Jumaat, 5 Februari 2010

SENANDUNG DOA RINDU AL-FATIHAH BUAT MU AYAH


cinta menuju jalan Ilahi, cinta hakaki yang amat suci,

tenang terasa rindu kepada-Nya bila mendapat siraman hidayah

Allah disembah, sering dipuji.


Hiba berbelaikan sepi, jiwa meratapi duka

Desir berita hadir...kala berserinya pagi

Sikar dipercaya ia, bagai berilusi mimpi

Namum bukan mainan dusta..benarlah bagai dikata

Tuhan yang Maha Tahu, apa ketentuan takdir

Kita hanyalah hamba, berserah kepada Dia


Engkaulah keroncong sinar zaman anak-anak...menginsafkan rohani

Merdu mengalunkan tazkirah, bermadah dari hati

Menyemai cinta Maha Esa..meniup kesyahduannya

Menyerap dijiwa...tenggelam di alam rasa

Sukar dicari ganti, mekar kasihmu ayah, segar menghibur hati

Tak mungkin dilupakan


Senandung al-Fatihah, zikir & doa ku titipkan...hadiah perpisahan

Buat dirimu ayah, yang pergi selamanya

Wahai Tuhan Dikau maafkanlah ia, hulurkan keampunan Mu

Rahmatilah rohnya...sentosa di alam sana

Pulanglah ayah bersama ketenangan menuju Allah

Damailah, berbahagialah bersama kekasih yang mencipta mu


Adapun ku yang masih di sini

Senandung al-Fatihah, zikir & doa ku titipkan...hadiah perpisahan

Buat dirimu ayah, yang pergi selamanya


Al-Fatihah buat : Allahyarham Safar bin Kadir

Umur : 63 Tahun

Hari : Rabu

Tarikh : 27 Januari 2010 M / 11 Safar 1431 H

Tempat Meninggal : Wad 8B, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan Pahang.

Jam : 3.00PM

Tempat Dikebumikan : Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Utara, Bandar Jengka, Pahang


Sekalung tabik penghargaan buat yang terlibat dalam urusan Jenazah ayah ku, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Doa ku titipkan semoga urusan kalian dipermudahkan Allah & berbahagialah. amin

.................................................................................................................


TERIMA KASIH AYAH


Titisan air mata kerinduan berguguran

Namun tetap bersabar dan perjuangan harus deteruskan.

Dalam kesyahduan itu, syukran kathir buat mu ayah

Kerana dikau telah mendidik anak mu

Dengan ilmu dan tarbiyyah

Untuk penyuluh sinar zaman.


Ayah,

Segala hajat mu untuk berakhir ditanggal 63 tahun di makbulkan Allah

Sakit mu dijaga isteri & anak-anak,

Jenazah mu dimandikan anak-anak,

Jenazah mu di Imamkan anak-anak,

Kubur mu di uruskan anak-anak & sahabat handai mu

Rumah mu merdu dengan suara tazkirah & zikrullah dari anak-anak

Kampong mu sayu dengan kalimah tayyibah dari sahabat handai mu ayah


Ayah,

Jika dikau semasa hidup tidak mencorak anak-anak mu dengan tinta ilmu agama & tarbiyyah

Sudah pasti, dikau tidak akan dapat merasai segala apa yang dihajati itu


Terima kasih ayah,

Atas segala pengorbanan mu yang telah membesarkan & memdidik anak-anak mu dengan kalungan tarbiyyah.

Terus & pasti akan terus bersambungan doa untuk mu ayah.


Terima kasih ayah,

Sekalung doa dari anak-anak & generasi watan Islami

Untuk mu ayah yang dirindui.

..................................................... Al-Fatihah ............................................