Rabu, 22 Julai 2015

AMALAN MURAH REZEKI

Nasihat Tuan Guru Dato Dr Ismail Kamus. 
Doa yang diajarkan ini ialah supaya dimurahkan rezeki.
Selamat beramal.....

Buat Apa Berkuasa Tapi Tidak Berani Menegakkan Hukum Allah

BUYA Hamka dikenal sebagai ulama yang konsisten dalam perkara penegakkan hukum Allah. Segala jabatan dunia pun rela ditinggalkanya semata-mata demi mempertahankan prinsip bahwa hanya Allah yang patut disembah. Bahkan dalam tafsir Al Azhar Juz 6 beliau memberikan nasihat agar umat Islam tidak boleh takut bersuara untuk penegakkan Syariat. Berikut kutipannya:
“Sebagai muslim, janganlah kita melalaikan menjalankan hukum Alloh. Sebab, di awal suroh Al Maa’idah sendiri yg mula-mula  diberi peringatan kepada kita ialah supaya menyempurnakan segala ‘uqud. Maka, maenjalankan hukum Allohadalah salah satu ‘uqud  yg terpenting di antara kita dengan Alloh.
Selama kita hidup, selama iman masih mengalir di seluruh pipa darah kita, tidaklah sekali-sekali boleh kita melepaskan cita-cita agar hukum Alloh tegak di alam ini, walaupun di negeri mana kita tinggal. Moga-moga tercapai sekadar apa yang  dapat kita capai. Karena Tuhan tidaklah memikulkan kepada kita suatu beban yg melebihi dari tenaga kita. Kalau hukum Alloh, belum jalan, janganlah kita berputus asa. Dan kufur, zalim, fasiklah kita kalau kita percaya bahwa ada hukum lain yg lebih  baik daripada hukum Alloh.
Jika kita yang berjuang menegakkan cita Islam ditanya orang, ‘Adakah kamu, hai ummat Islam bercita-cita, berideologi, jika  kamu memegang kekuasaan, akan menjalankan hukum Syariat Islam dalam negara yang kamu kuasai itu?’ Janganlah berbohong dan  mengolok-olokan jawaban. Katakan terus terang bahwa cita-cita kami memang itu. Apa artinya iman kita kalau cita-cita yang  telah digariskan Tuhan dalam Al Qur’an itu kita pungkiri?
Dan kalau ditanyakan orang pula, ‘Tidakkah dengan demikian kamu hendak memaksakan agar pemeluk agama lain yg golongan kecil  (minoritas) dipaksa menuruti hukum Islam?’ Jawablah tegas, ‘Memang akan kami paksa mereka menuruti hukum Islam. Setengah dari hukum Islam terhadap golongan pemeluk agama yang minoritas itu ialah agar mereka menjalankan hukum Taurot, ahli injil diwajibkan menjalankan hukum injil. Kita boleh membuat Undang-Undang menurut teknik pembikinannya, memakai fasal-fasal dan ayat-ayat suci, tapi dasarnya wajiblah hukum Alloh, bukan hukum buatan manusia atau diktator manusia (Thoghut, red)’
Katakan itu terus terang dan jangan takut!
Dan insaflah bahwa rasa takut orang menerima hukum Islam ialah karena propaganda terus menerus dari kaum penjajah selama beratus tahun. Sehingga, orang-orang yg mengaku beragama Islam sendiripun kemasukan rasa takut itu, karena dipompakan oleh  penjajahan.” (Pizaro/Islampos)

AMALAN PENYELESAIAN HUTANG & BEBAS HUTANG

Assalamualaikum,
Solat Hajat menyelesaikan hutang,tak kisah la hutang kereta,hutang rumah,hutang bank,hutang ptptn,dan seangkatan dengan namanya hutang. 

Yang mana bangun tahajud tu boleh lah solat hajat sekali,yang mane ade masalah masih tak jumpa jalan keluar boleh amalkan solat hajat ni.
Nak minta tolong dengan siapa lagi klu bukan dengan Allah,Allah yang Maha Kuasa Maha Kaya.

Rakaat 1 &2 bacaan yang sama.
Wirid 100kali selepas solat hajat.
Mohonlah pada Allah apa hajat kita,sebab Allah lebih suka kita minta denganNya daripada kita meminta kepada yang lain.

Solat hajat lebih afdal dilakukan selepas bangun dari tidur di 1/3 akhir malam antara jam 3.00 pg hingga 5.00 pg


Daripada:
Syazwanie Shahrulazlan

Sabtu, 7 September 2013

SENTUHAN HATI UNTUK MU ABAH

" Doa anakda sentiasa mengiringi mu
Cita-cita mu akan ku teruskan
Selamat Bahagia Dikau di sana
dalam Rahmat & Barakah Rabbul'alamin, amin "

KEWAJIPAN MEMBAYAR HUTANG : Aku BENCI & MELUAT atas Orang Yang Susah Bayar HUTANG

Sesungguhnya agama Islam ialah agama yang mencakupi segala bidang kehidupan. Termasuk di dalam perkara-perkara yang terkandung di dalam ajaran Islam ialah berkenaan permasalahan hutang. Agama Islam menitikberatkan masalah hutang dan nilai melunaskan pembayarannya. Walaubagaimanapun, Islam masih memberikan ruang dan kelonggaran untuk berhutang khususnya dalam keadaan darurat dan sangat-sangat memerlukannya, iaitu dalam masalah kebaikan tetapi perlu diingat bahawa walaupun Islam memberi kelonggaran itu, setiap hutang itu wajiblah dijelaskan dan dibayar.

Kewajipan membayar hutang itu tidak akan terlepas sekalipun dengan melaksanakan ibadat-ibadat yang besar pahalanya. Oleh sebab itu Islam mengenakan syarat-syarat tertentu tertentu terhadap hutang-piutang sehingga orang yang berhutang tidak boleh lari daripada membayarnya.

Hutang perlu dijelaskan dengan segera. Janganlah dilalaikan pembayarannya dan menyebabkan tertangguh begitu lama sekali dan langsung tidak dijelaskan sehingga menyusahkan orang yang member hutang.

Akibat menanggung hutang itu, selain daripada dipertanggungjawabkan membayarnya, bahkan ada bahaya yang lebih besar yang akan menimpa kepada diri si penghutang jika tidak melunaskannya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibnu Hibban yang bermaksud :“Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya dijelaskan”.

Dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.(Riwayat Ibnu Majah)

Berdasarkan hakikat ini, Islam menasihatkan setiap Muslim agar menghindarkan diri daripada berhutang kecuali kerana sangat memerlukan. Kalau pun terpaksa behutang, maka dia hendaklah berniat dan berazam untuk membayar hutang berkenaan.

Rasulullah s.a.w ada menjelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambil dengan niat membinasakan dengan tidak membayarnya maka Allah akan membinasakan dia”.

“Oleh itu jujur dalam melangsaikan hutang adalah sangat-sangat dituntut dalam Islam dan melengah-lengahkan pembayaran hutang boleh mencerminkan sifat khianat dalam menunaikan janji sebagaimana yang telah dipersetujui bersama. Semoga redha Allah senantiasa memayungi hamba-hambaNya yang sentiasa menitikberatkan pelangsaian hutang.”

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda: Orang yang berada melambat-lambatkan membayar hutang adalah suatu kezaliman dan apabila seseorang kamu mencari orang yang lambat membayar hutang maka hendaklah ia membayarnya. (Sepakat dalam riwayat)

Hadis di atas mengandungi ajaran penting untuk keharmonian masyarakat. Dalam kehidupan seharian ada masa susah dan senang yang silih berganti. Kita perlu saling bertolong-tolongan. Dengan itu, kita mungkin akan berhutang atau orang berhutang dengan kita bagi menampung keperluan hidup.

Di waktu berlaku hutang piutang inilah timbul berbagai kedudukan. Ada yang setia kepada perasaan tidak ingin menyusahkan orang lain. Tidak kurang yang cuba mengambil kesempatan dengan tidak ingin membayar hutang.


Hadis di atas menyatakan orang yang melambat-lambat membayar hutang dengan sengaja adalah perbuatan yang zalim. Apa tah lagi jika tidak mahu membayarnya. Mereka itu orang yang tidak bertanggungjawab.

Disebutkan melambat-lambatkan itu sebagai tidak menyegerakan pembayaran hutang, meskipun wang sudah ada. Orang berhutang biasanya meminta tangguh hingga ke suatu masa. Bila ada wang ia wajib dibayar. Tidak harus baginya melambat-lambatkan pembayaran. Inilah yang dikatakan berada atau kaya dalam hadis. Tidaklah menunggu ia menjadi kaya atau merasa ada lebih wang baru hendak membayar, kerana menurut nafsu manusia, ia tidak akan merasa puas dengan wang dan harta atau tidak akan merasa berlebihan wang.

Orang yang melambat-lambatkan membayar hutang, apabila datang orang menuntut hutangnya, hendaklah ia membayarnya. Tidak harus lagi ia melambat-lambatkan membayar hutang itu. Perkara ini penting, ia akan menimbulkan hubungan tidak baik. Masyarakat tidak seimbang. Persahabatan boleh renggang kerana tidak setia ketika berhutang.

Kita mesti menjaga agar kekeruhan tidak berlaku sesama sahabat. Itulah yang diajarkan rasulullah saw, iaitu menjadi peminjam yang baik.

Hutang merupakan satu jalan penyelesaian yang diberikan oIeh Islam kepada penganutnya bagi memudahkan urusan kehidupan mereka. Beberapa syarat diletakkan oIeh para ulama' kepada penghutang dan pemiutang supaya kemudahan yang diberikan oIeh Islam ini tidak disalahgunakan. Islam menganggap hutang merupakan suatu amalan yang dibenarkan ketika wujud keperluan dan kepentingan. Namun Islam tidak menggalakkan berhutang jika bertujuan untuk hidup bersenang-lenang dan bermewah-mewah. 

Rasulullah s.a.w. pernah berdoa memohon kepada Allah supaya dijauhi daripada hutang dengan sabdanya sebagaimana yang diriwayatkan oIeh An-Nasai :  "Ya Allah!, sesungguhnya Aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu bertanya seseorang kepadanya: Alangkah banyaknya doa Engkau meminta jauh dari hutang?, maka Baginda menjawab: "Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia memungkiri". 

Doa Rasulullah tersebut menunjukkan bahawa amalan berhutang merupakan amalan yang kurang sihat jika tidak diuruskan dengan sebaiknya kerana boleh menjadikan manusia kepada suka bercakap bohong dan memungkiri janji. Justeru, kita sebagai umat Islam seharusnya berusaha menjauhinya dengan sedaya mungkin.

Ingatkah kita dengan kisah bagaimana Rasulullah menolak untuk menyembahyangkan jenazah yang tidak melangsaikan hutangnya?. Walaupun setengah ulama' menganggap keengganan Rasulullah ini berlaku pada Awal permulaan Islam, namun ia tetap membuktikan perhatian dan penekanan Islam terhadap isu hutang. Bukan itu sahaja golongan yang mati syahid pun, yang sanggup mengorbankan harta dan jiwa mereka untuk Islam turut tidak terlepas daripada kewajipan ini jika masih mempunyai hutang.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang diriwayatkan oIeh Imam Bukhari:  "Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang". 

Oleh itu, marilah kita menyedari tentang pentingnya untuk setiap orang membayar hutang masing-masing, baik kepada negara, individu dan lain-lainnya demi menjaga kepentingan masyarakat, agama dan negara.

Firman Allah : "Bukan demikian, sebenarnya sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertakwa". (Ali ‘Imran: 76)

Kesimpulan :

1. Kita tidak harus melambat-lambatkan membayar hutang kerana perbuatan itu boleh menyebabkan kesusahan kepada sahabat kita.
2. Melambat-lambatkan membayar hutang bagi orang yang mampu membayarnya adalah suatu kezaliman.
3. Orang yang tidak membayar hutangnya jika ia mampu adalah orang yang tidak bertanggungjawab.

Wallahua’alam.

Rabu, 4 September 2013

HAKIKAT BAHAGIA :

Bahagia itu maknawi juga bersifat rohaniah, rasa senang bukan bahagia sekalipun ia berharta kerna semua itu bersifat lahiriah ia bukanlah hakikat bahagia, tenang (sakinah) itulah tanda bahagia, tiada tenang kan keluh kesah, bila tiada kebahagiaan hidup penuh kepuraan. 

Mazmummah punca tiada bahagia kerana terus mengekalkannya rasa ragu, tidak percaya, sangka buruk, hasad dengki, gila dunia, sombong, bongkak, dan merosakkan segala. 

Carilah tenang (sakinah) dapatkan bahagia, cintakan allah setiap masa bila zikrullah dihayatai barulah bahagia diperolehi. 

Dari titisan air mata kita belajar mengerti, dari rasa kehilangan kita belajar menghargai, dari rasa bersalah kita belajar memafi, dari sebuah harapan kita belajar berusaha, dari sebuah usaha kita belajar redho meredhoi, dari sebuah redho kita belajar ketulusan,

dari sebuah ketulusan kita belajar mengenali, dari sebuah pengenalan kita belajar memahami, dari sebuah pemahaman kita belajar muwafakat (kerjasama), dari sebuah muwafakat kita belajar membina diri, keluarga dan masyarakat. 

Hakikat bahagia lahirnya dari ketulusan jiwa berteraskan niat (nawaitu) dari awal kita melangkah, bila ada ikhlas maka hadirnya sabar redho dan tawakkal. 

Lumrah hidup inginkan semua kan menjadi miliknya kerna ia menyangka semua yang ia miliki itu adanya bahagia, jika tiada redho kerna terlalu mengharap akhirnya kecundang menimpa diri bila ujian tiba menguji jiwa. 

Carilah tenang dapatkan bahagia, lahirkan rasa syukur, jadikan diri bersifat berlapang dada (salamatun sadrin), bila itulah yang diamalkan maka lahirlah ta’awun menjadi penawarnya, menjadikan kita insan yang luhur di wajah pasti terukir sebuah senyuman indah lahirnya dari hati yang benar tulus.

Bismillahirahmanirrahim...
Alhamdulillahirabbil 'alamin... Washolatuwassalamu'a ashrafil anbia iwal mursalin. Wa'ala alihi washohbihi ajma'in... Ya Allah bantulah kami mencari sinar bahagia, memohon perlindungan dari segala kejahatan dan kecelakaan. Teguhkanlah iman kami. sucikanlah hati-hati kami. Bersihkanlah hati kami sebagai mana Engkau membersihkan hati para RasulMu... Berikanlah kami 1001 ketenangan dan kelapangan masa...Jadikanlah hati kami yakni hati yang sentiasa mengingati mu wahai Allah...dan peliharalah kami semua pembaca blog ini dari kelalaian walaupun sesaat ya Allah...Berikanlah petunjuk Mu pada kami agar kami sentiasa berada di jalan yang BENAR..Redhailah atas setiap perbuatan kami ya Allah...Jadikan kerja amal kami semata2 hanya kerana Mu wahai Allah... Terangkan hati2 kami...Bantulah kami dalam menundukkan nafsu kami..Jauhilah kami daripada gangguan iblis dan berkelakuan zalim....Semoga apa yang kami buatkan mendapat keberkatan dan redha Mu ya Allah...Rabbana atina fiddunya hasanah..Wafil akhirati hasanah..Waqhina 'azabannar..Wasshollallahu 'ala saidina muhammad wa'ala alihi washohbi wasallim....Walhamdulillahirabbil'alamin....

Salam senyuman untuk semua.....
"rehatkan minda, senyum dan zikir"....

Sabtu, 3 Ogos 2013

8 Jenis Syafaat Di Padang Mahsyar Kelak : Di mana kita ??

Siri ini adalah lanjutan siri sebelum ini berkenaan "syafaat". maka melalui modium blog dakwah di sini dapat diambil iktibar buat diriku dan diri semua pembaca.

1. Al-Quran
Bacalah al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti al Quran akan datang sebagai pembawa syafaat kepada yang membacanya (HR Muslim)
Ulasan ; Ramai antara kita yang telah meninggalkan bacaan Al-Quran dan beralih kepada Novel, Komik, Majalah Tabloid dan buku lucah (mangga, playboy, urtv dan sewaktu dengannya)

2. Puasa
Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat. (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Ulasan ; Ramai di antara kita yang puasanya hanya sia-sia iaitu menahan diri dari lapar dan minum, tetapi perkara yang membatalkan puasa dan memakruhkannya tidak ditegah tanpa disedari.

3. Malaikat
Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredhai Allah (Surah Al-Anbiya: 28)
Ulasan ; Ramai orang ahli maksiat, kaki judi, kaki arak, isteri yang derhaka, bapa yang tidak bertanggungjawab hanya membiarkan Malaikat melaknat dan mengutuk mereka.

4. Nabi Muhammad
Sesungguhnya syafaatku diperuntukkan buat umatku yang berbuat dosa besar. (HR. Tirmidzi)
Ulasan ; Ramai di antara kita secara tidak sedar telah menghina nabi, tidak percaya nabi dan ada yang memperlekehkan kata-kata nabi, perbuatan nabi, sunnah nabi, serban nabi, janggut nabi dan lain-lain. Tapi Nabi Muhammad yang bakal beri syafaat. Inilah bukti kecintaan nabi kita pada umatnya.

5. Para Syuhada
Orang yang mati syahid itu dapat memberikan syafaat kepada 70 orang di kalangan keluarganya. (HR Abu Darda)
Ulasan ; Masih ada lagi orang tidak mempercayai mati syahid malah gambar foto orang mati syahid dalam keadaan senyum pun menjadi persoalan besar. Mereka yang mempersoalkan hal inilah sebenarnya munafik!

6. Ulama'
Dari Utsman bin Affan r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Di hari kiamat, yang memberi syafaat tiga golongan, iaitu para Nabi, kemudian ulama, kemudian syuhada” (H.R. Ibnu Majah)
Ulasan ; Zaman sekarang, ramai yang dah tunjuk hebat, kononnya mereka lebih berilmu dari ulama, lebih malang lagi mereka mencela ulama.

7. Para Hafiz Al-Quran
Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka. (Hadis Riwayat Tarmizi)
Ulasan ; Ramai manusia zaman sekarang beranggapan, hantar anak pergi sekolah Tahfiz akan menyebabkan anak mereka tak dapat cari makan bila anak mereka dewasa kelak. Mereka ini hanya beranggapan, tuhan bukan pemberi rezeki. Mereka dalam tidak sedar, melakukan syirik!

8. Syafaat kecil termasuk daripada para solehin dan shadiqin serta anak yang meninggal dunia sebelum ditaklifkan.
Ulasan 1 ; Solehin ialah orang yang soleh, iaitu orang yang taat pada Allah, Nabi Muhammad, agamanya, ibu bapanya, gurunya dan hormati jirannya dan masyarakat sekitar. 
Ulasan 2 ; Shadiqin ialah orang yang jujur dan benar bagi setiap perkara dalam urusan hidupnya sama ada perniagaan, pemerintahan dan lain-lain lagi.
Ulasan 3 ; Anak yang meninggal dunia sebelum ditaklifkan hanya memberi syafaat kepada ibu bapanya.

Semoga ilmu yang ada bermanfaat untuk diriku dan sahabat sekalian dan jangan ambil hati diatas teguran yang diberi ye. wallahu'alam (senyum).

Kisah Renungan 2 (Sambungan) : Keuntungan Si Ibu Bapa apabila Anaknya meninggal sebelum Akhil Baligh

Siri ini adalah siri sambungan dari Kisah Renungan 2 yang telah dipapar pada hari 2 ogos semalam.

Bagi orang tua beriman yang mengalami anaknya yang belum baligh sudah meninggal dunia, sebaiknya jangan sedih karena akan jadi syafaat yang akan menolong orang tuanya untuk masuk syurga. Seorang ibu beriman yang mempunyai banyak anak akan wajib masuk syurga kerana sudah mendapatkan pahala yang sangat besar iaitu ;
1.Pahala waktu engkau hamil (menjaga kandungan).
2.Pahala waktu engkau melahirkan.
3.Pahala waktu engkau menyusukan.

Jadi, sungguh amat malangnya bagi si ibu-ibu yang bertindak menggurkan kandungannya, kerana mereka itu tidak akan dapat merasi akan pelbagai nikmat-nikmat kurniaan Allah itu. kerana Bayi yang Meninggal Dunia dapat Menolong Orang Tuanya di akhirat kelak.

Bayi itu dilahirkan suci dan bersih. Kelak di alam maghsyar, ia menjadi penolong bagi kedua orang tuanya. Namun perlu diingat, anak itu hanya boleh menolong orang tuanya kalau mereka masih berada dalam jalan Islam (beriman). Kalau mereka sudah menyimpang dari jalan Islam atau berbagai peraturan yang telah ditetapkan Allah dan Rasul-Nya, pertolongan itu akan batal dengan sendirinya.

Firman Allah SWT : "Yang demikian itu kerana Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman, sedang orang-orang kafir tidak ada pelindung bagi mereka" (Muhammad : 11)

Contoh, orang tuanya telah meninggalkan solat lima waktu hingga ajalnya tiba. Lebih-lebih mereka dengan kekayaannya yang melimpah-ruah tidak, mahu menjalankan ibadah haji. Sekali lagi, anak tersebut hanya boleh menolong orang tuanya sebatas jika orang tuanya juga menaati perintah Allah dan Rasul-Nya. Orang yang ditinggalkan tidaklah wajib menahlilkan. Jadi, ditahlilkan boleh, tidak juga mengapa sebab anak itu suci, terus masuk ke syurga.

Pada saat itulah Allah memerintahkan kepada anak-anak (yang tadinya meninggal dunia selagi belum akil baligh) untuk memasuki syurga. Tetapi mereka memohon syafa'at (pertolongan) kepada Allah agar kiranya dapat masuk syurga bersama orang tua mereka. Memang mereka juga penuhi perintah Allah, untuk datang mendekati pintu syurga, tapi masih belum mahu memasukinya, sehingga Allah Yang Maha Mengetahui bertanya lagi: "Mengapa Aku lihat anak-anak itu masih saja belum masuk syurga? Masuklah kalian ke dalam syurga itu". Pada saat itu mereka mengulangi permohonannya bagi orang tua mereka. "Kami belum mahu masuk, sebelum orang tua kami yang menjadi asal pokok kami, dan ibu-ibu kami yang telah mengandung kami sembilan bulan dan kemudian membesarkan kami masuk juga bersama kami". Demikianlah mereka berhenti dekat pintu syurga, menunggu keputusan Allah SWT dengan penuh harapan. Akhirnya keputusan yang dinanti-nantikan itu datang dengan segera, dengan firman Allah Yang Maha Mengetahui: "Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian". Penegasan ini oleh Allah kira-kira dimaksudkan untuk menampakkan betapa besar keutamaan anak-anak dan betapa besar pula pengaruh ridha akan qadho dan qadar Allah, sabar dan puji syukur terhadap Nya. (Hadits Qudsi - Riwayat Ahmad dari Syurahbil bin Syua'ah)

Hal itu diterangkan dalam Hadits lain yang diriwayatkan Ibnul-Atsir sebagai berikut: "Anak kecil (yakni yang meninggal dunia selagi kanak-kanak atau keguguran) masuk syurga".

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

"Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : "Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Yang dimaksud dengan bayi atau anak kecil adalah anak yang belum baligh. Batasannya mungkin sekitar 10 tahun. Sedang dalam ilmu fikih, yang disebut belum baligh, bagi perempuan sebelum haid, dan bagi lelaki belum pernah mengalami ihtilam (mimpi basah).

Berita Gembira Tuk Orang Tua yang Anaknya meninggal Dunia

Apa yang anda rasakan ketika anak, orang tua, saudara atau kerabat dekat Anda tiba-tiba saja dipanggil oleh Khaliq (Allah)? Tentu sedih dan mungkin ada yang putus asa karena kehilangan seseorang yang kita sayangi dan bahkan menjadi tumpuan hidup kita. Kehilangan orang tercinta memang sungguh menyedihkan tapi taukah anda, ada berkah di sebalik setiap peristiwa,  jika kita mampu menyikapinya secara bijak, penuh kesabaran dan keikhlasan.

Innalillahi Wa innalilallhi Roji’un” Sesungguhnya kita ini adalah milik Allah, dan pasti kita akan kembali kepada pemilik kita, Allah Ta’ala

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamannya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memegang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku, apakah kesalahanmu, apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka? Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad terus mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berada dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat ;
Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, 
kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim, 
ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT : "Maka Allah melingdungi mereka dari kesusahan hari itu dan memberi kepada mereka keceriaan dan kegembiraan (pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira)" (Al-Insan : 11)

Diriwayatkan dari Anas ra, dia berkata : ”Rasulullah saw bersabda, tidaklah seorang muslim kematian tiga anaknya yang belum baligh, kecuali, Allah pasti akan memasukkannya ke dalam syurga atas berkat kasih sayang Allah kepada anak-anaknya tersebut,” (HR Bukhori muslim).

Ada beberapa hal yang mesti diketahui oleh orang tua mahupun kita, agar kematian tersebut boleh menjadi barokah dan mengantarkan kita menuju syurga Allah. Diantara syaratnya ;

1. Sabar Dan Ikhlas
Orang tua mesti sabar dan ikhlas menerima kepergian sang anak, tidak meratapi kepergiannya secara berlebihan boleh menangis dan bersedih asal tidak berlarut-larut sehingga dapat menimbulkan keburukan bagi kesehatanya.

Sabar itu pada penderitaan Pertama: “Sesungguhnya sabar itu hanyalah ketika penderitaan yang pertama.” (Diriwayatkan oleh Abd Ibnu Hamid dalam Musnadnya dari Anas bin Malik r.a).

Keterangan : karena itulah pertolongan iman dan kekuatan yang diberikannya pada saat permulaan ditimpa musibah itu sangat diperlukan. Mereka yang sabar menerimanya memperoleh kabar gembira dari Allah.


2. Sedar, Redho dan Memuja Allah
Iaitu dengan mengucapkan kalimat istirja (innaa lillahi wainnailillaihi roojiun) dan merenungi kandungan maknanya. Kita, anak kita, dan segala sesuatu yang ada disekitar kita semuanya adalah milik Allah. Anak adalah amanah, anugerah pinjaman kurniaan dari Allah, yang mesti kita jaga dan pelihara dengan sebaik-baiknya. Karena anak ibarat barang anugerah pinjaman tentu suatu saat jika Pemilik akan mengambil kembali miliknya tersebut kita boleh berlapang dada (redho) menyerahkan barang pinjaman tersebut kepada sang pemilik

Perempuan yang ditinggal mati oleh anaknya. “Perempuan manapun yang ditinggal mati oleh tiga orang anaknya maka ketiga anaknya itu akan menjadi dinding baginya dari api neraka.” (Al Bukhari dari Abu Sa’id Al Khudri)

3. Mengharap pahala dan syafaat atas kematian si anak kecil.
Seperti yang telah saya katakan di awal, bahwa, kematian seorang anak bukanlah suatu musibah melainkan himpunan barokah yang mesti dipetik oleh orang yang ditinggalkan. Orang tua semestinyalah memohon pahala dan keberkatan dari peristiwa tersebut, maka sudah pasti Allah akan melimpahkan banyak kebaikan dan pahala kepada hambaNya yang meminta dengan setulus hati.

Anak-anak di dalam syurga “Anak-anak kecilmu – pada riwayat yang lain - anak-anak kecil mereka – (menjadi) kunang-kunang di dalam syurga, seorang diantara mereka menemui ayahnya, memegangi bajunya tidak berhenti sampai Allah memasukkan dia dan ayahnya ke dalam syurga”. (Imam Ahmad, Bukhari di dalam Al Adabul MUfrad, Imam Muslim di dalam Shahihnya dari Abu Hurairah).

Jadi akhirnya sebagai penutup, diulagi kembali bahawa sungguh teramat malangnya bagi setiap ibu bapa yang telah mengambil jalan singkat (iaitu jalan orang-orang yang tidak bijak) seperti menggugurkan kandungannya, membuang bayinya atau membunuh bayinya. kerana mereka semua ini tidak akan dapat merasai sebarang nikmat dari syafaat kurniaan Allah kepada si bayinya itu.

Insaflah...........usah lagi bertindak zalim....
Jangan sampai engkau bersedih di sana....
Kerana semuanya sudah tiada berguna lagi...
wallahu'alam

Jumaat, 2 Ogos 2013

Kisah Renungan 2 : Rintihan Seorang Anak Di Dalam Rahim Yang Di Gugurkan ..

Baru-baru ini aku duk bincang dalam pejabat dengan rakan sekerja...kemudian datang seorang guru yang keluar dari kelas secara tiba-tiba, lalu bertanya apa hukum menggugurkan kandungan dengan alasan untuk menyelamatkan salah seorang antara dua? kami bertanya kenapa? rupa-rupanya guru itu menerima satu SMS dari seorang wanita...setelah diselidiki bahawa kami dimaklumkan bayi itu sudah cukup sifat dan doktor mengesahkan ; 1)bayi itu cacat, 2)dijangka tidak hidup lama sebab ada masalah kesihatan, kata doktor itu.

Dari kesimpulan cerita ini ; hukum menggugurkan kandungan adalah HARAM !!, kerana alasan wanita itu untuk menyelamatkan nyawa salah satu darinya ditolak sebab, kes ini bukan untuk menyelamatkan nyawa, tetapi lebih kepada membunuh nyawa kerena beliau tidak dapat menerima hakikat anak itu nanti dilahirkan dalam keadaan cacat. tetang masalah jangka hayat nyawa itu merupakan ramalan doktor sahaja. boleh jadi setelah dilahirkan bayi itu terus sihat sebab ini semua dalam aturan qada' qadar Allah. jika si bayi itu terus sihat tidak sanggupkan wanita itu menjaga ahli syurga (oku)? atau sekalipun si bayi itu dilahirkan dan dikatakan doktor bahawa si bayi itu tidak boleh hidup lama kerana masalah kesihatan. adakah tidak sudi wanita itu mendapat syafaat ahli syurga di mahsyar kelak?

Maka dari kisah yang ringkas di atas itu tadi, saya titipkan sedikit kisah untuk renungan bersama;

Bulan 1 : Ibu, panjang adik cuma 2cm, tapi adik sudah ada dalam badan ibu.. Adik sayang ibu, bunyi degupan jantung ibu menjadi musik terindah yang menemani adik di sini..

Bulan 2 : Ibu, adik dah boleh merasa jari jemari, disini terasa hangat ibu, nanti kalau adik dah keluar, ibu janji nanti kita main sama-sama ye..

Bulan 3 : Ibu, biar pun adik belum tau jenis jantina adik, tapi apa pun adik harap ibu dan ayah bahagia apabila adik dilahirkan nanti.. Jangan menangis ya bu, kalau ibu menangis, adik juga ikut menangis..

Bulan 4 : Ibu.. rambut adik dah mula tumbuh, adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan kanan..adik harap ibu dan ayah kini pasti sudah boleh tersenyum gembira kerana adik bakal dilahirkan...

Bulan 5 : Ibu.. tadi jumpa dokter ya, doktor cakap apa ya..? Αpa benda D&E tu bu.? Αdik tak kan di apa-apa kan ya bu..?

Bulan 6 : Ibu jumpa dokter tu lagi ya..? Ibu, tolong bagi tau doktor tu, adik di sini sihat-sihat je..! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam..? Benda tajam tu mula memotong rambut adik, bu tolong adik, adik takuttt.. Benda tajam tu pula memotong kaki adik, sakiittt bu.. Walaupun adik dah tiada kaki, adik masih ada tangan yang boleh memeluk ibu.. Ibu, kenapa benda itu sekarang memotong tangan adik, ibu tolong adik.. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu.. Tapi, biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata dan telinga untuk melihat senyuman ibu, mendengar suara ibu , tapi.. benda itu sekarang sudah mula memotong memutuskan leher adik , ibuuuuuu .. Maafkan adik bu..berilah adik kesempatan hidup, adik sayang ibu, adik teringin nak memeluk ibu..

Bulan 7 : Ibu, adik di sini sihat-sihat je, adik dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga, Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong benda tajam itu, Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga, memeluk, memegang tangan, menggendong adik dengan lembut, dan lalu Tuhan membisikan memberi tahu apa itu D&E.. Kenapa ibu tetap melakukannya..? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik..? Αpa salah adik ibu ..? Ibu bertaubatlah ya!......

Bulan 8 : Ibu, adik rindukan ibu, adik akan tunggu ibu di telaga itu, adik akan memberi syafaat menuman air itu kepada ibu dan ayah bila tiba hari mahsyar...tetapi Tuhan telah membisikkan kepada adik supaya tidak beri air itu kepada ibu dan ayah....adik minta maaf ya ibu, sebab adik lebih sayangkan Tuhan adik, adik tak nak derhaka dengan Tuhan adik, sebab Dia-lah yang telah menjaga dan memelihara adik di saat ibu dan ayah tidak memerlukan adik....Ibu ayah bertaubatlah ye sebelum terlambat!.....jika ada rezeki kita jumpa di sana....

wallahu'alam (senyuman minda berzikir)