Siri ini merupakan siri sambungan dari siri 1 Fiqh Munakahat (sila rujuk semula di dalam blog ini)...
BAB PEMINANGAN
1. Muqaddimah
Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminangmerupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.
Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang: "Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)
Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang: "Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia(membuat ketetapan untuk) memutuskannya".(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim(Asy-Syaikhan))
2. Tunangan Orang
Wanita yang telah dipinang oleh orang lain haram dilamar, kecuali lamarannya telah ditolak atau yang empunya telah memberi izin. Larangan ini bertujuan untuk menjaga perpaduan dan persaudaraan Islam.
Imam Muslim rahimahullah meriwayatkan dalam kitab Shahih-nya bahwa Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda (dari ‘Uqbah bin Amir meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ) :
"Orang mu’min itu adalah saudara bagi mu’min yang lain.Maka tidak dihalalkan bagi seorang mu’min untuk membeli barang yang sudah dibeli saudaranya dan janganlah seorang mu’min meminang di atas pinangan saudaranya kecuali jika pinangan itu telah ditinggalkan.”
(Shahih Muslim 2/1034 no.1414, Kitab Nikah bab Haramnya khitbah di atas khitbah saudaranya kecuali jika di-izinkan atau jika lamaran itu telah ditinggalkan)
Imam An-Nawawi rahimahullah mengatakan : “Hadits ini secara jelas menunjukan tentang pengharaman khitbah (tunang) seseorang di atas khitbah (tunang) saudaranya dan para ulama telah bersepakat atas pengharamannya, yaitu apabila telah jelas bahwa khitbah itu telah diterima, dan si peng-khitbah (yang telah diterima itu) tidak mengizinkan (orang lain untuk meng-khitbah) dan juga khitbah itu tidak pernah ditinggalkan (dibatalkan).”
(Al-Minhaj syarh Shahih Muslim 9/179)
Imam At-Tirmidzi rahimahullah mengatakan:“Imam Malik bin Anas rahimahullah mengatakan : “Makna dari hadits ini adalah dibencinya seorang laki-laki meminang di atas pinangan saudaranya. Apabila seorang laki-laki telah meminang seorang wanita dan si wanita itu telah ridha atas pinangan laki-laki tersebut, maka tidak boleh seorang laki-laki lain pun boleh meminang di atas pinangan (yang telah diterima) itu.”
(Sunan At-Tirmidzi 3/440)
Abu Hurairah R.A meriwayatakan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “Janganlah seseorang lelaki meminang atas pinangan saudaranya, hinggalah ia mengahwini atau meninggalkannya.”
(Riwayat Bukhori, Muslim dan Nasaie)
Ibnu ‘Umar R.A meriwayatkan pula, bahawa Nabis s.a.w bersabda yang bermaksud : “Janganlah seorang lelaki meminangg atas pinangan lelaki lain sebelum yang meminang itu meninggalkannya atau ia telah memberi izin untuknya.”
(Riwayat Ahmad, Bukhori dan Nasaie)
Berdasarkan hadis-hadis diatas, jumhur ulama berpendapat larangan yang terdapat di dalamnya adalah haram, bukan sebagai adab sopan sahaja.
Sebahagian ulama lain berpendapat bahawa larangan tersebut hanyalah larangan adab sahaja bukan larangan haram. Pendapat kedua ini adalah lemah dan tidak boleh diterima kerana berlawanan dengan hadis-hadis diatas.
Semua ini menunjukan akan tidak bolehnya seorang laki-laki untuk melamar wanita yang telah dilamar oleh laki-laki yang lain, sedangkan lamaran dari laki-laki yang lain itu telah diterima oleh pihak si wanita.
Adakah mesti setiap pertunangan itu memerlukan cincin tunangan ??
Tidak!. kerana cincin itu merupakan adat semata-mata. hukumnya adalah harus sahaja. Adapun pertunangan di sisi hukum syarak itu adalah merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Adapun dalam hal ini pengecualian syarat yang ada diantaranya adalah :
1. Jika pihak si wanita belum menerima lamaran dari laki-laki yang pertama melamar.
2. atau pihak si wanita belum memberikan jawaban yang tegas apakah akan menerima atau menolak lamaran dari laki-laki pertama tersebut.
Maka berdasarkan syarat di atas adalah diperbolehkan bagi laki-laki yang lain untuk melamar wanita itu kerana bertunang bukan semestinya memiliki atau bukan pemilikkan secara mutlak! tetapi pemilikkan sementara yang dinamakan janji yang menunjukkan ke arah pemilikkan secara mutlak (nikah).
Pertunangan bukanlah perkahwinan, maka oleh kerana itu sebarang pergaulan bebas antara tunang dengan pasangan adalah terlarang.
Tetapi tiada salahnya jika sekali sekala keduanya bertemu atau berjumpa asalkan (mesti/wajib) berpakaian menutup aurat dan ada bersama mereka mahramnya yang thiqah.
Dalam masa masa pertunangan inilah kedua pihak cuba berusaha mencari titik persamaan dan belajar menyesuaikan diri sebelum keduanya diijab kabulkan secara rasmi menjadi suami-isteri yang bahagia.
"selamat pengantin baru"
... bersambung ...
senyum sokmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan