Sabtu, 3 Ogos 2013

8 Jenis Syafaat Di Padang Mahsyar Kelak : Di mana kita ??

Siri ini adalah lanjutan siri sebelum ini berkenaan "syafaat". maka melalui modium blog dakwah di sini dapat diambil iktibar buat diriku dan diri semua pembaca.

1. Al-Quran
Bacalah al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti al Quran akan datang sebagai pembawa syafaat kepada yang membacanya (HR Muslim)
Ulasan ; Ramai antara kita yang telah meninggalkan bacaan Al-Quran dan beralih kepada Novel, Komik, Majalah Tabloid dan buku lucah (mangga, playboy, urtv dan sewaktu dengannya)

2. Puasa
Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat. (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Ulasan ; Ramai di antara kita yang puasanya hanya sia-sia iaitu menahan diri dari lapar dan minum, tetapi perkara yang membatalkan puasa dan memakruhkannya tidak ditegah tanpa disedari.

3. Malaikat
Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredhai Allah (Surah Al-Anbiya: 28)
Ulasan ; Ramai orang ahli maksiat, kaki judi, kaki arak, isteri yang derhaka, bapa yang tidak bertanggungjawab hanya membiarkan Malaikat melaknat dan mengutuk mereka.

4. Nabi Muhammad
Sesungguhnya syafaatku diperuntukkan buat umatku yang berbuat dosa besar. (HR. Tirmidzi)
Ulasan ; Ramai di antara kita secara tidak sedar telah menghina nabi, tidak percaya nabi dan ada yang memperlekehkan kata-kata nabi, perbuatan nabi, sunnah nabi, serban nabi, janggut nabi dan lain-lain. Tapi Nabi Muhammad yang bakal beri syafaat. Inilah bukti kecintaan nabi kita pada umatnya.

5. Para Syuhada
Orang yang mati syahid itu dapat memberikan syafaat kepada 70 orang di kalangan keluarganya. (HR Abu Darda)
Ulasan ; Masih ada lagi orang tidak mempercayai mati syahid malah gambar foto orang mati syahid dalam keadaan senyum pun menjadi persoalan besar. Mereka yang mempersoalkan hal inilah sebenarnya munafik!

6. Ulama'
Dari Utsman bin Affan r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Di hari kiamat, yang memberi syafaat tiga golongan, iaitu para Nabi, kemudian ulama, kemudian syuhada” (H.R. Ibnu Majah)
Ulasan ; Zaman sekarang, ramai yang dah tunjuk hebat, kononnya mereka lebih berilmu dari ulama, lebih malang lagi mereka mencela ulama.

7. Para Hafiz Al-Quran
Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka. (Hadis Riwayat Tarmizi)
Ulasan ; Ramai manusia zaman sekarang beranggapan, hantar anak pergi sekolah Tahfiz akan menyebabkan anak mereka tak dapat cari makan bila anak mereka dewasa kelak. Mereka ini hanya beranggapan, tuhan bukan pemberi rezeki. Mereka dalam tidak sedar, melakukan syirik!

8. Syafaat kecil termasuk daripada para solehin dan shadiqin serta anak yang meninggal dunia sebelum ditaklifkan.
Ulasan 1 ; Solehin ialah orang yang soleh, iaitu orang yang taat pada Allah, Nabi Muhammad, agamanya, ibu bapanya, gurunya dan hormati jirannya dan masyarakat sekitar. 
Ulasan 2 ; Shadiqin ialah orang yang jujur dan benar bagi setiap perkara dalam urusan hidupnya sama ada perniagaan, pemerintahan dan lain-lain lagi.
Ulasan 3 ; Anak yang meninggal dunia sebelum ditaklifkan hanya memberi syafaat kepada ibu bapanya.

Semoga ilmu yang ada bermanfaat untuk diriku dan sahabat sekalian dan jangan ambil hati diatas teguran yang diberi ye. wallahu'alam (senyum).

Kisah Renungan 2 (Sambungan) : Keuntungan Si Ibu Bapa apabila Anaknya meninggal sebelum Akhil Baligh

Siri ini adalah siri sambungan dari Kisah Renungan 2 yang telah dipapar pada hari 2 ogos semalam.

Bagi orang tua beriman yang mengalami anaknya yang belum baligh sudah meninggal dunia, sebaiknya jangan sedih karena akan jadi syafaat yang akan menolong orang tuanya untuk masuk syurga. Seorang ibu beriman yang mempunyai banyak anak akan wajib masuk syurga kerana sudah mendapatkan pahala yang sangat besar iaitu ;
1.Pahala waktu engkau hamil (menjaga kandungan).
2.Pahala waktu engkau melahirkan.
3.Pahala waktu engkau menyusukan.

Jadi, sungguh amat malangnya bagi si ibu-ibu yang bertindak menggurkan kandungannya, kerana mereka itu tidak akan dapat merasi akan pelbagai nikmat-nikmat kurniaan Allah itu. kerana Bayi yang Meninggal Dunia dapat Menolong Orang Tuanya di akhirat kelak.

Bayi itu dilahirkan suci dan bersih. Kelak di alam maghsyar, ia menjadi penolong bagi kedua orang tuanya. Namun perlu diingat, anak itu hanya boleh menolong orang tuanya kalau mereka masih berada dalam jalan Islam (beriman). Kalau mereka sudah menyimpang dari jalan Islam atau berbagai peraturan yang telah ditetapkan Allah dan Rasul-Nya, pertolongan itu akan batal dengan sendirinya.

Firman Allah SWT : "Yang demikian itu kerana Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman, sedang orang-orang kafir tidak ada pelindung bagi mereka" (Muhammad : 11)

Contoh, orang tuanya telah meninggalkan solat lima waktu hingga ajalnya tiba. Lebih-lebih mereka dengan kekayaannya yang melimpah-ruah tidak, mahu menjalankan ibadah haji. Sekali lagi, anak tersebut hanya boleh menolong orang tuanya sebatas jika orang tuanya juga menaati perintah Allah dan Rasul-Nya. Orang yang ditinggalkan tidaklah wajib menahlilkan. Jadi, ditahlilkan boleh, tidak juga mengapa sebab anak itu suci, terus masuk ke syurga.

Pada saat itulah Allah memerintahkan kepada anak-anak (yang tadinya meninggal dunia selagi belum akil baligh) untuk memasuki syurga. Tetapi mereka memohon syafa'at (pertolongan) kepada Allah agar kiranya dapat masuk syurga bersama orang tua mereka. Memang mereka juga penuhi perintah Allah, untuk datang mendekati pintu syurga, tapi masih belum mahu memasukinya, sehingga Allah Yang Maha Mengetahui bertanya lagi: "Mengapa Aku lihat anak-anak itu masih saja belum masuk syurga? Masuklah kalian ke dalam syurga itu". Pada saat itu mereka mengulangi permohonannya bagi orang tua mereka. "Kami belum mahu masuk, sebelum orang tua kami yang menjadi asal pokok kami, dan ibu-ibu kami yang telah mengandung kami sembilan bulan dan kemudian membesarkan kami masuk juga bersama kami". Demikianlah mereka berhenti dekat pintu syurga, menunggu keputusan Allah SWT dengan penuh harapan. Akhirnya keputusan yang dinanti-nantikan itu datang dengan segera, dengan firman Allah Yang Maha Mengetahui: "Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian". Penegasan ini oleh Allah kira-kira dimaksudkan untuk menampakkan betapa besar keutamaan anak-anak dan betapa besar pula pengaruh ridha akan qadho dan qadar Allah, sabar dan puji syukur terhadap Nya. (Hadits Qudsi - Riwayat Ahmad dari Syurahbil bin Syua'ah)

Hal itu diterangkan dalam Hadits lain yang diriwayatkan Ibnul-Atsir sebagai berikut: "Anak kecil (yakni yang meninggal dunia selagi kanak-kanak atau keguguran) masuk syurga".

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

"Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : "Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Yang dimaksud dengan bayi atau anak kecil adalah anak yang belum baligh. Batasannya mungkin sekitar 10 tahun. Sedang dalam ilmu fikih, yang disebut belum baligh, bagi perempuan sebelum haid, dan bagi lelaki belum pernah mengalami ihtilam (mimpi basah).

Berita Gembira Tuk Orang Tua yang Anaknya meninggal Dunia

Apa yang anda rasakan ketika anak, orang tua, saudara atau kerabat dekat Anda tiba-tiba saja dipanggil oleh Khaliq (Allah)? Tentu sedih dan mungkin ada yang putus asa karena kehilangan seseorang yang kita sayangi dan bahkan menjadi tumpuan hidup kita. Kehilangan orang tercinta memang sungguh menyedihkan tapi taukah anda, ada berkah di sebalik setiap peristiwa,  jika kita mampu menyikapinya secara bijak, penuh kesabaran dan keikhlasan.

Innalillahi Wa innalilallhi Roji’un” Sesungguhnya kita ini adalah milik Allah, dan pasti kita akan kembali kepada pemilik kita, Allah Ta’ala

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamannya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memegang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku, apakah kesalahanmu, apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka? Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad terus mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berada dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat ;
Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, 
kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim, 
ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT : "Maka Allah melingdungi mereka dari kesusahan hari itu dan memberi kepada mereka keceriaan dan kegembiraan (pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira)" (Al-Insan : 11)

Diriwayatkan dari Anas ra, dia berkata : ”Rasulullah saw bersabda, tidaklah seorang muslim kematian tiga anaknya yang belum baligh, kecuali, Allah pasti akan memasukkannya ke dalam syurga atas berkat kasih sayang Allah kepada anak-anaknya tersebut,” (HR Bukhori muslim).

Ada beberapa hal yang mesti diketahui oleh orang tua mahupun kita, agar kematian tersebut boleh menjadi barokah dan mengantarkan kita menuju syurga Allah. Diantara syaratnya ;

1. Sabar Dan Ikhlas
Orang tua mesti sabar dan ikhlas menerima kepergian sang anak, tidak meratapi kepergiannya secara berlebihan boleh menangis dan bersedih asal tidak berlarut-larut sehingga dapat menimbulkan keburukan bagi kesehatanya.

Sabar itu pada penderitaan Pertama: “Sesungguhnya sabar itu hanyalah ketika penderitaan yang pertama.” (Diriwayatkan oleh Abd Ibnu Hamid dalam Musnadnya dari Anas bin Malik r.a).

Keterangan : karena itulah pertolongan iman dan kekuatan yang diberikannya pada saat permulaan ditimpa musibah itu sangat diperlukan. Mereka yang sabar menerimanya memperoleh kabar gembira dari Allah.


2. Sedar, Redho dan Memuja Allah
Iaitu dengan mengucapkan kalimat istirja (innaa lillahi wainnailillaihi roojiun) dan merenungi kandungan maknanya. Kita, anak kita, dan segala sesuatu yang ada disekitar kita semuanya adalah milik Allah. Anak adalah amanah, anugerah pinjaman kurniaan dari Allah, yang mesti kita jaga dan pelihara dengan sebaik-baiknya. Karena anak ibarat barang anugerah pinjaman tentu suatu saat jika Pemilik akan mengambil kembali miliknya tersebut kita boleh berlapang dada (redho) menyerahkan barang pinjaman tersebut kepada sang pemilik

Perempuan yang ditinggal mati oleh anaknya. “Perempuan manapun yang ditinggal mati oleh tiga orang anaknya maka ketiga anaknya itu akan menjadi dinding baginya dari api neraka.” (Al Bukhari dari Abu Sa’id Al Khudri)

3. Mengharap pahala dan syafaat atas kematian si anak kecil.
Seperti yang telah saya katakan di awal, bahwa, kematian seorang anak bukanlah suatu musibah melainkan himpunan barokah yang mesti dipetik oleh orang yang ditinggalkan. Orang tua semestinyalah memohon pahala dan keberkatan dari peristiwa tersebut, maka sudah pasti Allah akan melimpahkan banyak kebaikan dan pahala kepada hambaNya yang meminta dengan setulus hati.

Anak-anak di dalam syurga “Anak-anak kecilmu – pada riwayat yang lain - anak-anak kecil mereka – (menjadi) kunang-kunang di dalam syurga, seorang diantara mereka menemui ayahnya, memegangi bajunya tidak berhenti sampai Allah memasukkan dia dan ayahnya ke dalam syurga”. (Imam Ahmad, Bukhari di dalam Al Adabul MUfrad, Imam Muslim di dalam Shahihnya dari Abu Hurairah).

Jadi akhirnya sebagai penutup, diulagi kembali bahawa sungguh teramat malangnya bagi setiap ibu bapa yang telah mengambil jalan singkat (iaitu jalan orang-orang yang tidak bijak) seperti menggugurkan kandungannya, membuang bayinya atau membunuh bayinya. kerana mereka semua ini tidak akan dapat merasai sebarang nikmat dari syafaat kurniaan Allah kepada si bayinya itu.

Insaflah...........usah lagi bertindak zalim....
Jangan sampai engkau bersedih di sana....
Kerana semuanya sudah tiada berguna lagi...
wallahu'alam