Selasa, 16 April 2013

NUKILAN ; AKU WANITA MUSLIMAH RAHSIA IMPIAN-MU

Aku wanita Muslimah,
Biar ku salut diri ini dengan JUBAH ,,
Biar ku lindungi diri ini dengan JILBAB ,,
Jilbab labuh menutup hiasan ciptaan kurniaan Allah..
Dan begitu hadirku sentiasa diperkata..
Sesekali tidak kan pernah menyerah kalah..

Walau mereka memandangku penuh KEPAYAHAN ,,,
Namun aku memandang diriku dalam KEBAHAGIAAN ,,


Ucapan yang baik, 
Doa dari kejauhan, 
Kata-kata semangat 
Dan senyuman jarak jauh,
Sebuah pemberian bernilai..

Allah tahu kamu kuat.
Maka Dia mengujimu dengan lebih hebat.
Maka jangan pernah menyerah,
walaupun kamu merasakan ujianNya begitu berat.
Kerana kamu insan terpilih.


"Yang singkat itu adalah waktu, yang menipu itu adalah dunia, yang dekat itu adalah kematian, yang besar itu adalah hawa nafsu, yang berat itu adalah amanah, yang sulit itu adalah ikhlas, yang mudah itu adalah berbuat dosa, yang susah itu bersabar, yang sering lupa itu adalah bersyukur.." - (Imam Ghazali)

Istimewanya kami gadis Berpurdah, kami miliki dua senyuman :
1. Senyuman di biibir
2. Senyuman di mata
kesistimewaan ini hanya untuk si suami solah impian-ku....
Berjalan pada jalanku
Berarti engkau besertaku...
Dengan jalan itu engkau akan dapat mengenal aku...
Aku yang selama ini terahsia bagi mu.Engkau mempunyai keinginan
Aku mempunyai kesanggupan
Berjalanlah engkau pada jalanmu
Untuk menjumpai aku lebih dahulu
Dalam perjalanan kita bertemu
Engkau dan aku....kita bersatu....menuju cinta dalam mentaati perintahNya...

Al-Quran Jelaskan; Ruginya Golongan Penyokong Kezaliman (Fikirkan Guna Ilmu & Bukalah Mata Hati)

Sebagaimana Allah Taala memerintahkan semua agar berlaku adil, Allah juga melarang semua pihak daripada melakukan kezaliman. Allah mengharamkan kezaliman dengan larangan yang sekeras-kerasnya. Allah mencela orang yang berlaku zalim. Allah berjanji akan menghukum mereka dengan hukuman yang berat di dunia dan juga di akhirat. Firman Allah Taala:

"Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim." (Ali Imran:57)


"Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keterangan-Nya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya." (Surah al-Ana'am : ayat 21)

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim." (Surah al-Maidah : ayat 51)

"Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka." (surah al-Kahfi : ayat 59)

"Kesudahannya rumah-rumah mereka itu telah runtuh ranap, dengan sebab mereka berlaku zalim; sesungguhnya kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mahu mengetahui (akan sebab dan musababnya)." (Surah an-Naml : ayat 52)


Al-Quran – lebih jauh – telah melarang orang Muslim menjadi orang yang zalim. Begitu juga al-Quran melarangnya daripada menjadi pembantu kepada orang yang zalim, atau cenderung kepada orang yang zalim, kerana dia akan ikut serta dalam dosa dan balasan kezaliman tersebut. Firman Allah Taala tentang Fir’aun:

"Dengan sebab itu, Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke dalam laut; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim." (surah al-Qasas : ayat 40)

Lihatlah bagaimana Allah sertakan bala tentera bersama Fir’aun dan menganggap kesemua mereka adalah manusia zalim. Firman Allah lagi:

"Dan janganlah kamu cenderung menyokong orang-orang yang zalim kelak (kalau kamu berbuat demikian), api neraka akan membakar kamu. Pada hal tiada seorang penolong pun untuk kamu selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat apa-apa pertolongan." (Surah Hud : ayat 113)


Perkataan “Ar-Rukuun” dalam ayat ini bererti cenderung, maka dengan cenderung sahaja pun kepada kezaliman sudah diharamkan oleh al-Quran dan diikatkan dengan cucuhan api neraka, di samping kehilangan pertolongan Allah kepada mereka.

MENGENALI PILIHAN HATI ANTARA DUA SIFAT ULAMA' - JANGAN MUDAH TERPESONA & TERTIPU - FIKIR & NILAI DENGAN ILMU

Bezanya antara Ulama 'dalam semak' dengan Ulama yang ikhlas berjuang untuk Islam dapat diperhatikan dengan mata hati kita. Antaranya ialah apabila beliau bercakap berlainan nada seperti kalau di Masjid pedalaman kampung nadanya agak keras sedikit. Apabila berceramah di masjid di kota dan ada tokoh pemimpin tertentu hadir, nadanya mulai kendur dengan menyembunyikan kebenaran Islam itu sendiri dan apabila memberikan kuliah di TV pula nadanya ambil jalan selamat dan tidak sekali-kali menyentuh tentang akidah atau perkara sensitif apabila menceritakan hal-hal lain yang menyentuh tentang hak di dalam Islam itu sendiri.

Ulama saperti ini mengelirukan minda kita yang tidak konsisten tentang apakah yang hendak disampaikan - sekejap dihukumkan haram dan sekejap dihukumkan halal dan selepas itu dihukumkan harus di dalam tajuk yang sama apabila berada ditempat-tempat berlainan mengikut keadaan semasa. Pendirian tidak tetap ini boleh mengelirukan umat Islam tetapi anehnya mereka ini pandai menyusun kata-kata yang berbelit-belit apabila isu tentang halal haramnya seolah-olah tidak tegas pendirian mereka.

Sayang seribu kali sayang apabila bertungkus lumus belajar sampai ke Universiti Azhar atau Universiti Islam di luar negara yang kadangkala mengambil hingga 10 tahun pengajian tetapi apabila pulang ke tanah air sanggup menjual agama dengan hanya kerana sayangkan jawatan atau pun apabila sudah terasa keselesaan sedikit dan mempunyai kuasa sudah mula berubah hingga tergamak tinggalkan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Mereka ini sepatutnya menjaga Islam dan menegakkan agama dalam keadaan apa sekali pun kerana mereka tahu dan arif tentang tuntutan agama itu sendiri tetapi malangnya berlaku disebaliknya pula. Mereka pandai mengolah kehebatan riwayat Rasulullah SAW dan para Sahabat tetapi malangnya mereka sendiri tidak mengikut jejak langkah sebagaimana para Sahabat kerjakan saperti turun ke padang bersama-sama membuat kerja amal atau membersihkan masjid atau membina masjid dengan kudrat mereka sendiri. Jangan hanya pandai bercerita dan membuat komen tetapi hakikatnya tidak mahu bersama jemaah melakukan kerja-kerja kebajikan serta menjaga jemaah di sekeliling.  

Sepatutnya golongan ulamalah yang sepatutnya menjadi pembimbing kepada umat yang dianggap sebagai perwaris Nabi atau pun diibaratkan sebagai bintang-bintang dilangit yang memberikan cahaya dan penunjuk jalan dan bukannya menunjukkan jalan atau lorang yang salah untuk menuju kepada alam akhirat. Benar-benarlah mereka ini cuba menempah azab yang disediakan diakhirat kelak jika sekiranya menyembunyikan yang hak dan tonjolkan yang batil sebagai pegangan mereka. 

Sudahlah tidak mahu ikut ajaran Islam yang sebenarnya tergamak pula meminda sana dan sini tentang hukum hakam yang ditetapkan itu seolah-olah dia lebih bijak dari Allah dan Rasul itu sendiri.

Apabila Allah menceritakan dalam Al-Quran tentang bagaimana Iblis laknatullah engkar perintah Allah yakni tidak mahu sujud kepada Nabi Adam AS, Iblis telah diusir dari syurga serta dilaknati – maka kisah ini bukannya untuk diceritakan untuk suka-suka tetapi manusia perlu mengambil ikhtibar bahawa hukum Allah mesti dipatuhi dan tiada kompromi.