Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima dirinya,
Jika takdir ALLAH menentukan kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersamanya.
Jika ALLAH telah menuliskan jodoh kita dengan dirinya,
Kita tetap akan bersama dirinya,
Kerana tulang rusuk & pemiliknya,
tidak akan pernah tertukar
dan akan bertemu pada saat yang tepat.
Menurut ilmuNYA,
tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang
dan sebaik-baik yang dirancang dari ALLAH jua.
..... Ingatlah janji-mu ketika saat dikau melafazkan satu lafaz sakinah .....
Satu Lafaz Sakinah - Far East
Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah.
Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.
Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.
Jika kamu terasa susah, ingatlah ada yang lebih susah daripada kamu. Bilamana kamu berasa tidak gembira, ingatlah ada yang lebih sedih daripada kamu. Jangan sesekali engkau berasa serba tidak cukup, kerana di dunia ini ada yang rasa serba tiada daripada kamu. Jangan terasa diri kesian kerana ada insan yang bergelar manusia yang keadaannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila dibandingkan dengan kamu. Jika engkau ingin membanding, bandinglah dengan orang yang kurang daripada kamu, barulah mudah bagi kamu memahami erti bersyukur.
Berkata Almarhum Syeikh al-Tantawi ; "Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik. Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai. Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia. Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia. Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali. Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain. Itulah hakikat manusia!. Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan. Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu. Itulah Dia (Allah) Tuhanku dan Tuhanmu!".
Selamat berbahagian wa barakallahu fikum
Senyumlah selalu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan