Khamis, 25 Julai 2013

FIQH IBADAH – BAB SUJUD SYUKUR

Pengertian Sujud Syukur
Sujud syukur dari segi syarak ialah suatu sujud (sujud terima kasih) yang dilakukan oleh seseorang ketika mendapat nikmat atau terhindar dari bencana. Perkataan syukur merupakan kata terbitan yang bernaksud pengakuan ke atas kebaikan yang diberikan kepada seseorang. Terjemahan dalam Bahasa Melayu ialah ucapan terina kasih. 

Hukum dan Waktunya
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya.

Dalil Sujud Syukur
Firman Allah Taala ; “……Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur (tidak bersyukur) (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12) 

Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila okum kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a)

Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat
1. Suci dari hadath besar dan kecil 
2. Suci dari najis sama ada di badan, pakaian dan tempat.
3. Menghadap ke kiblat.
4. Menutup aurat.

Rukun-rukun sujud syukur 
1. Takbiratulihram beserta Niat : Ketika mengangkat takbiratulihram ‘Sahaja aku sujud syukur sunat kerana Allah Taala’.
2. Takbir Intiqalat (takbir untuk turun terus ke sujud)
3. Sujud : 7 anggota sujud seperti dalam solat
4. Memberi salam : selepas bangkit dari sujud seperti dalam solat
5. Tertib : Melakukan semua rukun Sujud mengikut tertib

Bacaan dalam sujud syukur
1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR WALAHAULA WALAQUWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL ‘AZIM – 3 kali 

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut) :

YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN. YA ALLAH JAUHILAH DIRI DAN TEMPAT BELAJAR KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU.

Pandangan Ulama' Muktabar
Dalam hal ini okum sujud syukur menurut mazhab Syafii dan Hanbali adalah sunat, sama ada nikmat yang diperolehi atau bencana yang dialami itu khas bagi dirinya atau am bagi semua umat Islam, seperti kemenangan ke atas musuh, hilangnya wabak yang merbahaya dan sebagainya. Tetapi terdapat suatu pandangan dikalangan mazhab Hanbali bahawa sujud syukur hanya dilakukan bagi nikmat yang sifatnya umum untuk semua umat Islam dan bukan untuk nikmat yang khas. Menurut mazhab Syafi’e dan Hanbali bahawa sujud syukur tidak dibenarkan dilakukan di dalm solat kerana ianya termasuk dalam katogeri sujud di luar solat. Apabila dikerjakan maka solatnya dianggap batal kecuali dalam keadaan jahil atau lupa. Makruh hukumnya mengerjakan sujud Syukur pada waktu-waktu yang dilarang mengerjakan solat sunat seperti selepas solat Subuh atau selepas solat Asar. Meskipun pada ketika itu berlaku sebab-sebab yang membolehkan mengerjakan solat sunat. Begitu juga tidak dibenarkan mengerjakan sujud syukur ketika mendengar khutbah Jumaat.

Wallahu'alam...semoga bermanafaat...barakallahu fikum.

Senyum

Tiada ulasan: