Jumaat, 26 Julai 2013

FIQH MUNAKAHAT (siri 3) : Perkara-perkara Bertentangan Islam Dalam Majlis Kenduri Kahwin

Islam merupakan agama yang mudah dan tidak membebankan. Membicarakan isu majlis kenduri kahwin (walimah) daripada konteks Islam adalah mudah. Isu Islam sebagai agama yang mudah dapat difahami berdasarkan hadis yang berbunyi : “Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Barangsiapa memperberat-berat, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh kerana itu, kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya, atau mendekati mestinya, dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala), serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, majlis kenduri kawin (walimah) daripada konteks Islam tidaklah memberati para penganutnya dalam urusan pelaksanaannya. Islam menggalakkan penganutnya untuk mengadakan walimah berdasarkan kemampuan. Walaubagaimanapun, Islam begitu mencela perbuatan yang membazir dalam setiap perkara yang dilakukan berdasarkan ayat firman Allah SWT maksudnya :“Berikanlah kepada kaum-kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin dan orang musafir dan jangalah engkau membazir(boros) dengan melampau (Surah al-Isra' ayat 26)

Terdapat banyak perkara-perkara bertentangan dengan ajaran Islam semasa di adakan majlis kenduri kawin di dalam masyarakat kita. Sebagai seorang muslim-mukmin yang beriman dan bertakwa kita perlulah menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang bertentang dengan ajaran Islam. Jika boleh di elakkan maka elakkanlah semoga kita mendapat keredaan Allah SWT.

Oleh kerana majlis kenduri kawin adalah sebagai satu ibadah (meraikan tetamu dengan majlis jamuan) selepas majlis akad nikah dijalankan, maka perlulah kita berwaspada supaya ibadah yang kita baru tunaikan tidak dicemari dengan kemugkaran dan mendapat kemurkaan Allah SWT.

Perkara-perkara yang bertentangan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Adakah hantaran belanja termasuk di dalam ajaran Islam?

Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, wang ringgit atau sekadar bacaan dari al-Quran.

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah SWT. yang bermaksud : "Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka". ( Surah An-Nisaa' ayat 4 )

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Hadis Riwayat Bukhari )

Dari hadis di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah SAW pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu baginda bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat al-Quran, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Nabi SAW pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: " Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". (Hadis Riwayat Abu Daud)

Dan sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: "Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Hadis Riwayat Ahmad )

Maskahwin ini yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulama tidak boleh diambil oleh ibu bapa wanita atau oleh bakal suaminya. Maskahwin ini tidak boleh digunakan untuk majlis jamuan makan kenduri kahwin tanpa kebenaran anak perempuan yang berkahwin.

Hantaran belanja yang kini mencecah belasan ribu ringgit Malaysia adalah tambahan adat Melayu yang bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk menyusahkan orang yang ingin berkahwin. 

Jika hantaran tidak terlalu tinggi dan bersesuaian dengan keadaan semasa dan pihak lelaki berkemampuan membayarnya tidaklah menjadi satu kesalahan dan ianya diharuskan.

Kedua : Adakah bersanding merupakan ajaran Islam?

Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar , beras kunyit yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini.

Apa yang berlaku semasa majlis bersanding ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam al-Quran , Allah SWT menyatakan bahawa orang yang membazir adalah saudara syaitan. Kerana kos yang tinggi akan digunakan untuk menyiapkan pelamin dan peralatannya sedangkan wang tersebut tidak perlu dibazirkan di atas perkara yang tidak berfaedah.

Walaupun niat kita mengadakan upacara persandingan dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara tersebut salah disisi agama.

Menurut Prof. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa Mu’asirat dan Halal dan Haram fil Islam, halaman 36. : “Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram” 

Jika terdapat majlis makan berdamai semasa majlis kenduri kahwin di antara pengantin lelaki dan perempuan dan keluarga kedua-dua pihak maka majlis seperti ini dibolehkan kerana mendatangkan kebaikan untuk mengeratkan silaturahim di antara dua keluarga yang baru berkenal-kenalan.

Berinai adalah salah satu amalan semasa majlis perkahwinan. Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita di zaman salaf berinai dan Nabi SAW tidak menegahnya, malah menyuruhnya, dari Aisyah ra : "Nabi SAW melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, "Apakah ini tangan lelaki atau perempuan?" maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi SAW pun bersabda maksudnya : " Jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dengan inai).” (Hadis RiwayatAbu Daud, 4166) dan (Hadis Riwayat Nasa’i 5092)

Walau bagaimanapun berinai dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki, bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram. Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim: Daripada Anas dia berkata: “Bahawa Nabi SAW melarang kaum lelaki memakai za’faran (kuma-kuma).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketiga : Wajarkah menyediakan tepak sirih dan sirih junjung?

Pada zaman dahulu rombongan pengantin lelaki membawa tepak sirih dan sirih junjung adalah bertujuan semoga semua ahli rombongan dan pihak tuan rumah dapat bersama-sama makan sireh, maklumlah majoriti orang zaman dahulu memang makan sireh. Apa perlunya pada zaman sekarang? Beli sireh, upahkan orang menyusunnya, usung ke hulu dan ke hilir sebagai tontonan dan akhirnya dibuang begitu sahaja! Adalah jauh lebih baik rombongan pengantin lelaki membawa makanan atau buah-buahan sebagai hadiah kepada pihak pengantin perempuan. Sirih junjung dikira sebagai barang membazir dan menyusahkan sahaja.

Keempat : Apakah sebenarnya tujuan pengantin perempuan bersolek (berlebih-lebihan) di majlis perkahwinan ini?

Di samping itu, perbuatan andaman yang berbentuk “li tadlis” mengabui atau merubah kecantikan yang sebenar juga dilarang sama sekali dalam Islam malah ianya adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis riwayat Muslim. Dari Abdullah Ibn Mas’ud r.a katanya : "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah.”

Apa yang jelas dari bersolek adalah satu dosa kerana termasuk dalam "Tabarruj" dan melakukan sesuatu untuk mendapat pujian adalah riak. Semua perkara ini adalah perbuatan mungkar yang membawa dosa dan dilarang oleh Allah SWT . Jika bersolek sekadarnya dan tidak nampak bedak yang tebal dan tiada perhiasan yang berlebihan tidaklah dilarang.

Kelima : Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin ini?

Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan :

Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.

Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Seburuk-buruk makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”

Pada masa kini, majlis perkahwinan diserikan lagi dengan berbagai hiburan, hiburan di dalam Islam dibolehkan berdasarkan hadis riwayat Bukhari daripada Aisyah r.ha bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda maksudnya : "Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan."

Dalam hadis yang bertaraf ‘hasan’ yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda maksudnya :" Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan.”

Berdasarkan dalil-dalil ini, dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk hiburan. Hiburan dalam Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan menghiburkan hati yang gundah-gulana. Hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam adalah alunan nasyid yang memuji kebesaran Allah SWT dan berbentuk doa dan mempromosikan akhlak Islam. Hiburan yang berbentuk karaoke campuran lelaki dan perempuan adalah dilarang.

Muhasabah ;
Islam menyarankan majlis kenduri kahwin (walimah) hendaklah diadakan cara yang sederhana tetapi meriah. Tidak membebankan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Jika kurang berkemampuan adakan majlis yang sederhana sahaja dan perlu mengundang saudara mara yang terdekat , jiran tetangga dan sahabat-sahabat yang rapat sahaja. Tidak perlulah berhutang dan bergolok bergadai semata-mata untuk mencari kemegahan dan riak sedangkan cara seperti ini dilarang dan ditegah oleh agama.

Kenapa perkahwinan umat Islam sekarang ini tidak kekal dan berlaku penceraian walaupun umur perkahwinan tidak sampai setahun? Sedangkan kos perbelanjaan perkahwinan telah dihabiskan puluhan ribu ringgit. Puncanya adalah tidak terdapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT kerana terdapat banyak unsur maksiat dan dosa semasa dilangsungkan majlis perkahwian tersebut. Oleh itu perlulah kita buangkan adat-adat melayu lama yang bertentangan dengan syariat Islam seperti adat bersanding, hiburan yang mendatangkan dosa dan mengelakkan pembaziran dengan menyediakan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Majlis prkahwinan adalah ibadah, pastika kita tidak melaggar batas-batas syarak yang di benarkan oleh Allah SWT.
berusahalah cari jalan untuk mendapatkan keberkatan
tanda keberkatan adalah redho merodhoi

bersambung...... senyumlah

FIQH MUNAKAHAT (siri 2) : SYARAT MENIKAH

RUKUN NIKAH 
1. Pengantin lelaki
2. Pengantin perempuan
3. Wali
4. Dua orang saksi lelaki
5. Ijab dan kabul (akad nikah)

SYARAT BAKAL SUAMI
1. Islam
2. Lelaki yang tertentu
3. Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
4. Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
5. Bukan dalam ihram haji atau umrah
6. Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
7. Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
8. Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri

SYARAT BAKAL ISTERI
1. Islam
2. Perempuan yang tertentu 
3. Bukan perempuan yang masih ada ikatan pertunangan dengan lelaki lain
4. Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
5. Bukan seorang khunsa
6. Bukan dalam ihram haji atau umrah
7. Tidak dalam idah
8. Bukan isteri orang

SYARAT WALI
1. Islam, bukan kafir dan murtad
2. Lelaki dan bukannya perempuan
3. Baligh
4. Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
5. Bukan dalam ihram haji atau umrah
6. Tidak fasik
7. Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
8. Merdeka
9. Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya

Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.

JENIS-JENIS WALI
1. Wali mujbir : Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan).

2. Wali aqrab : Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali.

3. Wali ab’ad : Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.

4. Wali raja/hakim : Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu.

SYARAT SAKSI (Sekurang-kurangya dua orang)
1. Islam.
2. Berakal.
3. Baligh.
4. Lelaki.
5. Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul.
6. Dapat mendengar, melihat dan bercakap.
7. Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil).
8. Merdeka.

SYARAT IJAB
1. Pernikahan nikah ini hendaklah tepat.
2. Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran.
3. Diucapkan oleh wali atau wakilnya.
4. Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah).
5. Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan).

Contoh bacaan Ijab : Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami: "Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya sebanyak RM 3000 tunai".

SYARAT QABUL
1. Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab.
2. Tiada perkataan sindiran.
3. Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu).
4. Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah (nikah kontrak) - haram.
5. Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan).
6. Menyebut nama bakal isteri.
7. Tidak diselangi dengan perkataan lain.

Contoh sebutan qabul (akan dilafazkan oleh bakal suami) : "Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".

Selepas qabul dilafazkan Wali/wakil Wali akan mendapatkan pengikhtirafan/kesaksian dari para hadirin khususnya dari 2 (dua) orang saksi perkahwinan dengan menanyakan adakah JELAS? Sekiranya para saksi mengakui / mengiktiraf bahawa mereka mendengar dengan jelas, maka Wali itu sendiri akan mengatakan lafaz "SAH" atau perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan itu.

Selanjutnya Wali/wakil Wali akan membaca doa selamat agar perkahwinan suami isteri itu berkekalan dan berbahagia sepanjang kehidupan mereka serta doa itu akan diAmeenkan oleh para hadirin

Sejurus itu, mas kahwin/bayaran perkawinan/mahar akan diserahkan kepada pihak isteri dan selalunya sebentuk cincin akan disarungkan kepada jari manis isteri oleh suami sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan atau simbol pertalian kebahagiaan suami isteri. Aktiviti ini diteruskan dengan isteri mengucup/mencium tangan suami, manakala suami mencium dahi isteri atau pipinya. Aktiviti ini disebut sebagai "Pembatalan Wuduk". Ini kerana sebelum akad nikah dijalankan, suami dan isteri itu diminta untuk berwuduk terlebih dahulu.

Suami isteri juga diminta untuk solat sunat nikah sebagai tanda kesyukuran atau sujud syukur atau sekurang-kurangnya bacalah doa kesyukuran selepas majlis akad nikah berlangsung. Perkahwinan Islam sememangnya mudah kerana ia tidak perlu mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak aset-aset perkahwinan disamping mas kahwin,hantaran atau majlis keramaian (walimatul urus)yang tidak perlu membebankan atau membazir. Jadi mengapa perlu menyusahkan dalam hal berkaitan perkahwinan dan mengapakah perlu melakukan zina?

WAKIL WALI / QADI
Wakil wali/Qadi adalah orang yang dipertanggungjawabkan oleh institusi Masjid atau jabatan/pusat Islam untuk menerima tuntutan para Wali untuk menikahkan/mengahwinkan bakal isteri dengan bakal suami. Segala urusan perkahwinan,penyedian aset perkahwian seperti mas kahwin, barangan hantaran(hadiah), penyedian tempat berkahwin, jamuan makanan kepada para hadirin dan lain-lain adalah tanggungan pihak suami isteri itu. Qadi hanya perlu memastikan aset-aset itu telah disediakan supaya urusan perkahwinan berjalan lancar. 
Disamping tanggungjawabnya mengahwinkan suami isteri berjalan dengan dengan sempurna, Qadi perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan perkahwinan seperti sijil perkahwinan dan pengesahan suami isteri di pihak tertinggi seperti jabatan Islam dan jabatan pendaftaran negara. Ini bagi memastikan status resume suami isteri itu sentiasa sulit dan terpelihara. Qadi selalunya dilantik dari kalangan orang-orang alim (yang mempunyai pengetahuan dalam agama Islam dengan luas) seperti Ustaz, Muallim, Mufti, SheikhulIslam dan sebagainya. Qadi juga mesti merupakan seorang lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil baligh.

TERTIB SUSUNAN WALI
1. Bapa kandung
2. Datuk sebelah bapa ke atas
3. Saudara lelaki seibu-sebapa
4. Saudara lelaki sebapa
5. Anak saudara lelaki seibu-sebapa
6. Anak saudara lelaki sebapa
7. Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
8. Bapa saudara sebelah bapa sebapa
9. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah
10. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
11. Bapa saudara seibu-sebapa
12. Bapa saudara bapa sebapa
13. Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa
14. Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
15. Bapa saudara datuk seibu-sebapa
16. Bapa saudara datuk sebapa
17. Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah
18. Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
19. Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan).
20. Sekalian asabah kepada seorang muktiq
21. Raja/Sultan.

Sabda Nabi s.a.w:-"Tidak ada nikah tanpa wali".

Sekiranya wali pertama tidak ada, hendaklah diambil wali yang kedua dan jika wali kedua tidak ada hendaklah diambil wali ketiga dan begitulah seterusnya. 

Mengikut tertib wali, bapa hendaklah menjadi wali bagi semua perkahwinan anaknya. Dan jika bapa tidak ada kerana meninggal dunia maka hak wali berpindah kepada datuk pengantin perempuan itu; dan jika datuk juga meninggal dunia maka hak wali itu berpindah kepada saudara lelaki seibu-sebapa kepada pengantin perempuan dan begitulah bidang kuasa wali mengikut tertib susunannya. 

Sekiranya pengantin perempuan itu tidak mempunyai wali maka ia akan dinikahkan secara wali hakim. Rasulullah saw bersabda: 'Maka Sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali'.(Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud).

Jika wanita itu dinikahkan oleh wali ab’ad sedangkan wali aqrab masih ada maka perkahwinan itu tidak sah dan perkahwinan mestilah dibubarkan.
Wali Ab’ad : wali yang jauh perhubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali).
Wali Aqrab : Wali yang paling dekat hubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali).

Wali yang lebih dekat dengan pengantin perempuan dipanggil Wali Aqrab manakala wali yang lebih jauh dipanggil Wali Ab'ad. Contohnya jika bapa dan datuk telah meninggal, maka saudara lelaki seibu-sebapa (no. 3) dikira sebagai Wali Aqrab dan saudara lelaki sebapa (no. 4) dikira sebagai Wali Ab'ad dan begitulah seterusnya.

Antara sebab-sebab yang membolehkan perpindahan tertib wali ini ialah jika Wali Aqrab itu masih kafir, masih kanak-kanak, gila (yang mendapat perakuan daripada doktor yang amanah), fasik, bodoh dan cacat yang menghalang kemampuan berisyarat seperti bisu.

Iktibar:
1) Sikap memandang remeh kepada permasalahan perpindahan Wali Aqrab kepada Wali Ab'ad seperti yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini telah menyebabkan perkahwinan itu boleh dihukumkan batal dan tidak sah.
2) Jika perkahwinan itu bertentangan dengan hukum syarak, maka ia tidak menjanjikan rumah tangga yang aman dan bahagia.

PENERIMA WAKALAH 
Bagaimanapun, bagi perempuan (bakal isteri), tidak boleh mewakilkan kepada orang lain untuk mengahwinkannya kerana haknya ada di tangan wali. 

Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan wakalah itu sendiri dan tidak boleh mewakilkan pula kepada orang lain kecuali dengan izin pemberi wakil atau apabila diserahkan urusan itu kepada wakil sendiri seperti kata pemberi wakil : “Terserahlah kepada engkau (orang yang menerima wakil) melaksanakan perwakilan itu, engkau sendiri atau orang lain.”

Maka ketika itu, boleh wakil mewakilkan pula kepada orang lain untuk melaksanakan wakalah itu. 

Wakil wajib melaksanakan wakalah menurut apa yang ditentukan oleh pemberi amanah. Jika wakil diamanahkan mengahwinkan perempuan itu dengan A, wajiblah menikahkan dengan A. 

Sebaliknya, jika wakil wali menikahkan perempuan itu dengan B, maka perkahwinan itu tidak sah. Mengikut amalan di Malaysia, selalunya wakalah wali dibuat di hadapan kadi atau pendaftar perkahwinan dengan disaksikan oleh dua orang saksi. 

Sebelum melakukan wakalah wali, adalah mustahak wali itu mengkaji latar belakang orang yang hendak menerima wakil itu.

MAHAR
Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang. 

Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.

JENIS MAHAR
Mahar misil : mahar saudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya.
Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau ditentukan oleh perempuan atau walinya.
Bersambung

FIQH MUNAKAHAT (siri 1) : PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

MUQADDIMAH
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataanzawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

SEJARAH PERKAHWINAN
Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”. 
Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan..

JENIS-JENIS PERKAHWINAN
1. Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.

2. Poliandri merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali diTibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu juga menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata. 

3. Monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah suci di dalam Tuhan Kristus untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).

HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN DALAM ISLAM
1. Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.

2. Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.

3. Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.

4. Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat

5. Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

HIKMAH PERKAHWINAN
1. Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.
2. Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
3. Memelihara kesucian diri
4. Melaksanakan tuntutan syariat
5. Menjaga keturunan
6. Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak.
7. Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab.
8. Dapat mengeratkan silaturahim.

DALIL PENSYARIATAN
Surah An-Nisaa': ayat 1 & 3
Surah An-Nuur: ayat 32
Surah An-Nahl: ayat 72
Surah Yaasin: ayat 36
Surah Ar-Rum: ayat 21
Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49
Surah Luqman: ayat 10
Surah Qaf: ayat 7
Surah Asy-Syu’araa: ayat 7

PEMILIHAN CALON
1. Ciri-ciri bakal suami :
  • beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
  • bertanggungjawab terhadap semua benda
  • memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
  • tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
  • rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

2. Ciri-ciri bakal isteri ;
  • beriman & solehah
  • rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
  • memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • menentukan mas kahwin yang rendah
  • wanita yang subur
  • masih dara
  • berasal dari keturunan yang baik
  • bukan keturunan terdekat
  • tidak memandang harta semata-mata

PEMINANGAN
Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminangmerupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.

Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang: "Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang: "Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia(membuat ketetapan untuk) memutuskannya".(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim(Asy-Syaikhan))

- Bersambung 

Syukur Malaysia Aman, Tidak Ada Peperangan ! Tetapi ada ?


KES 1 ; Polis rampas 5 senjata api
Kota Bharu: Polis Kelantan berjaya merampas lima pucuk senjata api, termasuk pistol dan rifel M16 dalam usaha membanteras jenayah kekerasan menggunakan senjata berbahaya itu sejak Januari lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata kejayaan itu adalah satu pencapaian membanggakan sekali gus membuktikan pihak polis sentiasa komited menjalankan tugas mencegah jenayah.


Tahan tiga suspek


“Tahun ini kita rampas lima senjata api, enam pada tahun lalu manakala sembilan pada 2011,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kelantan di sini, semalam.


Dalam kejadian terbaru, Jalaluddin berkata, pihaknya berjaya merampas tiga pucuk pistol dalam serbuan di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas, kelmarin.


Katanya, dalam serbuan jam tiga pagi itu pihak polis menahan tiga suspek berusia antara 15 dan 29 tahun di sebuah rumah tidak bernombor sebelum menemui senjata api terbabit, sejumlah pil khayal dan alat renjatan elektrik.


Jalaluddin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenalpasti anggota kumpulan berkenaan dan maklumat lain yang diharapkan dapat menyelesaikan beberapa kes tembakan yang berlaku baru-baru ini. 



KES 2 ; Lelaki terbunuh Geng O4, 08 gaduh
Lelaki terbunuh Geng O4, 08 gaduh G Surintheran

Georgetown: Seorang remaja lelaki maut, manakala rakannya cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan pistol di tepi jalan Lebuh Rambai 16, Air Hitam di sini, petang kelmarin.


Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa, G Surintheran, 24, kehilangan banyak darah akibat kesan tetakan hampir di seluruh badan termasuk kepala, manakala rakannya yang juga berusia 24 tahun cedera di leher.


Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku apabila dua kumpulan kongsi gelap, Geng 08 dan 04 membabitkan kira-kira 20 orang yang menunggang motosikal bertembung di tempat kejadian sebelum berlaku pergaduhan.

“Surintheran mengalami kecederaan di tangan, bahu, badan dan kepala, manakala rakannya parah di leher. Polis juga menahan seorang rakan mangsa yang terbabit dalam pergaduhan terbabit.


Kehilangan banyak darah


“Kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan, bagaimanapun Surintheran disahkan meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak sebaik tiba di Unit Kecemasan,” katanya.


Beliau berkata, sebilah parang dan dua kelongsong peluru 9mm ditemui di lokasi kejadian itu.

“Siasatan lanjut ke atas kedua-dua mangsa, Jabatan Forensik tidak menemui sebarang kecederaan akibat tembakan dan soal siasat ke atas rakan mangsa yang terselamat memperoleh beberapa maklumat dan identiti beberapa individu lain yang terbabit," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner, Mazlan Kesah, berkata siasatan awal tidak menolak punca pergaduhan kerana perebutan kawasan membabitkan kedua-dua geng, selain belas dendam.


“Kita percaya salah seorang suspek melepaskan lima das tembakan tetapi tersasar sebelum bertindak menyerang satu sama lain menggunakan parang.


"Pasukan khas giat memburu semua suspek selepas identiti mereka dikenal pasti dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. 



KES 3 ; Mati dalam semak

Taiping: Seorang remaja lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kesan luka di beberapa anggota badan sebelum mayatnya dicampak ke kawasan semak di belakang bangunan baru di Taman Mewah, Kamunting, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, mangsa dikenali sebagai M Nathaniel, 14, dari Taman Palma 2B, Kamunting ditemui terbaring dengan kesan darah pada baju oleh sekumpulan kanak-kanak yang bermain di kawasan berkenaan.


Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner, Yusuf Mohd Diah, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang juga pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di sini, mengalami kesan luka di badan termasuk leher.

"Polis mengesyaki mangsa dipukul dan dicederakan menggunakan senjata tajam sebelum mayatnya dibuang ke kawasan kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat,” katanya. 



KES 4 : GEORGE TOWN (MATI DITETAK)
Angkara dendam, seorang pemuda maut akibat ditetak selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di lorong belakang taman perumahan Lebuh Rambai 14, Air Itam di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.55 petang itu, G. Durintheran, 24, mati ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat cedera parah di kepala dan badan.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang tinggal di Halaman Mayang, Bayan Baru di sini didatangi oleh suspek yang menunggang beberapa buah motosikal dan membawa pelbagai senjata tajam termasuk parang panjang.

Sumber berkata, mangsa telah dibelasah semasa dia rebah ketika cuba menyelamatkan diri.

"Ketika polis sampai, mangsa sudah berlumuran darah dengan beberapa kesan kecederaan di badan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini.


KES 5 ; Mangsa kes tembak kejam dikenal pasti
PARIT BUNTAR 20 Julai - Polis telah mengenal pasti identiti lelaki yang mati akibat ditembak kejam sebanyak lapan das di badan dan kepala di dalam sebuah kereta di Jalan Gula menghala Semanggol awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa ialah M. Gunabenthan, 25, yang bekerja sebagai pemandu jengkaut di Teluk Intan dan berasal dari Taman Bersatu, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Menurutnya, identiti mangsa dikenal pasti selepas kad pengenalan dan lesen memandu miliknya ditemui semasa bedah siasat dijalankan di Hospital Parit Buntar, semalam.

"Kematian mangsa telah dimaklumkan kepada keluarganya petang semalam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, bapa mangsa, K. Muniandy, 50, ketika ditemui berkata, seluruh keluarganya terkejut selepas mendapat tahu kejadian yang menimpa anaknya tersebut.

Katanya, sepanjang pengetahuannya, mangsa tidak terlibat dengan sebarang jenayah dan baru bekerja sebagai pemandu jengkaut di Teluk Intan sejak dua bulan lalu.

"Malah sepanjang hidupnya, mendiang tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa atau terlibat dengan aktiviti jenayah mahu pun penyalahgunaan dadah," katanya.

Menurut Muniandy, dia mengesyaki kematian anaknya itu ada kaitan dengan kerjanya di Teluk Intan.

"Pada Rabu lalu, mendiang pergi mengikut majikannya untuk urusan perniagaan di Pelabuhan Klang, Selangor dengan menaiki dua buah kereta sebelum singgah bermalam di rumah saudara di Kajang, Selangor.

"Keesokannya, mendiang pulang ke Teluk Intan untuk bekerja tetapi saya diberitahu dia hilang setelah pergi ke suatu tempat kira-kira pukul 7.30 malam pada hari tersebut," katanya.

Beliau percaya anaknya itu telah dianiaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan berharap polis dapat membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

- Sumber Berita : Utusan Malaysia Online - Berita Terkini

Anak-ku : Usah Jemu Dengan Ilmu

Senjata yang terkuat pada alam..... 
Yakni ilmu pengetahuan ! Mengaji, mengaji dan terus mengaji hingga mati...

ketahuilah musuh mu boleh memenjara jasad mu....
tetapi jika engkau seorang yang berilmu maka musuh mu tidak sesekali boleh / tidak mampu untuk memenjara otak mu yang berilmu....

jadi tingkatkan diri-mu dengan ilmu....
ingatlah hanya orang yang tidak berilmu sahaja yang akan terus ditipu dan ditindas oleh musuh...
selamat menuntut ilmu 

- senyum

BILA MARAH : ELOK DIAM JE


Wahai anakku,

Nak marah senang. Nak keluarkan kata-kata senang. Masa engkau marah dan keluarkan kata-kata lagi senang. Tapi wahai anakku, yang payahnya ialah menarik balik kata-kata tersebut.

Yang paling aku bimbang ialah kamu gagal menyembuhkan hati yang terluka mereka yang menyayangimu kerana kata-kata marahmu.

Wahai anakku,
Sebab itu, apabila engkau marah elok kamu diam. Bersabar dulu kerana puncak marah itu sekejap saat saja. Jika kamu tidak mengawal amarahmu, kemarahan kamu yang beberapa saat itu aku bimbang akan melukakan hati orang tersayang kamu bertahun lamanya sehingga kamu menyesal satu hari nanti.

Kamu jangan rasa hebat apabila orang yang menyayangimu tidak melawan marahmu. Kamu jangan berasa betul. Kerana satu hari nanti, engkau akan merasai kepedihan mereka apabila mereka mengambil keputusan meninggalkan kamu. 

Wahai anakku,
Ambillah kesempatan ini untuk meningkatkan kesabaranmu di Ramadhan untuk kegunaan di hari-hari biasa. 


Senyum.

Sudikah Kau Shahid Bersamaku ? - Warkah Dari Palestin

Assalamu’alaikum wbt buat abang yang berada di Malaysia. Doa saya abang sentiasa dalam Rahmat Allah Swt. Ini pertama kali saya mengutus warkah buat abang, warkah ini panjang bang, maklumlah, saya tidak punya waktu yang banyak, jadi sekali kalau saya punya kesempatan melakar warkah, saya luahkan semua, boleh ye bang. Malah rasanya tidak ramai di Malaysia yang ingat setahun lalu pada Dec ini. Sekali lagi kami dilumatkan oleh Yahudi Laknatullah. Tiada lagi air mata untuk bersedih. sebelum ini saya tidak pernah berkesempatan, maklumlah kami disini sibuk sangat bang, kami bertempur dengan Yahudi, sibuk yang bukan main main. pencerobohan haram yahudi ke atas tanah orang Islam Palestin sejak 1948 telah mengubah secara keseluruhan negara kami bang, negara berdaulat yang disemai pelbagai nostalgia agung kehebatan Islam silam, kini dizalimi dan ditindas berterusan. Sudah sekian lama tiada ketenangan dan kedamaian, tetapi dipenuhi dengan tangisan dan darah.

Bang, warkah ini saya tulis mewakili semua saudara saya,
Kami tidak sempat lihat dunia luar bang, dunia kami diisi dengan kesibukan peperangan dan jihad. Wah bagus juga ya jadi warga Malaysia ya bang. Semua hampir serba sempurna. Kemajuan, teknologi, gaya hidup.

Dikatakan di Malaysia ramai umat Islam ye, Rasanya kalaulah tidak kerana namanya Malaysia, kami disini boleh terkeliru juga, samada itu salah satu negara Eropah atau tidak. Sebab kalau dilihat, remaja Muslim dinegara abang tu semuanya jauh kehadapan dari kami disini. Jauh sangat.

Kami di sini tak sempat nak merasa itu semua, malah ada baiknya kami tak merasa, syukur kerana kami dapat menjaga akidah, sunnatullah dan syariatullah kami disini, kalau tidak mungkin saja kami akan musnah sebagaimana remaja abg disana. Pengaruh Hedonisme, keseronokan dan hiburan sebagai matlamat dalam hidup. Jenis hiburan dan kumpulan yang dibentuk remaja disana pun bunyinya pelik pelik ya bang..seawal usia 12 thn dah terlibat Black Matel, Underground, Punk, Skinhead, Bohsia, Bohjan, Mat Rempit. Malah ada yang sampai sanggup menghina Tuhan, kencing pada Al-quran, memuja syaitan dan bermacam lagi perkara yang tidak masuk akal.

Abang yang dihormati,
Kami tak sempat bang nak kenal apa semua tu. Jauh betul bezanya kami disini. Remaja negara abang semua disediakan, manja betul, nak belajar sekolah cantik, sistem yang tersusun, guru pun ramai, sumber dan bahan rujukan lebih daripada mencukupi, ada internet, kerajaan abang meletakkan remaja abang di zon selesa. Tapi bang, Apa yang terjadi?

Ponteng sekolah, lepak, buli, judi, melawan guru, dadah, mencabul, seks bebas, hubungan sesama jenis, maaflah bang, rasanya teruk dah tahap pemikiran dan perlakuan sebahagian besar remaja Malaysia. Kenapa jadi begitu bang? Mengapa mereka tidak peduli pada agama, kepada masa depan, pada cinta tanah air. Kemana perginya kesedaran insan dalam diri remaja abang disana? Cukupkah bang, belajar Agama Islam masa disekolah rendah dan menengah secara teori untuk jawab periksa, cukupkah untuk jiwa melahir insan berperibadi muslim, kalau tidak diterapkan secara total unsur pemahaman dan pengamalan dengan cara yang sebenarnya bang.

Abang, kalau di malaysia tu hujan nya air, kami disini, hujannya peluru dan bom, tapi dari segi pembelajaran, kami tidak sesekali pandang remeh, alasan perang hingga kami tidak mampu menuntut ilmu atau belajar tidak ada dalam kamus kami rakyat Palestin bang...

Abang tahu, disini ilmu sangat dititik beratkan, sehingga batu dijadikan pensil, tanah dijadikan kertas dalam kesungguhan anak-anak kecil disini menuntut ilmu, walaupun dalam keadan perang, sangat bersemangat bang. Dinding yang tiada lagi nilai seni arkitek, sebagai papan hitam. Kawasan sekitarnya penuh dengan habuk dan kesan kimia daripada senjata yahudi, lansung tak selesa,jauh sekali berhawa dingin. Kami semua diancam pengganas, kami tidak hiraukan perkara lain sehingga belajar dibawah muncung senapang yang sentiasa diacukan kepada kami adalah biasa. Remaja abang?

Kami di Palestin bersungguh menerapkan ilmu agama dan Alhamdulillah berjaya melahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafaz al-Quran.

“Pemimpin kami mendapat tarbiyah daripada Masjid Al-Aqsa dan kami pula mengajar anak-anak Palestin. Musim luruh lalu, kami berjaya lahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafaz al-Quran.” Itulah kata-kata pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri selain berusaha membebaskan bumi Anbia ini daripada rejim Zionis Israel.

Bang, maaf ye, bukan nak menyebuk atau memandai , tapi rasanya abang tahu akan kebenaran ini. Banyak kelalaian dan perkara memalukan telah merasuk dan meresap dalam roh remaja dinegara abang yang mana tidak pernah kami disini lakukan atau mahu lalui, remaja abang dilalaikan dengan program realiti tv . Semakin hari semakin bertambah.

Kelaparan nafsu disajikan rancangan Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor, Mencari Cinta, The Most Beutiful, One In a Million dan banyak lagi. Tu untuk remaja bang, sekarang nampaknya semakin menjadi kegilaan untuk anak kecil, yang masih kencing diatur pun, berbagai jenis program disediakan. Bintang kecil, Idola Kecil, Pondok pondok, banyak lagilah. Kesan gila terhadap realiti tv ini amat dasyat dan pengaruhnya amat menakutkan sekali bang, mungkin abang tak setuju. Pada abang sekadar hiburan saja, tak salah.

Sebenarnya bang program realiti tv ini satu bentuk penjajahan baru ke atas pemikiran umat islam atau “ghazwatul fikr”. Itulah agenda Yahudi dan Nasrani yang tersembunyi untuk melemahkan umat Islam. Sungguh seni dan halus bang, melalui serangan pemikiran yang akan mematikan daya tahan, daya juang dan semangat jihad umat Islam. Umat Islam dilekakan dengan program realiti tv ini. Leka sampai tak ingat tanggungjawab agama. Taksub tidak pada tempatnya. Berjihad untuk dunia. Mengabiskan masa dan harta kejalan nafsu. Itulah yang Yahudi mahu dan sekarang kita sedang berkiblatkan mereka.

Artis dijadikan idola tidak kira syariat agama. cara hidup dan semuanya diikuti, dicontohi. Islam tinggal pada nama. Berapa ramai yang tahu siapa yang mulakan kalendar hijrah bang. Siapa yang kenal Omar Al’ Khatab? Siapa yang tahu Abu Hurairah, siapa dia Khalid Ibni Walid?

Bang, sedih bang. Mereka tidak lagi berminat untuk mengetahui nasib saudara seagama mereka yang tertindas di Palestin atau di Iraq atau Afqanistan. Mereka lebih senang menangisi peserta AF daripada menangisi nasib umat Islam lain yang dibunuh, disiksa oleh tentera Israel di bumi Palestin. Beriya-iya mereka berpelukkan ketika disingkir, walhal dah tahu itu haram, tapi demi seni bang, tak apa. Penyokong dan peminat pun sama, begitu bersedih mereka. Tapi tahukah mereka kami disini sudah kering air mata menangis kematian anak, adik, ibu, ayah, guru, pejuang, kami.

Bersukan pun begitu juga. Hilang semangat tidak kena pada tempatnya. Untuk bangun ditengah malam menyokong pasukan pilihan dengan mengorbankan tidur dapat dilakukan tetapi untuk bangun mendirikan solat malam berapa kerat je yang bangun betulkan bang?

Abang rasanya tidak tahu, Tragedi 1967, masa tu orang Arab disebukkan dengan sebuah kejohanan bola sepak, Israel menyerang Sinai, menyebabkan dunia Arab dan Islam dimalukan. Terleka kerana bola sepak atau memang sudah dirancang, hanya Allah yang Maha Tahu.

Satu lagi kisah lebih pilu, 1982, abang tahu Ariel Sharon. Menjadi dalang atas pembunuhan hampir 4000 orang pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila. Satu lagi apabila Dr Baruch Goldstein, pendatang yahudi membunuh umat Islam yang sedang solat dimasjid Ibrahimi, Hebron pada 25 Februari 1994, mahkamah kata dia tidak siuman, perintah berkurung dikenakan atas rakyat Palestin. Kami yang harus dikurung, sedangkan penduduk yahudi dibenarkan bebas. Adil ke tu bang, buat kami rakyat negara berdaulat yang ditindas begini?

Remaja dan zina seakan biasa je, akhirnya bayi dibuang merata-rata. Tidakkah hinanya manusia pada ketika ini jika dibandingkan dengan haiwan, yang menyayangi anaknya. Abang, luangkan masa untuk mengkaji dan menilai umat ini, kita akan tersangat malu kerana berani mendabik dada mengatakan berada dalam era nano-teknologi, tetapi kehancuran agama dan masyarakat jauh lebih pantas berlaku.

Bayi di Malaysia dihina dengan dibuang di dalam tong sampah, tandas, dalam sungai, parit, dalam keadaan masih merah bertali pusat, bayi kami di palestin tak sempat besar juga bang, tapi mati akibat syahid ditembak oleh tentera zeonis. Beza sangat cara kita menghargai nyawa bang...

Pelajar di Malaysia melepak di pasaraya, tenguk wayang, bershopping dengan duit biasiswa, tetapi pelajar-pelajar kami di Palestin , mendesak tentera yahudi untuk berundur. Kami relakan diri belajar dibawah muncung senapang kerana ilmu akan gunakan untuk berjuang pada kemudian hari. Kami juga berjuang dengan apa saja yang ada ditangan. Batu kayu besi dan semangat kental.
Bang, remaja abang juga sangat kuat semangat. Semangat remaja Malaysia adalah berhibur, gembira dalam keseronokan pergaulan bebas, zina, rokok, arak dan disko. Semangat kami di Palestin adalah bertempur dengan semangat jihad kerana Allah. Kami bertempur dengan lastik dan batu berhadapan senjata-senjata berteknologi tinggi dan kereta kebal, yang abang anggap bodoh tu.

Kematian di Malaysia kerana pecah kepala atau hancur tubuh akibat lumba haram juga jenayah, tetapi kemalangan maut di Palestin adalah kerana di bom dalam serangan menghancurkan umat Islam. Bang, di Malaysia pendedahan aurat kerana inginkan kebebasan, keseronokan agar dilihat lelaki bukan mahram tetapi kami di sini dalam keadaan perang dan darurat kami tetap menjaga aurat dengan cukup tegas.

Maaflah bang, tak ada niat sebenarnya untuk membuat perbandingan seperti ini., tapi kami terpanggil bang.. itu pun kerana abang kata kami raykat Palastine yang bodoh..berperang guna batu, antara kami dengan kereta kebal yahudi.. abg tak ingat ke? Ada hari tu abang kata...

Abang... cuba sekejap je…pejamkan mata dan hayati,
Tahu ke keadaan kami, pernah merasa ke derita kami., pernah selami emosi kami.. kalau sesaat pun abang tak dapat merasa atau menyelami.. tolong jangan kata kami begitu. Isu palestin adalah isu umat Islam. Palestin bukan isu bangsa Arab semat-mata. Abang kena faham itu. Rasanya abang tak faham sebab tu abang dengan mudah menulis tanpa mahu berfikir sebentar kesan dari kata kata abang itu.

Abang yang dihormati… berapa kali agaknya kita akan membaca kalimah tauhid? Selalunya mungkin saja 9 kali sehari itupun dalam solat. Tapi kami disini setiap saat. Kami tidak pasti bila masa saja kami boleh mati. Bila agaknya kita minta maaf? Mungkin bila hari raya atau rasa kita salah, itu pun susah nak menggaku. Tapi kami setiap saat bertemu samada ahli keluarga sendiri atau kenalan kami minta maaf dan minta didoakan, kerana mungkin saja kalau kami keluar, itulah kali yang terakhir kami bertemu. Samada kem yang kami tinggalkan akan dibom atau kami yang mati dimuncung senjata.

Abang…tahu ke?
Dari segi persenjataan, Israel berada di tangga ke-4 selepas AS, China & Britain.
Untuk Perang Gaza, AS membantu Israel dengan 60,000 tan senjata. Pejuang HAMAS berjumlah 5,000 orang. Askar Israel 130,000 dan askar simpanannya 400,000 orang. HAMAS membina roket daripada bahan-bahan buangan saja bang. Badan roket daripada bekas tiang elektrik. Kabelnya daripada kabel di rumah-rumah. Bahan bakarnya daripada gula.

Israel mendakwa memusnahkan hampir semua terowong (200 buah). Hakikatnya Gaza mempunyai 800 terowong dan 200 terowong yang rosak itu akan dibaiki dalam tempoh 3 bulan sahaja. Bagaimana kami mampu? Kerana kami bukan berseronok, tapi kami berjihad dan rasa tanggunjawab itu buat kami kuat walaupun kami serba kekurangan. Dalam Perang Gaza, HAMAS melancarkan 900 roket ke Israel, hanya 1 % daripada keseluruhan roket HAMAS. tapi kami tidak gentar itu semua. Lansung tidak gentar.

Oh ye sepanjang menulis, saya sengaja ingin memilih hujung warkah saya untuk bercerita kisah yang menjadi bukti kekejaman dan ‘kebodohan’ yang abang katakan itu. Kisah budak Palestin yang baling batu kearah kereta kebal... baiklah , mari saya cerita siapa budak itu ... satu kisah yang membuka mata seluruh dunia dengan tindakan cekal seorang remaja.

Ya abang memang tidak tahu, ‘orang muda’ tu namanya Fares Audah, 12 tahun umurnya. Dia si cilik dari kem pelarian Jabalia di Sini, Palestin.

Dia hanya ada ibu bang,..air matanya sudah kering menangisi sengsara dan derita menjadi seekor haiwan buruan Israel, jadi walaupun baru berusia 12 ketika itu. Dia seorang kanak-kanak yang sangat berani menyahut panggilan Intifadah dengan dengan hanya menggunakan batu sebagai senjata untuk mempertahankan bumi anbiya’, tempat di mana menjadi kiblat pertama umat Islam.. Serangan itu bukan kepada burung ataupun kucing bang, tetapi berhadapan dengan kereta kebal Yahudi yang sedang menyerang dan menghancurkan tanah lahirnya.

Itulah rutin harian Fares Audah bang, selepas balik dari sekolah bersama-sama dengan rakan sebayanya. Walaupun ibunya seringkali risau akan tindakanya, tetapi dia menjawab “ kenapa kita tidak boleh menyerang mereka, sedangkan mereka menyerang kita”. Dengan lantang tanpa gentar dia menyatakan tiada yang akan menggoyahkan kesanggupannya..setiap hari selepas sekolah...melontar batu kepada Ziones, apa anak yang seusai dia buat kalau diMalaysia ya bang?

Malah ada tikanya tindakan ini menjadikan Yahudi takut dan berundur dengan balingan batu ini. Bayangkan kekuasaan Allah. Walau dengan butiran batu. Ternyata Yahudi bangsa penakut. Selepas 40 hari berjihad bertempur dengan kereta kebal yahudi, Fares Audah menjadi ancaman kepada Yahudi.

Ketika tangan kanan kuat menggenggam batu berhadapan dengan muncung kereta kebal Yahudi Laknatullah, tentera Yahudi menggunakan Sniper menembaknya tepat dikepala. Kejayaan pembunuhan Fares Audah disambut dengan parti minum-minum kegembiran oleh tentera-tentera yahudi. Meraikan kemenangan mereka ke atas si cilik bertuah yang bergelar As-Syahid.

Itulah kisah pengorbanan agung remaja, bukan pada waktu silam tetapi pada ketika ini yang menunjukkan hebatnya remaja ini hasil didikan dan pemahaman yang betul. Tentang apa erti pengorbanan yang dituntun agamanya. Itu kisah terpuji di negara perang yang sudah lama tidak kenal erti kedamaian, kesejahteraan, kasih sayang keluarga yang kurang akibat kematian orang tersayang, tiada sistem persekolahan yang teratur dan seribu macam perkara lagi.

Bang, Dia gugur sebagai syahid. Dalam usia semuda 14 tahun!

Ya Allah, Ya Allah Ya Karim!! walau berita kematian anak tunggal itu diterima dengan air mata dan hati yang remuk, namun ibunya sangat berbangga bang. Anaknya seorang syahid! Adakah abang mampu menyelami perasaan seorang ibu itu? Adakah abang sanggup melepaskan anak abang yang sebaya Fares untuk berjihad kejalan Allah atau mendaftar ke program reality? Rasanya tidak kerana abang dengan lantang mengatakan Fares seorang yang bodoh. Tapi sibodoh itu seorang syahid abang..

Abang, maafkan saya terlalu banyak menulis, juga agak lantang, mungkin saja abang bosan membacanya. Tiada niat untuk memburukkan negara dan generasi muda Malaysia, tidak sesekali, Cuma saya terpaksa bersuara bila kami tidak dihargai sebagaimana selayaknya. Kami tidak kisah kalau abang tidak mampu untuk membantu kerana kami tahu, bukan semudah kata kata. Tenaga dan kudrat mungkin sekali mustahil tapi doa bisa saja sampai, kerana Allah bersama kita.

Kita yakin Israel tidak akan lenyap, manakala bumi Palestin pula tidak
akan bebas kecuali melalui tangan-tangan orang-orang mukmin yang benar, yang sentiasa sujud pada ILLAHI, menyuruh kepada makruf, mencegah kepada kemungkaran,menjaga batas-batas ALLAH dan orang-orang yang mengharungi peperangan dalam keadaan bersih dan berwuduk.Siapakah lagi yang kita nantikan untuk menjadi Jundullah (tentera Allah) serta Ansarullah jika tidak kita persiapkan anak-anak kita yang bakal meneruskan perjuangan Islam. Yakinlah dengan janji ALLAH. Tidak ada suatu kekuatan yang berani berdepan dengan mereka ketika mereka bergerak. Malah ketika mereka bergerak, bergerak bersama bauan dari syurga.

Abang yang dihormati,
Berhentilah memandang sinis kepada kami, berdoalah moga akan lahir beribu ribu anak umat Islam yang mampu meneruskan perjuangan Salahuddin Al Ayubi. Salahuddin yang malamnya dihiasi dengan munajat manakala siangnya bagaikan singa dimedan peperangan.Kejayaanya merampas kembali BaitulMaqdis dari tentera salib terpahat dalam sejarah sebagai lambang kejayaan menundukkan musuh yang kejam.

Binalah takwa dari dalam diri. Jagalah ibadahmu, sucikanlah hatimu.Taati Syariatulah dan patuhi Sunnatullah yang menjadi asas nilai takwa. Disebabkan kelekaan kita pada asas ini, bantuan dari Allah masih tidak kunjung tiba walaupun saban hari kita terus merintih dan berdoa. Namun doa itu kosong kerana ia bukanlah doa diatas nilai takwa. Maka jadilah kita umat yang diumpamakan dalam hadis Rasulullah, bagai buih-buih di lautan. Umat ini gah pada bilangan, tetapi lemah pada realiti alam yang sebenar.

Lalu saya sekadar ingin bertanya... itupun kalau abang mampu dengan ikhlas menjawabnya..

Mohon kepada semua teman yang telah sudi membaca nukilan ku ini agar kita mengambil masa sebentar Cuma, mari kita hadiahkan Al’Fatihan buat semua saudara Islam kita yang telah gugur syahid, terutama dimulakan untuk penghulu kita tercinta Rasulullah Saw. Para sahabat, para wali dan sufi, seluruh rakyat palestin, iran, afghanistan, Thailand, Pakistan..dan walau dimana jua mereka berada dibumi Allah ini. Walau kudrat mungkin tidak mampu, doa kita untuk mereka menjadi saksi bahawa kita tetap merasakan keperitan dan penderitaan mereka dari hati yang insaf..

Kita selayaknya dipersalahkan kerana masih gagal menjadikan Islam kembali gemilang. Andai mampu di rintih padamu, duhai anak-anak Gaza dan Palestin seluruhnya, maafkan kami, jangan adukan kami pada Rasulullah kerana gagal membelamu. Bersamalah kita hulurkan doa dan Qunut Nazilah untuk kemenangan Islam di Palestin dan agar hancurlah Yahudi Zionis beserta anjing-anjing sekutunya. Dan Adakah SUDIKAH ENGKAU SHAHID BERSAMA KU !!!!! ?

Itulah Anakanda FARES AUDAH (Palestin).