Rabu, 24 Julai 2013

Cara berfikir ustaz UMNO dlm mendidik masyarakat.... "Jangan rosakkan tarawikh dgn tazkirah"???????????


MENJAWAB KENYATAAN DI ATAS :

Sepatutnya kalau dia berfikir baik (betul) maka tak jadi rosak !!!

Sebab adalah jika anda membaca rukun qauli surah al-fatehah dgn bacaan mulut (tartil), dgn bacaan akal (memahami akan makna ayat) dan dgn bacaan hati (mentadabbur isi dan maksud ayat untuk diterapkan dalam kehidupan seharian)...maka surah al-fatehah yg anda baca itu juga sudah menjadi tazkirah dan mauizzah ke atas diri anda dan jika anda membaca dgn kaedah 3 bacaan tadi barulah solat anda kusyuk......

Tetapi jika anda berfikir seumpama cara berfikir ustaz UMNO maka sejuta ayat yg anda baca dan seratus juta ayat yg imam bacakan (sekalipun diulang-ulang) pasti tidak membawa apa2 erti kepada makmum anda sb ada dlm pemikiran anda, yg mana anda berfahaman ayat al-quran dan al-fatehah hanya rukun qauli semata-mata kerana anda memahami al-fatehah dan al-quran itu bukan tazkirah buat anda....

Akhirnya rosaknya bukan sebab tazkirah tetapi rosaknya ibadah sebab tidak berilmu...ibadah yg akan dilakukan mjd lebih kusyuk jika ummat berilmu.... wallahu'alam

- senyum

Cerita al-Kisah 2 biji benih…

2 biji benih di bawah tanah subur…

Benih 1: “Saya nak tumbuh. Saya nak tumbuh akar saya dalam ke dalam tanah mencari air, dan pucuk saya membesar membuka tanah di atas supaya mendapat sinar matahari dan memberitahu dunia musim bunga sudah tiba… Saya nak merasai kehangatan pancaran matahari dan embun pagi…”

Dengan azam demikian, benih 1 tumbuh dan berbuah…

Benih 2: “Kalau saya tumbuh akar ke dalam tanah, saya tak pasti apa yang saya akan temui dalam kegelapan. Jika saya tumbuh ke atas membuka tanah, ia mungkin merosakkan pucuk saya jika tanah keras… apa kata bila daun saya buka dan ada siput nak makan, apa yang saya boleh buat? Jika saya mula berbunga, ada budak kecil datang memetik bunga, apa saya nak buat… jadi elok, saya tunggu line clear dulu sebelum berbuat apa-apa.”

Benih 2 menunggu dan tidak tumbuh.

Tetiba satu hari, ada seekor ayam datang mencari makan, mengorek tanah yang di mana Benih 2 ditanam, dan terus menelan Benih 2 yang masih tertunggu-tunggu bila nak tumbuh.

Wahai anakku,
Kuatkan azammu dan mindamu ketika engkau sudah mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu. Bisikan syaitan akan cuba melemahkan semangatmu dan meniup api malasmu untuk menangguhkan kerjamu sekiranya engkau habiskan masa memikirkan perkara-perkara yang kamu tidak tahu.

Mulakan kerja yang diniatkan dahulu. Dapatkan momentum dahulu. Dengan adanya momentum wahai anakku, masalah yang datang mengunjung tidak lagi dilihat sebagai masalah. Sebaliknya mindamu akan menafsirnya sebagai cabaran yang seronok untuk diatasi. Itu lumrah kehidupan di dunia sementara ini.

Wahai anakku,
Jangan sesekalimu menjadi seperti Benih 2 yang aku ceritakan di atas. Jangan, kerana ia hanya membazir masa kamu. Percayalah pada Allah dan tumbuhlah seperti Benih 1, Allah akan tunjukkan jalannya selagi kamu tidak membiarkan jiwamu jauh daripada Tuhanmu.

Senyum

WAHAI ANAK-KU : Fikir & Zikir

Wahai anakku,
Engkau kadangkala merungut kata hidup dalam serba kekurangan. Aku melihat dengan sedih kerana aku tidak dapat memberikan segalanya pada kamu. Namun, aku berharap engkau dapat melihat di sebalik kekuranganmu itu. Aku sangat bimbang engkau lupa untuk bersyukur pada Allah pada apa yang telah diberi Tuhanmu kerana matamu hanya melihat pada apa kekuranganmu.

Wahai anakku,
Renungkan dosa-dosa kamu, kemudian engkau lihatlah sekeliling apa yang telah diberikan oleh Allah untuk kamu pada waktu ini - walaupun kamu telah melakukan pelbagai dosa.

Kamu akan terasa walaupun engkau ini banyak berdosa, Allah tetap melayan kamu dengan teramat baik. Di saat kamu membaca ini, kamu sedar tak kamu masih bernafas, tidak kebuluran, tidak perlu tidur tanpa berteduh dan matamu masih boleh melihat matahari terbit, kakimu masih mampu bersembahyang dan mindamu masih boleh berfikir. Kalau ini bukan kurniaan daripada Tuhanmu, siapa lagi yang ada kuasa sebegitu hebat?

Wahai anakku,
Aku berharap engkau akan terasa sedikit sayu hati membaca nukilan ini. Sesungguhnya apa yang diberikan oleh Allah pada kamu jauh lebih daripada kekurangan yang engkau sangka dan lihat di matamu. Sesungguhnya Allah menyayangimu, wahai anakku, dan jangan sesekali kamu menderhakainya dengan tidak mengerti bersyukur kepada pemberiannya. Kekurangan kamu juga adalah satu pemberian dari Tuhanmu, kerana tanpa kekurangan tersebut, kamu tidak akan tahu betapa hebatnya kamu kerana boleh hidup tanpa kekurangan tersebut berbanding insan yang lain.

Senyum.

WAHAI ANAK-KU : Jadilah Sahabat Kurniaan Allah

Wahai anakku,

Jangan sesekali engkau mencari nahas dengan sahabat-sahabatmu dengan sikap suka membandingmu. Jika engkau sayang pada persahabatan dengan sahabatmu, jangan sesekali kamu menyoal 'siapa yang berkorban lebih banyak untuk siapa.’

Jika engkau inginkan sahabatmu kekal sebagai sahabatmu, jangan sesekali kamu mengungkit perkara yang lepas-lepas tatkala kamu marah dan tersinggung untuk beberapa saat itu. 

Untuk menjaga persahabatan, wahai anakku, elakkan dari menuduh dan berkata-kata buruk tatkala kamu diracun oleh mainan minda dan sangka buruk pada sahabatmu tanpa usul periksa.

Wahai anakku,
Untuk mudah menerima sahabatmu sepenuhnya, kamu ingatlah selalu pada waktu-waktu gembiramu bersamanya apabila berdepan dengan perbezaan pendapat.

Untuk pastikan hubungan itu berkekalan, jangan sesekali engkau memperbesarkan kesilapan sahabatmu dan memperkecilkan usaha sahabatmu. Jangan biarkan egomu merasakan diri betul dan sahabatmu sentiasa silap kerana kamu cuma seorang insan yang penuh dosa dan mudah berbuat silap.

Wahai anakku,
Untuk mengelakkan sengketa dengan sahabatmu, janganlah engkau terlalu fokus dengan perbezaan pendapat daripada persamaan pendapat bersamanya. Walaupun kamu lebih tua daripada sahabatmu, jangan sesekali merasakan diri engkau lebih pandai dan besar daripadanya ketika bersahabat. Engkau tidak tahu mungkin umur kamu lebih pendek daripada sahabatmu yang lebih muda daripada kamu.

Wahai anakku,
Aku sedar nasihat aku ini bukan mudah untuk dilaksanakan. Aku juga berdepan dengan masalah ini sepanjang hidupku, namun aku selalu mengingatkan diri sahabat adalah kurniaan Allah. Dan dengan itu, aku hargainya selagi dia ada. Bilamu berasa marah, cuba bayangkan besok hari terakhirmu di dunia ini, apakah berbaloi perkara yang kamu marahkan pada dia yang bergelar sahabat?

Jaga hati sahabatmu, wahai anakku, kerana pengkhianatan tidak mungkin datang daripada musuhmu.

Senyum.