Sabtu, 16 April 2011

Pesanan Buat Pejuang



"

Firman Allah taala:

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)" (Surah Al-An'aam ayat 162-163)

Inilah ayat keramat yang biasa kita baca pada setiap kali sembahyang fardu yang diajarkan sendiri oleh Allah dalam Al-Quran yang mulia sebagai ikrar kita dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu bahawa doa ini adalah merupakan ayat-ayat Al-Quran yang menjadi petunjuk dan dasar pegangan kita. Mungkin juga ada yang sekadar membacanya tanpa mengetahui maksudnya yang sebenar, baik yang tersurat mahupun yang tersirat.

Sebagai seorang Islam yang beriman, kita perlu menyakini bahawa segala perkara yang kita lakukan dalam kehidupan ini akan dihitung serta dipertanggungjawabkan sama ada perkara itu baik atau buruk. Allah mengajar kita bahawa perkara agama bukanlah hanya dalam ibadah-ibadah seperti sembahyang, puasa, berzakat dan sebagainya sahaja, tetapi merangkumi keseluruhan cara hidup kita (Islam is the way of life) sehinggakan mati pun mestilah hanya lillahi taala iaitu demi menunaikan segala perintah Allah yang telah diperintahkan kepada kita menerusi Al-Quran dan As-Sunnah.

Setiap individu muslim dalam segenap apa pun urusannya tidak dapat lari dari dasar utama yang telah ditetapkan oleh Allah ini, dan tidak ada jalan yang lain dari jalan ini yang akan diterima oleh Allah taala selain dari jalan Allah dan rasulNya yang dengannya kita diperintahkan untuk beriman, taat dan patuh serta berserah diri.

Firman Allah taala :


"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali"


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir" (Surah Al-Baqarah 2:285-286)

Sesungguhnya Allah tidak memberati kita melainkan apa yang terdaya oleh kita. Justru itu, seandainya di dalam diri kita sudah cukup bekalan ilmu dan tertanam matlamat lillahi taala (kerana Allah taala), janganlah gentar dalam menyusun langkah demi mencapai matlamat tersebut, kerana Allah jua yang menjadi Penolong kita serta matlamat akhir tujuan kita iaitu kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam yang keranaNya lebur segala yang fana, kepadaNya kita kembali dan menerima balasan."

wallhu 'alam

Dapatkan Keputusan Rasmi Pilihan Raya Negeri Sarawak

Lawat laman website : Tranungkite / Malaysiakini

Keputusan menang keseluruhannya :
BN memenangi (55) kerusi,
DAP
memenangi (12) kerusi,
PKR
memenangi (3) kerusi
BEBAS
memenangi (1) kerusi.

Parti bertanding yang masih belum menang :
PAS - 0 kerusi
PCM - 0 kerusi
SNAP - 0 kerusi

Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.


Tarikh Mengundi : 16 April 2011 (Sabtu)

Khamis, 7 April 2011

Hitler dan Islam - Satu pandangan dari mereka di luar sana

Saya tertarik untuk menulis tentang Hitler setelah melihat begitu banyak link note yang ditulis seorang sahabat (yang saya tidak kenal) tentang kaitan Hitler dengan Islam. Saya pohon maaf mengatakan begini, tetapi saya kasihan degan setiap sahabat yang berkongsi link ini tanpa sedar mereka sudah menjadi 'senjata' kepada musuh sendiri.

Gambar-gambar Hitler bersama Haji Amin Al Husayni bukanlah gambar yang baru tersebar. Bukan gambar yang baru dibebaskan dari sekatan OSA untuk dinikmati sekalian rakyat. Ia sudah lama berlegar di internet. Berlegar di laman web. Berlegar di forum online. Berlegar di setiap sudut plan propaganda Zionis. Untuk apa? Untuk membuktikan radikalnya Hitler ialah kerana Islam. Dan Holocoust itu berasal dari Islam sendiri!

Dan naifnya kita untuk gembira dengan jerangkap mereka.

Hitler tidak pernah berminat atau meminati Islam. Ini adalah fakta. Jika dia minat kepada Islam, dia sudah lama masuk Islam. Tony Blair sudah 3 kali khatam Quran. Jauh lebih banyak daripada remaja kita yang baca Fatihah pun merangkak. Malahan 'kagumnya' Tony Blair kepada Quran dilafazkan di hadapan agensi berita Reuters dengan menyebut "Quran itu praktikal dan mendahului zaman"

Maka sudah tentulah dia jauh lebih hebat daripada sebahagian rakyat kita yang terpaksa menunggu sehingga putih bulu kening untuk fasih baca Yasin. Dan sudah tentulah jauh lebih menakjubkan dari Hitler.

Tetapi adakah itu boleh menahan dia daripada menghantar ribuan tentera menyembelih umat Islam seluruh dunia?

Tidak.

Tuan-tuan yang dikasihi,

Percayalah minat Hitler pada Islam bukanlah seperti minat Ann Wan Seng semasa dia baru-kenal Islam dulu. Minat Hitler (dan Tony!) kepada Islam lebih kurang sama sahaja dengan minat orang Melayu kepada tongkat Ali, kopi janda, belalai gajah, minyak lintah..... Minat dari nafsu, bukan hati!

Hitler sedar dan faham bahawa demi menjustifikasikan tindakan politiknya kepada Yahudi, dia perlu mengambil hati rakyat yang lain. Dan hati rakyat paling mudah didekati dengan menggunakan agama. Kenapa anda fikir George Bush Jr. melawat masjid di Washington selepas Perang Afganistan dan sekali lagi selepas Perang Iraq? Bush nak pergi sembahyang tarawih kah?

Anda tahu jawapannya..

Hitler seorang politikus dan strategis yang cerdik. Sangat cerdik. Dan dia hanya perlu memanipulasikan kekeliruan dan emosi rakyatnya untuk menjana misi sendiri.Ingat, Heinrich Himmler, Ketua tentera Jerman sendiri mengakui bahawa Nazisme memanipulasi semangat jihad tentera mereka yang beragama Islam.

Sekarang cuba kita rujuk sejarah. Mengapakah Portugis di Melaka bergabung dengan Johor untuk menyerang Acheh? Dan mengapakah di saat yang lain, Portugis bergabung dengan Acheh menggempur Johor?

Dalam sisi perang, ia dipanggil turn your enemy into your weapon.

Soal sama ada Hitler tidak meminum arak tidak boleh dijustifikasikan sebagai kecondongan dia kepada Islam. Tuan-tuan perlu ingat, arak diharamkan oleh majoriti agama. Islam, Buddha, Hindu dan sebahagian besar Christian Orthodoks. Hitler sendiri beragama Kristian Roman Katholic, belajar di sekolah Kristian ketika kecil dan pernah memperkenalkan ideologi 'Positive Christianity'.

Jadi soal minum arak atau tidak, bukan hal yang releven melainkan dia memeluk islam dahulu.

Hitler tidak pernah membunuh Yahudi kerana pembacaannya tentang Islam. Tidak pernah menjalankan holocoust kerana membaca Quran. 100 000 tentera Jerman yang terlibat dalam holocoust dan menyembelih 6 juta yahudi juga membunuh bukan kerana ada hadis nabi menyuruh begitu. Demi Allah yang jiwaku berada di dalam tangan-Nya (kekuasaan-Nya), aku bersumpah bahawa tidak ada Islam menyuruh begitu. Tidak ada.

Majoriti mereka ialah Kristian yang setiap minggu berulang alik ke gereja. Mereka jadi begitu kerana kegagalan pemuka-pemuka Kristian Jerman menjadikan mereka semua seorang manusia. Tidak ada sepatah kaitan dengan Islam.

Islam tidak pernah dikenali di Jerman pada masa tersebut. Ia tidak pernah dominon di sana. Islam hanya diketahui selepas pengaruh Jerman memasuki Balkan (yang dihuni majoriti Muslim) pada Perang Dunia ke 2. Bukan pengaruh Islam di Balkan yang memasuki Jerman.

Aneh dan canggung apabila kita memuji Hitler yang menjalankan ethnic cleansing kepada kaum Yahudi sedangkan junjungan besar Muhammad s.a.w memberikan contoh yang terbaik dalam berdepan dengan Yahudi.

Hitler membunuh Yahudi antaranya kerana dominasi dan kezaliman ekonomi kaum Yahudi ke atas penduduk Jerman. Sedangkan Nabi Muhammad hanya membenarkan ahlul Madinah memboikot Telaga Ruumah yang dimiliki Yahudi dan kedai-kedai Yahudi di Pasar Madinah kerana penjual Yahudi menipu dalam jual beli.

Malahan usai Perang Khaibar contohnya, Nabi Muhammad memberi pengampunan dan keamanan kepada Yahudi yang tunduk menyerah walaupun nyawa baginda cuba ditamatkan dengan racun perempuan Yahudi.

Dalam Perang Khandak, Yahudi Bani Quraizah dengan jelas dan terang berpakat dengan gerombolan musuh sehingga hampir menghancurkan Madinah. Apa yang dilakukan oleh nabi? Ethnic cleansing? Tidak. Hanya yang terlibat dalam perang itu sahaja dihukum bunuh kerana pengkhianatan kepada perjanjian dan keamanan negara Islam Madinah. Mereka dibicarakan dahulu malahan hakim perbicaraan itu (Saad bin Muaz) dipilih sendiri oleh pemuka Bani Quraizah; bukan oleh Nabi atau mana-mana sahabat!.

Maka amatlah pelik bilamana Allah mengutus Muhammad sebagai suri tauladan tetapi kita pula lebih galak memilih Hitler!

Kata kata Hitler "Aku boleh membunuh semua Yahudi tetapi aku meninggalkan sedikit untuk dunia mengetahui kenapa aku melakukannya' dijulang bagaikan kata keramat. Sedangkan hadis Nabi tidak mahu diingat.

Maaf saya katakan, bahawa masalah umat kita ialah mudah tertarik kepada benda baru. Mahu jadi lain dari yang lain. Itu yang menyebabkan akidah pelik seperti 'Allah duduk atas langit' pun boleh jadi popular. Atau sup lidah buaya boleh memulihkan kelelakian. Maka kasihanlah sekalian buaya...

Berhentilah menjadi Pinnochio..

TANGGA TAKBUR



Secara Ringkasnya

Enggan
Enggan Menuntut Ilmu/Menghadirkan diri dari majlis Ilmu yakni bersikap sombong dengan majlis agama. Orang yang sebegini akan ambil jalan mudah iaitu segala ilmunya di kutip dari buku tanpa ada rujukan dari Alim Ulama'. Makanya orang sebegini layaklah ia berguru dengan Syaithan.

Riak
Riak dengan ilmu yang ada. Secara ringkasnya orang yang bersangka-sangka ianya berilmu akan mula bersikap riak tambah lagi mengatakan bahawa ia tidak perlu berguru hanya sekadar mentelaah kitab.

Ujub
Ujub pada diri sendiri. Ujub di sini di ertikan sebagai hairan dengan diri. contoh
"Huh..dasat aku ni, dia mengaji berpuluh tahun pun tak reti tak paham2 lagi..aku yang tak berguru ni boleh paham"

Sumaah
Bila keadaan Ujub dan Riak menguasai diri timbul pula sifat Sumaah..suka di puji, dan di minta di puji oleh orang lain dan sekeliling.

Takbur
Mula membesarkan diri, sehinggakan menyaingi kebesaran dan keagungan Allah Taala

Tangga Takbur ini jika di teliti ia bukan saja boleh terjadi kepada mereka yang menuntut ilmu bahkan dalam kehidupan seharian.

spesis babi yg berbulu mcm biri-biri.... Hati-hati memilih barangan berbulu




HATI - HATI, INGAT BULU KAMBING, TAPI BULU BABI RUPANYA

Keliru nih.. kalau ada produk bulu babi gini, macamana nak tahu? JAKIM kena keluarkan garis panduan cepat.

Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria.

Selasa, 5 April 2011

Penyerahan buku untuk Maahad Tahfiz Dar-Al-Abrar


Salam,

Alhamdulillah..hari ini Selasa 05 April 2011, Mangievera Unique telah membuat satu lagi penyerahan wakaf satu rak buku untuk sudut bacaan kepada Maahad Tahfiz Dar- Al - Abrar Sri Manjung, Perak.

Berikut adalah senarai penyumbang beserta no. resit.
- Hamba Allah - No resit: 7763
- Hamba Allah - No resit: 7764
- Guru-guru dan staf S.K Seri Menanti, Johor - No resit: 7765
- Nor Faezah Yusof - No resit: 7766
- Zainuddin Muhammad - No resit: 7767
- Guru Besar dan guru-guru Sek. Keb. Seberang Perak untuk sumbangan Terjemahan Hadis Shahih Bukhari dan Muslim

Hubungi kami

Mangievera Unique Enterprise
No. 53, Fasa 2C
Sri Manjung
32040, Sitiawan
Perak

mangievera_unique@yahoo.com

1. Pengarah Urusan : Jasmi Ali
012-919 2636

2. Pengurus Pentadbiran :Zarina Zakaria
013- 50 959 50


Sumbangan disampaikan melalui Pengetua Maahad Tahfiz Dar-Al- Abrar
Ustaz Ibrahim bin Zakaria


Selamat datang ke laman blog Mangievera Unique Enterprise.

Melalui laman blog ini, anda akan dapat mengikuti perkembangan syarikat kami yang menjalankan perniagaan yang mengutamakan konsep amal jariah sesama umat islam.

Aktiviti utama Mangievera Unique Enterprise adalah menjual buku terjemahan Hadis Shahih Muslim dan Shahih Bukhari serta Terjemahan Al-Quran untuk diwakafkan kepada institusi-institusi yang memerlukan seperti Sekolah,Maahad Tahfiz,Rumah Anak-Anak Yatim,Masjid,Surau dan sebagainya.

Melalui konsep ini, orang ramai boleh membeli buku-buku yang dijual dan pihak syarikat akan menghantar buku-buku yang telah dibeli untuk diwakafkan kepada institusi-institusi seperti yang dinyatakan di atas. Dalam erti kata yang lain, Mangievera Unique Enterprise mencari individu yang ingin menaja buku-buku tersebut untuk diwakafkan.

Dalam masa yang sama, sebahagian dari keuntungan yang diperolehi oleh syarikat akan digunakan untuk mewujudkan sudut bacaan berupa sebuah rak yang dipenuhi dengan buku-buku agama, motivasi dan lain-lain yang akan diwakafkan ke maahad tahfiz dan rumah anak-anak yatim yang terpilih.

Mangievera Unique Enterprise mengalu-alukan sokongan serta komen dari anda.

Terima kasih