Khamis, 25 Julai 2013

KERAP BERGADUH ADAKAH ITU SAKA ?? hehe (Wajib buang bisikan kurafat dalam minda dan hati anda)


"Ustaz, rumahtangga saya selalu tak tenang, saya dengan isteri kerap bergaduh, pasal hal yang kecil pun boleh bergaduh, kadang-kadang hal yang tak masuk akal, pun boleh bergaduh. Saya dah pening, saya dah jumpa ramai USTAZ, semua kata saya ADA SAKA, saya dah jumpa dengan ramai orang, untuk buang saka saya nie, dah buang sana sini, tapi rumahtangga macam tu juga, jiwa selalu tak tenang, degil betul ya saka saya nie ye ustaz? Ustaz boleh tolong buang tak saka saya?"

Soalan dari sang faqir (ustaz) kepada kedua-dua mereka (suami isteri): 

SUAMI
1) Bilakah kali terakhir mandi bersama?
3) Bilakah kali terakhir Mengaji Al Quran bersama isteri?
4) Bilakah kali terakhir memeluk isteri dari belakang sewaktu isteri membuat kerja rumah?
5) Bilakah kali terakhir menyuap isteri makan?
6) Bilakah kali terakhir mengusap belakang isteri?
7) Bilakah kali terakhir memegang tangan isteri? Bilakah kali terakhir mengucapkan I Miss You pada isteri?
9) Bilakah kali terakhir memberi hadiah kepada isteri?

ISTERI
1) Bilakah kali terakhir 'iron' baju suami tanpa diminta suami?
2) Bilakah kali terakhir mengurut kaki suami tanpa permintaannya?
3) Bilakah kali terakhir makan bekasan suami?
5) Bilakah kali terakhir memohon maaf kepada suami walau tidak buat salah?
6) Bilakah kali terakhir memandang wajah dan.mata suami dengan senyuman manis?
7) Bilakah kali terakhir mengucapkan I Love You pada suami? Bilakah kali terakhir menerima hadiah dari suami?
9) Bilakah kali terakhir meng'Aamiin'kan doa yang keluar dari mulut suami?

p/s ; Apa itu saka? 

saka adalah merupakan kepercayaan amalan batin yang berkawan dgn jin peninggalan si orang tua. sebenarnya adakah bernar itu SAKA atau SAKAI ??....
Sebenarnya tak tenteram sebab jauh dengan Allah dan kurang mengikuti sunnah Rasulullah sepenuhnya....cepat sangat melatah....jangan cari pasal suka menuduh orang tua kita yang telah meninggal dunia dengan tuduhan itu ini !!! kenyataan "saka" inilah punca untuk mencari gaduh dan memaki hamun si arwah...jika hal ini timbul, jadi mana perginya doa anak yg soleh??? binalah keluarga bahagia dengan mengikuti sunnah Rasulullah dengan sepenuh keyakinan.

- rehatkan minda, senyum dan zikrullah.

Tiada ulasan: