Jumaat, 19 April 2013

ANTARA MEMBESARKAN KELEBIHAN & MEMBESARKAN KEKURANGAN

Lihat kelebihannya agar anda mengharganya, tutupi kekurangannya kerana sebahagian kekurangan itu bukan kehendaknya.

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan, andai engkau membesarkan kelebihannya maka engkau sebenarnya telah membesarkan kasihsayang, kecintaan dan penghargaan. sebaliknya andainya engkau membesarkan kekurangannya, maka engkau melebarkan kebencian kemarahan dan permusuhan.

Kecintaan kamu kepada seseorang menyebabkan engkau akan sentiasa bersangka baik kepadanya, dan sedia memaafkan kesilapannya. Mencari jalan mendekaktkan diri padanya, dan merasai kerinduan, thiqah dan keinginan bersamanya. Kecintaan juga menyebabkan engkau akan merasa bangga boleh melakukan apa jua yang disuruhnya, dan engkau tidak akan merasa bebanan dengan tugas tersebut semata mata kerana kasihsayang yang teramat mendalam kepadanya.

Demikianlah orang beriman, kecintaan kepada Allah menyebabkan ia merasa disayangi, dihargai dan merinduiNya. Kasihsayang itulah menyebabkan ia merasa sangat bahagia dapat menunaikan apa jua yang Allah perintahkan, dan ia tidak merasai bebanan dalam melakukan apayan Allah perintah. Ia menunggu nunggu perontah baru, kalau ada dan sedia melakukan arahan dan perintah itu. Seumpama pembantu kepada aja raja sentiasa membuka mata dan telinga untuk menunggu apa yang dititah oleh rajanya dan dan ia segera melakukan kehendak taja tersebut. Tentulah ia akan tunaikan secepa mungkin kerana ketaatan dan kepatuhannya. Ia gembira bila dapat menunaikannya dan ia cemas bilamana ia gagal melaksanakannya.

Demikianlah orang beriman, ia gembira dapat segera tunai perintah Tuhannya dan tidak merasai terbeban denganarahan dan perintah, bahkan merasa gembira bila ia dapat segera menunaikannya. Samada solah lima waktu, puasa, zakat dan apa juga kewajipan.ia sedih bilamana gagal menunaikan dan akan merasa tidak puas hati kalau ia sekadar menunaikannya sambil lewa.

Maka terhadap perintah Allah atau hubungan dengan sahabat handai, kasih sayang, kecintaan menyebabkan segala persepsi kitayerhadapnya akan berubah. Bahkan hasih kasih sayang dan kecintaan inilah melahirkan pengorbanan yang tinggi, sehingga ada yang sedia mengorbankan nyawa, harta, masa dan tenaganya demi membuktikan kasih sayangnya.

Tanamlah kecintaan kepada Tuhanmu, nescaya akan berbungga kasih sayangmu kepada mahkluknya. Andainya ini dapat diujudkan anda telah mempunyai "kekasih" yang tidak kan mengecewakan.

Senyum pagi bersama keluarga.
Sayangi keluarga anda, nescaya mereka akan menyangi anda.

Tiada ulasan: