Jumaat, 2 Ogos 2013

Kisah Renungan 2 : Rintihan Seorang Anak Di Dalam Rahim Yang Di Gugurkan ..

Baru-baru ini aku duk bincang dalam pejabat dengan rakan sekerja...kemudian datang seorang guru yang keluar dari kelas secara tiba-tiba, lalu bertanya apa hukum menggugurkan kandungan dengan alasan untuk menyelamatkan salah seorang antara dua? kami bertanya kenapa? rupa-rupanya guru itu menerima satu SMS dari seorang wanita...setelah diselidiki bahawa kami dimaklumkan bayi itu sudah cukup sifat dan doktor mengesahkan ; 1)bayi itu cacat, 2)dijangka tidak hidup lama sebab ada masalah kesihatan, kata doktor itu.

Dari kesimpulan cerita ini ; hukum menggugurkan kandungan adalah HARAM !!, kerana alasan wanita itu untuk menyelamatkan nyawa salah satu darinya ditolak sebab, kes ini bukan untuk menyelamatkan nyawa, tetapi lebih kepada membunuh nyawa kerena beliau tidak dapat menerima hakikat anak itu nanti dilahirkan dalam keadaan cacat. tetang masalah jangka hayat nyawa itu merupakan ramalan doktor sahaja. boleh jadi setelah dilahirkan bayi itu terus sihat sebab ini semua dalam aturan qada' qadar Allah. jika si bayi itu terus sihat tidak sanggupkan wanita itu menjaga ahli syurga (oku)? atau sekalipun si bayi itu dilahirkan dan dikatakan doktor bahawa si bayi itu tidak boleh hidup lama kerana masalah kesihatan. adakah tidak sudi wanita itu mendapat syafaat ahli syurga di mahsyar kelak?

Maka dari kisah yang ringkas di atas itu tadi, saya titipkan sedikit kisah untuk renungan bersama;

Bulan 1 : Ibu, panjang adik cuma 2cm, tapi adik sudah ada dalam badan ibu.. Adik sayang ibu, bunyi degupan jantung ibu menjadi musik terindah yang menemani adik di sini..

Bulan 2 : Ibu, adik dah boleh merasa jari jemari, disini terasa hangat ibu, nanti kalau adik dah keluar, ibu janji nanti kita main sama-sama ye..

Bulan 3 : Ibu, biar pun adik belum tau jenis jantina adik, tapi apa pun adik harap ibu dan ayah bahagia apabila adik dilahirkan nanti.. Jangan menangis ya bu, kalau ibu menangis, adik juga ikut menangis..

Bulan 4 : Ibu.. rambut adik dah mula tumbuh, adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan kanan..adik harap ibu dan ayah kini pasti sudah boleh tersenyum gembira kerana adik bakal dilahirkan...

Bulan 5 : Ibu.. tadi jumpa dokter ya, doktor cakap apa ya..? Αpa benda D&E tu bu.? Αdik tak kan di apa-apa kan ya bu..?

Bulan 6 : Ibu jumpa dokter tu lagi ya..? Ibu, tolong bagi tau doktor tu, adik di sini sihat-sihat je..! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam..? Benda tajam tu mula memotong rambut adik, bu tolong adik, adik takuttt.. Benda tajam tu pula memotong kaki adik, sakiittt bu.. Walaupun adik dah tiada kaki, adik masih ada tangan yang boleh memeluk ibu.. Ibu, kenapa benda itu sekarang memotong tangan adik, ibu tolong adik.. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu.. Tapi, biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata dan telinga untuk melihat senyuman ibu, mendengar suara ibu , tapi.. benda itu sekarang sudah mula memotong memutuskan leher adik , ibuuuuuu .. Maafkan adik bu..berilah adik kesempatan hidup, adik sayang ibu, adik teringin nak memeluk ibu..

Bulan 7 : Ibu, adik di sini sihat-sihat je, adik dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga, Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong benda tajam itu, Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga, memeluk, memegang tangan, menggendong adik dengan lembut, dan lalu Tuhan membisikan memberi tahu apa itu D&E.. Kenapa ibu tetap melakukannya..? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik..? Αpa salah adik ibu ..? Ibu bertaubatlah ya!......

Bulan 8 : Ibu, adik rindukan ibu, adik akan tunggu ibu di telaga itu, adik akan memberi syafaat menuman air itu kepada ibu dan ayah bila tiba hari mahsyar...tetapi Tuhan telah membisikkan kepada adik supaya tidak beri air itu kepada ibu dan ayah....adik minta maaf ya ibu, sebab adik lebih sayangkan Tuhan adik, adik tak nak derhaka dengan Tuhan adik, sebab Dia-lah yang telah menjaga dan memelihara adik di saat ibu dan ayah tidak memerlukan adik....Ibu ayah bertaubatlah ye sebelum terlambat!.....jika ada rezeki kita jumpa di sana....

wallahu'alam (senyuman minda berzikir)

Kisah Renungan 1 ; Aku, Tok dan Anjing dalam rumah ?

Kisah ini bukan sekadar rekaan, namun ianya tersimpul suatu rahsia bagi mereka yang akal dan hatinya "FIKIR dan ZIKIR"

"Jangan bela anjing dalam rumah nanti malaikat tak masuk." kata Tok.

Aku diam tidak menjawab. Aku tidak berminat membela haiwan apa pun.

"Jangan bela anjing di dalam rumah nanti malaikat tak masuk." ulang Tok lagi tetapi kali ini dia meletakkan telunjuknya di kiri dada sewaktu menyebut rumah.

"Anjing terkenal dengan sifat garang dan perengus. 'Rumah' adalah kalbu, tempat diamnya nafsu. Malaikat asalnya dari Nur." kata Tok.

"Maksudnya jangan simpan sifat garang dan perengus dalam kalbu nanti petunjuk tak masuk." kata Tok lagi. Tenang. Di kebun getah itu ada Kelabu, anjing peliharaan yang ditugaskan Tok untuk ia menjaganya.

"Tapi anjing juga setia dan baik Tok! Macam Qitmir dalam kisah tujuh pemuda Kahfi." kata aku.

"Tujuh pemuda adalah lambang tujuh martabat nafsu yang dibersihkan dengan tujuh sifat ma'ani. Qitmir adalah nafsu amarah yang dijinakkan. Gua adalah hati." kata Tok sambil bangun mencari kurma untuk berbuka nanti.

wallahu'alam

SELAMAT BERIBADAH, SELAMAT EIDIL-FITRI & KU MOHON MAAF ZAHIR BATIN

Buat yang nak balik kampung, 
harap pandu secara berhemah, 
banyakkan berdoa agar selamat dalam perjalanan, 
jangan lupa Ibadah kepada Allah, 
dan sediakan wang secukupnya 
kerana PLUS sedia menunggu kerna Pantang Lalu Ulur Selalu (PLUS). 
jangan pandu laju-laju 
ingatlah di hadapan mu ada AES "Awas Elakkan Saman"
nanti "Automatik Ekonomimu Sakit (pokai)"...hehe (senyum)

Kawan-kawan....
Air tak selalu jernih
begitu juga ucapanku

Kapas tak selalu putih..
begitu juga hatiku

Langit tak selalu biru
begitu juga hidupku

Jalan tak selalu lurus
begitu juga langkahku

Jika Maaf itu boleh diungkap hari ini
Untuk Apa menunggu hari raya tiba?

Sedangkan hembusan Nafas pun Kita tak pernah tahu bila ia akan berhenti.

Maka dari itu ku ingin Mohon Maaf atas Kesalahan Kekhilafan maupun 
Perbuatan yang sengaja atau tidak sengaja..
yang membuat sakit hati kalian

Sebelum ramadhan pergi
Sebelum syawal tiba
Sebelum operator sibuk

Diri hendak memohon maaf atas semua kesalahan...

Selamat menikmati hari-hari terakhir Ramadhan dengan ibadah...
Walaupun gambar ini gambar ayam dan keluarganya
namun, hakikatnya ada pada kita...apa dia?? 

1) Bila anak masih kecil dapat bergambar ramai-ramai macam ni...tapi bila dah dewasa dan berkeluarga sendiri...amat jarang dapat peluang untuk merakam kenangan beramai-ramai sebegini....sedihkan??

2) Ibu bapa kita pasti akan meninggalkan kita..jadi apakah persiapan kita untuk terus berbakti kepadanya??

"TEBARKAN SALAM UNTUK SEMUA & JANGAN SEKALI TERTINGGAL DOA UNTUK IBU BAPA KITA SEKALIPUN DIHIMPIT KESIBUKKAN"

_ Yang tak dapat balik....tel leeee _
senyum itu ibadah