatan dalam jamaah?
______________________________________________________


1. Ego. Api yang pertama membakar "jambatan persahabatan" ialah keegoan diri. Merasakan diri lebih hebat. Tidak sesuai lagi bersahabat dengan sahabat-sahabat yang sedia ada. merasakan diri telah setaraf dengan pimpinan yang tinggi-tinggi dalam jamaah. Bahkan bila bercakap dengan pimpinan pun sudah berbahasa "ana anta (aku engkau)" sahaja. sedangkan pimpinan tersebut ,satu masa dahulu adalah guru kepadanya. Besar sangatkah erti jawatan itu dalam hatinya? sehingga dilihat jawatan itu satu keistimewaan yang dibanggakan bukannya tanggungjawab yang bakal dipersoalkan. Besar sangatkah erti jawatan sehingga dirombak jambatan rahmat persahabatan?. Bukankah dahulunya ia tidur bangun bersama dengan mereka. Ia mengorak langkah dalam perjuangan ini bersama dengan mereka, sama-sama berusrah, sama-sama makan nasi dalam talam dan sama-sama tidur kat surau kerana ada qiamullail. Tiba-tiba kerana dah merasakan diri jadi orang penting dalam jamaah, sahabat-sahabat lama dilayan selaku manusia kelas dua.


2. Terpengaruh dengan Fitnah. Api kedua yang membakar jambatan persahabatan ialah fitnah. Seorang sahabat akan rela memutuskan persahabatannya kerana terpengaruh dengan fitnah yang mengaibkan sahabatnya. Kalau ia tahu menghargai "persahabatan" sudah tentu ia akan menjaga nama baik sahabatnya. Mencari kebenaran dan seterusnya dinasihati secara baik sahabatnya itu jika didapati tuduhan itu benar. Dipertahankan sahabatnya jika di dapati tuduhan itu tuduhan liar yang berniat jahat terhadap sahabatnya. Tapi jika awal-awal lagi persahabatan yang ia jalin itu dalam diam-diam terselit rasa irihati, dengki dan hasad terhadap sahabatnya, maka sudah tentu jika bertiup sedikit fitnah terhadap sahabatnya, maka segera akan disambar peluang itu dan diapi-apikan lagi fitnah sehingga marak. Paling tidak ia akan berdiam dir, dengan membiarkan sahabatnya terkial-kial mempertahankan diri dari jaringan fitnah yang menjerutnya. Usahkan diziarahi sahabatnya itu bahkan melarikan diri pada saat sahabat memerlukan sokongan dan perangsang.

3. Hasad. Api hasad antara api yang cepat membakar jambatan persahabatan. Orang yang hasad melihat kepentingan yang ingin dicapainya lebih utama daripada menjalin persahabatan. Kadang-kadang jika dijalin persahabatan pun kerana bertujuan mencapai sesuatu bagi mengatasi sahabatnya yang lain. Sahabat yang baru akan dipergunakan untuk menyaingi sahabat yang lain. Orang yang hasad hanya boleh bersahabat dengan orang yang lebih rendah daripadanya. Jika dilihat seseorang itu lebih tinggi dan maju daripadanya, lalu akan dibakarnya jambatan persahabatan.

4. Jahil. Jahil tentang erti persahabatan, juga antara penyebab jambatan persahabatan diruntuhkan. sedangkan persahabatan adalah rahmat ALlah, melapangkan kerja dakwah, menenangkan jiwa, pemberi semangat dikala lemah, pendorong dikala berduka dan sahabat adalah sebahagian dari hidup kita. Tanpa mereka siapalah kita. Tanpa mereka kita tidak akan sampai ketahap ini pada hari ini.

Apa yang mengeratkan persahabatan?
___________________________

1. Tawadhuk. Rendah diri atau tawadhuk bukan sahaja dicintai Allah. Bahkan orang yang bersifat tawadhuk akan dikasihi dan dicintai oleh sahabat-sahabatnya. Ia tidak merasakan dirinya hebat walaupun telah menjawat jawatan yang tinggi dalam jamaah. Bahkan ia merasakan jawatan itu dikongsi bersama kerana ia pastinya tidak akan sampai ketahap itu tanpa bantuan, sokongan dan pertolongan sahabat-sahabatnya. Jiwanya semakin resah dengan jawatan kerana akan banyak soalan Allah terhadapnya di akhirat. Namun oleh kerana telah diamanahkan dengan jawatan, terpaksa ia memikulnya dengan penuh pengharapan kepada pertolongan Allah dan bantuan rakan-rakan. Manusia secara nalurinya akan mengasihi orang yang merendah diri. Sebagaimana mereka secara nalurinya akan benci kepada orang yang sombong. Hatta orang yang sombong pun akan benci kepada orang yang sombong.

2. Ziarah. Tujuan ziarah ialah untuk menghangatkan persahabatan. Orang yang menghargai pertalian persahabatan akan meletakkan keutamaan kepada agenda ziarah. Jika ada peluang dan kelapangan pasti tidak akan disia-siakan untuk menziarahi sahabatnya. Apatah lagi jika ia tahu saat itu sahabatnya dalam kesusahan atau sangat mengharapkan pertolongan dan bantuannya. Persahabatan yang disusuli dengan ziarah akan lebih erat berbanding persahabatan yang berkisar sekadar pertemuan di masjlis-majlis ceramah dan kedai-kedai kopi. Taaruf akan lebih mesra dan manis jika diperkukuhkan dengan ziarah. Ziarah bukan sahaja mengeratkan antara dua orang sahabat, bahkan melibat keluarga masing-masing.

3. Selalu mendoakan sahabat. Jangan lupa, bahawa jalinan persahabatan adalah rahmat Allah. Bermohonlah kepadaNya untuk sentiasa memperolehi rahmat dan nikmat itu. Doakan kebaikan dunia dan akhirat untuk sahabat. Kerana kita tidak akan rasa nikmat bersahabat jika kita dalam keadaan gembira tetapi sahabat kita dalam kedukaan. Tetapi jika sahabat kita dalam kegembiraan, kita juga akan menompang gembira dan senang walaupun saat itu kita dalam kepayahan.

Apabila persahabatan dan ukhuwwah dapat dipereratkan dan jalinannya dapat dianyam dengan kemas dan indah, maka pastinya jamaah akan kelihatan indah dan sempurna. Sebaliknya jamaah akan kelihatan berserabut dan saling berantakan. Waktu itu tiadalah rahmat dan nikmat Allah swt.

wallahu 'alam