Khamis, 6 September 2012

HARUMAN WANITA SOLEHAH IDAMAN


Sesungguhnya Allah itu cantik
Sungguhlah Allah suka pada yang cantik
Dunia ini perhiasan
wanita solehah sebaik-baik perhiasannya

Darilah tenggelam di lautan rindu
Biarlah ku terbang ke puncak cinta
Harum ku puja bagai harum syurga
Memungkinkan sepasang sayap Jana’im

Darilah tersungkur di cedera rindu
Biarlah ku hancur dimamah cinta
Harum kau hawa bagai harum syurga
Memungkinkan sekalung doa mustajab

Angan-angan menggunung sehingga ku terleka
Dalam senyumanmu aku tidak terkata
Angan-angan mendalam sehingga terlupa
Menghulurkan salam menjadi kata perbuka

Selepas hilang sinar gelap baru sinar berharga
Secepat hilang sinar gelap baru rindu bercahaya
Secepat hilang siang malam baru siang bermakna
Selepas hilang siang malam baru cinta bersabda
Bagai hilang kau di mata
Baru kasih bergelora

Nadi dan Asma’ beriringan dalam bahasa yang sama
Melihat dan menutur dengan tulusnya
Mengiringi langkah ku dengan doanya
Rindu-rinduan melahirkan rasa cinta
Hingga menitis mengalirkan air mata
Kasih tak terpisah ianya kan bersama
Di dalam jiwa

Sumber Rujukan : Hadith Riwayat Imam Muslim

Tiada ulasan: