Khamis, 6 September 2012

ZIKIR PUISI MUNAJAT QIAMULAIL


Oleh : Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
……………………………………………………………………………………….

طرقت باب الرجا والناس قد رقدوا
Aku ketuk pintuMu dengan harapan menggunung semasa orang lain semuanya tidur nyenyak
وبت أشكو الى مولاي ما أجد
Aku merayu padaMu sepanjang malam akan segala penderitaan yang aku pikul
وقلت يا أملي في كل نائبة
Aku bermadah Engkau adalah tumpuanku bila saja bala menimpa
يا من عليه لكشف الضر أعتمد
Hanya Engkau sajalah tempat aku berpaut
أشكو اليك هموما أنت تعلمها
Aku mengadu padaMu dengan aneka penderitaan, Engkau tentu tahu semuanya
ما لي علي حملها صبر ولا جلد
Kesabaranku sudah mula luntur, daya tenagaku sudah mula lemah
وقد مددت يدي بالذل مبتهلا
Sekarang padaMu aku menadah tangan dengan cukup hina
اليك يا خير من مدت اليه يد
Wahai Zat yang amat layak sepenuhnya untuk ditadah
فلا تردنها يا رب خائبة
Juteru perkenankanlah Ya Rabbi, jangan biarkan tadahanku tidak berisi
فبحر جودك يروي كل من يرد
Limpahilah kuruniaanMu seluas lautan pasti akan memuaskan siapa saja yang menghirupnya

Cetakkan Al-Nurry  

Tiada ulasan: