Jumaat, 18 Mac 2011

Panduan Memahami Ilmu Teori Konspirasi

Suka, dengar, belajar dan beramal



Di dalam Pengajian Konspirasi Antarabangsa,adalah penting untuk memahami beberapa perkara supaya kita tidak tersesat dalam ribut teka-teki dan misteri.Di MistisFiles,kami memanggilnya sebagai 'The Trafficker Code',berasal dari sejumlah peraturan atau 'undang-undang' dan etika ketika membuat penyelidikan dan memahami konspirasi yang berjalan di seluruh dunia.

JIka anda 'terjebak' ke dalam pencarian jawapan-jawapan kepada misteri atau konspirasi di seluruh dunia ini,anda perlukan 'The Trafficker Code' ini.Ini sebagai panduan sahaja,namun jika anda mempunyai keberanian dan keyakinan serta sedikit pengetahuan yang benar,anda pasti tidak tersesat dalam ribut konspirasi ini.Ini penting,jika tidak anda akan terjerumus dalam kekeliruan demi kekeliruan dan hasilnya anda menjadi sebahagian dari statistik mangsa-mangsa konspirasi antarabangsa.

The Trafficker Code terdiri dari tiga perkara penting.Tiga sahaja.Dan ini adalah tunjang kepada panduan untuk menyelamatkan diri anda dari menjadi keliru.Ingat baik-baik tiga perkara ini:

1-Bukan semua yang ada di dalam dunia ini adalah konspirasi,hasil konspirasi ataupun bersangkut paut dengan konspirasi.Jika anda bertemu dengan satu fakta bahawa terdapat konspirasi pada A,maka tidak semestinya B dan C juga ada kaitan dengan konspirasi.Jangan anggap pokok,kucing anda dan ibu bapa anda adalah ciptaan konspirasi.Ini adalah pandangan yang ekstrim.

Yang penting,anda mesti tapis dahulu maklumat itu.Jangan terima bulat-bulat atau menolaknya tanpa mengkaji dahulu.Fikirkan baik-baik.

2-Tidak dinafikan,sebahagian besar sumber Teori Konspirasi adalah dari para pengkaji Barat.Jadi terdapat dua kategori pengkaji Barat ini.Pertamanya mereka yang memang benar-benar jujur mahu mencari kepastian kepada misteri yang terjadi di sekeliling mereka.Mereka sedar terdapat sesuatu yang tidak kena dengan sistem sosial masyarakat mereka dan apa yang mereka tahu selama ini.Mereka pun mula mengkaji dan mengkaji.Dalam hal ini,mungkin 80% kajian mereka boleh diterimapakai,kerana mereka mengkaji berdasarkan kesan-kesan konspirasi yang dialami oleh mereka sendiri.Selebihnya perlu ditapis dan dipadankan dengan sumber kita sendiri.

Keduanya para penulis yang diupah oleh The Elite sendiri atau para Orientalis yang menulis dengan tujuan tertentu bagi menghasilkan kesan-kesan yang negatif terhadap khalayak.Antaranya dengan tujuan mahu menimbulkan panik atau kesan bahawa manusia tiada gunanya melawan mereka,kekuatan The Hidden Hand amat gagah dan telah mempengaruhi segenap kehidupan mereka.Jadi mereka mahu 'brainwash' khalayak supaya tunduk berserah diri pada kekuatan mereka,menganggap The Hidden Hand ini sebagai 'Tuhan' yang dapat menaburkan mereka kekayaan.Lihat,pertamanya mereka menulis segala konspirasi yang berlaku,kemudian mereka akan selitkan seolah-olah Tuhan langsung tidak berkuasa dan jika mahu selamat,berserah diri sahaja pada The Hidden Hand ini.Berhati-hati dengan penulis seperti Zecharia Sitchin atau Alberto Rievera mahupun penulis The Vatican Assassin yang dalam menceritakan pelbagai konspirasi,boleh meleret-leret sehingga Nabi Muhammad dan agama Islam juga dikatakan hasil konspirasi juga!Ini dinamakan merepek dan ada juga di antara mereka yang menganggap makhluk asing adalah punca segala konspirasi ini dan tujuan para 'alien' ini adalah untuk menduduki bumi dan memperhambakan manusia!

Moralnya,jangan terperangkap dengan permainan penyelidik konspirasi upahan The Hidden Hand mahupun yang berjaya mengelirukan diri sendiri.

3-Apa jua konspirasi mereka,perancangan atau pelan,bagaimana hebat atau dasyat sekalipun perancangan konspirasi mereka,semuanya masih jauh untuk mengatasi PERANCANGAN DAN TAKDIR ALLAH AZZA WA JALLA.

Bagaimana sekalipun hebat mereka merancang dan bertindak,Allah s.w.t adalah Pemenangnya dan hanya Dialah yang layak untuk menang selama-lamanya.Ini kerana semua konspirasi dan pembuat konspirasi itu sendiri adalah makhluk-Nya dan semua itu berada di dalam Ilmu-Nya.

Gunakan kod panduan di atas ketika membaca atau mengkaji pelbagai teori konspirasi di merata-rata sumber.Dalam hal ini,adalah penting untuk belajar ilmu AlQuran dan Hadis Rasulullah s.a.w supaya kita lebih celik dan jelas membaca segala konspirasi musuh-musuh Allah.Ini kerana di dalam kedua-dua sumber inilah telah diceritakan tanda-tanda konspirasi mereka ini.Orang yang asing dengan AlQuran dan Hadis adalah cenderung untuk panik dan terkejut dengan apa yang mereka baca.Mereka juga cenderung untuk menganggap hal-hal konspirasi yang mereka baru baca itu adalah ilmu baru dan amat luabiasa,padahal di dalam AlQuran dan Hadis sendiri banyak menceritakan segala konspirasi dan pembohongan golongan Yahudi,Nasrani dan The Hidden Hand.

Ingat tiga poin penting ini.

wallahu 'alam

AL-QURAN PEMANGKIN MODAL INSAN CEMERLANG

Solo & Latar :
Sinar cahaya peninggalan Rasulullah
Al-quran panduan kalam dari Tuhan
Pemangkin modal insan cemerlang
Di dunia hingga ke akhirat 2x

Solo :
Marilah belajar kitab al-Quran
Fahami ertinya Amalkan isinya
Zaman dan Ummah perlukan diri mu (Latar)
Marilah belajar kitab al-Quran (Latar)
Pemangkin modal insan cemerlang 2x

Solo :
Mazmummah punca dunia huru-hara
Kerana insan abaikan panduannya
Marilah tegakkan mari juangkan (Latar)
Al-quran pemangkin modal insan (Latar)

Lagu / Lirik : Farids Al-Nurry (waknyo)
Tempat No. 4 pada tahun 2009
Oleh kump : Shoutul Ar-Rahman

MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH

Solo & Latar :
Muslim sejati, Akhlak, doa benteng agama
Ukhwah fillah, Kunci nadi ad-din Islami
Memantap ukhwah, memperkasa ummah - 2x (solo / latar)
Lisan berzikir dengan ma’rifah
Jiwa insani hidup bernadi

Latar :
Bersatu membawa rahmat
Berpecah membawa azab
Bersatu memantap ukhwah
Sepakat perkasa ummah

Solo :
Marilah kita bersatu
Berjuanglah untuk keamanan
Jangan ada sengketa
Budi bahasa amalan kita

Latar : Allah.. Allah.. Ya Allah.. - 2x

Latar :
Mekar kasih bersemi
Membina gagasan utama
Tamadun kita akhlak mulia
Panduan kita sirah Sunnah-Nya - 2x

Lagu / Lirik : Farids Al-Nurry (waknyo)
Tempat lagu no. 7 pada tahun 2010
Oleh kump : Shoutul Ar-Rahman

Kelebihan Menghafaz Al-Quran.

Kesyahduan alunan kalamullah membisik telinga ku
Lambaian azan memanggil hati ku ini
Mata ku melihat kebesaran Mu
Laranya hati mendambakan cinta Mu
Moga terbuka segala pintu hati ini
Bersama sinar hidayah Mu.....

Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :

Ganjaran di dunia.Ganjaran di akhirat. Ganjaran di dunia.:

Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Rakan saya Ustaz Asraff menyatakan bahawa :

Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang pilihannya.

” (Riwayat Ibnu Majah)Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.

“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

Al-Quran menjanjikan kebaikan.“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ganjaran di akhirat

Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.

RENUNGAN KEINSAFAN

Suatu hari, seorang ahli hikmah, Ibrahim bin Adham didatangi oleh orang yang mengaku ahli maksiat. Ibrahim bin Adham memberikan nasihatnya, seraya berkata, "Jika ingin menerima 5 syarat dan mampu melaksanakannya, maka tidak mengapa kamu meneruskan sikapmu yang gemar berbuat maksiat."Mendengar perkataan Ibrahim, ahli maksiat dengan tidak sabar bertanya, "Ya Abu Ishaq (panggilan Ibrahim bin Adham), apa syarat-syaratnya?" Ibrahim bin Adham berkata,

"Pertama, jika ingin melakukan maksiat kepada Allah, janganlah kamu memakan rezeki-Nya." "Lalu aku harus makan dari mana? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" Kata sang ahli maksiat kehairanan. Ibrahim bin Adham berkata lagi, "Ya, kalau sudah menyedarinya, masih layakkah kamu memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu melanggar perintah-perintah-Nya?”

Kemudian syarat yang kedua, kalau ingin bermaksiat kepada-Nya, maka janganlah kamu tinggal di bumi-Nya. "Ya Abu Ishaq, kalau demikian, aku akan tinggal di mana? Bukankah semua bumi dan isinya ini kepunyaan Allah?" Kata lelaki itu. "Ya Abdullah, renungkanlah olehmu, apakah masih layak memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu masih hendak melanggar perintah-Nya?" kata Ibrahim. "Ya benar, " kata lelaki itu tertunduk malu.

Ibrahim bin Adham kembali berkata, "Syarat ketiga, kalau ingin juga bermaksiat, masih mahu makan rezeki-Nya, masih mahu tinggal di bumi-Nya, maka carilah suatu tempat yang tersembunyi dan tidak dapat dilihat-Nya.""Ya Abu Ishaq, mana mungkin Allah tidak melihat kita?" ujarnya. Sang ahli maksiat itu pun terdiam merenungkan petua-petua Ibrahim.

Lalu ia kembali bertanya, "Ya Abu Ishaq, kini apa lagi syarat yang ke empat? ""Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah, "Tangguhkanlah kematianku. Aku ingin bertaubat dan melakukan amal sholeh." kata Ibrahim. "Ya Abu Ishaq, mana mungkin malaikat maut mahu memakbulkan permintaanku itu." jawab lelaki itu.

"Baiklah ya Abu Ishaq, sekarang sebutkan apa syarat yang ke lima?" tanyanya lagi."Kalau malaikat Zabaniyah hendak membawamu ke neraka di hari kiamat, janganlah engkau ikut bersamanya." "Ya Abu Ishaq, jelas saja mereka (malaikat Zabaniyah) tidak akan mungkin membiarkan aku menolak kehendak-Nya." ujar lelaki itu.

"Kalau demikian, jalan apa lagi yang dapat menyelamatkanmu ya Abdullah?" tanya Ibrahim bin Adham. "Ya abu Ishaq, cukuplah! Cukup! Jangan engkau teruskan lagi, mulai detik ini aku mahu beristighfar dan mohon ampun kepada Allah. Aku benar-benar ingin bertaubat." ujar lelaki itu sambil menangis penuh penyesalan. - wallahu