Khamis, 25 Julai 2013

PANDUAN MENGIKUTI PENGAJIAN ILMIAH :

Sabda Nabi s.a.w ; "(Al-Ulama' warastul-anbiya') Ulama' pewaris Nabi"..

Syariat adalah mengikut Al Quran Dan Hadis secara mutlak. Mengikut atau menuruti langkah Ulama' (dalam hal Fiqh) adalah bermakna mengikut Al Quran Dan Hadis selagi mana :
1. Ulama' berfatwa dengan mengikut Dalil zahir Al Quran Dan Hadis
2. Ulama' berfatwa dengan mengikut semangat dan gagasan Al Quran dan Hadis
3. Ulama' berfatwa tidak bercanggah dengan Dalil Al Quran dan Hadis
4. Ulama' berfatwa tidak bercanggah dengan semangat dan maqasid Al Quran dan Hadis.

Nota : Betapa inginnya mereka (barat dan agennya) membina generasi yang lebih taksub kepada ideologi sesat (seperti syi'ah dan muktazilah moden) melalui pelbagai program sekular dan pemusahan agama dengan kehidupan masyarakat atas nama program agama!! ideologi moden bukan lagi berbincang perkara metafizik. Sekular moden tidak lagi berminat dengan metafizik untuk mencari hakikat ketuhanan. Mereka ingin lari dari tuhan.

Dr Said Ramadhan al Buti berkata; “hanya Imu Kalam itulah ilmu yang memeprtahankan aqidah Islam dengan hujah aqliyah di dalam menentang pembawa-pembawa syubhat dan kesesatan walau siapa pun mereka itu”.

Jelasnya ilmu kalam bukan tujuan aqidah tetapi adalah alat mempertahankan aqidah. Tiada salahnya mempelajarinya. Jika bidaah, mengapa dibenarkan ilmu critical thinking (warisan aristotle) diguna pakai dalam kampus-kampus pengajian? Bidaahnya hanya apabila ilmu ini mendominasi dan menghapuskan teras aqidah. Pendakwah seperti Ahmad Deedat ( Almarhum) dan Harun Yahya juga menggunakan elemen aqliyah dan dielektik hujah cara ilmu kalam tradisi untuk berdakwah. Menggunakan sains dalam penulisan aqidah itulah dianggap menggunakan falsafah dan ilmu kalam dalam membela aqidah Islam. Bukankah itu tindakan yang kreatif dan sesuai?

Semoga kita bersama sederap dan sekata dalam usaha menangkis dakyah ideologi moden walau bagaimana cara yang kita mampu. Cangkupan praktikal dakwah perlu diperluaskan dengan segala cara yang ada. - wallahu'alam

Tiada ulasan: