Rabu, 14 Mac 2012

Mari Berselawat


محمد أشرف الأعراب والعجم
MUHAMMAD adalah sebaik-baik drp kalangan Arab dan bukan Arab
محمد خير من يمشى على قدم
MUHAMMAD adalah sebaik-baik yang berjalan dgn kaki (manusia)
محمد باسط المعروف جامعه
MUHAMMAD adalah yang pemurahnya semua orang tahu
محمد صاحب الإحسان والكرم
MUHAMMAD adalah yang memiliki belas kasih dan kemuliaan

محمد تاج رسل الله قاطبة
MUHAMMAD adalah mahkota rasul-rasul ALLAH sekaliannya
محمد صادق الأقوال والكلم
MUHAMMAD adalah orang yang paling benar dalam semua kata-kata dan kalimat

محمد ثابت الميثاق حافظه
MUHAMMAD adalah orang yang tepat janji dalam memeliharanya
محمد طيب الأخلاق والشيم
MUHAMMAD yang terbaik akhlak dan perwatakan

محمد رويت بالنور طينته
MUHAMMAD yang cahaya mengalir pada penampilan dan generasinya
محمد لم يزل نورا من القدم
MUHAMMAD yang tidak lekang cahaya daripada diri dan perwatakan

محمد حاكم بالعدل ذو شرف
MUHAMMAD yang mengadili dengan adil lagi mempunyai kemuliaan
محمد معدن الإنعام والحكم
MUHAMMAD yang terkumpul padanya segala kenikmatan dan kebijaksanaan

محمد خير خلق الله من مضر
MUHAMMAD adalah sebaik-baik penciptaan ALLAH drp para pencerdas
محمد خير رسل الله كلهم
MUHAMMAD adalah sebaik-baik rasul ALLAH drp keseluruhannya

محمد دينه حق ندين به
MUHAMMAD yang agamanya benar yang kita menganutinya
محمد مجملا حقا على علم
MUHAMMAD yang sangat benar ke atas sekalian alam

محمد ذكره روح لأنفسنا
MUHAMMAD yang mengingatinya adalah ruh untuk jiwa-jiwa kita
محمد شكره فرض على الأمم
MUHAMMAD yang bersyukur padanya adalah wajib atas sekalian umat

محمد زينة الدنيا وبهجتها
MUHAMMAD adalah bunga dunia dan kegemilangannya
محمد كاشف الغمات والظلم
MUHAMMAD adalah penawar kesedihan dan kegelapan

محمد سيد طابت مناقبه
MUHAMMAD adalah ketua yang baik akhlaknya
محمد صاغه الرحمن بالنعم
MUHAMMAD adalah ciptaan TUHAN yang penuh dengan kenikmatan

محمد صفوة البارى وخيرته
MUHAMMAD adalah kesenangan TUHAN dan pilihan-NYA
محمد طاهر من سائر التهم
MUHAMMAD adalah bersih dari segala tuduhan

محمد ضاحك للضيف مكرمه
MUHAMMAD yang senyumannya untuk tetamu bagi memuliakannya
محمد جاره والله لم يضم
MUHAMMAD yang jirannya tidak pernah dia zalimi

محمد طابت الدنيا ببعثته
MUHAMMAD yang beruntunglah dunia dengan kerasulannya
محمد جاء بالآيات والحكم
MUHAMMAD yang datang dengan Ayat-Ayat (TUHAN) dan Hikmah-Hikmah

محمد يوم بعث الناس شافعنا
MUHAMMAD yang pada hari kebangkitan pemberi syafaat pada kita
محمد نوره الهادى من الظلم
MUHAMMAD yang cahayanya petujuk daripada kegelapan

محمد قائم لله ذو همم
MUHAMMAD adalah pelaksana perintah ALLAH dengan semangat juang
محمد خاتم الرسل كلهم
MUHAMMAD adalah pengakhir bagi sekalian rasul

Sejarah Qasidah Burdah



Qasidah Burdah dikarang oleh Imam al-Busiri yang dilahirkan pada tahun 610 Hijrah (1213 Masehi) dan meninggal dunia pada tahun 695 Hijrah (1296 Masehi). Beliau telah diasuh oleh ayahandanya sendiri dalam mempelajari al-Quran dan ilmu pengetahuan yang lain. Untuk memperdalamkan lagi ilmu agama dan kesusasteraan Arab, Imam al-Busiri lalu berhijrah ke Kaherah. Di Kaherah, Imam al-Busiri menjadi seorang sasterawan dan penyair yang ulung. Kemahirannya didalam bidang syair mengatasi para penyair lain dizamannya. Karya-karya kaligrafinya juga terkenal dengan keindahannya. Gurunya yang paling utama ialah Abdul Abbas al-Mursi yang merupakan anak murid kepada pengasas tariqat Shazili iaitu Imam Abul Hasan as-Shazili.
Manuskrip burdah yang masih tersimpan
Qasidah Burdah mengandungi 160 bait yang ditulis dengan gaya bahasa atau uslub yang menarik, lembut dan elegan. Imam al-Busiri menterjemahkan kehidupan Nabi Muhammad saw kedalam bentuk bait-bait puisi yang sangat indah. Dengan bahasa yang sebegitu indah, Imam al-Busiri telah berhasil menanamkan kecintaan dan kasihnya umat Islam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw dengan lebih mendalam. Selain dari rasa kecintaan dan kasih yang mendalam terhadap Nabi saw, nilai-nilai sastera, sejarah dan moral turut terkandung dalam qasidah tersebut. Oleh itu, tidak hairanlah apabila qasidah ini sentiasa sahaja dibaca di institusi-institusi pengajian tradisional malah qasidah ini turut diajar di Universiti al-Azhar, Mesir.
Imam al-Busiri hidup dalam zaman transisi atau perpindahan kuasa dinasti Ayyubiyyah kepada dinastik Mamalik Bahriyah. Pada ketika itu, pergolakan politik semakin gawat, akhlak masyarakat merosot dan para pemerintah terlalu mengejar kemewahan. Maka dalam suasana serba kekalutan itu, muncullah Qasidah yang dikarang oleh Imam al-Busiri yang seakan-akan mengajak manusia kembali mencontohi kehdupan Nabi saw yang berasaskan uswatun hasanah yakni suri tauladan yang baik, mengawal hawa nafsu dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar yang berasaskan al-Quran dan Hadith.
Burdah yang menjadi tema utama dalam karya al-Busiri itu adalah merujuk kepada jubah yang dipakai oleh Nabi Muhammad saw. Burdah milik Nabi Muhammad saw ini telah diberikan kepada Ka’ab bin Zuhair bin Abi Salma, seorang penyair terkenal Muhadramin (penyair dua zaman iaitu Jahiliyyah dan Islam). Riwayat pemberian burdah oleh Rasulullah saw kepada Ka’ab bin Zuhair bermula apabila Ka’ab sentiasa menggubah syair yang mengejek-ejek Nabi saw dan para sahabat. Kerana rasa jiwanya terancam, ia lari bersembunyi untuk melindungi diri dari kemarahan para sahabat. Ketika terjadi penaklukan Makkah, saudara Ka’ab yang bernama Bujair bin Zuhair mengutus surat kepadanya yang isinya antara lain menganjurkan Ka’ab agar pulang bertaubat dan berjumpa Rasulullah saw.
Setelah memahami isi surat itu, Ka’ab pun pulang ke rumah dan bertaubat. Ka’ab lalu berangkat menuju ke Madinah. Menerusi Abu Bakar as-Siddiq, Ka’ab menyerahkan diri kepada Rasulullah saw. Ka’ab mendapat penghormatan yang tinggi dari Rasulullah saw sehinggalah baginda melepaskan burdahnya dan diberikan kepada Ka’ab. Ka’ab kemudiannya menggubah sebuah qasidah yang dikenali dengan nama Qasidah Burdah. Qasidah ini ditulis dengan indah oleh seorang ahli kaligrafi, Hasyim Muhammad al-Baghdadi didalam kitab kaligrafinya yang berjudul Qawaid al-Khat al-Arabi. Burdah yang diberikan oleh Rasulullah saw kepada Ka’ab kemudiannya menjadi milik keluarga Ka’ab sehinggalah ia dibeli oleh Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan dengan harga dua puluh ribu dirham. Burdah itu kemudiannya dibeli pula oleh Khalifah Abu Ja’far al-Mansur dari dinasti Abbasiyyah dengan harga empat puluh ribu dirham. Burdah itu seterusnya dipakai pada setiap kali solat hari raya oleh khalifah dan kemudiannya menjadi tradisi turun-temurun.
Manuskrip qasidah burdah yang ditulis tangan
Diringkaskan sehingga bagaimana Qasida Burdah ini menjadi terkenal bermula apabila Imam al-Busiri tiba-tiba jatuh sakit dan diserang penyakit Syalal (lumpuh). Mengikut catatan ahli tarikh, beliau lumpuh separuh badan. Tabib-tabib yang terkemuka gagal mengubat penyakitnya. Dalam keadaan kesakitan dan tidak berdaya, Imam al-Busiri mengarang qasidah yang berkaitan dengan Nabi Muhammad saw. Qasidah-qasidah ini disusun dengan begitu indah dan diulang-ulang oleh Imam al-Busiri. Kemuncaknya,pada satu malam ketika Imam al-Busiri tertidur, beliau bermimpi melagukan qasidah-qasidah yang dikarangnya di hadapan Baginda Rasulullah saw sendiri. Rasulullah saw dalam mimpi tersebut begitu gembira dan menyukai qasidah tersebut, lantas baginda mengusap muka Imam al-Busiri dengan kedua-dua tangan baginda yang mulia. Rasulullah saw turut menyentuh bahagian tubuh Imam al-Busiri yang lumpuh dan memakaikan Imam al-Busiri dengan burdah baginda.
Sebaik sahaja tersedar dari mimpi tersebut, Imam al-Busiri mendapati beliau tidak lagi lumpuh! Imam al-Busiri dengan segera keluar dari tempatnya untuk menceritakan kisahnya kepada orang lain. Beliau bertembung dengan seorang pemuda yang bertanya kepadanya, “Syeikh, bawakan kepadaku qasidah-qasidah yang telah kau karang tentang Nabi SAW.” Terkejut dengan permintaan pemuda tersebut, Imam al-Busiri bertanya, “Dimanakah anda mengetahui tentang qasidah yang kukarang? Aku tidak pernah menceritakannya mahupun melagukannya kepada sesiapapun!!” Jawab pemuda tersebut,
“Aku bermimpi malam tadi bahawa Nabi SAW didendangkan dengan qasidah-qasidah yang cukup indah yang memuji baginda. Aku lihat baginda begitu gembira dan menyukai qasidah tersebut dan memakaikan pakaian baginda (burdah) kepada orang yang melagukan qasidah tersebut…Dan aku melihatmu dalam mimpiku!”
Sejak saat tersebut, Qasidah Burdah yang dikarang oleh Imam al-Busiri menjadi masyhur. Anak-anak Islam pada zaman silam diajarkan tentangnya dan menjadi nasyid harian. Malahan ramai di antara ‘ulama Islam seperti Ibnu Hajar Haithami yang menganggap harus untuk mempelajari qasidah ini bagi penuntut-penuntut ilmu Islam bagi memupuk kecintaan terhadap baginda Rasulullah SAW. Selain dari Qasidah Burdah, sebuah lagi qasidah yang sangat terkenal yang dikarang oleh Imam al-Busiri ialah Qsidah Mudariyya.
*artikel ini dioleh semula oleh Hafizul Hazman Bin Ngaa, Exco Informasi dan Penerbitan Persatuan Mahasiswa Islam UPM. Beliau merupakan mahasiswa jurusan Bachelor Perniagaantani dan Pertanian, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia.

Rabu, 7 Mac 2012

Kalam Sufi : Pesanan Habib ‘Ali bin Muhammad bin Hussin Al-Habsyi (Gambar) untuk penuntut ilmu


Nasab Beliau: ‘Ali bin Muhammad bin Hussin bin ‘Abdullah bin Syeikh bin ‘Abdullah bin Muhammad bin Hussin bin Ahmad Shohib asy-Syi’ib bin Muhammad Asghar bin ‘Alwi bin Abu Bakar al-Habsyi bin ‘Ali bin Ahmad bin Muhammad Asadullah bin Hasan at-Turabi bin ‘Ali bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alwi bin Muhammad bin ‘Alwi bin ‘Ubaidullah bin al-Muhajir Ahmad bin ‘Isa bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-‘Uraidhi bin Ja’far ash-Shodiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin Hussin as-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.

Habib ‘Umar bin Muhammad Maulakheila menyebut di dalam Jawahir al-Anfaas fi maa Yurdhi an-Nas I, Kumpulan Kalam Habib ‘Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi :

Pada hari Ahad, 11 Syawwal 1322H di Anisah, Habib ‘Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi mengundang dan menjamu para penuntut ilmu. Habib 'Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi berkata: Ketahuilah, hari ini aku mengundang kalian dengan tujuan agar kalian bangkit dengan penuh semangat untuk menuntut ilmu. Ketahuilah ‘aib bagi seorang pelajar jika ia tidak membawa kitabnya. Giatlah belajar, semoga Allah Ta’ala menberkati kalian. Bersungguh-sungguhlah dalam menuntut ilmu. Perhatikanlah salaf kalian, mereka menghafal berbagai matan. Mereka telah menghafal kitab Zubad, Mulhah dan Alfiyyah di masa kecilnya. Setelah dewasa, ada yang telah menghafal kitab al-Minhaj, al-Irsyad dan ada pula yang telah menghafal al-Ubab. Sedangkan kalian …..???? satu kitab pun tak ada yang hafal. Andaikata ada yang hafal, dia tidak faham dan tidak mengamalkan isinya

Aku inginkan setiap pelajar membawa alat tulisnya ketika mengikuti pelajaran, kemudian mencatat persoalan-persoalan yang telah dihafalnya. Ketahuilah, manfaat ilmu terletak pada pengamalan dan pencatatannya.

Pelajarilah cara mematikan hawa nafsu, pelajarilah adab. Tuntutlah ilmu baik dari orang dewasa mahupun anak-anak. Jika yang mengajarkan ilmu jauh lebih muda, jangan berkata: “Kami tidak mahu kepadanya, aib bagi kami”. Ketahuilah, Allah telah memberinya ilmu, meskipun ia masih kecil. Dengan belajar kepadanya, mengakui dan menghormatinya, Allah Ta’ala akan memuliakan kamu sebagaimana Dia telah memuliakannya. Jauhi dengki dan irihati. Ketahuilah, kedua sifat ini dapat mencabut keberkatan ilmu. Ambillah manfaat dari setiap orang yang dapat memberimu manfaat. Andainya seorang yang pekerjaannya membaja tanah dengan najis haiwan hendak memberimu manfaat, maka ambillah manfaat darinya.

Pelajarilah pelajaran yang hendak kalian bacakan di hadapan guru kalian. Dengan cara demikian kalian akan memetik banyak manfaat. Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi membaca pelajarannya sebanyak 25 kali sebelum mengikuti pelajaran gurunya. Dan beliau mengulang pelajarannya sebanyak 25 kali seusai (selesai) pelajaran. Adapun kalian, hanya membuka kitab itu ketika telah berada di depan guru kalian.

Lihatlah Syeikh Fakhrurrazi, dia mengulang pelajarannya sebanyak 1,000 kali. Ketika masih menuntut ilmu di Mekah, setiap malam aku bersama abangku Hussin dan Alwi as-Seggaf mempelajari 12 kitab syarah dari al-Minhaj lalu menghafal semuanya. [Allahu Allah ….] Suatu ketika di akhir malam ayahku keluar dari biliknya dan mendapati kami sedang belajar. Beliau berkata: “Wahai anak-anakku, kalian masih belajar? Semoga Allah memberkati kalian.

Ketahuilah menghafal di waktu kecil seperti mengukir di atas batu. Manfaatkanlah masa muda kalian, masa lapang kalian dan tenaga kalian. Perhatikanlah bagaimana orang-orang tua menghadapi kesulitan ketika menghafal. 
Wallahu ‘alam - Al Fatehah untuknya

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI YANG MEMBUATKAN KITA MENGALIRKAN AIRMATA


Oleh Ustaz Nasir pada 5 Januari 2012 pukul 16:01

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI yang saya terserempak kat Facebook...yang membuatkan saya secara tiba2 mahu menangis..

ISTERI YANG TERBAIK....
SETIAP SUAMI MESTI BACA !!!!!!!!!!!!

*********************************************************************************

Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..

Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya., dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.

Dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..

Sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir. 
”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..

Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya….

Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."
Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…

Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….

Terima kasih ustaz….doakan saya…….
*********************************************************************************

Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright..

P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada....
Semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)

AMBIL IKTIBAR, SAYANGI ISTERI2 ANDA..

Khamis, 1 Mac 2012

Generasi Harapan PATUT BERSYUKUR


Engkau
Duduk di bumi Tuhan
Engkau berjalan di atasnya
Kemana-mana Tetapi
Engkau derhaka pada-Nya

Engkau
Makan rezeki milik Tuhan
Engkau miliki apa saja
Malang sekali engkau tidak pedulikanNya
Engkau terima nikmat-Nya

Tidak pernah Tuhan meminta bayaran
Takut engkau tidak bersyukur padaNya
Sedangkan manusia berbudi dengan kita
Kita tidak patut
Tidak mengenang budi
Tidak menganang jasa manusia pada kita
Jua seseiapa pun
Tak boleh menerimanya

Inikan pula Tuhan yang Mencipta
Menghidupkan
Dan memberi segalanya
tiba-tiba kita tak mensyukurinya 
tiba-tiba kita tak besarkannya

Ertinya
Kita adalah manusia
Yang tidak berhati perut
Yang tidak sedarkan diri
Dan membesarkan diri

Bahkan manusia yang membesarkan diri
Dan sombong terhadap khaliq-Nya
Itulah diri engkau
Tidak mungkin menongkat langit

Di suatu hari nanti engkau kan menemui
Tuhan pencipta engkau
Disanalah nanti
Engkau akan menyesal
Tidak berkesudahan 

Inikan pula Tuhan yang Mencipta
Menghidupkan
Dan memberi segalanya
tiba-tiba kita tak mensyukurinya 
tiba-tiba kita tak besarkannya

Suatu hari nanti kita kan menemui
Tuhan pencipta engkau
Disanalah nanti
Engkau akan menyesal
Tidak berkesudahan 

Rayuan Hamba untuk Mu Wahai Kekasih-ku Nabi Muhammad S.A.W

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa. Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan
Keampunan-Mu
Dan Sifat Pemurah-Mu
Dan Kebebasan daripada Neraka-Mu
Dan juga kami tamakkan Syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia
Kami memohon pada-Mu
Mohon dengan sangat, Wahai Tuhanku, dari sudut hati kami yang paling dalam

Kalaulah kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami
Akan terlunaslah segala hutang dan semankin hampirlah
Dengan Haruman Baginda, sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu

Berada berhampiran baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna
Sempatkanlah kami bertemu baginda, Wahai Tuhan yang Memperkenankan doa hamba

Hidayah-Mu kepada alam merata meluas
Tanda hampirnya kasih-sayang Tuhan Pemberi Hidayah
Hadith-hadith-Mu umpama sungai mengalir jernih
Berada disisi-mu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah

Ku tebus diri-ku dengan diri-mu, wahai kekasih-ku
Nabi Muahammad yang mulia, yang asing
Berada berhampiran-mu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutus sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam
Wahai kekasih-ku iaitu Nabi Muhammad
Wahai doktor hati-ku iaitu Nabi Muhammad yang dipuja dan dipuji
Diri-mu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atas-mu