Sabtu, 13 Mac 2010

KESIHATAN HATI – HATI TIDAK BAHAGIA

Kebahagiaan dan kesihatan seseorang bukan hanya terletak dan diukur berdasarkan kemewahan,kerjaya atau dari sudut material semata –mata ,malah lebih daripada itu,kebahagiaan hakiki turut dinilai pada kebahagiaan hati. Jika hati bahagia dan tenteram, maka kebahagiaan hakiki pasti terpancar diwajah.Hati boleh dikatakan sebagai tak bahagia apabila wujudnya sifat-sifat mazmumah dalam hati yang akan menghilangkan kebahagiaan didalam hati manusia.Sifat-sifat mazmumah ini juga boleh ditafsirkan ssebagai penyakit hati seperti:



· PEMARAH, suatu sifat yang paling mudah dikesan kewujudannya dalam hati manusia dan sifat ini dilihat paling banyak dalam diri makhluk bernama manusia.Orang yang dikuasai oleh sifat ini jarang mendapat kawan kerana sukar didekati dan hatinya semestinya tak tenang.


· PENDENDAM, suatu sifat yang tersembunyi.Orang yang dikuasai sifat ini sentiasa mencari peluang untuk membalas dendam walau dengan apa cara sekalipun.Dari,sudut kesihatan, orang seperti ini mudah terkena sakit jantung kerana didalam hatinya sentiasa tersimpan dendam yang tak pernah berkesudahan dan sukar untuk dijangkakan bila dendamnya akan dilepaskan.


· HASAD DENGKI ialah sifat yang dimiliki oleh satu golongan yang tak boleh melihat orang lain memiliki sesuatu yang lebih daripada apa yang dimilikinya.Semua amalannya akan hangus dan sia-sia kerana ada saja perbuatan yang akan dilakkukan untuk menidakkan kelebihan orang lain.


· BAKHIL ialah suatu sifat yang sentiasa merasakan orang lain inginkan hartanya,kesenangan , atau segala apa yang dimiliknya.Ingatlah,Allah SWT lebih menyayangi orang fasiq, tetapi pemurah dan benci orang yang abid tetapi bakhil. Ini kerana walaupun seseorang itu fasiq, namun sifat pemurah itu tetap memberi manfaat kepada orang lain.


· TAMAK. Orang yang dikuasai oleh sifat tamak ialah orang yang tidak pernah puas dengan yang sedikit dan nescaya tak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat air laut.Walau berapa banyak yang diminum,tetap tak cukup.Malah semakin dahaga.Perlu difahami disini, bahawa apa yang dikatakan sebagai harta atau rezeki kita ialah apabila ia digunakan / dipakai oleh kita.Selagi belum diguna atau disimpan maka , ia belum boleh dikatakan sebagai harta atau rezeki kita.Mungkin terdapat rezeki /hak orang lain disitu.Biarlah rezeki itu sedikit, tetapi mendapat keberkatan Allah SWT.


· TIDAK SABAR ialah penyakit yang apabila diuji dengan perkara yang kecil pun tak boleh bertahan /bersabar, apatah lagi dengan hal yang lebih besar. Seorang mukmin seharusnya bersabar ketika beerhadapan dengan pelbagai dugaan.


· EGO ialah suatu sifat yang boleh dianggap sebagai kepala bagi setiap sifat mazmumah.Apabila perasaan ini menguasai diri, maka ia akan membuat seseorang itu berada dalam keadaan yang paling tak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang dicabar atau tercabar dari sudut zahir ,mahupun batin yang akibatnya boleh merosakkan diri sendiri dan selagi Ego beraja dihati, selagi itulah hatinya tak akan bahagia.


· RIAK ialah perasaan yang hanya akan membuatkan diri teerseksa kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.Jika dipuji,amalnya akan ditambah dan jika dikeji,maka amalnya akan dikurangkan .Allah palinr tak suka akan sifat riak ,takbur dan bangga diri sehingga tiada sebarang keikhlasan dihati


· CINTA DUNIA ialah sifat yang sering dikejar oleh manusia.Seorang mukmin sewajarnya berharta dengan sekadarnya dan bantulah mereka yang memerlukan.Kawallah hati agar tidak berkiblatkan harta duniawi semata-mata.


BERSIHKAN HATI DARI SIFAT RIAK

Kebersihan hati menetukan kesahihan ibadah seseorang.Imam Al-Ghazali menetaokan unsur ibadah hati yang ditekankan ialah 5 perkara.(dalam konteks solat):


· Kehadiran hati yang bersih dan ikhlas(hati tak menerawang memikirkan perkara lain selain daripada solat.


· Pemahaman(memahami segala perkataan yang dilafazkan dalam solat)


· Pengagungan dan merasai kehebatan Allah swt (rasa takut terhadap Allah hasil daripada kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran-Nya)


· Harap(mengharap pahala daripada Allah swt kerana Dialah sahaja tempat pergantungan bagi manusia)


· Malu(berasa malu dengan ibadah yang dilakukan kerana pastinya teerdapat kekurangan padanya )


Imam Al-Hasan berkata: :Mereka yang tidak menghadirkan hati ketika melakukan solat,solat mereka akan mempercepatkan mereka kepada seksaan Allah”


wallahu 'alam..


Tiada ulasan: