Jumaat, 19 April 2013

NUKILAN KHAS : HARGAILAH PENGORBANAN IBU & AYAH

Maksudnya ; "Antara kenangan yang terindah sewaktu kamu kecil, kamu akan (bermain-main)kamu letih kamu akan tidur di kebanyakan sudut rumah. Tetapi apabila kamu terjaga,kamu akan dapati kamu telah berada di katil kamu"

Tuhan-ku (Allah) ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami seperti mana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil.
.............

"Tenang, Senyum & Doa".....itulah "Senyuman Minda Berzikir"

ASAS CINTA ; ANTARA KESETIAAN & KEPALSUAN


CINTA Jika asas perkahwinan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika EKONOMI dalam rumah tangga merudum dan MUFLIS.

CINTA Jika asas perkahwinan adalah kerana KEPUASAN NAFSU, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

CINTA Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN WAJAH dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

CINTA Jika asas perkahwinan kerana ANAK, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

CINTA Jika asas perkahwinan kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

CINTA Jika asas perkahwinan kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

Namun ;

CINTA Jika asas perkahwinan kerana akhlaq dan ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki..kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin..maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang menghadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.

AKHLAK adalah penentu darjat kemuliaan manusia untuk mencapai kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t. dan terbebas dari perangai yang buruk dan keji. Akhlak adalah mutiara yang sangat bernilai dan penting bagi manusia. Dia mempunyai harga dan cahaya yang menambahkan kecantikan. Tanpa akhlak, manusia hilang harga diri dan tidak dihormati.

Rasulullah s.a.w bersabda: Aku akan menjamin sebuah rumah di dasar syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada dalam pihak yang benar. Dan aku menjamin sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dalam keadaan bergurau. Dan aku akan menjamin sebuah rumah di bahagian teratas syurga bagi orang yang membaguskan akhlaknya. (H.R. Abu Daud)

Akhirnya Roket mendarat di Bulan - TG Nik Aziz


Harakahdaily,19 Apr 2013

KOTA BHARU: "Kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.


(Gambar...Roketkini ‏@roketkini dalam Twitternya menulis, "Roket sudah sampai ke bulan. Anda masih nak guna timbang dacing?")


Beliau mengulas keputusan DAP menggunakan logo PAS setelah Pendaftar Pertubuhan memutuskan untuk tidak mengiktiraf barisan kepimpinan DAP yang ada sekarang.

"Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. 

"Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman," kata Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam kenyataannya hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Tuan Guru Nik Aziz.

Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP: Akhirnya Roket Mendarat Di Bulan

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam pilihanraya umum 5 Mei ini. 

Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman.

Isu logo sekalipun mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan harga sebuah perjuangan.

Dari sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan. 

Dalam melayari bahtera politik tanah air, PAS dan DAP sering dilagakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Di hadapan bangsa Melayu, pemimpin UMNO menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya. 

Natijahnya, Melayu Islam dan bukan Melayu terus hidup dalam keadaan syak wasangka antara satu sama lain.

Hari ini, benteng tersebut telah runtuh sepenuhnya. DAP tanpa takut-takut lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani memilih logo PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina. 

Saya kira, inilah saat di mana perjuangan PAS sudah tidak menjadi kegerunan lagi kepada bangsa Cina. Sekalipun ia masih belum diterima sepenuhnya, namun sedikit demi sedikit ia telah hilang.

Saya mengimbau kembali saat ketika Perjanjian Hudaibiyyah dimeterai antara Rasulullah SAW dan orang-orang Musyrikin Mekkah. 

Kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah yang masih belum memeluk Islam mengambil keputusan untuk bernaung di bawah naungan kerajaan Islam Madinah. 

Di saat itulah, sahabat-sahabat Rasulullah SAW diuji dengan rasa terhina akibat melihat secara zahir bagaimana perjanjian tersebut berat sebelah. 

Namun kesabaran mereka segera diganjari oleh Allah SWT apabila perjanjian tersebut membuka peluang Rasulullah SAW menakluki kota Makkah apabila perjanian tersebut dilanggar di mana Bani Khuzaah yang masih belum memeluk Islam dan berlindung di bawah naungan Islam diserang oleh kaum Musyrikin.

Alhamdulillah, ketika UMNO masih menjaja keris tumpulnya merata-rata, perjuangan PAS sudah mula diterima di kalangan non muslim. Ketika UMNO main kayu tiga dengan perjuangan bangsa Melayu, PAS terus ke hadapan membawa misi dakwah dengan slogan PAS for All. 

Non Muslim di sana sini tidak lagi segan silu membawa bendera PAS dan sebaliknya tidak pernah kita saksikan mereka membawa bendera keris tidak bersarung milik UMNO.

Saya yakin, benih Islamphobia yang disemai UMNO semakin mati tunasnya. Keputusan DAP ini insya-Allah satu rahmat besar buat PAS. Ia sebenarnya rezeki buat perjuangan Islam. 

Mungkin Barisan Nasional merasakan langkah ini bakal membantutkan gerak langkah Pakatan Rakyat, namun sesungguhnya ia mengandungi rahmat yang sangat besar. 

Jika Perjanjian Hudaibiyyah membuka jalan kepada pembukaan kota Makkah, maka tidak mustahil langkah kerajaan Barisan Nasional ini sedang membuka kepada pembukaan Putrajaya dan pembinaan Malaysia Baru. 

Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional.

Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan!

Salam hormat,

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)


Bertarikh : 8 Jamadil Akhir 1434H bersamaan 19 April 2013M

ANTARA MEMBESARKAN KELEBIHAN & MEMBESARKAN KEKURANGAN

Lihat kelebihannya agar anda mengharganya, tutupi kekurangannya kerana sebahagian kekurangan itu bukan kehendaknya.

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan, andai engkau membesarkan kelebihannya maka engkau sebenarnya telah membesarkan kasihsayang, kecintaan dan penghargaan. sebaliknya andainya engkau membesarkan kekurangannya, maka engkau melebarkan kebencian kemarahan dan permusuhan.

Kecintaan kamu kepada seseorang menyebabkan engkau akan sentiasa bersangka baik kepadanya, dan sedia memaafkan kesilapannya. Mencari jalan mendekaktkan diri padanya, dan merasai kerinduan, thiqah dan keinginan bersamanya. Kecintaan juga menyebabkan engkau akan merasa bangga boleh melakukan apa jua yang disuruhnya, dan engkau tidak akan merasa bebanan dengan tugas tersebut semata mata kerana kasihsayang yang teramat mendalam kepadanya.

Demikianlah orang beriman, kecintaan kepada Allah menyebabkan ia merasa disayangi, dihargai dan merinduiNya. Kasihsayang itulah menyebabkan ia merasa sangat bahagia dapat menunaikan apa jua yang Allah perintahkan, dan ia tidak merasai bebanan dalam melakukan apayan Allah perintah. Ia menunggu nunggu perontah baru, kalau ada dan sedia melakukan arahan dan perintah itu. Seumpama pembantu kepada aja raja sentiasa membuka mata dan telinga untuk menunggu apa yang dititah oleh rajanya dan dan ia segera melakukan kehendak taja tersebut. Tentulah ia akan tunaikan secepa mungkin kerana ketaatan dan kepatuhannya. Ia gembira bila dapat menunaikannya dan ia cemas bilamana ia gagal melaksanakannya.

Demikianlah orang beriman, ia gembira dapat segera tunai perintah Tuhannya dan tidak merasai terbeban denganarahan dan perintah, bahkan merasa gembira bila ia dapat segera menunaikannya. Samada solah lima waktu, puasa, zakat dan apa juga kewajipan.ia sedih bilamana gagal menunaikan dan akan merasa tidak puas hati kalau ia sekadar menunaikannya sambil lewa.

Maka terhadap perintah Allah atau hubungan dengan sahabat handai, kasih sayang, kecintaan menyebabkan segala persepsi kitayerhadapnya akan berubah. Bahkan hasih kasih sayang dan kecintaan inilah melahirkan pengorbanan yang tinggi, sehingga ada yang sedia mengorbankan nyawa, harta, masa dan tenaganya demi membuktikan kasih sayangnya.

Tanamlah kecintaan kepada Tuhanmu, nescaya akan berbungga kasih sayangmu kepada mahkluknya. Andainya ini dapat diujudkan anda telah mempunyai "kekasih" yang tidak kan mengecewakan.

Senyum pagi bersama keluarga.
Sayangi keluarga anda, nescaya mereka akan menyangi anda.

Tazkirah : Tangan Si Pemandi Mayat Terlekat Di tuttuuut Si Mati..."Buka Minda Dengan Ilmu & Celikkan Mata Hati"

Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang sangat buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki. Sehinggalah tiba pada hari kematiannya. Ketika dia dimandikan oleh seorang wanita yang memang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada kemaluan wanita pelacur itu.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit. Terdapat 2 cadangan untuk menyelesaikan masalah itu. Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat tersebut dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekali gus.

Akhirnya, mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik. Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Pernah ada satu ketika, Imam Malik mendapat 40 pertanyaan, tetapi yang dijawabnya hanyalah 5. Ini menunujukkan akan berhati-hatinya dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama. Imam Malik bertanya kepada wanita si pemandi mayat itu bahawa adakah dia berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya.

Wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada mengatakan kepada si mati sewaktu membersihkan tubuhnya:
"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina".
Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut, sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana tidak mendatangkan saksi." Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 80 sebatan maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

Silalah share kisah ini supaya kita mendapat manfaat sama2. 

Oleh itu kita sentiasa kena jaga lidah kita jangan sembarangan buat fitnah atau bersangka buruk..kuasa Allah Taala mengatasi segala2nya..

PRU-13 : 
ARENA POLITIK NEGARA MENUJU WAWASAN 2020 DI BAWAH PEMERINTAHAN UMNO/BN - AGENDA PEMERINTAHAN UMNO/BN BERMULANYA 1997 - KINi (2013) DENGAN LANGKAH RAKYAT MALAYSIA OTAKNYA DIPASAK 24JAM MELALUI MEDIA PERDANA DENGAN BUDAYA VIDEO LUCAH....
MAKA KINI RAKYAT MALAYSIA INGAT UMNO/BN MAKA INGAT VIDEO LUCAH..
MAKA INIKALILAH UBAH PEMERINTAHAN NEGARA...BERANILAH BUAT PERUBAHAN DEMI SELAMATKAN MINDA ANAK-ANAK GENERASI WARISAN NEGARA...SELAMATKAN NEGARA DENGAN MEMBINA PEMBANGUNAN PEMIKIRAN RAKYAT DENGAN QAEDAH BERFIKIR CARA ISLAM...INIKALILAH KITA HENTIKAN BUDAYA MASYARAKAT BERFIKIR CARA MUKTAZILAH MODEN (SEKULAR) - AYUH BERSAMA : TAKBIR!!! , REFORMASI & INIKALILAH UBAH !!!
Jangan Sia-sia Generasi Warisan Anda dengan Kesilapan Anda Silap Memangkah !!
Senyumkan UMNO/BN & Rehatkannya.... SOKONG & UNIDLAH PR