Sabtu, 4 Julai 2009

DOA BUAT SAHABAT-SAHABAT KU

Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya, terangi hatinya
dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah
hatinya, perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada
kebaikan, jauhkanlah hatinya pada
kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik
hajat dalam agama, dunia dan akhirat

Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia
menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia
dalam jurang cinta nafsu? Jagalah
hatinya agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada
hatiMu. jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di
jalanMu

Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan
terjatuh dalam perjalanan panjang
meyeru manusia kejalanMu jika kau
halalkan aku merindui
sahabatku, janganlah aku melampaui
batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki, rindu abadi dan kasih
sejati hanya untukMu

Ya Allah
kurniakanlah sahabatku
kesenangan, ketenangan, kecemerlangan
hidup di dunia akhirat kelak..
AMIN ... salam ukhwah fillah..

Tiada ulasan: