Jika kita melihat anak-anak melakukan kesalahan dan kesilapan.
bukan sahaja anak-anaknya yang perlu bertaubat kepada Allah,
bahkan Ibu-bapanya lebih-lebihlah lagi....
SUAMI & ISTERI
Jika kita melihat si isteri melakukan kesilapan dan kesalahan.
bukan sahaja si isterinya yang perlu bertaubat kepada Allah,
bahkan si suaminya juga terlebih utama...
GURU & ANAK MURID
Jika kita melihat si anak didik melakukan kesilapan dan kesalahan.
bukan sahaja si anak didiknya yang perlu bertaubat,
bahkan si gurunya juga yang terlebih utama....
PEMIMPIN & RAKYAT
Jika kita melihat si rakyat jelata melakukan kesilapan dan kesalahan.
bukan sahaja si rakyat jelata yang perlu bertaubat,
bahkan pemimpinnya itu yang terlebih utama....
Kesimpulan : Mungkin pada kesilapan dan kesalahan yang mereka lakukan itu, ada juga bahagiannya untuk kita. boleh jadi ujian yang tertanggung ke atas dirinya itu adalah kafarah dosa kita yang telah lalu....setiap kita melakukan kesilapan...jadi sebagai ketua diwajibkan bersifat berlapang dada (salamatun sadrin) dan jangan suka cepat melatah atau melenting......kadangkala jenuh kita melihat di manakah teknik teknik yang perlu di aplikasikan...untuk memperbaiki situasi dengan anak anak....tetapi....sebelum kita melihat kesilapan di luar..sama samalah kita cuba untuk melihat di manakah yang perlu kita perbaiki dalam diri kita......
TRAGEDI TERMARAH ANAK BERULANG KALI.
Bukan sedikit tragedi yang tidak diingini ini berlaku. Malah, ia langsung tidak dipinta oleh ibubapa. Tetapi ia sering mematikan kreativiti ibubapa dalam mendidik.
=>Merawat keadaan ini memerlukan kita membuat refleksi tentang cara kita mengelola emosi .Emosi yang diuruskan secara positif boleh membantu ibu bapa menjadi lebih tenang sekaligus meransang tindakan tindakan positif terhadap anak.
=>Cuba bayangkan .. sekiranya kita membiasakan memarahi yang melampau dan sedikit demi sedikit kita menyumbang kepada pembentukan karekter negatif anak kita apabila mereka dewasa nanti.. sudah bersediakah kita untuk menghadapinya? Mudahkan kita untuk memperbetulkan keadaan? Manakah yang lebih baik, membentuk tingkahlaku mereka semasa kecil atau memperbaiki tingkahlaku mereka apabila dewasa kelak?
=>Sungguh, semua ini bukanlah sesuatu yang akan berlaku sekilip mata, tetapi ia PELUANG untuk kita, menjadi ibu bapa yang jauh lebih hebat. Ibu bapa boleh menambahkan ilmu dalam hal-hal yang berkaitan dengan permasalah ini sebagai ikhtiar untuk kita. Hadiri, seminar ceramah, diskusi, dan memperbanyakkan membaca...
Akhirnya ; walaupun istilah yang digunakan dan ditujukan adalah ibu bapa tetapi yang sebenarnya adalah untuk semua ketua-ketua kepala pendidik seperti yang telah disebutkan pada awal (di atas) artikal ini. Ingatlah apa yang penting sesuatu yang dilakukan bermula dengan ikhlas akan datang semula kepada kita kadangkala ia datang (Allah bagi) dengan cara tidak kita duga.
wallahu'alam...
barakallahu fikum..
tenangkan minda, senyum & zikir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan