Isnin, 8 Februari 2010

KEMATIAN YANG SEMANGKIN HAMPIR : AL-FATIHAH BUAT MU SAHABAT


manjung : pada 27 hb Januari 2010 maka telah pergi ayah tercinta ku kehadrat ilahi. namun kesedihan tetap dirasai. tidak berapa lama selepas itu, h/p saya berbunyi dengan message yang bertalu-talu masuk. apa bila dilihat satu persatu message tersebut, maka saya dikejutkan pula dengan message sedih dari sahabat lama saya Ustaz Rosli bin Hasani yang menyampaikan berita sahabat satu perjuangan saya Sdr. Mohd Hafiz bin Omar telah kembali ke Rahmatullah pada 2 feb 2010..

al marhum hafiz ini di kenali dengan panggilan apachee al-hajj / haji.. beliau merupakan sahabat satu kelas dan satu dorm semasa menuntut di APID. beliau juga merupakan pelajar & guru dalam bidang it dan disigner. semasa di APID banyak jugalah saya belajar dan bertanya kepada si arwah. beliau berasal dari n9.

saya difahamkan pemergian beliau atas penyebab sakit barah otak. semasa di APID beliau selalu juga tidak dapat hadir ke kelas kerana mengadu sakit kepala dengan alasan magrin. sempat jugalah saya jadi tukang urutnya. itulah kenangan. semasa beliau dapat melanjutkan pengajiannya ke bidang sarjana di UIN Syarif Hidayatullah Jakarta Indonesia, (kalau tak silap saya 1 minggu selepas berjaya menjadi mahasiswa UIN pada tahun 2007) maka saya di fahamkan pula oleh sahabat2 di sana iaitu Ustaz Kamal bin Kusmin, Zulkifli bin Mat Nor yang memaklumkan bahawa si arwah telah di masukkan ke hospital jakarta kerana mengidap barah otak. lalu dengan nasihat dari pihak kedutaan malaysia, maka beliau dipindahkan ke wad hospital universiti kebangsaan malaysia dan selepas itu saya sudah tidak lagi mendengar kabar beritanya sehinggalah beliau kembali mengadap Rabbul Jalil.

apa yang istimewanya beliau adalah : si arwah ini adalah seorang yang dilahirkan dalam keadaan golongan OKU, tapi beliau telah buktikan kepada masyarakat & sahabat2nya OKU bukan satu halangan untuk berjaya. kerana beliau telah menunjukkan satu sifat sentiasa bersemangat, rajin, tidak menangguh-nangguh kerja, beramah mesra & beliau juga bukan seorang yang bersifat pendendam.

maka di sini sebagai pengajarannya. kejayaan & kegagalan seseorang itu terletak kepada matlamat jiwa seseorang, sama ada dia mahu berjaya atau gagal. jika dia mahu berjaya, maka dia perlu berusaha seumpama cerita si arwah di atas & jika dia mahu gagal maka dia tidak perlu buat apa-apa, duduk diam cukup. jika orang yang gagal itu menyesal maka jangan tanya dia mengapa dia gagal.............. sebab .............jawapannya pasti banyak alasan-alasan dan beribu-ribu lagi alasan. alasan itu mengelak untuk mencuba dalam terus berjaya. sebab ramai manusia banyak bertanya, mengkritik daripada buat dulu sebelum tanya atau kritik. sebab itulah manusia suka menghukum bukan sukan untuk membina mana yang kurang.

ingatlah firmah Allah : ta'awanu alal birri wa taqwa, wala ta'awanu alal ithmi wal 'udwan
maksudnya : bertolong-tolonglah kamu dalam kerja-kerja kebaikan dan janganlah sesekali kamu menolong dalam kerja-kerja ke arah kemaksiatan dan kebinasaan.

kirimlah al-fatihah untuknya semoga dengan syafaat yang ada dalam bacaan al-fatihah itu tadi dapat mengharumkan lagi istana kebahagiaan si arwah di alam barzakh sana. amin

Tiada ulasan: